Memaparkan catatan dengan label Makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makan. Papar semua catatan

Ahad, 18 November 2012

12 November 2012 Kota Makassar

Akhirnya tiba jua di Kota Makassar, hampir jam 11 pagi.
uiiiii panas betul! iyalah panas angin lautlah katakan.

Eh terjumpa CIMB Niaga gitu
Laut - Panas
Hotel Yasmin, tandanya Jalan Jampea dah dekat

Gerbang Jalan Jampea dibina pada tahun 2002



Mmmm ni kami 'gamble' saja ke Jalan Jampea. Kami cuba ke Wisma Jampea, kami kata pada Receptionist tu jika ada kosong kami ingin menginap barang semalam. Kerana esoknya mungkin akan berangkat ke Toraja. ohhh mungkin sahaja malam nanti.

OK kami ambil 1 kamar sahaja dulu.

WISMA JAMPEA
1 kamar di lantai 1.
Rp200,000 ---> Rp 180,000 (ada diskaun 10%)
+ Rp110,000 (tilam tambahan)
=Rp290,000

agak sempit juga untuk 3 orang sekamar, tapi alah, untuk 1 malam sahaja, oklah....

Setelah itu kami keluar, jalan kaki sahaja....
Redah-redah, ikut jalan yang kuingat ketika teksi tadi tu lalu.... :p


Gedung Kesenian Sulawesi Selatan lagi diperbaiki

Toko buku di Gedung Kesenian

Bahasa Jiwa Bangsa

Tugu Selamat Datang Ke Makassar

Tugu ini didirikan oleh Bank Mandiri

Selamat datang ke Makassar!


Lalu depan Kubu Rotterdam. Foto-fotoan di depan kubu. Jalan-jalan lagi ke cari kedai es teler. Tak jumpa es teler besar yang Bonda dan Kak Inda nampak, jadi kami ke restoran pertama. Kami pesan nasi.... tapi pekerja restoran tu kata, tuan punya kedai tak sampai lagi, yang ada cuma pisang goreng gitu atau ala2 makanan sarapan pagi. Maka tak jadi makan situ.

Depan Kubu Rotterdam
Intai-intai dulu

Depan pintu masuk Fort Rotterdam@Benteng

kami bertiga

Dinding benteng

Beberapa acara yang diadakan





Pergi ke kedai kedua.
Laaa pekerjanya juga kata, nasi tak ada, belum dimasak!
Eh bukan ke sudah 12.30 tengahari ? Aduh perut sudah keroncong. Apa orang Makassar makan tengahari lewat ke ? Aneh juga ya. Sampai aku tanya orang di sini makan tengahari pukul berapa. Jawapannya jam 1. Tapi pelik, 12.30 masih belum masak nasi lagi ?

Buras
Yang ada cuma burasa. Macam lepat nasi gitu, makanan penduduk tempatan.

Aku dan kak inda pesan Indomie goreng.
Bonda pesan Batagor.

Air minumku ialah Es Soda Gembira. Teringat adik, dia suka sangat air ni. :)
Bonda pesan es teler. kak inda pula pesan Jus Melon.
Sedang kami tunggu air dan makanan, kak inda teringat. Melon ? alamak melon apa agaknya yang akan dihidangkan ?
Es teler

Hohhohhoho tup tup ye, Honeydew gitu! heheehheheh.... melon banyak melon.... jadi bukan watermelon yang dihidangkan.


Soda gembira

Indomie goreng + Sayur



Selasa, 13 Disember 2011

13 Disember 2011 Makan bersama teman-teman

Aku dan teman-teman terperangkap dalam kesesakan jalan raya... Dari Jalan Sultan Ismail -Jalan Ampang - Jalan pinang. Huiihhhh padahal dekat sahaja dengan pejabat, jadi berejam di dalam kereta! Perut kami kreok-kerok menahan lapar. Kak Lin tiba sejam awal daripada kami, kesian terpaksa setia menunggu.... Kami semua nak meraikan hari lahir Juju dan Noreen yang dah lepas. :)

Ahad, 20 November 2011

22 September 2011 Makan malam di Sushi King

Teringin nak makan sushi. Malam itu aku dan adik hanya ke Sushi King sahaja...

 

 

saya sangat suka makan obor-obor... 



