pabila melor ingin menulis, akan kucatat pabila melor ingin berkata, akan kusuarakan pabila melor ingin diam, akan kupendam pabila melor ingin menggambar, akan kupotret pabila melor ingin mendengar, akan kusemat pabila melor ingin berjalan, akan kulangkah di sini di sana bila-bila...
Khamis, 10 Disember 2009
27 November 2009 10 Zulhijjah 1430 Aidiladha di Parit
27 November 2009 Akhirnya kami tiba jua... (2)

Rabu, 9 Disember 2009
27 November 2009 Akhirnya kami tiba jua...
Ya beda bedu!
Tapi kena mengemas dulu ya!
Kalau tak bagaimana nak tidur dalam keadaan berabuk tu?!
:)
Selamat Hari Raya Aidiladha! Sudah 10 Zulhijjah 1430 dah pun...
26 November 2009 Balik kampung... Oh-oh-oh balik kampung!



Jumaat, 4 Disember 2009
26 November 2009 Ayuhlah Pulang... Esok hari raya!
Tugasan berbulan-bulan sudah selesai... semua sudah selamat di bawa pulang ke induk dari ruang pameran...
Projek lain, tahun depan 2010 ya....
Mmmm esok Hari Raya Haji. ;)
Malam ini aku, adik dan ayah akan pulang berhari raya di kampung! Seronoknya!
Gembira kerana aku akan pulang ke Kg. Tua di Tanjong Belanja di Parit, Perak.
Sudah hampir 7 tahun aku tidak pulang ke kampung ayah.
Kenapa?
Kerana Opah menetap di Gombak, kami sekeluarga berhari raya di Gombak sahaja.
Tetapi di sela masa 7 tahun itu Opah, Ayah, Ayah Ngah dan Adik ada juga pulang ke kampung. Cuma aku yang jarang sekali pulang... Mmmm kenapa ya? Sebab utamanya - kerja!
Mmm.... Kerja?
Mereka selalunya pulang ke kampung waktu aku bekerja, jadi aku tidak dapat mengikuti mereka. Tapi kenapa kau tidak mahu ambil cuti dan pulang ke kampung Melor ? Kenapa?
Aku tidak bisa menjawab persoalan itu...
Sebenarnya dari tahun lepas sebelum Opah meninggal, aku sudah terasa ingin pulang ke Parit. Tetapi aku cuba kongsikan pada Adik, dan hajat ku pulang ke kampung sering tertangguh....
Tetapi kali ini semenjak beberapa bulan lalu, aku sering terasa ingin pulang sekali.
Apatah lagi terdengar ayah pernah berkata yang ada ura-ura dari Pak Nyah Win ingin mengadakan perkumpulan keluarga Tanjung Belanja... ;) Mmmm pucuk dicita rupanya! Namun itu rencana pada bulan Julai atau Ogos lalu, semasa kenduri kahwin Wani, 2 pupuku yang di adakan di Ampang, Tok Cu menyambut baik hasrat itu.
Tokcu merupakan adik Opah yang bongsu. Tokcu kata, ok kalau dibuat sewaktu Aidiladha seronok juga, boleh tumbang lembu seekor!
Aku dan adik senyum-senyum memandang... ;)
Tetapi sehingga awal bulan Oktober, ayah tidak sebut-sebut lagi tentang perkumpulan keluarga tu..... Mmmm... aku memang tak mengharapkan sangat. Cuma aku memang teringin mahu pulang, itu sahaja.
Siapa dan apa yang masih ada di kampung?
1. Opah Som, adik opah (yang ketiga dalam adik-beradik)
2. Nyang Kecik yang perempuan (makcik Opah)
3. Rumah Opah yang dibina 10 tahun lalu
4. Rumah Nyang Ali (Ngah Ali - Moyangku) yang berusia lebih 100tahun (atau hampir 200 tahun?)
5. Rumah Tok Ie (Yop@Abang sulung Opah) di Kg. Nyior, Tg. Belanja
6. Pekan Tg. Belanja
7. Pekan Parit
8. Jambatan Nordin (yang tiada lagi bergedu-gedang! -huhuhuhuuh :( )
9. Anak-anak Opah Som yang pulang berhari raya
10. Anak-anak Nyang Kecik yang pulang berhari raya (bayangkan anaknya berjumlah 13 orang !)
11. Sungai Perak
12. Keluarga Tokcu Shaarani
13. Pokok durian, cempedak, rambutan dan langsat di sekitar rumah keluargaku! (mmmm pohon manggis di rumah Nyang masih ada lagikah?)
