Rabu, 25 Februari 2009

25 Februari 2009 Ujian Bahasa Inggeris

Pagi ini aku tiba lewat lagi ke pejabat -9.11pagi. Semalam 9.15pagi. Aku malu pada teman sepejabat - malah pada diri sendiri juga. Uuuuuhhh... Entahlah dua hari ini susah benar nak dapat teksi. Semuanya penuh kerana bas lewat tiba dari Gombak. Mmmm....

  • 9.20pagi Menuju ke Theatrette, Blok C, ada ujian bertulis Bahasa Inggeris di sana.
  • 9.50pagi Ujian bermula. heheheh sudah lama tidak ambil ujian bertulis! :P
  • 10.50pagi Selesai ujian bertulis -aduhhhh teruk betul rasanya karangan untuk soalan ketiga. uhuhhuhu malu pada diri sendiri lagi.
  • 11.00-11.30pagi Aku dan Danial menghadapi ujian lisan. Ooopsss kali terakhir aku ambil ujian lisan semasa zaman kolej dahulu... Takpun ketika temuduga jika itu dikira sekalilah...