Isnin, 18 Julai 2011

11 Julai 2011 Mee Udang Mak Jah Wangsa Maju



Mee Udang Mak Jah


Waaahhh aku sangat 'excited' bila Adik bawa aku ke Restoran Mee Udang Mak Jah. Lepas juga rindu nak makan kat kedai Mak Jah ni. Kali pertama dulu makan di Kg. Menteri, Kuala Sepetang. Memang sedap betul, berselera aku makan mee udang di sana pada bulan April atau Mei lalu (lupa bulan yang mana satu :P).
Kali ini aku aku tumpukan perhatian makan Udang Masak Sambal Istimewa, waaahhhhh teringat-ingat sampai sekarang. Sedap betul ! 
Lain kali mahu datang makan lagi :)
Saya punya!

Rupa udang akhirnya gini jadinya....





Isnin, 23 Mei 2011

20 Mei 2011 Dari Taiping ke Matang

Setelah sesi perbincangan kumpulan LAKAR SENI KUALA SEPETANG kami keluar untuk makan tengahari... Di sekitar Simpang : Nasi Ayam Hainan. Pertama kali aku tahu ada tempat nama Simpang. Yang ku tahu Simpang Ampat di Melaka, rumah Lina di sana. ;)

Sampai di sana kami bertanyak sama ada gulai tempoyak masih ada. Jawapannya : tinggal kuah tempoyak, ikannya sudah habis. Yalahkan, waktu itu sudah pukul 3.30 petang, manalah nak ada gulai tempoyak lagi. Jadi kami semua memesan nasi ayam hainan dan kuah tempoyak juga kari daging yang bersisa. Aku dan Bonda tentunyalah menyental kuah tempoyak dan bukan kuah kari :)
ENAK ENAK ENAK!


Kita makan dulu!


Selepas makan kita ke mana?


Ok kita ke Matang!

Setelah itu kami menuju Kompleks Sejarah Matang atau pun dahulu lebih dikenali sebagai Kota Ngah Ibrahim.

Inilah dia Kompleks Sejarah Matang
Masuk percuma
Di situ, muzium sudah tutup. Yelahkan sudah pukul 5 petang. Mmm aku pun snap sana-sini dapatlah 4 keping gambar. Tapi mulai gambar yang ke-5, lensa kamera ku mula menghadapi masalah, bunyinya lain. DI ruang celah dinding pintu pagar yang nak ku ambil. Ambil satu gambar -ada imej terselit, hingga imej ke-7. Lepas tu terus kamera aku tak boleh guna. Arrrghhhhh :( alahai kamera baru tu... belum setahun pun. :(

Pintu pagar tutup
Nak kata panik tak juga, terkejut adalah. Tergamam. Mmmm apakah aku 'tak dibenarkan' mengambil foto di situ kah? Aduhai.... Apa kaitan aku dengan tempat itu ? Tak tau nak cakap apa. Mungkin ada hikmahnya ? Aku tidak tahu, tidak pasti.


Ok lagi tembok ni



OK jeng jeng jeng mula dah meragam


Foto akhir, selepas tu... zup dah wasalamun! waaaaa... kamera rosak! :(


Kemudian kami semua menuju rumah Pak Haji Osman Hussain. Tidak jauh dari situ.
Di sambut oleh En. Sallehudin dan membawa kami ke rumahnya. Hj. Osman pun keluar dan menyambut kami dihalamannya dengan kasut but. Mana taknya, halamannya lecah. Jika musim hujan, air akan bergenang dan membanjiri kawasan laman. Usia Hj Osman ini ialah 89 tahun! Pangkat datuk lah ni.... Dia tinggal seorang diri di rumahnya. Luas laman, seronoknya kalau aku ada halaman seluas demikian.

Di rumahnya ada beberapa ekor kucing. Salah seekor bernama SEPULUH SETENGAH. Unikkan! Ia dinamakan sedemikian kerana telah dibuang pada waktu itu.

Kagum. Mengkagumkan. Tuk Osman ni daya ingatannya sangat kuat. Bersekolah di King Edward, Taiping. Dia antara orang lama di kampung itu yang masih tinggal. Jika ditanya tentang apa yang berlaku sejak zaman Jepun dia masih ingat. Malah yang lebih menarik, dia juga turun naik Gombak!
Berasal dari Batu Bara, dan tentunyalah boleh berbahasa Minang! Apa lagi, bonda pun berbahasa Minanglah dengan beliau. Malah kenal beberapa orang Gombak, dan mungkin juga moyang saudaraku - Nyang Siti Aishah! Wah wah wah....

Beliau juga telah membenarkan kami membawa pulang buku-buku simpanan beliau. mmmmm aku cuma mengambil sebuah buku Hamka.