Sekali lagi...
tahun ini, kamu cuba lagi menyebarkan ketidakpuasan hati kamu
Aku meyakini Allah itu Maha Mengetahui.
Aku tidak pernah mengganggu kamu, tapi tetap kamu tidak puas hati
kerana teman-teman sekeliling bersamaku, kamu tetap tidak puas hati
kerana kamu yang mempunyai masalah dengan mereka, kamu cuba 'mengalih dan menyalahkan' aku ?
Jika kamu kata aku tidak bekerjasama, masyaAllah, aku telah memberikan senarai yang paling penting kepadamu dan teman-teman lain pada Januari lalu, dan bukti masih ada dalam peti surat elektronik ku.
Jika kamu kata kamu tidak tahu tentang apa yang aku dan teman-teman lain kerjakan, aku rasa kamu menipu diri sendiri.
Mustahil, kerana aku pasti orang yang di atas kita telah memberitahu kepada semua orang apakah rencana kita untuk hari mendatang.
Teman, salah akukah jika kamu bermasalah dengan orang lain ?
Aku tahu serba-sedikit puncanya mengapa mereka sukar bersama kamu. Tapi tidak perlulah aku 'mengingatkan' itu, kerana itu masalah kamu dengan mereka. Ia berpunca daripada kamu dan seorang lagi teman. Tidak ingatkah kamu, kerana teman seorang itu, seorang demi seorang pergi ? Kamu juga mengaibkan seorang teman kita ? Aku tahu kamu lupa itu... Sekarang ini kamu cuba pula dengan aku...
Maaf, aku tidak mahu berprasangka, tapi aku dapat rasakan kamu sebenarnya menyatakan ketidakpuasan hati seorang teman lain.
Tahun lalu perkara yang sama berlaku, dan kamu adalah orang perantaraannya. Kamu marahkan aku dan kata kita saling bertanding... La... bila pula aku bertanding/bersaing dengan kamu ? Kamu lebih ahli dengan bidang kamu, aku ini hanya kecil. Diberi arahan, aku perbuat apa yang perlu, tapi kamu berdua menyalahkan aku... mmmmm... Salah aku jugakah ?
Jika aku salah, maafkan aku. Tapi jika aku benar, aku yakin Allah sentiasa bersama aku...
pabila melor ingin menulis, akan kucatat pabila melor ingin berkata, akan kusuarakan pabila melor ingin diam, akan kupendam pabila melor ingin menggambar, akan kupotret pabila melor ingin mendengar, akan kusemat pabila melor ingin berjalan, akan kulangkah di sini di sana bila-bila...
Memaparkan catatan dengan label Teman. Papar semua catatan

Sabtu, 18 Februari 2012
Selasa, 13 Disember 2011
13 Disember 2011 Makan bersama teman-teman
Aku dan teman-teman terperangkap dalam kesesakan jalan raya... Dari Jalan Sultan Ismail -Jalan Ampang - Jalan pinang. Huiihhhh padahal dekat sahaja dengan pejabat, jadi berejam di dalam kereta! Perut kami kreok-kerok menahan lapar. Kak Lin tiba sejam awal daripada kami, kesian terpaksa setia menunggu.... Kami semua nak meraikan hari lahir Juju dan Noreen yang dah lepas. :)
Isnin, 7 November 2011
24 Ogos 2011 Di rumah Kak Lin
Jumaat, 4 November 2011
13 Ogos 2011 Hujung minggu kami
Kami di mana ya ? Di mana lagi ? Hujung-hujung minggu Ogos, kami luangkan di pejabat. :P tak siap-siap kerja lagikah ? Mmmmm kerja tidak akan pernahnya berhenti tiba, selagi kita masih bekerjalah tentunya!
11 Ogos 2011-12 Ogos 2011 Uniform
Ahad, 30 Oktober 2011
08 Ogos 2011 Buka puasa bersama teman-teman
29 Julai 2011 Terserempak dengan Teen & Fizah
Sepulang daripada kerja, aku dan adik ke Uptown, PJ nak makan malam di sana. Dah lama juga kami tak ke sana, terutamanyalah aku. Kali terakhir kalau tak salah, ketika aktiviti reuni dengan teman-teman sekolah malam tahun baru 2009.
