Tengahari tadi aku di hantar Adik ke klinik, bawa Dadih untuk di vaksin, ok sudah tiba waktu untuk di vaksin ya Dadih. Kita jalan-jalan kejap. Bawa Gam gam@ Gagam ke klinik juga. Kasihan Gagam, huhuuhuuh tak aktif sejak aku pulang kerja semalam, risau juga. Letak makanan pun tak di endah. Pagi tadi pun sama, masih tak mahu makan. Angkat duduk dipangku pun diam saja, kalau tak, meneneng dia nak lari lepaskan diri. Huuuu risau, harap-harap tak sakit serius.
Tunggu Cik Adik bersiap, ok lepas tu broom broom broom kami seberang jalan ke klinik.
DAri rumah ke klinik, dekat sahaja sebenarnya, memang boleh jalan kaki. Berapa minit ye ? 10 minit kot. Biasalah, aku jalankan macam kartun, tapi selalu ketepi-ketepi (sampai Adik rimas dan aku kena marah, sebab aku sering jalan menyenget, menghimpit dia)... hohoohoh sori! Dah nak buat camana, kakak awak ni jalan begini... :P Bukan tak cuba jalan lurus, tapi dengan sendirinya kaki ni akan buat garisan senget juga!
Tapi tidaklah aku dan anak-anak kucingku berjalan kaki ke klinik, pergi dengan Adik jugalah berkereta. Walau Bonda selalu kata, alah pergi saja jalan kaki ke klinik tu bawa kucing, kalau Bonda tiada di rumah Uwan la. Hhehehehh. OK nak bawa kucing dalam apa ye, kalau ada beg sandang boleh bawa kucing dalam tu ok juga, senang saja jalan kaki ke klinik. Kalau bawa kucing ke klinik, bukan seekor-seekor, tapi berekor-ekor.
Setelah hantar aku dan kucing-kucing ke klinik, Adik terus ke Celcom Pekeliling. Aku, Dadih dan Gagam tunggu giliran, sambil tengok-tengok kucing yang ada dalam klinik. Ada seekor tu macam Tam Tam, namanya juga unik dan lucu, panjang betul nama dia (tapi dah lupa).
Tiba giliran kami... :)
Doktor kata, Gagam demam je. Fuhhhh lega.... Dah lah Gagam yang paling comel dalam adik-beradik dia, walaupun dia hitam legam! Tu yang nama dia Gam Gam tu, sebab dia legam :) Kadang-kadang mata pun tak nampak terutamanya kala malam. Gagam ni hampir sama dengan ibunya Tam Tam, ada bulu putih di leher dia. Gam gam 4 beradik, anak kembar ketiga yang dilahirkan Tam tam.
Yang sulung, Tamtam lahirkan tak cukup bulan (tak ingat tahun bila). Aaahhh teringat, kesian Tam tam masa tu. Aku pulang kerja, tengok Tam tam kat suatu sudut, panggil-panggil, dia menyahut tapi tak mahu datang mendekat. Dia memanggil aku kembali. Aku pun mendekati Tamtam, memang dia minta aku menghampirinya, aku amati betul-betul, aduhai.... kesiannya Tamtam, dia sudah melahirkan tapi tentulah bayinya mati, kerana memang terlalu kecil, aku rasa Tamtam keguguran.
Kemudian Tam tam mengandung lagi, lahirlah Adik dan Kechak. Adik tak banyak anak, Kechak yang ekornya berpintal-pintal banyak sekali anaknya. Kiranya Tam tam sudah punya cucu! Kini tahun ini Tam tam ada anak baru lagi :) Adik dan Kechak dah ada adik baru. Tapi Kechak sudah merajuk panjang, tidak mahu pulang. Di manalah Kechak ni ? Omot dan Elang anak Kechak pun pergi, tak mahu pulang. Omot omot omot, baliklah.....
Tam tam, kucing pemberian Iylia, juga kucing jalanan yang dilahir dan ditinggalkan ibunya, kerana dia tidak mahu menjaga sendiri, aku pun mengambil Tamtam, yang tika itu masih anak kucing, menjadi peliharaan ku buat peneman Bucuk yang juga masih kecil. Aku kasihankan Bucuk, kerana ibunya Bebe merayap dan tidak mahu jaga Bucuk lagi, jadi bila ada Tamtam, Bucuk ada kawan sepermainan. Huuu ini kisah tahun 2008! Sekarang Bucuk dan Tam tam sudah berusia hampir 5 tahun. Bucuk tetap manja, uuuuii tapi pernah juga merajuk denganku bila Jingga pula datang pada tahun 2009 pemberian teman sepejabatku. Tahun lepas saja dia masih mahu merajuk denganku... Alahai Bucuk.... tapi kini Jingga tiada lagi, kau sudah tiada saingan lagi Bucuk. Cuma si Rimau kucing yang sering datang dan makan di rumah kami sahaja musuh mu.
Aiks meleret cerita ku. Dari Dadih, Gagam ni dah sampai Rimau pula....
OK Dadih, anak Adik berusia 7 bulan yang terketar-ketar di klinik, takut jumpa doktor agaknya, di vaksin doktor hari ini.
Gagam, lepas di suntik ubat demam oleh Dr. R, kata doktor, balik ni petang nanti insyaallah ok.
Lega... Dan doktor R pun suap-suapkan Gagam makan, aiks Gagam mahu makan! ishhhh tak aci ni, tadi kak long suap makan tak mahu pun. Ngada-ngada ye Gagam. :P
Terima kasih Doktor-doktor hari ini, rawat kucing-kucing saya ! :)
Ok waktu untuk Cik Adik menjemput kami pulang, dan aku harus bersiap ke Bangi pula dengan menaiki komuter selepas itu.
.......
Di rumah, aku memberi makan pada kucing-kucing lain pula, aiks tiba-tiba sekali lagi Gagam dah mula mengiau (masih dalam sangkar dari klinik) minta makanan juga. Malah dia sudah bingkas bangun!
Waaaaahhhhh!
pabila melor ingin menulis, akan kucatat pabila melor ingin berkata, akan kusuarakan pabila melor ingin diam, akan kupendam pabila melor ingin menggambar, akan kupotret pabila melor ingin mendengar, akan kusemat pabila melor ingin berjalan, akan kulangkah di sini di sana bila-bila...
Memaparkan catatan dengan label Kucing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kucing. Papar semua catatan
Ahad, 5 Ogos 2012
Rabu, 4 April 2012
04 April 2012 Nama kucing-kucingku
Yang masih ada mahu pun sudah tiada... (sebahagian)
1. Tupai
2. Koko - anak Tupai
3. Bobo - anak Tupai
4. Bel - anak Tupai
5. Lulu
6. Hitam
7. Comel - anak Tupai
8. Krim - anak Tupai
9. Bebe - anak Bobo
10. Bulat
11. Lalang
12. Bucuk (2007 - hilang 2010, sekejap dah ada semula) - anak Bebe
13. Tam-tam - pemberian Ili
14. Goyang - anak kucing datang
15. Jingga - pemberian Sya -Jimmi Messi - meninggal pada 07.01.2012
16. Adik - anak Tamtam
17. Kecak - anak Tamtam
18. Akal -anak Tamtam
19. Lintang -anak Tamtam
20. Hitam Putih
21. Kapas - kucing parsi - datang sendiri menginap di rumah beberapa bulan dan menghilang
- kegemaran : duduk meniarap macam karpet!
22. Tin tin (2010) - anak Tamtam
23. Karat (2010) - anak Tamtam
24. Ton ton (2010) - anak Tamtam
25. Skunk @ Akang (2010) - anak Adik
26. Lilin (2010-2010) - anak Adik
27. ...... (2010-2010) - anak adik
28. Kembang (2010) - anak Kechak
29. Kuncup (2010) - anak Kechak
30. Abu (2010) - anak Kechak
31. Comot @ Omot @ Panda (2010) - anak Kechak -hilang 2011, tak balik :(
32. Elang (2010) -anak Kechak
33. Meme (2009) - anak Bebe adik Bucuk
34. Leleng (2009) - tak pasti anak siapa
35. Rimau - Kucing datang suka gaduh dengan Jingga
36. Nonet (2011) - anak Meme
37. Bilan (2011) - datang jam 9 malam di rumah kampung Tanjong Karang
38. Anjang (Disember 2011) -anak Adik
39. Alang (Disember 2011) -Anak Adik
40. Dadih (Disember 2011) - anak Adik
41. Lalat (Jan 2012)- Anak Bilan
42. Lekuk (Jan 2012) - Anak Bilan
41. Cacang (Jan 2012)- anak Bilan
42. Ningga (Feb 2012) - anak angkat dari Bangi
43. Anak Nonet (04.04.2012)
44. Anak Nonet (04.04.2012)
04 April 2012 Nonet dah Ada anak
Bunyi anak Kucing meow meow. Aku ingatkan Si Lekuk tersepit atau kena buli dengan Nonet. Keluar kejap gi tengok sangkar, Lekuk diam ok je. Masuk rumah semula ngadap komputer. Aiks bunyi lagi, bila Amati betul-betul, suara anak Kucing. Eh Ada anak Kucing sesat ke?
