Memaparkan catatan dengan label Kampung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kampung. Papar semua catatan

Ahad, 31 Julai 2011

30 Julai 2011 Kak Lela dan Mizan & Ar-Raudhah & Bagan Tengkorak

Aku dan Bonda hari ni melawat Mizan, bayi Kak Lela dan Abang Mahathir.
Tahniah ya Kak Lela dan Abg Mahathir, kini sudah bergelar ibu dan ayah! ;)
Anakanda yang dinanti-nanti...

Kemudian kami disusuli pula oleh Mak Mah, Ibu Ardha, Amanda dan Ahror.

Hampir jam 2 petang, kelima-lima kami ke Ar-Raudhah, Kuang. Acara minum petang, menjelang Ramadhan dan pertemuan dengan anak-anak yatim Kuang anjuran Ar-Raudhah.

Ahror


Amanda

Ibu Ardha
Siapa ni ya ?

Mak Mah



Mmmmm alhamdulillah ada durian! ;) Tahun lepas aku langsung tidak merasa buah durian.
Syukur tahun ini, minggu lepas barulah aku berpeluang merasa 2 ulas buah durian, Yam yang bawa dari kampung di Melaka.
Hari ni aku makan 10 ulas. :) Alhamdulillah. Terima kasih ye Tan Sri.
















Kalau dulu sewaktu Opah dan Ayah ada, selalu aku makan buah durian daripada kampung. Mmmm sekarang ni ? Sekarang ni Ayah Ngah seorang yang balik kampung. Mungkin juga dia balik dengan Tok Chu.
Bilalah aku dan Adik akan pulang ke kampung ?
Kali terakhir sewaktu Ayah masih ada lagi, kami berhari raya di sana. November 2009 pulang kampung....

Dari Ar-Raudhah kami dihantar pulang ke rumah Kak Lela di Lembah Hijau, Bandar Tasik Puteri oleh Saiful. Terima kasih ya.

Kemudian kami semua berpecah hala tuju. Mak Mah dan keluarga Ibu Ardha pulang ke KL, sementara aku dan Bonda pulang ke Bagan Tengkorak, Tanjong Karang.

BALIK KAMPUNG YEA YEA YEA BALIK KAMPUNG.....

Sabtu, 25 Disember 2010

25 Disember 2010 Ke Pantai Jeram

Pagi ini aku dan Bonda dikejutkan dengan suara Omot. Aku dah lah tidur lewat, tapi kena bangun awal pula pagi  ini... Ayooo Omot, Omot...
Dah bangun awal tu memang kena bangunlahkan.

Tadi aku masak nasi goreng ala kadar sahaja untuk Bonda dan diriku...

Tengahari tadi aku dan Bonda menerima kunjungan tetamu dari Gombak :)
Jam 2petang Mak Mah, Cik Zarah dan Nurul tiba ke halaman palma kami...
Mak Mah datang membawa nasi beriyani ayam versi Taman Melati! Wahhh enak dimakan bersama salad, serunding daging, acar buah dan gulai daging.

Seronok berbual-bual bersama tetamu Gombak... Mendengar petua ibu-ibu.

Sebenarnya malam tadi aku berangan-angan dengan Bonda - nak ke Pantai Remis.
Hhehehee rupa-rupanya Mak Mah nak ke pantai juga! Yeaaaaaa.....

Selepas Asar, kami pun bertolak mencari pantai.
Nurul memandu laju cik Viva putih mencari pantai.
Tiba jua, kami memilih Pantai Jeram. Tidak mengapalah asalkan aku dapat melihat pantai, Pantai Jeram pun Jeramlah... Lain kali sahaja mencari Pantai Remis pula. Lagi pula ini pertama kali aku ke Jeram.
Wahhhh ada beberapa buah restoran makanan laut. Ada sebuah yang besar dan cantik, tapi ramai betul pelanggannya!

Tapi kami memilih kedai Nasi Lemak Pantai.
Kami tidak duduk di kedai tersebut tetapi memilih untuk berkelah di tepian pantai! :)
Seronok dapat berkelah beramai-ramai, dah lama tak buat aktiviti keluarga sebegitu.

Aku pesan nasi lemak biasa (RM2.00), air nescafe dan teh tarik.
Kami berlima makan nasi lemak, kerang rebus yang dibawa dari rumah - Mak Mah beli di Pasar Kuala Selangor (uuuiiii banyak betul aku makan kerang! dicicah dengan sos cili Aminah Hassan). ENAK SEKALI!

Makan mengadap laut sehingga matahari terbenam... Menarik aktiviti begini....

