Aku dan Ayeen bersarapan di kedai Mamak di hadapan hotel kami di Jalan Meludrum. Aku memesan roti bakar dan teh tarik manakala Ayeen memesan roti telur dan teh tarik juga.
Ketika makanan kami barusan tiba, meja kami kemudiannya di sertai seorang wanita cina, ohhh persila saja duduk, bersama kami, memandangkan meja lain penuh. Dia memesan roti canai dan teh tarik.
Tidak lama kemudian ada seorang pakcik yang membawa bagasi kecil tidak kutahu dari mana atau ke mana tujuannya menyertai meja kami. Dia memesan roti canai dan teh tarik juga.
Aku dan Ayeen berbual-bual perlahan sambil melihat pemandangan sekitar sambil makan. Pakcik tu sudah bising-bising bertanyakan makanannya. Kemudian makanan wanita tu pun tiba di meja. Dia turut menjamah. Tapi keenakan sarapan pagi itu terbantut, kerana pakcik itu terus-terus mengomel, marah-marah pekerja kedai tu. Katanya dia sudah lama menunggu makanannya tidak tiba. Kukira pakcik tu memesan makanan tidak sampai 10minit pun! Aku dan Ayeen tadi lama juga menunggu tetapi tidaklah kami kisah. Mungkin kerana dia sebal melihat kami bertiga mengunyah makanan! Mmmm siapa pesan dulu, dialah makan!
Setelah makanan dihulurkan, dia makan dengan gopoh dan segera berlalu. Kemudian wanita itu pula. Aku dan Ayeen saling berpandangan. Memang kami agak geram, kerana keindahan pagi itu terganggu dengan kecerewetan pakcik itu. Apalah salahnya sabar sedikit. Bukannya lama menunggu pun. Mmmmm....
Kemudian Aku dan Ayeen menuju ke Stesyen Keretapi, nak beli tiket ke Temasek. Satu kaunter sahaja di buka. SAtu lagi kaunter pertanyaan. Tak mengapalah, masih belum ramai orang di situ. Tetapi walaupun tidak ramai yang beratur, servisnya agak lambat! Mungkin kerana orang yang di hadapan sekali banyak pertanyaan ?
Bila sampai ke giliran ku, petugas kaunter berkata tiket tidak boleh beli sekarang (waktu itu lebih kurang 10pagi). :P ceh. Kena beli jam 12.30tengahari nanti! Mmmmm... Sabar sahajalah....
Kemudian aku dan Ayeen meniti jambatan ke seberang --menuju City Square. Ayeen cari kasut yang lebih ringan untuk berjalan kaki, aku pula cari apa ya? Brosur Singapura, patung Cookie Monster....
Balik semula ke hotel, mengambil beg dan check out.
Jam 12.30tengahari kami tiba di stesyen semula dan beratur lagi....Beli tiket dan menanti keretapi ke Temasek! ;)
4 ulasan:
Selamat pergi dan kembali.................
Terima kasih Rimba.... :)
ala cik melor ini, hari ni pergi lagi....bonda macam rasa nak ikut belayar di sungai melaka tu tapi barang-barang berselerak di rumah wan siapa nak susun.....hhhhhuuu...
mmmm mujur juga bonda tak pergi, jika tidak, mungkin akan lelah menunggu selama 3jam! kerana menunggu media, akhirnya kami terdampar di tebing sungai! huh!
Catat Ulasan