Sepanjang malam aku tidak tidur hingga ke sahur pagi tadi.
Berbual sambil mengemas bagasi merahku.
Pagi-pagi buta aku harus berangkat ke LCCT.
Setelah bersahur aku dan adik berangkat ke Sepang. Kasihan adik kerana terpaksa menghantar aku ke sana pagi-pagi buta. Kebetulan pula dia bekerja jam 9 pagi, kalau dia bekerja petang tak pelah juga. Maaf Din!
Di dalam Kereta Kotak Kuning kami, aku tersengguk-sengguk :P adakala berbicara dengan Adik, adakala aku terlentok. Hohohhoho... mujur adik bersabar saja. Walaupun pada malam sebelumnya dan diawal perjalanan
bicaranya diselangi bebelan.... Hohohohoho tebalkan saja telinga....
Sampai di LCCT aku tercangak-cangak sebentar kerana, lapangan terbangnya di bahagian sudah diperbesarkan. Jadi tercari-cari tempat nak imbas bagasi - sedangkan kaunter check-in jauh lagi. Bila ditanya kepada pegawainya, katanya tidak perlu, cara imbasan bagasi untuk yang ke Padang, berbeza. mmm entahlah labu, yang penting aku dah imbas bagasi aku siap-siap.
Di kaunter S21, aku beratur lama lagi dengan barisan orang-orang yang nak ke Medan pula.? Ohhh rupanya banyak temapat tujuan untuk beberapa kaunter di situ.... Mmmm... Orang-orang yang dihadapanku lama betul dia berurusan. Sabar sahaja. Kulihat beg-beg mereka... Ohhh mereka ini tentunya kaki Golf. Ada beg panjang seperti membawa golf.
Setelah check-in, aku harus 2 kali beratur panjang lagi nak ke boarding area. Sabar saja lagi... Di hadapan ku orang Itali yang rajin menyapa. Datang bercuti bersama-sama temannya- tetapi temannya dibelakangku tidak begitu peramah. Ah aku tidak ambil pusing. Biarlah, aku pun nak cepat. Zassss turun naik akhirnya sampai ke boarding area. Sesampai, orang dah beratur nak masuk pesawat. Ok masuk di pintu T12.
Di belakangku orang Cina berbahasa Minang. ;) Mmmm aku yang berketurunan Minang sahaja tidak tahu berbahasa Minang, ini mereka lebih fasih. Aduhai.... Tetapi sedikit-sedikit tu aku masih boleh faham...
Duduk sahaja di dalam kapal terbang, pasang tali pinggang, ambil gambar serba sedikit, aku terus tutup mata..... Zuuuuuuuummmmmm lena! Lagi setengah jam nak sampai baru aku tersedar, masa bila pramugari atau orang sebelahku meletakkan borang masuk ke Indonesia di ruang hadapan ku tidaklah aku sedari... Lena betul. Yalah kan malam semalam aku tak tidur ! Hohohooh....
Kali kedua aku duduk di belakang sekali di dalam pesawat. Kali ini memang aku sendiri yang memilihnya. Tidak kecoh-kecoh... Mmmm semoga pulang ke KL nanti juga aman...
Jam 9 pagi waktu KL aku tiba di Bandara Minangkabau. Wah, bangunannya beratap Gonjong!
Turun dari pesawat dan menuju ke kaunter imigresen. Ohhh jam di situ baru pukul 8.10 pagi, 1 jam lewat waktu di Padang.
Arrrfggggggghh beratur panjang! Lamanya beratur! Aduhai! ;(