Keluar rumah semula, jenguk.
Mmmm takde pun, tapi masih mengeow....
Tengok sangkar Nonet semula.
Laaaa dah bersalin rupanya Nonet. Patutlah tadi dia bising je bila sku masukkan dalam sangkar. Huhuhu maaf ya Nonet.
Dua ekor warna putih.
Aiks putih ? Tapikan Bucuk dah di kasi? Mmmm...
Keluar rumah semula, jenguk.
Mmmm takde pun, tapi masih mengeow....
Tengok sangkar Nonet semula.
Laaaa dah bersalin rupanya Nonet. Patutlah tadi dia bising je bila sku masukkan dalam sangkar. Huhuhu maaf ya Nonet.
Dua ekor warna putih.
Aiks putih ? Tapikan Bucuk dah di kasi? Mmmm...
Isnin, 2 April 2012
Isnin, 3 Oktober 2011
30 Julai 2011 Selamat datang Bilan
30 Julai lalu Seekor anak kucing tiba di rumah kami di Tanjong Karang (rumah di kampung Bonda). Mengiau - ngiau tak keruan dia....
Seperti keLaparan. mmm makanan apa yang ada di rumah ? mmmm bagi sajalah sardin dalam tin, itu aja pun yang ada dan sesuai untuk dia makan.
Kami namakannya Bilan, sempena jam sembilan malam dia datang.
Esoknya kami belikan biskut kucing. Mmm laju saja Bilan makan, akhirnya berselera juga dia makan...
1 Ogos kami bawa pulang ke rumah Gombak.
Dari Kampong Melaka, Bagan Tengkorak, Tanjung Karang, kami bawakan ke Kampong Bandar Dalam, Kuala LUmpur pula.
Seperti keLaparan. mmm makanan apa yang ada di rumah ? mmmm bagi sajalah sardin dalam tin, itu aja pun yang ada dan sesuai untuk dia makan.
Kami namakannya Bilan, sempena jam sembilan malam dia datang.
Esoknya kami belikan biskut kucing. Mmm laju saja Bilan makan, akhirnya berselera juga dia makan...
1 Ogos kami bawa pulang ke rumah Gombak.
Dari Kampong Melaka, Bagan Tengkorak, Tanjung Karang, kami bawakan ke Kampong Bandar Dalam, Kuala LUmpur pula.
| BILAN 010811 |
Ahad, 20 Februari 2011
19 Februari 2011 Di mana Jingga ?
Dah 3 hari Jingga tiada di rumah. Ke mana ia pergi ? Merajukkah ? Dahulu, Bucuk yang merajuk. Kini dah pulang cuma sedikit liar dan lebih berdikari.
Jingga ni, di mana dia ?
Jinggaaaaa...
Adakala jika aku pulang dari kerja atau di dalam rumah, aku akan bertanya pada Omot, Bucuk, Adik, Elang, tentang Jingga. Manalah tau mereka tau Jingga ke mana... :P
Mmm dulu pernah juga dia buat perangai begini, tapi pulang juga. Tapi ini sudah 3 hari, lama tu....
Huhuhuhh.....
Jingga ni, di mana dia ?
Jinggaaaaa...
Adakala jika aku pulang dari kerja atau di dalam rumah, aku akan bertanya pada Omot, Bucuk, Adik, Elang, tentang Jingga. Manalah tau mereka tau Jingga ke mana... :P
Mmm dulu pernah juga dia buat perangai begini, tapi pulang juga. Tapi ini sudah 3 hari, lama tu....
Huhuhuhh.....
Langgan:
Catatan (Atom)



