Sekali lagi...
tahun ini, kamu cuba lagi menyebarkan ketidakpuasan hati kamu
Aku meyakini Allah itu Maha Mengetahui.
Aku tidak pernah mengganggu kamu, tapi tetap kamu tidak puas hati
kerana teman-teman sekeliling bersamaku, kamu tetap tidak puas hati
kerana kamu yang mempunyai masalah dengan mereka, kamu cuba 'mengalih dan menyalahkan' aku ?
Jika kamu kata aku tidak bekerjasama, masyaAllah, aku telah memberikan senarai yang paling penting kepadamu dan teman-teman lain pada Januari lalu, dan bukti masih ada dalam peti surat elektronik ku.
Jika kamu kata kamu tidak tahu tentang apa yang aku dan teman-teman lain kerjakan, aku rasa kamu menipu diri sendiri.
Mustahil, kerana aku pasti orang yang di atas kita telah memberitahu kepada semua orang apakah rencana kita untuk hari mendatang.
Teman, salah akukah jika kamu bermasalah dengan orang lain ?
Aku tahu serba-sedikit puncanya mengapa mereka sukar bersama kamu. Tapi tidak perlulah aku 'mengingatkan' itu, kerana itu masalah kamu dengan mereka. Ia berpunca daripada kamu dan seorang lagi teman. Tidak ingatkah kamu, kerana teman seorang itu, seorang demi seorang pergi ? Kamu juga mengaibkan seorang teman kita ? Aku tahu kamu lupa itu... Sekarang ini kamu cuba pula dengan aku...
Maaf, aku tidak mahu berprasangka, tapi aku dapat rasakan kamu sebenarnya menyatakan ketidakpuasan hati seorang teman lain.
Tahun lalu perkara yang sama berlaku, dan kamu adalah orang perantaraannya. Kamu marahkan aku dan kata kita saling bertanding... La... bila pula aku bertanding/bersaing dengan kamu ? Kamu lebih ahli dengan bidang kamu, aku ini hanya kecil. Diberi arahan, aku perbuat apa yang perlu, tapi kamu berdua menyalahkan aku... mmmmm... Salah aku jugakah ?
Jika aku salah, maafkan aku. Tapi jika aku benar, aku yakin Allah sentiasa bersama aku...
pabila melor ingin menulis, akan kucatat pabila melor ingin berkata, akan kusuarakan pabila melor ingin diam, akan kupendam pabila melor ingin menggambar, akan kupotret pabila melor ingin mendengar, akan kusemat pabila melor ingin berjalan, akan kulangkah di sini di sana bila-bila...
Label
Adik
(5)
Aktiviti
(24)
Ayah
(4)
Baby
(1)
Bangi
(1)
Beli-belah
(2)
Berita
(1)
Buku
(7)
Cabaran
(1)
Cuti
(14)
DFP
(1)
Drama
(2)
Fesyen
(5)
filem
(28)
Haiwan
(4)
Hati
(50)
Kampung
(4)
Kartika
(2)
Kartun
(3)
Keluarga
(50)
Kembara
(43)
Kerja
(6)
Kesihatan
(2)
Kucing
(5)
lagu
(121)
Makan
(9)
Muzium
(1)
Opah
(1)
OSTLaskarPelangi
(1)
Ramadhan
(3)
Rumah Wan
(2)
sastera
(1)
Schoolmate
(4)
sejarah
(8)
Sekolah
(2)
Seni
(16)
Songs
(18)
Status FB
(1)
Syawal
(4)
tari
(1)
Tekstil
(2)
Teman
(14)
Travel
(1)
Tumbuhan
(1)
TwilightOST
(1)
Akulah Si Melor
- melor oh melor...melor oh melor...
- Kuala Lumpur, Malaysia
- lahir, membesar, semuanya di kuala lumpur... kampong bandar dalam, taman setapak, taman melawati, bandar baru bangi dan kembali semula ke kbd...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan