Memaparkan catatan dengan label Tekstil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tekstil. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Mei 2012

14 November 2010 Muzium Terengganu

Seterusnya kami ke Muzium Terengganu. Aku masih ingat lagi, sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ke muzim ini pada tahun 1995, wahhh aku terasa amat kagum. Besar sekali muzium ini, dan kerana kebesarannya, aku membayangkan ia adalah sebuah rumah gergasi! Lantas terus teringatkan sebuah buku cerita zaman kanak-kanak ku Pak Pandir dan Gergasi yang masih lagi ada dalam simpanan ku. Memang ia menjadi antara buku kegemaran ku ketika kecil, di baca berulang kali.

Bertemu Anisa, yang dahulu pernah sekumpulan denganku sewaktu kami berkursus pemuziuman di Kuala Terengganu dahulu. Terima kasih Anisa kerana memberi serba sedikit penerangan mengenai koleksi muzium terutamanya koleksi tekstil. :)

*Mmm dua kali jejak muzium ini, aku masih tidak berpeluang untuk meneroka sepuas-puasnya muzium ini. Alahai-alahai.


Kita minum petang dahulu sebelum ke muzium


Alas gelas diperbuat daripada suratkhabar


Ok kami sudah tiba di laman muzium









Besarkan!






Anisa setelah memberikan penerangan kepada kami


14 November 2010 Menyungkit-nyungkit

November 2010.
Aku dan Juju memulakan pengembaraan ke Terengganu sebagai pembantu penyelidik kepada sekumpulan pengkaji dari sebuah institusi pendidikan dari kota London. Mereka ingin membuat kajian mengenai perusahaan tekstil tempatan yang mendapat sokongan atau naungan raja.
Pengembaraan ini juga membuatkan aku dan Juju  saling lebih mengenali kerana Juju baru sahaja bertugas di tempatku.

Dunia penyelidikan sebegini jarang diperoleh, dan sememangnya amat aku gemari. Kepada yang berkenaan, terima kasih kerana memberi kami peluang untuk bekerja sama dengan mereka. 

Ini bahagian dalam kain yang masih belum siap

Kita lakar motif dahulu




Juju sedang melakukan proses menerai... uuuuiii susah tu memula. 

Peralatan menerai yang lebih moden




Si manis ni senyum sahaja... Jika akulah yang sedang menyungkit ni, mmm bagaimanakah ekspresi wajah ku ? :P



Jemari si penenun songket