aaaahhh memikirkan semua ini bertambah rindu aku pada Parit!
tapi setiap kali kalau aku beritahu pada orang, tentang Parit, semuanya akan berkata Parit Buntar kah? dan acapkali itulah aku akan menerangkan, bukan... ini Parit sahaja. Bukan Parit Buntar atau mana-mana Parit di Johor....
kalau pernah tengok drama-drama di TV ada orang berdialek 'e-e-e' (aduhai, aku tak boleh nak bunyikan di sini, mmmm) itulah dialek orang Parit. Bunyinya berbeza dengan dialek bahasa orang Perak yang lain.
Jam 6.45petang, Adik dan Ayah menjemputku di pejabat. Kami terus bertolak ke Perak.
Mmmm... dari Jalan Duta ke Lebuhraya menuju Sungai Buloh, sesaknya masyaAllah.... rupanya ada kemalangan di depan. Setelah melepasi kereta-kereta yang kemalangan, barulah reda sedikit. Di radio, takbir raya berkumandang!
Hentian pertama kami ialah di R&R Sungai Buloh, adik belikan kami A&W..... yum yum yum....
8.30 malam sambung semula perjalanan.... aku sepanjang perjalanan tu tidur-terjaga-tidur... mmm qada tidur sebenarnya :P setelah berbulan tidak enak tidur... 2 kali adik berhenti di R&R aku tidak ikut turun, kecuali ke bilik air di R&R Tapah. Selepas itu aku tidur lagi, sehinggalah sampai tiba di persimpangan masuk ke Batu Gajah. mmmm rupanya ada jalan pintas baru ke Parit. Tapi adik dan ayah berpendapat menggunakan laluan lama, yalah, sudah jauh malam, kereta juga tidak banyak lagi.
Balik kampung, yea yea yea balik kampung....
Akhirnya jam 12.30 pagi barulah kami tiba di Rumah Opah di Parit!
Ya, kami telah selamat tiba dan pulang...
Opah, Lor telah pulang ke kampung!
Selamat hari raya semua!
Khamis, 19 November 2009
19 November 2009 Orang yang berkira, berkira-kira, kura-kura, pura-pura
Apa lagi soal kerja.
Kerana tidak mahu rasa sakit hati, selalunya aku akan melangsaikan kerjaku sendirian.
Tidak suka menyuruh itu ini. Tetapi adakala aku juga memerlukan bantuan, tetapi selagi mampu kulakukan, akan kuteruskan.
Semakin ramai kepala, semakin berkira - menjaga periuk nasi masing-masing.
Dahulu kata lain, kini kata lain.
Aku paling tidak suka orang yang bermulut manis.
Di depan kata lain, di belakang kata lain.
Mentang-mentang sudah 'bercerai', sudah tidak mahu 'bekerjasama'. Apa yang penting baginya, kerjanya sudah siap dan peduli apa sama orang lain. Yang penting kerjanya siap, yang lain-lain pandai-pandailah ya!
Antaranya yang ingin kukongsikan...
Situasi 1:
Pernah kulihat dan dengar sendiri yang Orang A berkata 'Saya hanya mewakili Orang B', padahal sudah terang dan nyata itu memang giliran Orang A. Tatkala itu Orang B tiada.
(aku sungguh terkejut mendengar pernyataan itu).
Situasi 2:
Orang A berkata, 'Oh, itu bukan kerja kami, itu kerja 'Bahagian Si Polan & Si Polan'.
Orang C pula berkata, 'Oh saya dengar 'Bahagian Si Polan & Si Polan' ingin bantuan? Tidak boleh, kerana itu kerja 'Bahagian Si Polan & Si Polan'. Kerja 'Bahagian Si Lala' sudah siap.
Sedangkan dahulu, Orang A lah yang membuat kerja tersebut. Dialah antara yang berpengalaman.
Tetapi sekarang tidak mahu buat lagi ?