Aduhaiiiiii Minah Saleh di belakang tu beberapa merungut. Asyik berkata 'it's very irritating'..... mmmm aku diam saja mendengarnya. Aku pula dah ala-ala berjoget-senaman dah sewaktu menunggu giliran. hohohho kalau ikutkan hati mahu saja aku bersila!
Di barisan sebelah ku pula ada 4 orang perwakilan dari Selangor. Mereka ada mesyuarat dengan Gabenor Padang.
9 pagi WIB baru selesai! Rupanya kelewatan ini kerana sistem baru.
Keluar dari situ, di pintu depan telah menunggu orang-orang yang menawarkan teksi. Sabar-sabar saja. Kukatakan aku menunggu teman yang datang. Bercerita serba sedikit dengan salah seorang pemandu teksi. Di hantarnya aku ke kerusi tempat menunggu. Di situlah aku menanti kak sil sambil mataku melihat-lihat pemandangan orang-orang di Bandara itu... Pelbagai ragam...
9.30pagi WIB Kak Sil pun tiba dengan 'trapel' nya... hehhehe laaa rupanya dia maksudkan 'driver'- kereta sewa.... oooohhh...
Kemudian kami ke Universitas Negeri PAdang (Yu-En-Pe) menunggu Delfi dan Luki si pengantin baru -sebulan baru.
Kami putar-putar sekitar Padang. Ke Taman Budaya -ketemu Pegawainya, ke galeri, ke sekitar Kg, Cina, pesisir pantai Padang dan ke Museum Adityawarman -tetapi tidak habis keliling muzium kerana 'trapel'nya sudah tiba dan nak berangkat ke Batu Sangkar.
Jumpa lagi Del dan Luki!
Kami bertolak ke Batu Sangkar tetapi singgah di beberapa tempat mengambil penumpang-penumpang lain....
Putar-putar sambil kepala aku dah tersengguk-sengguk, arrrghhh biarlah, dah tak boleh tahan mata dah. NGANTUK! ;P
Melalui Lembah Anai, wau air terjunnya deras sekali di tepian jalan! Padang Panjang dan lain-lain dan akhirnya tiba di Batu Sangkar dan ke rumah Kak Sil.
Lega!
Di sambut mesra oleh Mak Kak Sil dan Adiknya O-ong.
Ok waktu untuk berbuka, wau! ;) masak Minang tentunya :)
Kemudian berTerawih di Masjid kampung ini....
Pulangnya apa lagi, zas tidur lah!
pabila melor ingin menulis, akan kucatat pabila melor ingin berkata, akan kusuarakan pabila melor ingin diam, akan kupendam pabila melor ingin menggambar, akan kupotret pabila melor ingin mendengar, akan kusemat pabila melor ingin berjalan, akan kulangkah di sini di sana bila-bila...
Selasa, 31 Ogos 2010
31 Ogos 2010 Selamat Hari Merdeka!
Hari ini genap Malaysia merdeka selama 53 tahun....
Tahun ini di bulan puasa kita merayakannya - di bulan mulia. Semoga kita bersama akan mendoakan yang baik-baik -kesejahteraan- keamanan yang berkekalan. Semoga rakyatnya kian menyatu-saling mendoakan kesejahteraan masing-masing, begitu juga hubungan kita dengan teman-teman di negara lain....
Serasa tidak sanggup aku berada di dalam negara yang berpecah-belah, saling menyalahkan, juga bersengketa dengan mana-mana negara sekalipun.
Bukankah keamanan yang kita inginkan ?
Bukankah keselesaan, saling menghormati yang kita mahukan ?
Lagi seminggu juga Mama Merdewati juga akan menyambut usianya 53 tahun. Selamat hari lahir Mama!
Moga kita akan bertemu...

