Memaparkan catatan dengan label Opah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Opah. Papar semua catatan

Ahad, 4 November 2012

26 Oktober 2012 Selamat Hari Raya Aidiladha

Hari ini hari raya haji...

Persediaan, tiada ? urrgggh.... jika arwah wan masih ada, tentu masih meriah rumah ini.
Aku 'workoholic', ia kah ? Terkejar sana-sini dengan kerja-kerja di pejabat. Mujur ada teman-teman yang sudi membantu. TERIMA KASIH ya!
Malam raya pun masih lagi di pejabat, tapi pulang awal sikit, namun masih malam!
Haihhhh.

Hari raya, hari aku nak berehat, tapi tak sesantai mana, kerana masih gundah-gulana... huhuuhuhu...
dan teman-teman masih ke pejabat juga, aduhai... ok, janji esok aku ke pejabat. jumpa kalian esok ya!

26 oktober....
tahun 2002 - wan meninggal dunia
tahun 2008 - opah meninggal dunia
mereka pergi pada tarikh yang sama


26 nov 2011 - ayah juga pergi

hari ini  26.10.2012  aidiladha tanpa mereka...

al-fatihah...

Atuk dan Opah, 1970-an

Atuk, Opah dan Ayah, 1940an

Bilan juga pergi pada 5 Syawal lalu.... Julai 2011-Sept 2012. Menjelang Ramadhan 2011-Syawal 2012



Isnin, 7 September 2009

06 September 2009 Pulang ke rumah Opah

Petang tadi ke....

1. Medan Idaman
a. Naik teksi RM 3.50

b. Bertemu si pandai kasut - 6 pasang kasut yang tumitnya perlu dibaiki!

c. Menuju Focus Point - menempah lensa mata

d. Ke kedai 'hardware'
- menduakan kunci rumah (heheheh 'menduakan' ? :P)
- membuat pendua kunci sebenarnya! entahlah beberapa kali kunci rumah ku patah atau hilang. kenapa ya! dulu masa Wan masih ada, tidaklah terjadi begini? mmmm... aneh.

e. Ke pandai kasut - mmmmm kasut-kasutku masih belum siap diperbaiki. ok tidak mengapa

f. Memesan burger daging istimewa daripada gerai burger di hadapan kedai buku Medan Idaman yang hanya sekangkang kera daripada Si Pandai Kasut. - RM 3

g. Setelah burger kusiap dan sudah dibayar, Si Pandai Kasut memanggilku. Dengan cermat kusimpan kasut-kasut ku.... Berapa jumlahnya Pakcik ? RM 24. Rm4 sepasang. mmm kalau di Sogo, sepasang RM8. Fuh! Kalau tidak pastinya aku kena bayar RM48.... Tak sangguplah!
Pakcik Si Pandai Kasut bertanya, semua ini kamu punya ke? hehehe ye Pakcik. Banyaknya, boleh tukar-tukar kan! Aku hanya tersengih, mmmm sebenarnya aku masih kalah, ada lagi seorang teman yang sangat gilakan kasut! Hampir setiap minggu dia akan membeli kasut! Fuuuhhh mujur aku tidak sebegitu...

h. Ke seberang jalan, naik teksi menuju Taman Setapak -RM 4.90

i. Tiba di halaman rumah Opah.... Ayah sedang menyapu di halaman... jeng jeng jeng!

j. Maksu sedang melipat kain langsir di dalam bilik makcik. Barang-barang Opah. Kulihat, hidungnya merah... Mmm ya aku tahu tentunya Maksu mengalirkan air mata tadi... Aku diam.
Ya aku rindu juga pada Opah. Dan tentunya kalau pulang ke sini, aku akan tidur di bilik Opah. Ya memang kalau pulang ke sini, aku lebih suka tidur bersama Opah...
Opah, Melor pulang!

Tahun ini Syawal 1430, tahun pertama beraidilfitri tanpamu Opah!