Pagi-pagi buta dah bangun, apa lagi, kemas beg lah. Sambil mesej-mesej dengan Puan. Huhuhuhu gundah lagi....
Adik menghantar kami bertiga - Bonda, Kak Linda dan Aku.
Terima kasih Din.
Aku dan Bonda check-in dulu. kak Inda cuma 'drop' kan bagasinya, kerana day check-in secara on-line.
Lepas tu pergi Sarapan dulu di LCCT - makan roti bawang putih bakar cicah kari kentang + old town white coffee, sedap! Dah lapar, sedap je. :p
 |
| Wajah gembira nak berangkat :) |
12.45petang kami telah pun berangkat ke Bandara Sultan Hassanudin, Ujung Pandang.
Akhirnya aku telah berada di perut angkasaraya.
Di sebelah ku, warga Makasar, penjual kain sutera Makassar dan di kanan ku, warga Malaysia, peniaga juga mungkin, tetapi ku lihat dia asyik membaca, nota tulisan jepun. Dia diam, aku pun tidak bicara dengannya, melainkan dengan warga Makassar itu. tetapi kemudian, dia pun pindah duduk di sebelah isterinya, yang kebetulan rupanya kosong.
Kemudian aku pun zzzzzzzz..... yelah, aku sangat mengantuk, sudah beberapa hari tidak nyenyak tidur!
Bila waktu edar makanan, aku masih tunggu-tunggu. Sehinggalah jam 2 pramugara-gari tidak menyerahkan makanan kepada ku. Eh bukan ke selalunya mereka akan minta 'boarding pass' dan akan serah makanan yang dipesan ?
Bila aku minta kepada salah seorang pramugari, dia ok dan serah kepada kawannya. pramugari yang seorang tu dengan angkuhnya berkata, tadi dah panggil banyak kali. ohh ? aku dengan 'blur'nya ye ke?
Mmmm tapi masa aku sedar dari tidur, aku tak dengar pun diorang panggil nama aku sewaktu mereka sorong troli makanan tu? yang aku dengar cuma siapa yang nak beli makanan adalah. mmmm entah, aku salah ke ? mungkin sewaktu aku tidur, mereka laung nama aku kot ? apa-apa jelah.
3.40petang, tiba di Bandara ! Wohoooo! ;)
Keluar dari perut kapal terbang, masuk lapangan terbang, dan beratur nak serahkan passport. Mmmmm barisan beraturnya tidaklah panjang sangat, oklah tidak terlalu lama, seperti sewaktu aku di Padang dulu. Tapi pakcik sebelah aku ni macam asyik nak potong barisan aje, apa lagi isterinya. Sewaktu giliran aku, isterinya beri isyarat suruh suaminya potong barisan aku, tetapi anaknya di belakangku, kata, SABAAAR Bu.... Mmm tengok passport mereka Malaysia, tapi cara dan gaya si ibu ayah seperti bukan. Mmmm mujurlah si anak, sudah ber 'attitude' M'sia. Lebih penyabar.
Si petugas Imigresen, alamak kasarnya. Huhh!
Keluar dari ruang dalam nak keluar, umangaiiiii aduhhhh pening, serabut. Laungan taksi-taksi-taksi-taksi-taksi! Aduhhhh.... Aku yang inginkan ketenangan, pening lagi... Camana nak cari teksi, risau Kak Linda dimana, dan mana nak cari dan beli no. telefon hp. Aduhhhh fenin. Pergi ke kaunter informasi, tiada orang. Mmmmm ;(
Patah balik, lega, dah nampak Kak Inda. Nak tempah teksi ke hotel juga pening. OK kata mereka harga standard, ke kawasan yang kami nak pergi terletak di Zon 3= Rp100,000. Tapi kami kena bayar sendiri duit tolnya = Rp10,000.
Lepas tu zaaasss ke teksi, dan menuju Hotel Baji Gau. Waduhhh jauh banget. :P inilah perjalanan kali ini, memang aku dan Kak Inda, sebelum ni tak dapat nak duduk bincang bersama dan kami hanya berbicara lewat emel dan telefon beberapa hari sebelum berlepas. Memandangkan hotel yang kak Inda tempah sebelum tu, tidak memberi maklum balas, risau beb! Mujurlah masih ada kekosongan di Baji Gau.
Di sana, rehat-rehat dulu di bilik yang besar untuk kami bertiga. Wooooo :)
Kemudian kami pun makan malam di restoran sebelah hotel.
Aku makan nasi goreng pedas, bonda makan mie pangsit, kak inda makan mie goreng jawa.
Dan teh botol untukku! Wallaaaa.....
Lepas makan kami putar-putar keliling.... tak ada apa sangat di sekitar situ.
Pulang hotel, bincang-bincang untuk hari esok....
Tengok tv, dan zzzzz.....