Ahad, 22 Ogos 2010
22 Ogos 2010 Perancangan Petualangan Ke Padang - Batu Sangkar ....
Maklumat tentang Padang (info dari Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Kota Padang):
Ibukota Propinsi Sumatera Barat dan pintu gerbang pelancongan di wilayah Barat Pulau Sumatera, terletak tepat di bagian tengah paling barat Pulau Sumatera atau pada 0058’ 44” LS dan 100 21’ 11” BT.
Luas wilayah Kota Padang + 434,63 Km2, membujur dari kaki jajaran Bukit Barisan sampai ke Samudera Hindia dengan l9 buah pulau-pulau kecil. Sebagai kota pantai, suhu udaranya cukup panas berkisar 28,50 C – 31,50 C di siang hari dan 240 C – 25.50 C pada malam hari. Purata hujan setahun ¬+ 306 mm. Jumlah penduduk Kota Padang lebih kurang 800 ribu jiwa.
(aku suka perkataan ini 'jiwa' lebih lembut dan bermakna... )
Fakta ini menjadikan Kota Padang sebagai kota terbesar di pantai barat Pulau Sumatera. Meskipun kota ini dihuni oleh beragam suku bangsa namun majoriti dari jumlah penduduknya adalah suku Minangkabau yang dikenal dengan sistem kekerabatan menurut garis keturunan ibu (matriachat) serta pemeluk agama Islam.
Dalam berkomunikasi penduduk Kota Padang menggunakan Bahasa Minang sebagai bahasa tempatan disamping Bahasa Indonesia. Tidak banyak perbezaan antara Bahasa Minang dengan Bahasa Indonesia, kecuali dialeknya.
Kota Padang yang terkenal dengan masakan Padangnya itu telah berkembang pesat dan penampilan fisik kota pun diwarnai oleh bangunan-bangunan perkantoran yang beratap khas Minangkabau (atap bagonjong).
Ooooohhh baru ku tahu, nama atap rumah Minangkabau tu Atap Bagonjong.... maklumat baru ni....
Orang Minangkabau mengamalkan sistem keturunan ibu, yang bererti segala harta (seperti rumah dan sawah padi) akan diwariskan dari si ibu kepada anak perempuannya. Sistem ini masih lagi diamalkan di perkampungan.
At the time Padang was not considered a significant port because the Minangkabau mostly performed their trading via the east coast of Sumatra. Trade routes included shipping on rivers crossing the interior of Sumatra. But when trading competition in the Strait of Malacca increased with powerful players such as the Portuguese, the Spanish, the British, the Dutch, as well as the kingdoms of Malacca and Aceh, the Minangkabau started to trade using ports on the west coast. It was the Acehnese, who first used Padang, Tiku and Indrapura as trading ports. They were the dominant trade power in Sumatra.
Kama mau paie ?
1. Kota Lama
bersambung...