Situasi 3:
Orang A juga pernah berkata kepada Orang D, oh itu bukan kerja kamu lagi, buat apa mahu menyusahkan diri. Itu kerja orang lainlah!
Aku berkata kepada Orang D, apakah kerja 'Bahagian Si Polan & Si Polan' ini tiada berkait rapat dengan kerja Orang A ? Tidak berfikirkah dia ? Jika Orang D tidak membuat kerja itu, apa lagi kerja yang dia boleh buat, mahukah kau wahai Orang A membuat kerja Orang D yang sememangnya ada kaitan dengan kerja 'Bahagian Si Polan & Si Polan' ?
Apakah 'Bahagian Si Lala' itu boleh bermandiri ? Mengapakah kalian bersikap sombong ?
Mmmmmm... boleh sahaja 'Bahagian Si Polan & Si Polan' menjadi 'semakin mementingkan diri' jika mahu di masa mendatang. Tetapi Bahagian Si Polan & Si Polan ini masih ada perikemanusiaan. Dan aku hanya bersabar dan menjauhkan amarahku. Aaaahhh sabar - sabar - sabar. Tentu ada hikmahnya...
Rabu, 18 November 2009
15 November 2009 Ulang tahun Opah
Mmm... dan tentunya untuk Wan juga...
Opah dan Wan, Lor sayang Opah dan Wan!
16 November - 26 November 2009 Hari-hari yang SESAK
Hari-hari yang menyesakkan sepanjang tarikh tersebut.... tak sabar nak sampai ke penghujung, 26hb Nov. 09. Cepatlah-cepat masa berlalu. Tetapi sebelum sampai ke tarikh tersebut, 'huru-hara' sedikitlah keadaan Mindaku.... Tidak mengapa, ini semua adalah pengalaman hidup. Akan sampai bila-bila kukenang...... ;) :( ;)
Khamis, 12 November 2009
12 November 2009 Selamat Ulang Tahun DZ
mmmm DZ aku ucapkan Selamat Hari Ulang Tahun ya.... sudah mencecah angka baru dipangkal nampaknya. 'welcome to the club!' ;p
Mmm kat manalah agaknya DZ sekarang ya... alah sebenarnya bukan susah sangat nak cari awak pun. Ada je kat situkan, cuma kekadang kerja putar-putar Malaysia ni...
Walau apa pun, semoga diberi kesihatan yang baik, dilimpahi rezeki dan diberi kebahagiaan dan kegembiraan serta dilindungiNya senantiasa.
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan DZ DZ
Allah selamatkan kamu...
*mmm tak lama lagi 30 Nov. pula.... Mmmm.... ingat lagi ke apa yang berlaku waktu tu?
Sabtu, 7 November 2009
26 Oktober 2009 Pemergian Wan & Opah
26 Oktober 2002 , 4.50pagi : Wan meninggal dunia... di rumah kami. Sedar tak sedar sudah 7 tahun Wan pergi....
26 Oktober 2008, 4.25petang: Opah pula menyusul, di dalam kereta Ayah Ngah.
(26 Syawal 1429)
Sekarang aku sudah tidak punya Nenek.... :(
RIndunya pada mereka berdua, tempat aku ketawa dan berkongsi cerita dan aku selalunya tempat mereka meluah rasa padaku... Kerana aku yang sabar mendengar cerita dan keluhan yang terbuku di hati. Maafkan Lor Opah kerana jarang menjengukmu dalam masa setahun terakhir hayatmu lalu....
Suka duka bersama Opah dan Wan akan tetap cuba Lor ingatkan dan ceritakan kepada yang sudi mendengar di masa mendatang, bahawa kupunya 2 orang nenek!
Sayang Wan & Opah!
Semoga Wan & Opah tenang dan aman di sana, Al-Fatihah...
Khamis, 29 Oktober 2009
19 Oktober 2009 Dari Temasek ke Ujung Tanah
- Hanya menyisip air kopi Bonda di bilik hotel, aku terus ke Arts House, Old Parliament. Ingin melihat pameran lukisan di galeri di situ.
- Menelusuri restoran Mr. Teh Tarik untuk menuju ke jalan raya. Tetapi langkah ku terhenti : Dik, dik. Aku menoleh. Ambiklah gambar. Aku senyum sahaja kepada si pembuat air di restoran itu. Ambillah gambar kami dik.