Sedang aku ralit makan kerang bakar, terdengar dengar seperti panggilan orang tapi tak pasti pada siapa. Aku masih terus sahaja makan, mmmm tak puas hati aku toleh juga sekeliling. Laaaa.... :P rupanya teman sekelas aku di ITM dulu. Teen rupanya. Teen dan Fizah sekeluarga. :)
Selepas itu, kami terserempak dengan Ihsan pula, teman Adik. ;)
Rabu, 8 Jun 2011
08 Jun 2011 Stesen Tanjong Pagar
Alahai stesen kereta api.....
;( sedih. tinggal beberapa minggu sahaja kereta api dari Malaysia akan sampai di Tanjong Pagar. Mulai bulan hadapan stesen ini akan ditutup. SEDIH!
Acapkali semenjak tahun 2006 aku berulang-alik ke Singapura.
1993 pertama kali aku menjejakkan kaki di sana. Hujung tahun, selepas peperiksaan PMR. Menaiki kereta api bersama Bonda dan Adik. Tinggal di rumah Pak Suratman Markasan. Sudah tidak kuingat di mana beliau tinggal.
Kemudian kali kedua menaiki kapal terbang bersama teman sekerja pada Disember 2006. Terserempak dengan guru matematik tambahan ku. Selamba sahaja aku memanggilnya Cikgu, padahal sebenarnya dia seorang Puan Sri Datin Seri. Hehehhe maaf cikgu, dah perkataan cikgu yang cepat terbit dari hati saya. Takkan nak marah kot kan, walaupun sewaktu sekolah dahulu, kami diarahkan memanggil gelaran tersebut! ehheheheheh.... Tika itu cikgu bersama suami dan anak-anaknya.
Pada hujung bulan yang sama, Disember 2006, sekali lagi aku ke sana bersama Kak Inda. Sebenarnya perancangan dengan Kak Inda lebih awal daripada perancangan bepergian dengan teman sekerja. Lagi pun dengan teman sekerja tu atas dasar urusan rasmi, manakala dengan Kak Inda, tentunyalah atas urusan jalan-jalan! ;) Kami tinggal di rumah sepupu Kak Inda di Chai Chee ROad, Bedok.
Awal tahun, Januari 2009 sekali lagi aku ke Singapura. Kali ini menaiki kereta api. SEORANG.
Tanpa perancangan. Beli tiket petang itu di KL Sentral-balik rumah, kemas beg-malamnya berangkat terus ke Singapura. Pagi-pagi esoknya tiba di Tanjong Pagar.Ambil gambar bangunan. Tanpa tujuan, aku minta pemandu teksi bawakan aku ke bandar dan carikan hotel yang bernama 81. (Hotel 81 lah tu) seminggu sebelum tu kebetulan aku belek-belek laman sesawang. Tapi aku imbas-imbas saja, tak ingat sangat pun.
Jadi bermalamlah aku semalam di Hotel 81, Bencoolen Street (Bangkahulu lah tu).
Semenjak dari itu saban tahun aku ke Singapura menaiki kereta api. Tapi pulang selalunya aku akan menaiki bas Transnasional di Lavender. Pernah sekali tu, aku naik bas 10malam. Tiba di Puduraya sekitar 3 pagi. Jadi aku duduklah di kedai makan di Puduraya tu. Makan-minum-baca buku-baca majalah dulu sampailah 6 pagi. Lepas tu aku angkat kaki dan berangkat ke stesyen LRT Pasar Seni menuju stesyen Taman Melati.
Heheeheeh.
Aku pernah pergi ke sana bersama Ayeen. Pergi lagi bersama Bonda dan Kak Lela, mencari Cik Minah.
Lepas tu pergi seorang lagi dan lagi.
Untuk tahun ini, Mac lalu aku telah ke sana menaiki bas Aeroline dari Hotel Corus dan tiba di Harbour Mall (alamak betul ke, lupa pulak). Di sekitar Teluk Belanga, dekat-dekat dengan Tanjong Pagar juga tu.
Itu pun aku pergi mendadak juga. Rancang pada petang tu, lepas kerja baru nak cari tiket ke Singapura, dan esok pagi buta dah berangkat naik bas. Aku pergi pun sebab Singapore Biennale 2011.
