Isnin, 25 Januari 2010

25 Disember 2009 Terbang ke Pulau Lantau hingga tiba Jalan Robinson



no. kerusiku...



6.35 petang wuuuuuuuu kapal terbang mula bergerak-gerak... ke kiri-ke kanan-ke depan- ke belakang- putar-putar dannnnnnn terbaaaaaangggg!

sebelahku pelajar lepasan SPM di bawa bercuti oleh ibu dan ayahnya yang duduk di ruang tengah di sebelah kiriku.....

bual sikit-sikit, sepatah-sepatah...
makan - membaca- mendengar lagu....
makan malamku...

hampir jam 11 malam, kami tiba di pulau lantau! wauuu petualanganku bermula! ;)


menunggu bagasi kami..

hiasan krismas di lapangan terbang hong kong


hendak keluar dari HKIA



hohoho... lapar juga rupanya kami.... :) ms. linda rupanya menjamu kami tomyam lewat malam itu! terima kasih ;)

Jumaat, 22 Januari 2010

25 Disember 2009 Berangkat dulu...

Bang Amad, lepas Jumaat nanti boleh hantar Melor ke Sentral KL ?
boleh...

Phewwww lega.... mmm tak payahlah aku nak kena seret bagasi merah aku tu....
dah 6 tahun usianya. pertama kali aku gunakan ketika hendak ke Jogja, September 2004. Berpergian bersama Bonda, Kak Linda dan beberapa orang teman seUKM Bonda. Ketika itu Bonda ada acara pelbagai acara di sana:
i. Pameran lukisan
ii. Program di Az-Zaitun bersama Gapena
iii.Membina jalinan inter-universiti :
Universitas Negeri Yogyakarta (UNY) dan ISI (Institut Seni Indonesia).

oooppss melencong lagi cerita aku ni... :P

Sambung mengemas daripada malam tadi.. huh siap juga!
Jam 3 baru bertolak dari rumah menuju ke Sentral KL. Bonda hanya menghantar hingga ke pagar.... mmm kalau Bonda ikut samakan lebih seronok! huhuuhu.... ada gak cerita-ceriti yang boleh dikongsi atau yang sebenarnya Bonda akan lebih banyak memberi penerangan kepadaku... tapi nak buat bagaimanakan. Kalau ada Bonda, tempat utama yang wajib pergi pastinya Galeri, Muzium, denai-denai, lorong-lorong yang lebih eksotik yang punya nostalgia. Melihat bangunan lama pastinya kami akan menatap asyik.... Bonda melukis dan aku menggambar. Ya tentulah, aku tak pandai melukis, keras tangan, kaku!

Sebelum masuk teksi Abang Amad, Bonda sempat berpesan, 'Beli topi!'
heheheh ok insyaAllah, akan diusahakan....

Tataaaa, pergi dulu Nda! ... Selamat tinggal Bebe, Bucuk, Tamtam, Jingga, Adik, Kechak & Mimi. Tunggu Kak Long balik!

Hampir Jam 3.30petang aku 'check in' dahulu... Lega, dah masukkan bagasi merahku... Petugas kaunter tu sempat mengomel, 'Cantik sarung passport ni... Beli di mana?'
ooooh saya beli di Johor Bahru... mmm tak sangka pula ada juga yang suka sarung passport ku itu... heheheh kalau kata Bonda, macam budak-budak. hikhihkhikik....

Ok, makan dulu.... LAPAR!
Menuju Restoran McD. Kupesan Burger Prosperity daging... ahhhhh enaknya.... lega dah mengalas perut.

4.30petang aku beredar dan menuju ke pintu masuk ke stesen ERL....
turun-turun dah ada ERL menanti, apa lagi, aku dan beberapa orang yang lain melangkah lajulah... Tak mahu buang masa menunggu ERL yang lain...

hampir jam 5 sudah tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur.

Di LTKL aku menggambar suasana, dan memeriksa sama ada pintu pagar telah dibuka.... Ya sudah di buka ya Cik Melor...

Yeah... ok boleh masuk, imbaskan passport terlebih dahulu, naik tren menuju Pintu Pagar __.
Sebelum tu sempat lihat pameran model kapal terbang... dari pelbagai negara... singgah lagi ke kedai buku... MPH ke Times, lupalah!