Mmm sambil melangkah, aku berkata : Nanti pulang, saya ambil gambarnya ya! Jumpa lagi!
Aku pun berlalu menuju perhentian bas. Tahan teksi menuju ke Arts
House.Di Arts House, aku putar-putar di dalam bangunan. Melihat pameran
foto di sekeliling dinding -dinding ruang bawah. Sungguh terinspirasi aku! Naik ke tingkat 1. Mencari galeri. Alahai, galeri di buka jam 11 pagi!
;( Ada seorang pekerja Arts House lalu dihadapanku... Bertanya kepadanya :
Boleh saya ambil foto di dalam bangunan ini ? Boleh, ambillah. Bangunan lama
ni... :) ya ini Bangunan Parlimen Singapura yang asal.Snap sana snap sini...
Turun ke ruang bawah semula. Mmmm kedai sudah dibuka ;) Beli cenderahati - sumber ilham sebenarnya...
Ke Kafe Buku.... ;) aaahhh kalau bonda ke sini, tentunya dia akan cemburu! Kerana ini adalah idaman Bonda... Mmmmm bilakah akan kutunaikan permintaan Bonda ini? ;(
Melihat jam tangan... Ahhh aku tak punya waktu. Jam 12 tengahari aku harus tiba di hotel semula!
Keluar dari bangunan, kebetulan ada teksi sedang menurunkan penumpang. Aku pula naik dan menuju ke Singapore Art Museum (SAM).
Pemandu teksi berkata : Wahhhh from museum to museum !
Aku didendangkan dengan keluh kesah warga Temasek, keluhan seorang rakyat...
Tiba di SAM. Sebelum menurunkan aku dia berkata : Ohhhh what is that ? Aku tersenyum, 'That's sculpture. I think it was a new one, I mean they have a new exhibition. Last May I came here, there was a different scupture. ;) '
Wahhhh memang. Pameran baru tentunya. Di hadapan ku ada sebuah arca hitam dan di seberang jalan, ada beberapa arca hitam dan merah. Aaaahhhh aku cuma sempat mengambil sekeping dua gambar sahaja. :( Sedih kerana tidak dapat menikmati karya baru yang kulihat itu.
Aku berharap di Malaysia akan ada lebih banyak Arca Awam! Itu doaku... Biar orang kata tidak faham, biar orang kata apa itu apa ini. Jika tidak dipertontonkan, sampai bila mahu belajar untuk menghargai Seni ? Walau tidak faham sekalipun, sekurang-kurangnya menghargai... Jika di negara orang, boleh pula kita rasa kagum dengan karya seni orang, tetapi di negara sendiri, kenapa pandang sebelah mata ?! Ada pula yang di luar negara, mahu berpotret di jalanan, tetapi di negara sendiri rasa malu pula! Ahhhh sungguh aku tidak faham!
Betul-betul aku mengejar waktu. Tidak masuk pun ke dalam SAM dan 8Q, aaahhhh rugi dan terkilan!
Terus ke Museum Shop, mencari buku Latif Mohiddin. ;) Alhamdulillah. Masih ada. Sewaktu Mei lalu (kedatanganku bersama Ayeen), ketika pameran Latif berlangsung, buku ini masih belum dijual. Akhirnya dapat juga kubeli... :) Petugas MUseum Shop hari itu ialah Kak Yati... Hehheheh dia ingat-ingat lupa padaku... Tetapi akhirnya dia ingat juga... :) Ok kak, nanti kita jumpa lagi ya. Kedatangan ku kali ini hanya mengejar waktu...
Pulang semula ke hotel... Bonda tiada... 12.55petang turun ke lobi sambil menyeret, menggendong beg-beg yang ada... Selesaikan urusan 'check out' sambil menunggu Bonda. Berbual dengan delegasi dari Labuan... Ohhhh rupanya dia mengikuti program pelancongan di ....... (lupa pula di mana acaranya). Patutlah ada ramai orang Malaysia di situ. Maaf pasti semalam mereka berkata kami sombong. Padahal kami sebenarnya sedang mengejar waktu dan kelaparan! :P
Setelah peroleh teksi terus ke TAnjong Pagar.... Naik keretapi menuju Ujung Tanah. Selamat tinggal Temasek, tahun hadapan kami akan datang lagi!
