pabila melor ingin menulis, akan kucatat pabila melor ingin berkata, akan kusuarakan pabila melor ingin diam, akan kupendam pabila melor ingin menggambar, akan kupotret pabila melor ingin mendengar, akan kusemat pabila melor ingin berjalan, akan kulangkah di sini di sana bila-bila...
Rabu, 16 Mei 2012
21 November 2011 Jejak Penekat
Hari ini aku, Juju dan teman-teman penyelidik, ke Kuala Kangsar, negeri penekat. Disambut oleh Pn Puteri, pemilik hotel Kuala Kangsar dan diberi penerangan serba sedikit mengenai agenda kami di sana.
Jumaat, 4 Mei 2012
14 November 2010 Muzium Terengganu
Seterusnya kami ke Muzium Terengganu. Aku masih ingat lagi, sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ke muzim ini pada tahun 1995, wahhh aku terasa amat kagum. Besar sekali muzium ini, dan kerana kebesarannya, aku membayangkan ia adalah sebuah rumah gergasi! Lantas terus teringatkan sebuah buku cerita zaman kanak-kanak ku Pak Pandir dan Gergasi yang masih lagi ada dalam simpanan ku. Memang ia menjadi antara buku kegemaran ku ketika kecil, di baca berulang kali.
Bertemu Anisa, yang dahulu pernah sekumpulan denganku sewaktu kami berkursus pemuziuman di Kuala Terengganu dahulu. Terima kasih Anisa kerana memberi serba sedikit penerangan mengenai koleksi muzium terutamanya koleksi tekstil. :)
*Mmm dua kali jejak muzium ini, aku masih tidak berpeluang untuk meneroka sepuas-puasnya muzium ini. Alahai-alahai.
Bertemu Anisa, yang dahulu pernah sekumpulan denganku sewaktu kami berkursus pemuziuman di Kuala Terengganu dahulu. Terima kasih Anisa kerana memberi serba sedikit penerangan mengenai koleksi muzium terutamanya koleksi tekstil. :)
*Mmm dua kali jejak muzium ini, aku masih tidak berpeluang untuk meneroka sepuas-puasnya muzium ini. Alahai-alahai.
![]() |
| Kita minum petang dahulu sebelum ke muzium |
| Alas gelas diperbuat daripada suratkhabar |
| Ok kami sudah tiba di laman muzium |
![]() |
| Besarkan! |
| Anisa setelah memberikan penerangan kepada kami |
14 November 2010 Menyungkit-nyungkit
November 2010.
Aku dan Juju memulakan pengembaraan ke Terengganu sebagai pembantu penyelidik kepada sekumpulan pengkaji dari sebuah institusi pendidikan dari kota London. Mereka ingin membuat kajian mengenai perusahaan tekstil tempatan yang mendapat sokongan atau naungan raja.
Pengembaraan ini juga membuatkan aku dan Juju saling lebih mengenali kerana Juju baru sahaja bertugas di tempatku.
Dunia penyelidikan sebegini jarang diperoleh, dan sememangnya amat aku gemari. Kepada yang berkenaan, terima kasih kerana memberi kami peluang untuk bekerja sama dengan mereka.
| Ini bahagian dalam kain yang masih belum siap |
| Kita lakar motif dahulu |
![]() |
| Juju sedang melakukan proses menerai... uuuuiii susah tu memula. |
![]() |
| Peralatan menerai yang lebih moden |
| Si manis ni senyum sahaja... Jika akulah yang sedang menyungkit ni, mmm bagaimanakah ekspresi wajah ku ? :P |
![]() |
| Jemari si penenun songket |
Langgan:
Catatan (Atom)














