Memaparkan catatan dengan label sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sejarah. Papar semua catatan

Isnin, 2 April 2012

28 Jun 2011 Masih di Kuching 2

Kali ini aku merayap ke muzium di sebelah sungai sarawak






Maklumat mengenai kaum-kaum Cina di Malaysia
 












Rabu, 8 Jun 2011

08 Jun 2011 Stesen Tanjong Pagar

Alahai stesen kereta api.....
;( sedih. tinggal beberapa minggu sahaja kereta api dari Malaysia akan sampai di Tanjong Pagar. Mulai bulan hadapan stesen ini akan ditutup. SEDIH!
Acapkali semenjak tahun 2006 aku berulang-alik ke Singapura.
1993 pertama kali aku menjejakkan kaki di sana. Hujung tahun, selepas peperiksaan PMR. Menaiki kereta api bersama Bonda dan Adik. Tinggal di rumah Pak Suratman Markasan. Sudah tidak kuingat di mana beliau tinggal.

Kemudian kali kedua menaiki kapal terbang bersama teman sekerja pada Disember 2006. Terserempak dengan guru matematik tambahan ku. Selamba sahaja aku memanggilnya Cikgu, padahal sebenarnya dia seorang Puan Sri Datin Seri. Hehehhe maaf cikgu, dah perkataan cikgu yang cepat terbit dari hati saya. Takkan nak marah kot kan, walaupun sewaktu sekolah dahulu, kami diarahkan memanggil gelaran tersebut! ehheheheheh.... Tika itu cikgu bersama suami dan anak-anaknya.

Pada hujung bulan yang sama, Disember 2006, sekali lagi aku ke sana bersama Kak Inda. Sebenarnya perancangan dengan Kak Inda lebih awal daripada perancangan bepergian dengan teman sekerja. Lagi pun dengan teman sekerja tu atas dasar urusan rasmi, manakala dengan Kak Inda, tentunyalah atas urusan jalan-jalan! ;) Kami tinggal di rumah sepupu Kak Inda di Chai Chee ROad, Bedok.

Awal tahun, Januari 2009 sekali lagi aku ke Singapura. Kali ini menaiki kereta api. SEORANG.
Tanpa perancangan. Beli tiket petang itu di KL Sentral-balik rumah, kemas beg-malamnya berangkat terus ke Singapura. Pagi-pagi esoknya tiba di Tanjong Pagar.Ambil gambar bangunan. Tanpa tujuan, aku minta pemandu teksi bawakan aku ke bandar dan carikan hotel yang bernama 81. (Hotel 81 lah tu) seminggu sebelum tu kebetulan aku belek-belek laman sesawang. Tapi aku imbas-imbas saja, tak ingat sangat pun.
Jadi bermalamlah aku semalam di Hotel 81, Bencoolen Street (Bangkahulu lah tu).

Semenjak dari itu saban tahun aku ke Singapura menaiki kereta api. Tapi pulang selalunya aku akan menaiki bas Transnasional di Lavender. Pernah sekali tu, aku naik bas 10malam. Tiba di Puduraya sekitar 3 pagi. Jadi aku duduklah di kedai makan di Puduraya tu. Makan-minum-baca buku-baca majalah dulu sampailah 6 pagi. Lepas tu aku angkat kaki dan berangkat ke stesyen LRT Pasar Seni menuju stesyen Taman Melati.

Heheeheeh.

Aku pernah pergi ke sana bersama Ayeen. Pergi lagi bersama Bonda dan Kak Lela, mencari Cik Minah.
Lepas tu pergi seorang lagi dan lagi.

Untuk tahun ini, Mac lalu aku telah ke sana menaiki bas Aeroline dari Hotel Corus dan tiba di Harbour Mall (alamak betul ke, lupa pulak). Di sekitar Teluk Belanga, dekat-dekat dengan Tanjong Pagar juga tu.
Itu pun aku pergi mendadak juga. Rancang pada petang tu, lepas kerja baru nak cari tiket ke Singapura, dan esok pagi buta dah berangkat naik bas. Aku pergi pun sebab Singapore Biennale 2011.