Tiba di Woodland, cop pasport sambil menggendong beg-beg.... ok lain kali tak payah bawa beg ya. TInggalkan sahaja di dalam kereta api. Tetapi jika sewaktu datang, mesti bawa ya tuan-tuan puan-puan... Kalau tidak anjing pengesan yang sunggu besar itu akan menghidu-hidu beg anda yang tertinggal di dalam kereta api.
Petang itu tiba di stesen dan kami terus ke Restoran Singgah Selalu, makan tengahari/petang. Lapar! Adik pertama kali ke sana. Akulah yang menjadi penunjuk arah seperti biasa...
Pulang ke Kuala Lumpur....
Jingga, Bucuk, Tam-tam, Adik, Kechak dan Bebe, Kak long akan pulang malam ini... tunggu ya!
29 Oktober 2009 Itulah... itulah... itulah...
Selepas ini jangan lagi memperkatakan orang lagi, terutamanya Si Penanya itu. Walau apa pun dia buat, sabar sahaja. Jangan buat terlalu banyak andaian, walau semarah mana pun kita. Walau tidak semestinya betul apa yang dia buat, walau tak semestinya benar apa yang ingin kami lakukan.
Aku dapat rasakan kala ini, dia berdekah-dekah di dalam hati kerana kesilapan yang telah aku lakukan. Tunggu sahajalah di hari esok, tentu ada perlian daripadanya. Sabar-sabar-sabar.
Kenapalah aku buat silap, kenapalah aku tidak periksa berulang kali. Kenapalah aku pulang awal hari ini, sedangkan selalunya aku yang orang terakhir pulang ?
Kerana aku, mungkin saja Dia dimarahi/diperli. Aaaaahhhh Melor. Apa yang telah kau buat! Kalaulah kutahu... Maafkan aku...
Aduh, aduh, aduh... apa yang telah kulakukan hari ini ? Dari pagi tadi sebenarnya... Hmmm... rasa bersalah menyelubungi diri... :(
18 Oktober 2009 Ke Temasik
- 6.30 pagi - Selamat Pagi! - aduhaiiii tak puasnya tidur ...
- 7.00 pagi - Sarapan
- 7.40 pagi - Ke Stesen Keretapi Johor Bahru - Beli tiket keretapi untuk jam 8.30pagi, tetapi petugas kaunter memberitahu bahawa kereta api akan tiba lewat - 9.30pagi! Aduhai, jika lah ku tahu...
Asalnya perancanganku begini : Kami sekeluarga bersarapan, aku turun dahulu ke stesen kereta api dan membeli tiket, kemudian naik semula ke kafe hotel. Kemudian baharulah turun semula beramai-ramai dan 'check out'. Mmmmm begini pula jadinya...
Di stesen kereta api ada ramai orang. Ada yang ke utara, ke pantai timur jua... Berbual seketika dengan beberapa orang penunggu kereta api jua... Mereka terkejut kerana ada perkhidmatak kereta api langsung ke Temasik. Hmmm ramai juga yang tidak tahu rupanya. April lalu aku telah memasuki laman web KTMB dan membaca maklumat tentang perjalanan ini. Ya seperti biasa, aku akan menyemak laluan pengangkutan awam ke tempat yang kutuju sebelum aku memulakan petualanganku. Cuma persediaan kembara kali ini tidak cukup...
- 10 pagi baharu kereta api tiba. Sebelum itu sesi bergambar bersama petugas stesen kereta api, pegawai polis bantuan dan pegawai imigresen. Mmmm pegawai imigresen bertanya kepadaku setelah memeriksa Passport ku :
Itu kakak kah?
Hehhehhe.... Bukan, itu Mak saya.
Ooohh maaf.
;) aku senyum sahaja. Mmm tentu sahaja binti kami berbeza...
- Di ruang menunggu aku berkesempatan merakamkan suasana di sebelah dalam stesen kereta api itu. Terima kasih kepada petugas-petugas yang ada.
- 10.30 pagi keretapi bergerak menuju Stesen Checkpoint Woodland, Temasik.
