Isnin, 19 November 2012

13 November 2012 Dari Palawa menuju Sa'dan, Toraja

Setelah gudugedang naik Avanza, sampai suatu tahap, ia dah tak boleh melalui jalan batu-batuan yang mencanak tinggi tu.

Peter dan geng-gengnya cuba mendapatkan bantuan di hadapan.

Setengah jam kemudian, mereka memanggil kami bertiga yang masih di dalam Avanza. Ayoh, kita tumpang sahaja Truk di hadapan! Kita ambil barang-barang di dalam kereta dan bawa bersama.

Wah, naik trak! hohoohhooh. akhirnya menjadi kenyataanlah pula. Aku pernah tertanya-tanya bagaimanakah rasanya menaiki truk/lori ya sebagai kenderaan ke suatu tempat ?
Nah, sekarang aku berpeluang untuk merasa! hohohoohohoo....
11.07 pagi 

Panjat trak lori menuju ke Kg Sa'dan. Beramai-ramai lebih 20 orang di atas trak tu! Berasak-asak gitu. Dan yang terperanjatnya, ada juga 'si korban' yang akan disembelih juga ada di dalam trak itu!
Walah walah! hohoohoh.
Apa lagi, aku panjat dan langkah le :P ish ish ish pengalaman gilos yang pernah aku rasakan. hohooohoohho... pergi tengok kandang/pasar lah, naik trak bersama lah... lepas ni apa pula ye ?


Gumbira naik trak ? heheheheeh
Di atas trak, meriah betul! Dengan jalan kecil yang menjunam, berirama dengan gelak ketawa di dalam trak, dengan bunyi dengusan kreoh kreoh kreoh 'si korban' tu lagi.

Cuak pun ada juga, yelah naik lori beramai-ramai di atas jalan batuan yang kecil dan di celahnya gaung-gaung!




Pemandangan indah - padi huma

Ini cuma sebahagian! 









13 November 2012 Menuju Palawa

Kami kini kian mendaki menuju ke kampung mereka...

9.26pagi ini antara rumah mayat yang dibina keluarga si mati





Kami kini berada di Tongkonan Palawa





Nenek Marni



Marni

Budak-budak sekolah dasar



13 November 2012 Daerah Rantepao & Utara Toraja

Serba sedikit maklumat mengenai Rantepao.

Hohohoho gilos, kerana, aku hanya berjaya mendapatkan maklumat setelah pulang! Aku tak sempat nak buat 'research' sebelum berpergian, tidak seperti kembara-kembara lalu! :P
haih!





Sumber: Lonely planet
Rantepao is the most popular base for exploring the stunning countryside around Tana Toraja. It is in striking distance of most of the major sites and has a good range of accommodation and restaurants. It is the largest town and commercial centre of Tana Toraja and a far better option than the provincial capital of Makale. Rantepao has cool evenings and rain throughout the year – even in the dry season.

Read more: http://www.lonelyplanet.com/indonesia/sulawesi/rantepao#ixzz2CalTgcev



13 November 2012 Di Pasar Bolu, Toraja

Dari Rantepao, kami menaiki Avanza, bersembilan orang! hohoohoho :P
Kami di bawa ke Pasar  Bolu. Rupanya mereka nak beli Cik Babs. Sebagai 'korban' untuk upacara kematian yang jarang-jarang sekali diadakan.

Acara kematian ini adalah untuk anak saudara Dora, yang telah 2 atau 3 tahun meninggal dan mayatnya disimpan di 'rumah' simpanan keluarga mereka. Hari ini barulah upacara untuk menyempurnakan mayatnya serta mayat-mayat orang lain yang akan diraikan sewaktu upacara itu nanti. Upacara ini akan diadakan berhari-hari bergantung kepada tahap kemewahan seseorang.


kokokokokkook!

Buntut kerbau!


Sekali lagi

Salah satu pemandangan yang boleh dilihat di pasar ini!

Kami


Si anak Babs
Si emak Babs



Buluh yang akan digunakan untuk mengangkat Babs





Cantikkan saya!
Comel, kepalanya putih!

Dari Pasar Bolu, kami singgah sebentar, nak tampal ban@tayar. Hohohoh adakah pancit kerana mengangkut kami yang bersembilan orang, tadi ?

Karuna Motor



Dari Pasar Bolu tadi, 2 orang daripada kami menaiki Kijang dengan membawa Cik Babs menuju ke Rumah Adat, di Sa'dan.

Ahad, 18 November 2012

13 November 2012 Hari ketiga tiba di Rantepao, Toraja!

Hampir jam 6pagi, kami bertiga tiba di Rantepao, Toraja!

:) wahhhhh awalnya, tapi sudah siang harinya.
kedai-kedai masih tutup.

di kaki lima ada makcik yang jual 'sarapan' untuk orang sekeliling dan terutamanya mereka yang turun dari bas, seperti kami.

Bayangkan ini 6.32pagi Rantepao, terangkan!


Bentor (becak+Motor) yang banyak di Toraja

Dora@Yacobis, Kak Inda dan Aku


Ini bas Manggala Exec Class

Banyaknya air mineral kami!
Peter beritahu tunggu ya!


Di dalam bas, Kak Inda telah berkenalan dengan Peter kebetulan duduk di sebelah, anak Toraja yang ingin pulang kampung untuk upacara kematian. Dia dan teman-temannya ok sahaja untuk membawa kami bertiga ke kampung mereka. Sementara menunggu Peter ke rumah temannya, kami duduk di meja minum teh dan bual-bual sama Dora dan Sugiono.

Dora di temuramah Bonda

Nota Bonda

Dora rupanya tinggal di Samarinda!