Beberapa kali aku tiba di stesyen Tanjong Pagar tu, adalah beberapa foto yang telah kuambil gambar. Mmmmm semua itu akan aku jadikan kenangan. Sayang oooooo! Ada kepala kereta api, badan kereta api, jam di stesyen Tanjong Pagar. Mural di dinding stesyen. Makan di kedai makan di situ. Adalah foto makanan yang di jual di sana. Aaahhhhhhh kenangannya, semua akan jadi nostalgia bagiku.....
SEDIH. Lepas ni jika aku naik kereta api lagi, hanya akan turun di Woodland. Mmmmm jauh dari bandar. Kenalah angkut beg (biasalah beg aku ni jarangnya ringan!) dari stesyen Woodland, naik bas/teksi/MRT ke hotel nanti. Aku suka duduk di JooChiat, Geylang Serai. Situ mudah untuk aku cari makanan. hahhahhah makan-makan-makan. Itulah koghoje nye ye! Tapi kalau ikutkan sebenarnya aku bukannya kerap makan pun.... Entahlah aku selesa di situ. Selalunya aku akan makan di Mr. Teh Tarik atau di Pasar Geylang.

Sebut Geylang Serai ni, teringat satu insiden berpergian bersama Ayeen.
Nak duduk hotel murah punya pasal, kami pun 'book' hotel di Geylang, Lor (alur lah tu) berapa tak ingat pula ni..... Rupanya situ kawasan merah. Hohhoho. Manalah kami tahu. :P
Setiap kali naik teksi, pemandu teksi mesti akan tanya macam-macam dan aneh kenapa kami pilih hotel di sekitar situ. hhehhheeh sampai dah naik jenuh nak terangkan. Sampaikan kami juga dah boleh agak soalan mereka. Tapi kalau nak ikutkan, hotel yang kami duduk tu, selamat je. Malah di luar hotel tu pun, tak nampak pula orang merah peleser-peleser kat situ. Cuma dekat dengan jalan besar tu adalah juga. Tapi kalau di KL ni, rasanya meremang ketidakselesaan boleh timbul. Bagi aku dan Ayeen, di sana tidak pula timbul rasa tidak selesa, cuma penat nak menjawab soalan orang saja....

Agak-agaknya sempat tak bulan ini aku naik kereta api ke Tanjong PAgar lagi ni ? Harap-harap sempat - walaupun 2 bulan lalu aku pernah merangka perjalanan ingin membawa teman-teman sepejabat ke sana beramai-ramai. Tapi akankah hajat aku kesampaian ?

Isnin, 23 Mei 2011

20 Mei 2011 Dari Matang ke Kuala Sepetang

Dari rumah Tuk Osman, kami bergerak ke Kuala Sepetang. Mencari jeti untuk bergambar. Aku dan Bonda membayangkan bagaimana jeti nelayan Jepun agaknya.... Lebih cantik dan bersih atau sama saja seperti di Malaysia ni? huhhuhu.....

Dari situ, kami ke Papan Tanda PORT WELD. Stesen keretapi pertama di Tanah Melayu. Huhhuhu cuma ada papan tanda besar dan info yang kecil molek dan rendah untuk di baca. Di mana rel keretapi yang lama ? Mengapa tiada sebarang foto atau tempat peringatan di situ ? :(
SEDIH....

Setelah bergambar beramai-ramai, kami pun pulang ke Taman Palong Maju semula.... berehat.
Malam itu kami menjamah nasi lemak beramai-ramai dan berbual bersama.

Zzzzzzz.... awal betul kami bertiga tidur, 10.30 malam!

20 Mei 2011 Dari Taiping ke Matang

Setelah sesi perbincangan kumpulan LAKAR SENI KUALA SEPETANG kami keluar untuk makan tengahari... Di sekitar Simpang : Nasi Ayam Hainan. Pertama kali aku tahu ada tempat nama Simpang. Yang ku tahu Simpang Ampat di Melaka, rumah Lina di sana. ;)

Sampai di sana kami bertanyak sama ada gulai tempoyak masih ada. Jawapannya : tinggal kuah tempoyak, ikannya sudah habis. Yalahkan, waktu itu sudah pukul 3.30 petang, manalah nak ada gulai tempoyak lagi. Jadi kami semua memesan nasi ayam hainan dan kuah tempoyak juga kari daging yang bersisa. Aku dan Bonda tentunyalah menyental kuah tempoyak dan bukan kuah kari :)
ENAK ENAK ENAK!