- Kami mengecop passport di situ.... ;)
- Hampir jam 11.30pagi tiba di Tanjong Pagar, Temasik...
- Ke stesen bas Kallang-Lavender, Kak Lela beli tiket pulang ke Kuala Lumpur
- Cari hotel untuk menginap malam nanti....-Pancaroba bersambung lagi... Huhuhhu...
- Akhirnya menginap di Hotel Tristar, Jalan Onan.
- Mundar-mandir cari makan.... akhirnya patah balik makan di Mr. Teh Tarik di sebelah hotel.... Air-air yang dijual menarik betul!
- Terus ke Kg. Gelam..... Menanti CIk Minah!
- Putar-putar di persekitaran... Masjid Sultan, Muzium Istana Gelam...
- Menjengah kedai buku Wardah .
- Ida Kamari tiba, kami terus ke restoran Kak Esah -ada satay Kajang. Kami minum dulu dan berbual sementara menanti CIk Minah tiba.
- Jam 4.30petang, Kak Lela meminta diri ingin ke stesen bas LAvender, ingin pulang ke Kuala Lumpur. Jumpa lagi Kak Lela!
- Kak Hidayah Amin pula tiba. ;) kami berbual panjang mendengar cerita Gedung Kuning. Aku sangat 'terinspirasi' dengan perkongsian ceritanya. Teringat aku kepada Rumah Uwan!
- Cik Minah dan LAni tiba.... Gembiranya kami dapat berkumpul bersama! ;)
- Ada kisah yang ingin dikongsikan tentang Cik Minah.... tunggggguuu....
- Cik Minah dan Lani harus beredar dahulu - nanti kita jumpa lagi ya!
- Tinggal hanya aku, bonda, ida dan kak ida.... Kami beralih arah ke restoran lain pula... untuk makan malam....
- RESTORAN ZAM ZAM -kami makan murtabak daging - untuk 3 orang makan. Besar dan enak sekali! harus datang lagi ni! ;)
- Pulangnya kami ke Jalan Kandahar! Betapa bonda gembira kerana jalan inilah yang dicari bonda! Bersesi foto dahulu sebelum di hantar pulang oleh Kak Ida ke Jalan Onan.
Terima kasih Kak Ida dan Ida! Jumpa lagi Januari 2010 nanti, Insyaallah! Cik Minah tunggu Melor dan Bonda datang lagi ya!
Ahad, 25 Oktober 2009
17 Oktober 2009 Menuju Ujung Tanah
Hampir Jam 9.30 pagi kami pun bertolak keluar dari rumah...

Tujuan utama kami ke Ujung Tanah ialah Adik ingin berhari raya ke rumah Bard. Dia memang mengharapkan aku berpergian dengannya ke sana. Jikalau boleh Bonda juga turut serta. Ya Alhamdulillah rencana itu menjadi.
2 minggu sebelum kami ke sana, kami sekeluarga dikejutkan dengan panggilan telefon dari Temasek. Ya ampun, rupanya panggilan daripada Cik Minah! Ya Allah Maha Mengetahui. Kembara kami ini rupanya akan menemukan kami sekeluarga dengan CIk Minah, yang hampir 7 tahun lalu merupakan pembantu rumah kami selama 3 tahun. Tidak sabar rasanya akan bertemu Cik MInah!
RUpanya perjalanan kami ke Ujung Tanah, tidak semudah yang dirancang...
- Penghawa dingin kereta tidak berfungsi dari _________ hingga ke Ujung Tanah. Jadi kami membuka tingkap di sepanjang jalan. Menghirup udara sebenar dan didendangkan dengung angin kerana deruan kereta kami yang memecut merentas angin...
- Menyimpang ke Pagoh - teringat bahawa Aku dan Adik pernah ke sini menghadiri majlis persandingan Borneo pada tahun 2005 jika tidak salah.
- Masih mencari-cari bengkel pembaik penghawa dingin di Ujung Tanah, kerana tidak membaikinya di PAgoh. PUtar-putar sehingga kami hampir saja menongkah arus jalan raya!
- Kesuntukan masa - kereta hanya boleh disiapkan pada jam 5 atau 5.30petang. Sedangkan kami sudah melengas dan harus 'check in' di hotel terlebih dahulu. Kemudian harus bergegas ke rumah Bard pula, kerana ibunya tidak dapat menemui kami pada malam hari kerana ada janji temu acara lain.