Beberapa kali aku tiba di stesyen Tanjong Pagar tu, adalah beberapa foto yang telah kuambil gambar. Mmmmm semua itu akan aku jadikan kenangan. Sayang oooooo! Ada kepala kereta api, badan kereta api, jam di stesyen Tanjong Pagar. Mural di dinding stesyen. Makan di kedai makan di situ. Adalah foto makanan yang di jual di sana. Aaahhhhhhh kenangannya, semua akan jadi nostalgia bagiku.....
SEDIH. Lepas ni jika aku naik kereta api lagi, hanya akan turun di Woodland. Mmmmm jauh dari bandar. Kenalah angkut beg (biasalah beg aku ni jarangnya ringan!) dari stesyen Woodland, naik bas/teksi/MRT ke hotel nanti. Aku suka duduk di JooChiat, Geylang Serai. Situ mudah untuk aku cari makanan. hahhahhah makan-makan-makan. Itulah koghoje nye ye! Tapi kalau ikutkan sebenarnya aku bukannya kerap makan pun.... Entahlah aku selesa di situ. Selalunya aku akan makan di Mr. Teh Tarik atau di Pasar Geylang.
Sebut Geylang Serai ni, teringat satu insiden berpergian bersama Ayeen.
Nak duduk hotel murah punya pasal, kami pun 'book' hotel di Geylang, Lor (alur lah tu) berapa tak ingat pula ni..... Rupanya situ kawasan merah. Hohhoho. Manalah kami tahu. :P
Setiap kali naik teksi, pemandu teksi mesti akan tanya macam-macam dan aneh kenapa kami pilih hotel di sekitar situ. hhehhheeh sampai dah naik jenuh nak terangkan. Sampaikan kami juga dah boleh agak soalan mereka. Tapi kalau nak ikutkan, hotel yang kami duduk tu, selamat je. Malah di luar hotel tu pun, tak nampak pula orang merah peleser-peleser kat situ. Cuma dekat dengan jalan besar tu adalah juga. Tapi kalau di KL ni, rasanya meremang ketidakselesaan boleh timbul. Bagi aku dan Ayeen, di sana tidak pula timbul rasa tidak selesa, cuma penat nak menjawab soalan orang saja....
Agak-agaknya sempat tak bulan ini aku naik kereta api ke Tanjong PAgar lagi ni ? Harap-harap sempat - walaupun 2 bulan lalu aku pernah merangka perjalanan ingin membawa teman-teman sepejabat ke sana beramai-ramai. Tapi akankah hajat aku kesampaian ?

Isnin, 16 Mei 2011
08 Mei 2011 Mendaki Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Pahang
Dah lama aku tak ke situ.... Pertama dan terakhir kali jika tidak salah ialah pada tahun 2002. Dengan Manja menjemput Bonda pulang, ada mesyuarat di sana.
Kali ini aku pergi bersama-sama teman-teman sepejabat. Rancangan jam 3pagi! :P
Seronok dan gembira bersama-sama teman, meredakan ketegangan resah minda tentang kerja. Kami berlima bergelak-ketawa riang di dalam kereta, di restoran AP Ayam Penyet dan di Colmar. Bernyanyi-nyanyi riang mengikuti lagu-lagu yang berkumandang di dalam kereta Zam dan beraksi - foto.

![]() |
| Tiket masuk RM12.00 ya sekarang |
![]() |
| Tup tap tup tap |
Selasa, 10 Mei 2011
10 Mei 2011 Restoran Makan-Makan
Restoran Kegemaran / Yang Selalu Singgah:
1. Cozy Corner, Ampang Park
- Dari tahun 80-an Bonda dah bawa aku dan Adik makan di sini. Makin lama makin gamat dan hingar-bingar. Ada 2 restoran Cozy Corner, satu yang mewah manakala yang lagi satu lebih sederhana. Semenjak 2002, aku beralih kepada Cozy Corner. Di situ sangat sederhana daripada sudut hiasan dalaman dan harganya... Namun restoran ini sangat tenang, dan aku sangat selesa di sini. Di sini jugalah aku makan bersama Dz pertama kali. Nasi Ayam Hainan. Enak sekali.