22 Ogos 2010 Sudah 12 Ramadhan 1431 rupanya
Ohhh rupanya setahun yang lalu, 22 Ogos 2009 merupakan 1 Ramadhan 1430! :)
Tiba-tiba teringat nota lamaku di dalam blog ini...
Sudah hampir 2 minggu kita berpuasa....
Apa juadah rutin yang sentiasa aku/keluarga ku beli setiap tahun ?
1. Air soya
2. Isi tauhu (tau fu fa)
3. Kuih tepung pelita
4. Murtabak
5. Kuih tepung sagu
6. Karamel
7. Serunding
Ini yang ku ingat setakat ini... Anda bagaimana pula ?

Khamis, 19 Ogos 2010
Healing - Sami Yusuf
"Healing"
VERSE 1:
It's so hard to explain
قد يصعب عليّ أن أعبر
What I'm feeling
عمّا يختلج في قلبي
But I guess it's ok
لكن اعتقادي
Cause I'll keep believing
ينبع من إيماني
There's something deep inside
هناك شيء في الأعماق
Something that's calling
ينادي
It's calling you and I
يناديني ويناديك
It's taking us up high
يرتقي بنا إلى الأعلى
CHORUS:
Healing, a simple act of kindness brings such meaning
الشفاء ... قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف
A smile can change a life let's start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان
And feeling, let's start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء
VERSE 2:
Heal and you will be healed
شفاء بشفاء .. ومع كل شفاء شفاء
Break every border
اكسر القيود والحدود
Give and you will receive
اعط تُعطى .. فالعطاء يوجب عطاء
It's Nature's order
نظام كوني رباني
There is a hidden force
هناك قوى خفية
Pulling us closer
تجذب بعضنا لبعض
It's pulling you and I
تجذبني أنا وأنت
It's pulling us up high
تجذبنا للأعلى