- Aku 'kepeningan' kerana sukar memahami maksud petugas hotel tentang pembayaran hotel. Menahan sabar juga, kulihat petugas di kaunter tersebut juga sedang menahan amarahnya, namun lantas saja dia menerangkan kepadaku dia hari ini bekerja seorang diri, kerana semua orang bercuti.
- Segera bersiap, dan kami bertiga (aku, kak lela dan bonda) berpatah balik ke bengkel kerana adik dan kereta kami masih di sana.
- Jam 6 petang akhirnya kami tiba di rumah Bard. Alhamdulillah.... Leganya. Kami dijamu Soto dan Mihun goreng. Enak sekali. Bertambah-tambah kami sekeluarga makan. ;) tentunya kerana kami juga lapar sebenarnya. Adik hampir saja hampir terlepas pinggannya. Hehhehehe....
- Ke rumah teman baikku sekelas di ITM Segamat dan sekolej Baiduri : Lina dan Decky. Dihidangkan Ayam goreng, Mee Goreng bersama sambal ikan bilis kegemaranku. Ya Lina memasak sambal ikan bilis goreng keranaku. Permintaan daripada ku! TErima kasih Lina!
- Pulang semula ke hotel dan cuba menempah hotel di Singapura. Mmmm masih tidak dapat pengesahan dari pihak sana. Waduh....
- Jam 11 malam keluar minum bersama di restoran mamak di bawah hotel. Di situ aku dan adik berbual panjang.
- PUlang semula ke hotel hampir jam 12.30 pagi. Memeriksa emel, mmmm masih belum terima emel daripada pihak hotel dari Temasek. Aduhai....
- Jam 1pagi adik datang mengetuk bilik, lapar katanya. Kala itu Bonda dan Kak Lela sedang nyenyak tidur.... Dibukanya balutan sampul Roti Canai yang kubeli untuk Bonda dan Kak Lela. Diambil sekeping dan mencicah dengan kuah kari bersama sambal ikan bilis kiriman daripada Lina. Setelah makan, adik pun beredar ke biliknya.
- Aku masih lagi belum tidur keran perlu mengatur beg ku ke Temasek. Membahagi barang-barang yang perlu kubawa ke Temasek dan akan kutinggalkan bersama adik di Ujung Tanah.
- 3.30pagi baharulah aku tidur.....

Selamat pagi! Cik Minah, nanti kami di sana ya...
Khamis, 22 Oktober 2009
11 Oktober 2009 Berkelah di FRIM
Hari ini aku, Bonda dan Kak Lela bersantai di FRIM.;) melihat alam sekeliling, bunyi deruan sungai juga kicauan burung dan desit-desit cengkerik bersuara di persekitaran. Dah lama aku tak ke sini - kali terakhir rasanya pada tahun 1994! 15 tahun lalu lalu!

Bonda melakari alam dan beramah mesra dengan pelajar praktikal Kementerian Kesihatan.
Kak Lela merakami alam yang damai itu juga sambil berbual dengan Bonda dan pelajar-pelajar yang mengelilingi kami.
Aku - ??? :P
Makan, tidur, makan, merakam, berbual seketika, main air, makan.....
:P


Petang kami bertiga pulang ke Gombak semula...
22 Oktober 2009 Keluhan petang hari...
Maaf teman, aku terpaksa berkongsi rasa juga denganmu petang-petang ini.
Satu soalan di tanya kepadaku...
Pergi acara malam ini ?
Aku bilang tidak.
Ada sesiapa yang pergi ?(selain daripada Si Penanya sudah tentunya...)
Mmmm tidak.
Tulah 'you all', tak ada yang mahu pergi acara-acara begini.
Si Penanya pun berlalu...
??? huh!
Salahkah aku tidak pergi acara malam ini ?
Memang setiap bulan diwajibkan pergi ke mana-mana acara sedemikian. Oh, kerana aku tidak pergi ke tempat itu, maka dicop tidak mahu pergi meluangkan waktu untuk acara sedemikian! Ini tidak adil !
