Ishhhh hari itu aku cuba siapkan kerja sampai malam juga, ingatkan dapat pulang awal.... Mmmmm... akhirnya jam 8.30malam baru sampai rumah... Aaarggghh lega. Malam itu tumpang si Yana dan ayahnya Pak Mail pulang ke rumah, maka cepat sikitlah tiba rumah. Kalau malam itu aku pulang naik Komuter-LRT-Teksi, alamatnya kul 10.00malam lah agaknya sampai rumah....
Sampai rumah aktiviti utamaku adalah mengemas bagasi merahku. Apa nak bawa ni? Beberapa kali tapis akhirnya siap dan sambil bersiap tu kak linda pun sampai ke rumahku dari Shah Alam. Kasihan dia kepenatan. Sepatutnya Mr. Iwan hantarnya ke rumahku, tetapi tiba-tiba dia ada rencana lain.
Jam 10malam kami keluar dari rumah Uwan dan ke rumah kak linda pula... Cik kam dan Neneng sedang menunggu kepulangan kami.... Makan malam di rumah Kak Linda, kemudian aku temani Kak Linda mengemas bagasi perangnya pula.... Sambil berbual menahan mata, kononnya tidak mahu tidur.... Tapi jam 2.30pagi aku mengalah juga, mataku mengantuk dan Cik Kam mengejut kami jam 5.30pagi...
Yea sudah masanya! Tak sabarnya! Gumbiranya!
pabila melor ingin menulis, akan kucatat pabila melor ingin berkata, akan kusuarakan pabila melor ingin diam, akan kupendam pabila melor ingin menggambar, akan kupotret pabila melor ingin mendengar, akan kusemat pabila melor ingin berjalan, akan kulangkah di sini di sana bila-bila...
Selasa, 31 Mac 2009
Ahad, 22 Mac 2009
210309 Petualangan Melor dan Ayeen :P
Pagi ini aku dan Ayeen berancangan ke Putrajaya, yahuuuuu nak tengok Belon Panas di sana!
Tapi kami bersarapan dahulu di restoran sekitar Setapak (mmmm lupa pula nama jalan tu). Kami memesan Roti Canai Telur, di berinya Roti Canai Kosong.. Ish ish ish.. Tapi mereka buat semulalah. Minum air teh tarik juga. Bual-bual dan berkongsi cerita antara aku dan Ayeen.
Jam 11 kami menuju Putrajaya dan aku menghantar pesanan ringkas kepada Intan-memberitahunya kami akan ke sana, dengan harapan kami bisa ketemu. Lama juga aku tidak bertemu dengan Intan. Ya, dia juga sudah acapkali mengomel bahawa aku ini tidak ketemunya. Maaf Tan.
Aku dan Ayeen mencari Presint 2. Di situlah tapak Belon-belon tu! :P
Letak kereta, keluar dari kereta aku terbau seperti bau pasar! Kala melangkah longkang, laaaaaa patutlah ada bau pasar, ada 2 ekor ikan di dalam longkang tu! Aikssss peliknya, tapak letak kereta tu tempat pasar ke? Takkanlah! Kerana di sebelah ini adalah pelbagai kementerian ada! Termasuklah bangunan yang terpampang tulis 'Bahagian Pinjaman Perumahan'. Uuuuuiii besarnya!
Mmm panasnya cuaca. Lihat sekitar tiada kelibat belon-belon panas tu. Hmmmm... sedikit hampa. :( Apa ya yang ada tika itu? Mmm cuma gerai-gerai. Kanak-kanak bermain kapal terbang kertas- ada pertandingan siapa yang empunya kapal terbang bisa terbang jauh akan menang. Oklah, aku dan Ayeen berkeputusan untuk ke Alamanda sementara petang tiba.
Ke mana kami pergi di Alamanda? Makan, keluar masuk kedai. :P
Kemudian kami ke Presint 2 lagi. Belon-belonnya masih tiada di awan. :( Tika itu acara paramotor adalah dan juga layang-layang yang tidak putus talinya....
Disebabkan tahap kebosanan yang melampau, kami melangkah pulang, jam 7 barulah kelihatan belon-belon terbang! Ceh! Geram sungguh. Sepatutnya jam 5 lagi belon tu mula terbang, tetapi tiada kelibatnya. :( Kami lihat dari jauh sahajalah.... Dan kemudian telefon bimbitku berdering, Intan telefon! Hehheheh maaf Tan, ko tak telefon atau sms aku awal-awal, kami sudah dalam perjalanan pulang. Hmmmm lain kali kita jumpa ya!
Kami pun menuju ke Pelabuhan Klang, kononnya nak makan kerang bakar! Kononnyalah!
Hahhahhaha tetapi tidak kesampaian kerana kami tersesat! Kami pergi ke Pelabuhan Barat dan Pelabuhan Utara! Aduh.... akhirnya kami rasa, mungkin perjalanan kami ke sana seolah tidak direstui, ok kami makan malam di Shah Alam sahajalah!
Makan bubur di Ani Sup seksyen 9, kemudian pulang ke rumah, dan Bonda sudah menantiku di rumah bersama Jingga, Tam Tam, Bel. Bucuk pula lagi setia menungguku di perkarangan halaman! Sesudah makan Bucuk pun pergi membawa diri kerana merajuk dengan si Jingga-anak kucing baruku!

Jinggaku!
Jumaat, 20 Mac 2009
200309 Sudah hari Jumaat
Sudah seminggu...Mmm... Ada tapi pura-pura tidak melihat dan tidak sedar. Aku dan dia diam.
Jumaat, 13 Mac 2009
130309 Bisakah ku terbang?
Ingin sekali ku terbang
melihat awan, melihat angin
kerana bulan kian kaku
kerana malam kian panas
bisakah ku terbang
melihat dan menggapai bintang di awan sana?

Selasa, 10 Mac 2009
100309 Sesak
Malam ini sungguh sesak
menyesakkan
sesak minda
sesak jiwa
sesak mata
sesak rasa
mana bayu
bayu
bayu
keluarkan aku dari kesesakan ini!
menyesakkan
sesak minda
sesak jiwa
sesak mata
sesak rasa
mana bayu
bayu
bayu
keluarkan aku dari kesesakan ini!
070309 Meme : Post Gothic Dream
Sepatutnya hari ini aku ke Jabatan Imigresen.... Kerana menunggu Bonda yang masih belum siap kertas kerjanya, hasrat ku tertangguh, esok sahajalah.
Jam 11.30pagi kami ke DBP hantar dokumen, dan terus menuju Ampang Park. Kami duduk di Kafe Ber'Wifi' kerana Bonda dan aku nak berinternet. Tetapi malangnya meja yang dekat dengan plag tu dah ada 'sepasang kekasih -tua dan muda'. Arrrghhh terpaksalah kami menunggu di meja lain, sambil mata asyik melirik ke meja itu. Bilalah mereka ni nak alih punggung ni?
Aku sempat ulang alik ke kedai gambar, cuci foto perkahwinan si Mas dan Maz, pesan makanan sampai habis makan barulah mereka beredar. Mmmm....
Hampir jam 3petang, kami beredar menuju ke RA Fine Arts.
Hari ini perasmian pameran solo yang kedua Meme. POST GOTHIC DREAM.
Setiba di sana, ketemu suami Kak Lina, menantu Usman Awang. Dia tunjukkan buku Pak Usman yang baru. Jiwa Hamba. Muka hadapan buku tu lukisan Bonda. Terbitan ITNM. Nice book Kak Lina!
Masuk ke dalam, kurator sedang memberi ucapan kemudian Dr. Fauzan Omar pula merasmikan pameran.
Yahoooo, boleh tengok karya baru Meme. Mataku jadi bulat-bulat-bulat dan geram tengok karya dia. Nak-nak-nak.... Bonda pula suka karyanya yang ada imej wayang kulit, tetapi hampir kesemuanya telah dicop orang...mmm melepas....
Ada lukisan yang kutertarik, lupa pula tajuknya... di dalam satu bingkai tu ada dua lukisan - satu tu ada tertulis 'belongs to Zareena'. :) macam nak bagi hadiah birthday untuk Ayeen pula - Zareena Ramli, tapi masih diluar kemampuan ku pula harganya... Mmmm nak bagi apa ye untuk birthday Ayeen tahun ini?
Memang sumber inspirasi Meme, banyak tertumpah dari isterinya, Kak Zareena- cantik! :) dan juga cerita-cerita dongeng yang Meme mimpikan. Cerita-cerita si pari-pari, alam bunian dan cerita-cerita wayang..... Ada satu lukisan dinding yang aku sangat suka. Tapi kata Bonda, 'Lor kan boleh lukis sendiri, buatlah!' Adusssss.... Mmmmm..... Nak lukis apa, cat bolehlah! hehehe.... :P
Dari galeri, aku dan Bonda ke restoran salah seorang saudara kami pula di Ampang. Itulah pertama kali ke sana. Mmmm dia bertanyakan aku, sudikah meletakkan lukisan di situ? Mmmm boleh juga. Tapi ada satu permintaan yang agak menyukarkan... Kami nak lukisan yang besar-besar yang harganya lebih kurang RM 5000. Aku terkedu, melirik pada Bonda. Heheh, aku sengih sajalah.... Kuhitung, Bonda sudah berada dalam duni seni lukis ni sudah 40tahun. Jadi bagaimana ya? ;)
Akan kuusahakan mana yang boleh, yang sesuai.... Mmmm... Berpusing-pusing sebentar kepalaku...

Jumaat, 6 Mac 2009
060309 Hilang lagi seorang permata seni.... :(
Melor baru sahaja terima pesanan ringkas daripada Bonda. Mmmmm... terkejut sebentar.
Negaraku telah hilang seorang lagi Seniman.

- 060309- Penyair, Pencipta Lagu Puisi: Zubir Ali yang juga teman Bonda telah meninggal dunia. Kali terakhir Melor bertemunya bila ya? 2 tahun lalu mungkin, kurang pasti. Mmmm....
- 190209- Pelukis terkenal Ibrahim Hussein juga telah meninggal dunia pagi itu.
Di awal tahun ini, 2 orang telah meninggal. Bagi aku, ia amat memberi kesan. Mungkin pada orang yang tidak suka dan berasa tidak pentingnya kesenimanan mereka, mungkin tidak memberi makna apa pun. Tetapi bagiku, terutama generasiku mereka ini amat bermakna dalam dunia seni negara, sejarah negara.
Alfatihah. Sesungguhnya aku amat terkesan... :(
Khamis, 5 Mac 2009
170109 Melihat Kartika melukis di R A Fine Arts

Pagi itu aku ke RA Fine Arts. Ketemu Kartika, yang senang ku panggil Nenek dan juga menantunya Mbak Ana. Mmm sudah lama tidak ketemu mereka. 2 tahun mungkin, dan Mbak Ana pula, hampir 4tahun, dia pun sudah ingat-ingat lupa. Nenek masih cantik cuma agak lelah kulihat, kerana itu kerusi rodanya di bawa bersama. Tetapi bukan untuk didudukinya, tetapi sebagai tongkat untuknya melangkah dan peralatan lukisannya di atas kerusi itu. Jika benar-benar kelelahan barulah kerusi roda itu digunakannya.
Ada ramai pelajar dari UiTM jurusan Seni Lukis dan Seni Rupa yang hadir. Ada juga wajah-wajah yang kukenali. Ada pelukis mapan juga. Nenek melukis bunga lili yang segar pagi itu. Kemudian beralih kepada lukisan portret - wajah Raja Ahmad Aminullah yang nenek gambarkan pagi itu. Hitam putih. Katanya, melukis hitam putih lebih susah daripada yang berwarna. Dia tidak akan melukis secara realism, sebaliknya dia akan memotret secara batiniah, maksudnya apa yang tersirat di sebalik wajah seseorang.
Rabu, 4 Mac 2009
040309 Mengejar 'deadline'... Sempatkah ?
Uuuuuhhhhh emel-emel daripada kakak-kakak yang sungguh teruja nak ke Bali memenuhi ruang emelku...... Mmmmm... aku masih belum minta cuti daripada Pengurusku... waduh waduh.... Memang belum berani.... Mujur juga sebentar tadi Bos ku mengatakan kita buka lewat sedikit, lega telinga dan hatiku.. :P
Dan aku sekarang ini setengah mati cuba menyiapkan kerja-kerjaku jika benar aku ingin bercuti, tetapi agak 'malang' kerana dalam masa 2 minggu ingin bercuti itu macam-macam pula 'training and course' yang perlu aku hadiri! Arrrrghhhh fenin....
Tambah yang tidak kugemar ialah, orang yang punya 'share' untuk menyiapkan tugasan ini, kurasa tidak akan membuahkan hasil. Tidak akan bergerak aku rasa! :( NAsib nasib....
Aku perlu cuti cuti cuti.... Setelah berhempas-pulas daripada tahun lalu!

Langgan:
Catatan (Atom)