Berhampiran pintu masuk aku duduk melihat orang lalu lalang sambil menunggu Irman sekeluarga tiba... 5.40petang pramugari-pramugara mulai masuk ke dalam... jam 5.50 orang ramai sudah dibenarkan masuk... 6petang Irman pun tiba....
Aku dipertemukan buat pertama kali dengan keluarga Irman, 2 orang anaknya comel sekali... Along isteri Irman, Irfan putera yang sulung dan Alia si bongsu.

:) Aku masih ingat kata-kata pertama Alia, "Dah lama kita tak jumpa!''

aku terkekeh-kekeh ketawa... kerana sebenarnya inilah pertama kali kami berjumpa! hihkihkhikhk Alia alia... manalah dia belajar ayat tu ya, pasti dia pernah mendengar orang berkata begitu, maka ditiru... mmm Alia yang comel dan keletah berusia 3 tahun.

Sebelum berlepas, Irfan sangat beria-ia... gembira dan tidak sabar hendak naik kapal terbang!

24 Disember 2009 Terima kasih Jeumpa D'ramo & Selamat Malam...

Arrghhhhh hilang lagi tulisanku! :( :( :(

OK cubaan kedua...

Pulang kerja hari ini dijemput Bonda. Kami ke Jeumpa D'ramo di Bangsar...
Bertemu Kamal, mengambil barang yang tinggal dan melangsaikan apa yang perlu.... dan berterima kasih kepada Kamal... Terima kasih ya! Kemudian aku dan Bonda ke Bangsar Shopping Centre. Sudah lama aku tidak ke sana...
Membeli barang yang perlu di Cold Storage dan kemudian kami makan malam di KUBAH. Tetiba bonda tertemu teman lama, aku sedikit 'blur'... Oooohhhh Pak Jaafar Taib rupanya... Mmmm cuba mengimbas kembali, mungkin masa kecilku pernah ketemunya...
Dah dewasa ni belum lagi pernah bertemu, cuma adalah melihat fotonya di dalam fail-fail di pejabat atau pun sewaktu aku membuat carian tentang beliau di internet...

Bual panjang Bonda dan beliau.... tentang dunia seni tentunya... tentang sahabat-sahabat lama. tentang karya-karya beliau juga....

Sebelum pulang beliau menghadiahkan sebuah bukunya 'Damai' dan 2 siri poskad...
TErima kasih Pak Jaafar! Sampai ketemu lagi... ;)

*alamak malam ini aku harus mengemas bagasiku! arrrgggghhh malasnya! mujur penerbanganku petang hari...

Rabu, 20 Januari 2010

20 Disember 2009 SYUKUR 60 SZI



Hari yang dinanti dah tiba....
Ashrof, En. Ilhami antara yang terawal tiba.

Jam 9.30 orang ramai mula membanjiri...
Ada yang melihat bahan pameran, membelek buku-buku... membeli buku-buku...

Haji Ishak Surin @ Busu Sahak ku yang segak berbaju Melayu hitam bersampin membacakan doa membuka acara pagi itu.

Teruja juga melihat penduduk Kg. Bandar Dalam yang hadir... cuma sedikit terkilan kerana aku tak berkesempatan berbicara dengan mereka, sekadar senyum dan menyapa Cik Ijat, sepupu Bondaku... Maaf semua...

Seniman Negara dan Sasterawan Negara juga ada, begitu juga beberapa orang teman rapat Bonda. Terima kasih kerana menyokong acara ini... Kepada keluarga Tan Sri juga kerana meluangkan masa untuk kami... Begitu juga kepada mereka yang tidak disebutkan namanya di sini...

Acara pagi:
1. Perasmian 5 buah buku oleh Pak Samad
2. Persembahan Az Samad
3. Bicara teman-teman mengenai SZI


Acara petang:
1. Teman-teman SZI bebas berpuisi, berkongsi cerita, melakar


19 Disember 2009 Masih lagi bersiap sedia... Syukur 60 SZI

Daun kAduk yang Bonda petik dari rumah Uwan...



kemas -mengemas...
tapi sebenarnya.....

Petang itu aku, Birul dan Bonda ke Jeumpa D' ramo..
apalagi kerja kami mengemaslah... untuk acara esok pagi. tina dah ada menunggu kami tiba.
petangnya cik salmah dan adik muncul... malamnya pula kak lela bersama kakaknya...
terima kasih juga pada kamal yang ok sahaja atas apa permintaan kami....




mmm pokoknya, adik dan aku bersengkang mata... kemudian aku 'surrender' dahulu, sudah tidak tertahan mata nak meneman adik... kasihan dia... apa-apapun din, lazat..... ;)