2. Pizza San Francisco
3. Johnny Steamboat -hampir tiap-tiap bulan makan di sini
4. Boraque
5. Noodle Station
6. Delicious
7. Plan B
8. Restoran Sate di Jalan Semarak-Tun Razak
9. Restoran MZ, di Chow Kit-Kg Baru
10. Restoran Ikan Bakar Tanglin
11.
*Akan disambung dari masa ke semasa.
Alamak, makan-makan saja kerja ku. Ish ish ish....

Ahad, 8 Mei 2011
30 April 2011 Selamat Bernikah CIk Ayeen
Jam 1pagi aku tiba di rumah Ayeen. Lewatnya aku tiba rumah dia. :P Yalah Jumaat malam tu, aku sampai rumah dekat pukul 10. Pilih-pilih pakaian, kemas beg, lepas tu terkial-kial nak buat hadiah Cik Ayeen kita ni...
Kul 12 pagi, keluar rumah, SMS Ayeen yang aku dan Adik nak pergi makan dulu, dekat belakang rumahnya sahaja. OK.... Sehari sebelum tu aku dah tanya Ayeen sama ada aku boleh datang lewat malam ke, dan dia kata ok. Yelah masa aku sampai pun, orang yang pelamin tu, masih lagi membina pelamin.... Huhuhuhu sampai pukul 3 pagi baru siap. Huaaaahhhh ngantuk.
Masuk bilik, tengok hantaran Ayeen. Cantik Ayeen buat. :)
Lepas kemas apa yang patut sambil berbual, sampai terlelap zzzzzzzzzzzz....
Siangnya, Nani dan anak-anak menjengah... Comel betul si Qhayra ;)
Saudara-mara, jiran-jiran dan teman-teman Mak Ayeen mulai datang ke rumah... Hasni pun tiba menghantar Sireh Junjung untuk Ayeen - hadiah hantaran untuk pihak lelaki.
Si Zana, tukang solek Ayeen pun tiba. Begitu juga Abang Man, jurugambar rasmi Ayeen. Zeflin pula, teman sekolah rendah kami sibuk menyediakan makanan di khemah makan. Mmmmm menyelerakan aku tengok ulam-ulam segar yang dihidang Zeflin ;)
Petang itu, lebih kurang 3 petang, Ayeen & Shahrul pun selamat dinikahkan oleh Ayah Ayeen sendiri. Alhamdulillah. Selamat Pengantin Baru Ayeen & Shahrul!
Semoga bahagia ke akhir hayat ya....

Sabtu, 22 Januari 2011
21 Januari 2010 Kisah TEMAN lagi
Pagi ini aku menerima panggilan telefon. Ello, aku telefon ni nak beritahu yang hari ini aku hari terakhir kat sini.
Haaa! Itu ekspresi aku.
Aku terperanjat, dah lah pagi-pagi buta aku dah sibuk dengan kerja, tiba-tiba menerima panggilan sebegitu. Tak dengar angin-ribun-halilintar, tup-tup teman aku yang ke3 ini memberi berita begitu pula.
Aku beritahu dia, biasalah aku ni kan selalunya menjadi orang terakhir mendapat berita.
Aku tak tahu apakah punca musababnya teman ku ini dipindahkan. Setahu aku, pihak au dan rakan-rakan aku tidak ada masalah dengannya. Kami sedia maklum Teman 3 ini seorang yang cepat bertindak, berusaha bersungguh-sungguh sedaya upaya.
Bertahun-tahun kami semua membina persahabatan dengan Teman 3 ku ini. Kami selesa bekerja dengan Teman 3.
Tadi sebelum pulang, aku dan Teman 3 sempat berbalas-balas Sistem Mesej Singkat.
Kepada Teman3 ku itu, bersabarlah tentu ada hikmahnya di sebalik apa yang berlaku.
'Memang kadang-kala kerja keras yang dilakukan orang tidak nampak. Tapi aku selalu percaya : Bila bekerja, biar ikhlas, jangan berkira. Jangan selalu berprasangka pada orang lain. Kenal dahulu baru tahu. Jika ada yang cemburu biarkan mereka, kita tahu kita ikhlas dan, tetap juga ada orang lain yang percayakan kita. '
- aku pun macam tak percaya aku leh tulis cam gitu kat dia. tapi itu memang dari hati aku.
