Kami di mana ya ? Di mana lagi ? Hujung-hujung minggu Ogos, kami luangkan di pejabat. :P tak siap-siap kerja lagikah ? Mmmmm kerja tidak akan pernahnya berhenti tiba, selagi kita masih bekerjalah tentunya!
pabila melor ingin menulis, akan kucatat pabila melor ingin berkata, akan kusuarakan pabila melor ingin diam, akan kupendam pabila melor ingin menggambar, akan kupotret pabila melor ingin mendengar, akan kusemat pabila melor ingin berjalan, akan kulangkah di sini di sana bila-bila...
Memaparkan catatan dengan label Kerja. Papar semua catatan

Jumaat, 4 November 2011
Isnin, 10 Oktober 2011
10 Oktober 2011 Tak tertulis
Sudah lama aku tak menulis. tak berkongsi cerita... dalam kepala macam-macam ada, cuma seakan tak tertulis, sepulang dari pejabat, tidak terlarat nak mengadap komputer. hanya melihat kaca televisyen, bercakap dengan Bilan lepas tu zzzz....
Memang aku agak sibuk beberapa bulan, hujung minggu juga kian kerap ke pejabat, maaf Bonda. Ada banyak yang perlu dibereskan, dan adakala Bonda juga ke pejabatku...
Mmmm...
Kerja-hati-kerja....
'aku perlukan udara segar!' huuhuhuuhuhu....

Selasa, 19 Julai 2011
19 Julai 2011 Masih di SK !
Mmmm aku Masih di lobi SK dari 10.15malam sambil Mengemaskini kertas-kertas panting untuk esok!
Kalau ikutkan aku belum turun lagi dari pejabatku. Tapi disebabkan lampu pejabat baruku ini padam jam 10malam secara automatik, maka tak dapatlah aku siapkan dengan rapi kerjaku ini... Tadi sempatlah bergelap-gelita mencetak dokumen penting mana yang boleh....
Pertama Kali bergelap di pejabat baru seorang diri...

Isnin, 9 Ogos 2010
09 Ogos 2010 Kerja dan Perangai Saling Berkait
Kerja ?
Perangai ?
Kerja dan perangai seseorang memang saling berkait. Kerana faktor kerja - susah senang , akan mempengaruhi perangai seseorang.
Orang yang pendiam boleh jadi pembentak, pemberontak. Orang yang asalnya lembut, sopan boleh jadi keras-kasar dek kerana tegang - tertekan dengan kerjanya (antaranya kerana kerja itu sendiri, teman sekerja dan penilai kerja tersebut...) apatah lagi dengan permasalahan lain.
Kadang-kala orang lain yang tidak bersalah menjadi mangsa kepada yang berada dalam keadaan tertekan. (Hehehehe kadang-kadang aku juga jadi mangsa :P).
Jika aku berada di dalam situasi tegang dan sekiranya memang aku yang salah, aku akan diam tegak berdiri mendengar ungkap bebelan orang yang memarahiku...
Hhahahha boleh jadi patung arca gitu! (Betul tak Nda ?)
Tapi kadang-kadang kerana aku diam pun kena marah juga - kerana tidak memberi tindak-balas apa-apa.... Camana tu? Aduh... Adakala aku ingin minta maaf, tapi oleh kerana telah disambut dengan bebelan - lempias kemarahan, aku jadi kaku dan terbantut untuk memohon maaf. Rasa ingin minta maaf telah terpadam walaupun sebenarnya aku tahu aku yang salah. Aku mematung - mendengar tempias -lempias... Kerana jika aku bicara banyak pun, tidak berguna, malas nak mengeruhkan suasana. Nanti salah cakap pun kena marah juga, lebih baik diam. Tetapi kena marah juga!
Faktor lapar juga memainkan peranan. Huh! Perut-perut, kerana lapar ada saja orang naik angin.
Mujurlah aku tidak terpengaruh dengan faktor lapar ;) Orang lain lapar - cepat naik angin - aku pun pernah jadi mangsa. Haih, ceh!
Biasanya aku akan peka 'suasana tegang'. Aku diam, dan hanya bicara bila perlu.
Tetapi adakalanya orang-orang tidak peka dengan suasana itu. Haiii... Jangan dinyala bara api, jika tidak ia akan memakan diri. Tak pasal-pasal kena marah. Hmmm...

Isnin, 2 Ogos 2010
31 Julai 2010-01 Ogos 2010 Makan Malam Tahunan 2010
Kerja-kerja-kerja... Kerja beramai-ramai di Majlis Makan Malam Tahunan 2010.
01.08.10
Makan malam hari kedua...
Sebelum acara bermula.
Bersama Anis, Atie & Shaz
Jumaat, 23 April 2010
22 April 2010 Terbang bersama Kenyalang
Mujur hari ini Adik bercuti. Dapat juga dia menghantarku ke KL Sentral. Tengahari itu seorang teman telah menanti dengan resah. Katanya Ada seorang lelaki yang tidak kenali ingin berbual dengannya Dan bertanya lanjut. Temanku kurang selesa dan merasa tidak nyaman mujur aku tiba kemudiannya dan terus ke kaunter 'check in'. Ekspresi temanku yang sangat lega di wajahnya. Dapat pula pegawai MAS yang sekampung dengannya, giranglah kembali temanku itu. Oooohhh jam sudah hampir pukul 1.
Kami bertiga pun mengalas perut di Chicken Rice Shop. Kenyang sekali, pembahagian makanannya banyak sekali! Alhamdulillah kenyang. ;)
Selesai saja, adik pulang Dan aku terus menuju KLIA. Di sana aku Dan teman berjalan deras ke ruang menunggu sebelum berlepas. Mujurlah B10 tidak jauh, tapi berpeluh jualah!
Tepat jam 3.15 petang, Kami sudah berada di awangan!

Langgan:
Catatan (Atom)