Seterusnya kami ke Muzium Terengganu. Aku masih ingat lagi, sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ke muzim ini pada tahun 1995, wahhh aku terasa amat kagum. Besar sekali muzium ini, dan kerana kebesarannya, aku membayangkan ia adalah sebuah rumah gergasi! Lantas terus teringatkan sebuah buku cerita zaman kanak-kanak ku Pak Pandir dan Gergasi yang masih lagi ada dalam simpanan ku. Memang ia menjadi antara buku kegemaran ku ketika kecil, di baca berulang kali.
Bertemu Anisa, yang dahulu pernah sekumpulan denganku sewaktu kami berkursus pemuziuman di Kuala Terengganu dahulu. Terima kasih Anisa kerana memberi serba sedikit penerangan mengenai koleksi muzium terutamanya koleksi tekstil. :)
*Mmm dua kali jejak muzium ini, aku masih tidak berpeluang untuk meneroka sepuas-puasnya muzium ini. Alahai-alahai.
 |
| Kita minum petang dahulu sebelum ke muzium |
 |
| Alas gelas diperbuat daripada suratkhabar |
 |
| Ok kami sudah tiba di laman muzium |
 |
| Besarkan! |
 |
| Anisa setelah memberikan penerangan kepada kami |