Bagi aku yang bukan kaki gaduh dan sukakan keamanan, aku hanya mencari sabahabat, bukannya musuh. Tidak perlu bertengkar. Berbincanglah baik-baik. Tapi... bukannya semua orang begitukan ? Masing-masing ada karakter dan pandangan tersendiri.
Aaahhh pokoknya bagi aku sabar dan ikhtiar!

Khamis, 20 Januari 2011
20 Januari 2010 Keluarga Lin
Hari ini aku bertemu dengan teman lama. Teman seITM, seBaiduri, sebilik di rumah sewa di Shah Alam. Dia juga ketika di Baiduri merupakan teman sebilik Eda, salah seorang teman baikku.
Teman yang ku maksudkan ialah Nur Azlin Rahmat. Sudah terlalu lama kami tak bertemu... 4 tahun lebih - kali terakhir kami bertemu ialah pada Julai 2006, sewaktu Lin melangsungkan perkahwinan dengan Yazid. Lin masih seperti dulu, cuma sedikit berisi, ialah sudah bergelar ibu kan, tentulah berbeza sedikit. Aku sendiri pun setelah 5 tahun ini badan naik, apa lagi teman aku yang seorang ni.
Comel-comel anak Lin, Dura dan Wadah... :) Dura hampir 3 tahun, keletah betul, bercakap dengan bahasanya sendiri. Wadah 4 bulan, senyap betul budaknya, matanya asyik melihat sekeliling, mendengar bunyi-bunyian.
Berbual-bual bercerita perkembangan diri masing-masing. Rindu dengan Lin, teman berkongsi cerita terutamanya di Shah Alam. Beberapa kali kami berpindah rumah sewa, dari Seksyen 17 ke Seksyen 24....
Terima kasih Lin, waktu itu kau sebenarnya penyelamat aku juga.

Isnin, 9 Ogos 2010
09 Ogos 2010 Kerja dan Perangai Saling Berkait
Kerja ?
Perangai ?
Kerja dan perangai seseorang memang saling berkait. Kerana faktor kerja - susah senang , akan mempengaruhi perangai seseorang.
Orang yang pendiam boleh jadi pembentak, pemberontak. Orang yang asalnya lembut, sopan boleh jadi keras-kasar dek kerana tegang - tertekan dengan kerjanya (antaranya kerana kerja itu sendiri, teman sekerja dan penilai kerja tersebut...) apatah lagi dengan permasalahan lain.
Kadang-kala orang lain yang tidak bersalah menjadi mangsa kepada yang berada dalam keadaan tertekan. (Hehehehe kadang-kadang aku juga jadi mangsa :P).
Jika aku berada di dalam situasi tegang dan sekiranya memang aku yang salah, aku akan diam tegak berdiri mendengar ungkap bebelan orang yang memarahiku...
Hhahahha boleh jadi patung arca gitu! (Betul tak Nda ?)
Tapi kadang-kadang kerana aku diam pun kena marah juga - kerana tidak memberi tindak-balas apa-apa.... Camana tu? Aduh... Adakala aku ingin minta maaf, tapi oleh kerana telah disambut dengan bebelan - lempias kemarahan, aku jadi kaku dan terbantut untuk memohon maaf. Rasa ingin minta maaf telah terpadam walaupun sebenarnya aku tahu aku yang salah. Aku mematung - mendengar tempias -lempias... Kerana jika aku bicara banyak pun, tidak berguna, malas nak mengeruhkan suasana. Nanti salah cakap pun kena marah juga, lebih baik diam. Tetapi kena marah juga!
Faktor lapar juga memainkan peranan. Huh! Perut-perut, kerana lapar ada saja orang naik angin.
Mujurlah aku tidak terpengaruh dengan faktor lapar ;) Orang lain lapar - cepat naik angin - aku pun pernah jadi mangsa. Haih, ceh!
Biasanya aku akan peka 'suasana tegang'. Aku diam, dan hanya bicara bila perlu.
Tetapi adakalanya orang-orang tidak peka dengan suasana itu. Haiii... Jangan dinyala bara api, jika tidak ia akan memakan diri. Tak pasal-pasal kena marah. Hmmm...

Langgan:
Catatan (Atom)