Ahhhh aku teringin membawa teman-teman ke rumah kampungku ini. Bilalah dapat terlaksana....

25 Disember 2010 Aktiviti hari ini

Apa yang kubuat di kampung ?
Menemani Bonda dan Omot...
Omot mengekor ke mana saja aku pergi. Bosan agaknya kerana tiada teman bermain. Jika Adik (makciknya) tentu Omot akan melekat dengannya... :P
Sampai nak makan pun seperti nak berteman... Aduiii!

Ini pun sedang aku menaip, dia pun sibuk nak baring atas meja depan kipas, di samping buku Misa Melayu dan kuih bahulu ku.

Khamis lalu aku dan Adik (Bun Iman) sempat singgah ke Plaza Low Yat, apa lagi tentunya mencari barang-barang komputer ku... Sabar sahajalah Adik mengekori aku...
Apa yang kubeli ?
1. Burner DVD Samsung berwarna merah jambu
- sebenarnya aku lebih berkenan kepada jenama Sony berwarna merah jambu juga... Tetapi Adik kata, kan ke tu mahal sangat, yang penting kegunaannya bukan warnanya! Hohohoh, aku ni memang gila warna, jadi semua barang kalau boleh nak berwarna. Mujur yang Samsung ni ada warna dan lebih murah berbanding Sony.

2. DVD kosong
- CD kosong masih banyak lagi di rumah, jadi beli DVD sahajalah. Aku tak tau apakah perbezaan antara DVD +R atau DVD-R. Apa yang lainnya ? Ada sesiapa yang boleh terangkan padaku?

3. Sarung CD
- Sebenarnya nak cari sarung DVD, tapi tak jumpa, jadi beli saja yang CD.

4. Pengecas IPod
- Mmmmm aku ni jenis 'kasar', barang-barang adakalanya tak pandai jaga. Kalau rosak suka simpan , sayang nak buang. Mana taknya rumah dah macam muzium... Ooopss berbalik kepada pengecas IPod. Dulu ada tapi dah rosak. Boleh jadi longgar pula tempat pencucuh tu... Dahlah aku beli di Singapura Januari lalu, tak sampai setahun pun...

5. Dakwat pencetak HP
- Hihkhihkik ini pun aku nak cerita juga kah?

6. Anti-Virus Kapersky
-Akhirnya aku beli juga anti-virus ni. Untuk 3 komputer sekaligus! Hhehehe yalah alang-alang, dah memang ada 3 orang pengguna komputer di rumah. Jadi beli jelah sekali, murah je pun...

Jadi aktiviti aku hari ini adalah :
1. Burn gambar-gambar dalam komputer riba merah jambu ku ini. - dah terlampau berat- ruang kosong dalam Si Merah Jambu ini sudah terlalu sedikit, tinggal 2.60 gig sahaja daripada seratus lebih!

2. Padamkan gambar-gambar yang dah di burn

3. Install anti-virus... -sempat ke nak buat hari ni?

Mmmm Omot sedang tidur lena bersama Misa Melayu dan Bahulu.... :)

24 Disember 2010 Pulang Kampung

Hari ini aku dan Bonda pulang ke Kampung Melaka, Bagan Tengkorak, Tanjong Karang, Selangor. :)

Dah lama aku tak pulang ke sini. Sudah setahun mungkin...
Kali ini kami membawa Omot bersama-sama. Kalau dahulu, kami sering membawa Jingga. Kini Jingga dah besar, sudah pandai menjaga diri. Omot ni macam sayang pula nak ditinggalkan.
Adik tidak ikut kami pulang ke kampung. Dia ke Johor Bahru...

Bertolak seawal 12 tengahari dan kami tiba lebih kurang jam 4 petang.
Aku SMS Adik bertanyakan dia sudah tiba atau belum...
Eh kenapa lambat sangat awak sampai kampung ? katanya.... Dia pun lagi sejam akan sampai JB.

Hehehhe mana taknya lewat sampai...
Kami banyak berhenti dan langsaikan urusan perbankan, makan, ke pasar. Belum lagi dikira perjalanan yang dipilih Bonda -mengikut jalan jauh -tidak mahu ikut jalan pintas.
Untuk melihat pemandangan kampung agar tidak bosan/lelah pandangan mata ketika memandu...

Omot pertama kali naik kereta. Bising juga dia pada mulanya. Teringat Adik dan Jingga. Sepatutnya aku bawa Adik atau Jingga agar dapat menemankan Omot.

MMm di rumah ni dia merayap mengekori aku, takut sesat ditempat baru agaknya.
Sekarang ni ia sedang tidur lena di atas bantal empuk...