Kita makan dulu!


Selepas makan kita ke mana?


Ok kita ke Matang!

Setelah itu kami menuju Kompleks Sejarah Matang atau pun dahulu lebih dikenali sebagai Kota Ngah Ibrahim.

Inilah dia Kompleks Sejarah Matang
Masuk percuma
Di situ, muzium sudah tutup. Yelahkan sudah pukul 5 petang. Mmm aku pun snap sana-sini dapatlah 4 keping gambar. Tapi mulai gambar yang ke-5, lensa kamera ku mula menghadapi masalah, bunyinya lain. DI ruang celah dinding pintu pagar yang nak ku ambil. Ambil satu gambar -ada imej terselit, hingga imej ke-7. Lepas tu terus kamera aku tak boleh guna. Arrrghhhhh :( alahai kamera baru tu... belum setahun pun. :(

Pintu pagar tutup
Nak kata panik tak juga, terkejut adalah. Tergamam. Mmmm apakah aku 'tak dibenarkan' mengambil foto di situ kah? Aduhai.... Apa kaitan aku dengan tempat itu ? Tak tau nak cakap apa. Mungkin ada hikmahnya ? Aku tidak tahu, tidak pasti.


Ok lagi tembok ni



OK jeng jeng jeng mula dah meragam


Foto akhir, selepas tu... zup dah wasalamun! waaaaa... kamera rosak! :(


Kemudian kami semua menuju rumah Pak Haji Osman Hussain. Tidak jauh dari situ.
Di sambut oleh En. Sallehudin dan membawa kami ke rumahnya. Hj. Osman pun keluar dan menyambut kami dihalamannya dengan kasut but. Mana taknya, halamannya lecah. Jika musim hujan, air akan bergenang dan membanjiri kawasan laman. Usia Hj Osman ini ialah 89 tahun! Pangkat datuk lah ni.... Dia tinggal seorang diri di rumahnya. Luas laman, seronoknya kalau aku ada halaman seluas demikian.

Di rumahnya ada beberapa ekor kucing. Salah seekor bernama SEPULUH SETENGAH. Unikkan! Ia dinamakan sedemikian kerana telah dibuang pada waktu itu.

Kagum. Mengkagumkan. Tuk Osman ni daya ingatannya sangat kuat. Bersekolah di King Edward, Taiping. Dia antara orang lama di kampung itu yang masih tinggal. Jika ditanya tentang apa yang berlaku sejak zaman Jepun dia masih ingat. Malah yang lebih menarik, dia juga turun naik Gombak!
Berasal dari Batu Bara, dan tentunyalah boleh berbahasa Minang! Apa lagi, bonda pun berbahasa Minanglah dengan beliau. Malah kenal beberapa orang Gombak, dan mungkin juga moyang saudaraku - Nyang Siti Aishah! Wah wah wah....

Beliau juga telah membenarkan kami membawa pulang buku-buku simpanan beliau. mmmmm aku cuma mengambil sebuah buku Hamka.

Rabu, 13 April 2011

13 April 2011 Filem Merong Mahawangsa dan Langkasuka

Ahad lalu, aku dan Bonda menonton Merong Mahawangsa di GSC Midvalley. Akhirnya tercapai juga aku nak nonton filem ni. Buku Merong Mahawangsa sudah bertahun tak berusik. Kalau ikutkan sudah tidak banyak muka surat dah dihabiskan. Garuda di dalam filem ini agak simbolik.




Merong, Pak Kesum dan Embok
Add caption

Ada beberapa adegan yang membuatkan aku terimbau adegan di dalam filem Langkasuka -Puteri Hijau, Puteri Ungu & Puteri Biru. Dan malam ini aku dan Bonda pun menonton semula filem LAngkasuka...


Paree
Puteri Hijau, Puteri Biru dan Puteri Ungu
Putera Pahang
Yarang
Krabenkaow/ Krabendam

Add caption
Add caption
     
Ala-ala.