A Smile can change a life let's start believing
بسمة قد تغير حياة الإنسان
And feeling, let's start healing
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء
MIDDLE 8:
Hearts in the hand of another heart and in God's hand are all hearts
قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب
An eye takes care of another eye and from God's eye nothing hides
عين ترعى عينا .. وعين الله ترعى، و لا شيء عنه يخفى
Seek only to give and you'll receive
إسع نحوالعطاء... و ستلقى و تعطى
So, heal and you will be healed
إشف.. و سوف تشفى
OUTRO (x2):
لب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب
ين ترعى عينا، وعين الله ترعى
لمة طيبة صدقة
تبسمك لأخيك صدقه
كل معروف صدقة
اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً

Selasa, 17 Ogos 2010
17 Ogos 2010 7 Ramadhan 1431 Teringatkan Hussein dan Habibah
Cepat sungguh sudah seminggu kita berada di bulan Ramadhan... Makin hari makin cepat putaran waktu berlalu... Terasa semakin banyak perkara yang ingin dilakukan dan masih belum lagi disempurnakan. Ada yang sudah dimulakan tetapi tertangguh. Ada juga yang sudah siap.
Minggu hadapan aku akan berangkat pulang ke kampung halaman nenek moyangku. Semoga tertunai juga impian aku menjejak kaki ke ranah seberang. Di situlah moyangku dilahirkan - 2 beradik yang datang ke Tanah Melayu sewaktu Perang Paderi -mmmm buku cerita Perang Paderi terbitan PTS belum habis ku baca. PAdahal sudah setahun ku beli buku itu, aduhai! Kau harus mengetahui punca moyang mu berhijrah Melor! Arrgghh... mmmm penghijrahan keturunan Minang adalah perkara biasa, di tempat lainlah mereka bekerja keras mengumpul harta dan membawa pulang ke kampung halaman setelah berhasil.
Tetapi moyangku, Hussein Marajolelo dari Batu Sangkar, di sinilah dia bertemu jodoh dengan moyang perempuanku, Habibah dari Negeri Sembilan. Keduanya menetap dan membina rumah tangga, menyelongkar dan antara yang meneroka - penghuni asal Kampung Batu 4 1/4, Gombak, Selangor atau sekarang lebih dikenali sebagai Kampong Bandar Dalam dan sudah menjadi sebahagian kawasan Sentul, Kuala Lumpur. Daripada sekeping foto lama keluarga yang masih ada dan sudah menjadi kulit buku cerpen bondaku, dapat kulihat perbezaan jarak usia Nyang Hussein dengan Nyang Bibah. Tentunya Nyang Bibah bernikah dengan Nyang Hussein dalam usia sangat muda. Sehingga dikurniakan : Siti Aminah, Idris, Sharipah, Bainah, Mohd. Din dan Mohd. Zain -ini yang hidup dan meneruskan keturunan Hussein dan Bibah. Ada lagi beberapa cahaya mata mereka yang telah meninggal dunia. Jadi tentu saja bukan 6 orang sahaja putera puteri mereka, tetapi lebih, bukan! Nyang Hussein meninggal sewaktu anak bongsu kembar mereka sangat kecil lagi - mungkin belum 2 tahun barang kali. Kerana sekeping foto keluarga itulah menemukan kembali bondaku dengan sanak keluarga di Batu Sangkar, ketika Bonda pertama kali ke sana sewaktu membuat kerja kajian untuk tesis Doktor Falsafahnya pada tahun 1980an dan ketika itu Bonda juga berusia pertengahan 30an.
Sekarang sudah tiba waktunya untuk aku pula pulang ke sana. Yeah!
Tetapi sebelum perjalanan ku ke sana, ada liku-liku yang perlu kubereskan di sini. Mmmmm... kaf ro jim alif. Sudah beberapa minggu agak 'buntu-pening-susah hati' dengan dunia kaf ro jim alif. Malah sehari sebelum penerbanganku juga nanti adalah hari pembentangan, ooohhhh.... Semoga berjalan lancar...
Tujuan aku ke kampung halaman ialah untuk mengenali dan mengetahui tanah tempat kelahiran Nyang Hussein. Siapa keluarga ku di sana, tetapi sudah tentu orang yang tertua yang dekat dengan sejarah keluarga kami sudah tiada - Bondaku sempat bertemu dengannya pada tahun 80an dulu. Melihat kehidupan orang-orang di sana. Kemudian sudah tentu nak jejak kaki ke muzium yang merupakan perkara kemestian bagiku.... Ahhhhh.... ;)
Jika perjalanan ku ini berhasil, insyaAllah akan ada perjalanan susulan - dengan ahli keluarga yang lebih ramai dari Gombak. Mudah-mudahan.....
Aku merupakan generasi ke-4. Memang aku keturunan Minang, tetapi bukan hanya setakat Minang, masih ada banyak darah lain lagi dalam tubuhku. Datukku Ismail, ayah Bondaku sahaja keturunan Jawa-Banjar, di sebelah Ayahku pula keturunan Rawa - Parit - Orang Asli. Maka terhasillah aku - orang Melayu.
Bonda sentiasa mengingatkan aku berulang kali. Tidak ada istilah Indonesia - Malaysia untuk orang dahulu kala. Kerana politik-peperangan pada tahun 40an-50an sehingga kini yang memisahkan kita. Orang Sumatera ke Tanah Melayu itu adalah perkara biasa, seperti menyeberang sungai sahaja. Semuanya serumpun. Orang dahulu lebih menyatu, yang baru tiba boleh berbaik dan menyatu dengan penduduk setempat. Tetapi kini semakin moden zamannya, semakin curiga kita kepada seseorang itu. Arrghhhh aku juga berkata kepada diri sendiri sebenarnya - kerana adakalanya aku lebih suka memencilkan diri.
Petualangan ku kali ini agak berbeza, kerana aku akan berangkat pada bulan puasa! Heheheh bagaimana pula cabaran kali ini ya. Alamak, dapatkah aku makan sambal hijau ? :P Alahai moga ada kedai yang akan buka malam hari setelah solat terawikh nanti - hehehehhe kalau tidak, kempunan pula tak dapat makan Minang di sana - hahahaah mengarut. Tentulah adakan, dah namanya berada di Ranah Minang, takkanlah tak ada lauk-pauk di restoran sana pulakan. Atau minta saja tolong Kak Silfia masakkan kan! Tentunya aku juga kena tolong di dapur juga! ;)
Ohhhhh lagi 10 hari, aku akan tiba di sana!

