Sabtu, 11 Ogos 2012

11 Ogos 2012 Sapa, tak sapa, sapa, tak sapa

Fikir-fikir-fikir
sapa ke tak sapa
sapa ke tak sapa
fikir-fikir-fikir

di sapa atau tidak
di balas sapaan atau tidak

fikir-fikir-fikir
dup-dap-dup-dap-dup-dap
asalkan bukan bunga dedap

positif-negatif-positif-negatif
fikir-fikir-fikir-fikir
mudah-tak mudah-mudah-tak mudah

doa-doa-doa
moga jadi mudah-mudah-mudah

insyaAllah...

110812 1.58pagi

Ahad, 5 Ogos 2012

04 Ogos 2012 Dadih dan Gagam pergi klinik

Tengahari tadi aku di hantar Adik ke klinik, bawa Dadih untuk di vaksin, ok sudah tiba waktu untuk di vaksin ya Dadih. Kita jalan-jalan kejap. Bawa Gam gam@ Gagam ke klinik juga. Kasihan Gagam, huhuuhuuh tak aktif sejak aku pulang kerja semalam, risau juga. Letak makanan pun  tak di endah. Pagi tadi pun sama, masih tak mahu makan. Angkat duduk dipangku pun diam saja, kalau tak, meneneng dia nak lari lepaskan diri. Huuuu risau, harap-harap tak sakit serius.

Tunggu Cik Adik bersiap, ok lepas tu broom broom broom kami seberang jalan ke klinik.

DAri rumah ke klinik, dekat sahaja sebenarnya, memang boleh jalan kaki. Berapa minit ye ? 10 minit kot. Biasalah, aku jalankan macam kartun, tapi selalu ketepi-ketepi (sampai Adik rimas dan aku kena marah, sebab aku sering  jalan menyenget, menghimpit dia)... hohoohoh sori! Dah nak buat camana, kakak awak ni jalan begini... :P Bukan tak cuba jalan lurus, tapi dengan sendirinya kaki ni akan buat garisan senget juga!

Tapi tidaklah aku dan anak-anak kucingku berjalan kaki ke klinik, pergi dengan Adik jugalah berkereta. Walau Bonda selalu kata, alah pergi saja jalan kaki ke klinik tu bawa kucing, kalau Bonda tiada di rumah Uwan la. Hhehehehh. OK nak bawa kucing dalam apa ye, kalau ada beg sandang boleh bawa kucing dalam tu ok juga, senang saja jalan kaki ke klinik. Kalau bawa kucing ke klinik, bukan seekor-seekor, tapi berekor-ekor.

Setelah hantar aku dan kucing-kucing ke klinik, Adik terus ke Celcom Pekeliling. Aku, Dadih dan Gagam tunggu giliran, sambil tengok-tengok kucing yang ada dalam klinik. Ada seekor tu macam Tam Tam, namanya juga unik dan lucu, panjang betul nama dia (tapi dah lupa).

Tiba giliran kami... :)

Doktor kata, Gagam demam je. Fuhhhh lega.... Dah lah Gagam yang paling comel dalam adik-beradik dia, walaupun dia hitam legam! Tu yang nama dia Gam Gam tu, sebab dia legam :) Kadang-kadang mata pun tak nampak terutamanya kala malam. Gagam ni hampir sama dengan ibunya Tam Tam, ada bulu putih di leher dia. Gam gam 4 beradik, anak kembar ketiga yang dilahirkan Tam tam.

Yang sulung, Tamtam lahirkan tak cukup bulan (tak ingat tahun bila). Aaahhh teringat, kesian Tam tam masa tu. Aku pulang kerja, tengok Tam tam kat suatu sudut, panggil-panggil, dia menyahut tapi tak mahu datang mendekat. Dia memanggil aku kembali. Aku pun mendekati Tamtam, memang dia minta aku menghampirinya, aku amati betul-betul, aduhai.... kesiannya Tamtam, dia sudah melahirkan tapi tentulah bayinya mati, kerana memang terlalu kecil, aku rasa Tamtam keguguran.

Kemudian Tam tam mengandung lagi, lahirlah Adik dan Kechak. Adik tak banyak anak, Kechak yang ekornya berpintal-pintal banyak sekali anaknya. Kiranya Tam tam sudah punya cucu! Kini tahun ini Tam tam ada anak baru lagi :) Adik dan Kechak dah ada adik baru. Tapi Kechak sudah merajuk panjang, tidak mahu pulang. Di manalah Kechak ni ? Omot dan Elang anak Kechak pun pergi, tak mahu pulang. Omot omot omot, baliklah.....

Tam tam, kucing pemberian Iylia, juga kucing jalanan yang dilahir dan ditinggalkan ibunya, kerana dia tidak mahu menjaga sendiri, aku pun mengambil Tamtam, yang tika itu masih anak kucing, menjadi peliharaan ku buat peneman Bucuk yang juga masih kecil. Aku kasihankan Bucuk, kerana ibunya Bebe merayap dan tidak mahu jaga Bucuk lagi, jadi bila ada Tamtam, Bucuk ada kawan sepermainan. Huuu ini kisah tahun 2008! Sekarang Bucuk dan Tam tam sudah berusia hampir 5 tahun. Bucuk tetap manja, uuuuii tapi pernah juga merajuk denganku bila Jingga pula datang pada tahun 2009 pemberian teman sepejabatku. Tahun lepas saja dia masih mahu merajuk denganku... Alahai Bucuk.... tapi kini Jingga tiada lagi, kau sudah tiada saingan lagi Bucuk. Cuma si Rimau kucing yang sering datang dan makan di rumah kami sahaja musuh mu.

Aiks meleret cerita ku. Dari Dadih, Gagam ni dah sampai Rimau pula....

OK Dadih, anak Adik berusia 7 bulan  yang terketar-ketar di klinik, takut jumpa doktor agaknya, di vaksin doktor hari ini.

Gagam, lepas di suntik ubat demam oleh Dr. R, kata doktor, balik ni petang nanti insyaallah ok.
Lega... Dan doktor R pun suap-suapkan Gagam makan, aiks Gagam mahu makan! ishhhh tak aci ni, tadi kak long suap makan tak mahu pun. Ngada-ngada ye Gagam. :P

Terima kasih Doktor-doktor hari ini, rawat kucing-kucing saya ! :)

Ok waktu untuk Cik Adik menjemput kami pulang, dan aku harus bersiap ke Bangi pula dengan menaiki komuter selepas itu.

.......

Di rumah, aku memberi makan pada kucing-kucing lain pula, aiks tiba-tiba sekali lagi Gagam dah mula mengiau (masih dalam sangkar dari klinik) minta makanan juga. Malah dia sudah bingkas bangun!

Waaaaahhhhh!