 Pak Kesum dan
Krabenkaow/ Krabendam
*foto daripada Kru, dan website lain.

Selasa, 31 Ogos 2010

31 Ogos 2010 Selamat Hari Merdeka!

Hari ini genap Malaysia merdeka selama 53 tahun....
Tahun ini di bulan puasa kita merayakannya - di bulan mulia. Semoga kita bersama akan mendoakan yang baik-baik -kesejahteraan- keamanan yang berkekalan. Semoga rakyatnya kian menyatu-saling mendoakan kesejahteraan masing-masing, begitu juga hubungan kita dengan teman-teman di negara lain....

Serasa tidak sanggup aku berada di dalam negara yang berpecah-belah, saling menyalahkan, juga bersengketa dengan mana-mana negara sekalipun.

Bukankah keamanan yang kita inginkan ?
Bukankah keselesaan, saling menghormati yang kita mahukan ?


Lagi seminggu juga Mama Merdewati juga akan menyambut usianya 53 tahun. Selamat hari lahir Mama!
Moga kita akan bertemu...

Ahad, 22 Ogos 2010

22 Ogos 2010 Perancangan Petualangan Ke Padang - Batu Sangkar ....

Maklumat tentang Padang (info dari Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Kota Padang):

Ibukota Propinsi Sumatera Barat dan pintu gerbang pelancongan di wilayah Barat Pulau Sumatera, terletak tepat di bagian tengah paling barat Pulau Sumatera atau pada 0058’ 44” LS dan 100 21’ 11” BT.

Luas wilayah Kota Padang + 434,63 Km2, membujur dari kaki jajaran Bukit Barisan sampai ke Samudera Hindia dengan l9 buah pulau-pulau kecil. Sebagai kota pantai, suhu udaranya cukup panas berkisar 28,50 C – 31,50 C di siang hari dan 240 C – 25.50 C pada malam hari. Purata hujan setahun ¬+ 306 mm. Jumlah penduduk Kota Padang lebih kurang 800 ribu jiwa.
(aku suka perkataan ini 'jiwa' lebih lembut dan bermakna... )
Fakta ini menjadikan Kota Padang sebagai kota terbesar di pantai barat Pulau Sumatera. Meskipun kota ini dihuni oleh beragam suku bangsa namun majoriti dari jumlah penduduknya adalah suku Minangkabau yang dikenal dengan sistem kekerabatan menurut garis keturunan ibu (matriachat) serta pemeluk agama Islam.

Dalam berkomunikasi penduduk Kota Padang menggunakan Bahasa Minang sebagai bahasa tempatan disamping Bahasa Indonesia. Tidak banyak perbezaan antara Bahasa Minang dengan Bahasa Indonesia, kecuali dialeknya.
Kota Padang yang terkenal dengan masakan Padangnya itu telah berkembang pesat dan penampilan fisik kota pun diwarnai oleh bangunan-bangunan perkantoran yang beratap khas Minangkabau (atap bagonjong).

Ooooohhh baru ku tahu, nama atap rumah Minangkabau tu Atap Bagonjong.... maklumat baru ni....


Orang Minangkabau mengamalkan sistem keturunan ibu, yang bererti segala harta (seperti rumah dan sawah padi) akan diwariskan dari si ibu kepada anak perempuannya. Sistem ini masih lagi diamalkan di perkampungan.

At the time Padang was not considered a significant port because the Minangkabau mostly performed their trading via the east coast of Sumatra. Trade routes included shipping on rivers crossing the interior of Sumatra. But when trading competition in the Strait of Malacca increased with powerful players such as the Portuguese, the Spanish, the British, the Dutch, as well as the kingdoms of Malacca and Aceh, the Minangkabau started to trade using ports on the west coast. It was the Acehnese, who first used Padang, Tiku and Indrapura as trading ports. They were the dominant trade power in Sumatra.

Kama mau paie ?

1. Kota Lama

bersambung...

Khamis, 17 September 2009

16 September 2009 Setelah 46 tahun lalu

Pada 16.09.1963 Malaysia telah ditubuhkan... Kini sudah tahun tahun 2009, 46 tahun telah berlalu...
Selama 46 tahun itu, pelbagai peristiwa bersejarah telah berlaku...