Sabtu, 14 Ogos 2010
13 Ogos 2010 :( Rasa :(
Bermula dengan seram sejuk... kemudian semakin tenang dan suam... tetapi di penghujungnya ia menjadi dingin dan kegeraman, amarah, kesedihan dan rasa bersalah.
Sedih dan hampa dengan diri sendiri kerana tidak ketidak pastian suatu fakta penting dan tidak menegakkan apa yang sepatutnya kulakukan.Semuanya kerana ketidak pastian itu. :( Aahhh!

Rabu, 11 Ogos 2010
11 Ogos 2010 1 Ramadhan 1431
Hari ini merupakan hari pertama kita berpuasa :)
saban tahun kita menunggukan detik ini
ya kita bertemu lagi Ramadhan
aku dan bonda pagi ini bersahur nasi + (tauhu, peria, telur masak taucu).
adik pula bersahur bersama teman-teman baik dibangku sekolahnya.
di hadapan aku dan bonda sekarang ini, orang-orang di masjidil haram sedang bersolat terawih....
mmm... seronoknya melihat dan merasai solat berjemaah, apa lagi terawih....

Selasa, 10 Ogos 2010
06 Julai 2010 Lara yang comel
Isnin, 9 Ogos 2010
09 Ogos 2010 Kerja dan Perangai Saling Berkait
Kerja ?
Perangai ?
Kerja dan perangai seseorang memang saling berkait. Kerana faktor kerja - susah senang , akan mempengaruhi perangai seseorang.
Orang yang pendiam boleh jadi pembentak, pemberontak. Orang yang asalnya lembut, sopan boleh jadi keras-kasar dek kerana tegang - tertekan dengan kerjanya (antaranya kerana kerja itu sendiri, teman sekerja dan penilai kerja tersebut...) apatah lagi dengan permasalahan lain.
Kadang-kala orang lain yang tidak bersalah menjadi mangsa kepada yang berada dalam keadaan tertekan. (Hehehehe kadang-kadang aku juga jadi mangsa :P).
Jika aku berada di dalam situasi tegang dan sekiranya memang aku yang salah, aku akan diam tegak berdiri mendengar ungkap bebelan orang yang memarahiku...
Hhahahha boleh jadi patung arca gitu! (Betul tak Nda ?)
Tapi kadang-kadang kerana aku diam pun kena marah juga - kerana tidak memberi tindak-balas apa-apa.... Camana tu? Aduh... Adakala aku ingin minta maaf, tapi oleh kerana telah disambut dengan bebelan - lempias kemarahan, aku jadi kaku dan terbantut untuk memohon maaf. Rasa ingin minta maaf telah terpadam walaupun sebenarnya aku tahu aku yang salah. Aku mematung - mendengar tempias -lempias... Kerana jika aku bicara banyak pun, tidak berguna, malas nak mengeruhkan suasana. Nanti salah cakap pun kena marah juga, lebih baik diam. Tetapi kena marah juga!
Faktor lapar juga memainkan peranan. Huh! Perut-perut, kerana lapar ada saja orang naik angin.
Mujurlah aku tidak terpengaruh dengan faktor lapar ;) Orang lain lapar - cepat naik angin - aku pun pernah jadi mangsa. Haih, ceh!
Biasanya aku akan peka 'suasana tegang'. Aku diam, dan hanya bicara bila perlu.
Tetapi adakalanya orang-orang tidak peka dengan suasana itu. Haiii... Jangan dinyala bara api, jika tidak ia akan memakan diri. Tak pasal-pasal kena marah. Hmmm...

Selasa, 3 Ogos 2010
15 Julai 2010 Apa yang ada di Bandar Maklumat ?
Lampu lip-lap, lip-lap.... :)
Akhirnya sampai jua aku ke sana. Hohohho setelah beberapa kali mengajak adik ke sana...
Pusing-pusing bersama Adik dan Bad...
Cantik warna-warni di malam hari... Kala siang bagaimana ya ? Mmmmm itu rencana lain kali pula...

Isnin, 2 Ogos 2010
02 Ogos 2010 Menonton bersama Bonda
Kami duduk di kerusi biru, dikelilingi anak-anak kucing, menatap dua buah komputer riba, sambil menonton filem :
1. Aristocats (1970)
2. Alice in Wonderland (2009)
3. The Cat in the Hat (2003) -comelnya Dakota Fanning semasa kecil dahulu... 7 tahun lepas. Sekarang dah anak dara Jane (watak dalam New Moon & Eclipse).
Kemudian Ayeen pun tiba di rumah....
The AristoCats... inilah pertama kali aku menonton dengan sepenuhnya.... ;p
Comel-comel betul anak-anak kucing ni....

31 Julai 2010-01 Ogos 2010 Makan Malam Tahunan 2010
Kerja-kerja-kerja... Kerja beramai-ramai di Majlis Makan Malam Tahunan 2010.
01.08.10
Makan malam hari kedua...
Sebelum acara bermula.
Bersama Anis, Atie & Shaz
Langgan:
Catatan (Atom)