Bukannya aku tidak pernah pergi mana-mana acara pun, paling kurang pun 2-3 bulan sekali. Cuma tempat yang aku pergi ialah tempat yang Kamu tak akan pergi. Itu isunya di sini. TiTiK!
Kalau aku pergi pun, mahukah Kamu menumpangkan aku ke sana ? Sebelum Kamu 'menyergah' aku kerana ingin menumpangmu, lebih rela aku pergi sendirian dikala lain.
Aku tahu Kamu memang Bijaksana Berkata-kata. Pahala Mu bertambah kerana Kami yang Membantu Kamu Menambah Pahala Kamu Itu, tahukah Kamu wahai Si Penanya ?!
Tapi Aku tahu, Aku juga Mengumpul Rasa. Selagi Kesabaran ini Masih Menumpuk, dan Mampu Menumpuk, akan tetap Kutumpuk. Bilakah waktunya untuk mengluahkan Rasa itu masih belum kuketahui.
Rabu, 21 Oktober 2009
06 Oktober 2009 Pelancaran Pameran Syed Ahmad Jamal : PELUKIS
Pada tarikh ini, aku dan beberapa orang teman sepejabat kami ke Balai Seni Lukis Negara.
Hari ini pelancaran pameran karya seni Datuk Syed Ahmad Jamal (SAJ), Seniman Negara Malaysia. :)
Sewaktu aku tiba dan hendak ke pintu masuk utama, sudah berderet orang kenamaan termasuk SAJ di situ. ooohhh mereka sedang menunggu Agong. mmmm akhirnya kami berputar dan masuk ke ruang galeri melalui pintu belakang-pejabat.
Di ruang atas, sudah ramai yang tiba. Ramai juga pelukis yang senior dan baru hadir untuk meraikan SAJ. Kami berdiri di suatu sudut melihat orang-orang disekeliling kami.
Agong tiba, masuk ke Bilik Kenamaan sebentar, kemudian ke ruang pentas bersama Permaisurinya dan juga Menteri Kebudayaan (aku lebih senang sebut begitu-lebih mesra bibir).
Setelah perasmian, Agong dan Permaisuri di hadiahkan sebuah lukisan dan sehelai kain songket rekaan SAJ yang disungkit oleh Habibah Songket.
Kemudian aku mengekori tetamu-tetamu yang hadir ke ruang galeri.... Kagum-kagum-kagum melihat karya SAJ. Hasil karya semenjak tahun 1950an..... Aku sungguh bersyukur kerana berpeluang melihat karya beliau. Sebenarnya aku belum puas menikmati kerana tempohari waktu terbatas dan tidak dapat berlama-lamaan di situ! :(



ok itu maknanya aku akan ke sana lagi ya, itu sudah pasti, lagi pun pamerannya berlangsung sehingga Januari 2010.
10 Oktober 2009 Kenduri Adah
Oklah aku bersetuju dan menghubungi Mardiah.
Mardiah dengan lapang dada bersetuju menjemputku bersama ke rumah Adah.
2 jam kemudian, di halaman rumah nekcu, muncullah kelisa biru yang kusangka kepunyaan Mardiah, meleset rupanya. Itu kelisa Sophie. :P sama!
Aku yang berat mulut ni lupa juga bertanya kepada mardiah, Sophie itu teman sepejabatkah? mmm mungkin juga ? bersama kami juga ada Violet yang sudah 4 tahun kami tidak bertemu. Masih seperti dahulu. Tai Hwa tidak dapat menyertai kami kerana perlu menghadiri kelas tarian. Wah nanti bertambah cantik bentuk badan Tai Hwa, dia dah lah tinggi lampai. Tapi aku dan Tai Hwa sama-sama setuju pada sebulan yang lalu bahawa dia rasa dia sudah tidak tinggi lagi seperti waktu sekolah, apa mungkin aku yang sudah meninggi? Hehehehe.....
Putar semula ke Taman Pelangi, tiba di kawasan rumah pengantin. Kebetulan pengantinnya juga baru tiba dan baru pas-pasan duduk di pelaminan. :) Di sambut oleh Cikgu Kamariah, ibu Adah - Penolong Kanan sekolah menengah kami, yang juga junior Bonda di sekolah menengah.

Sophie, Violet, Cikgu Kamariah, Melor & Faris (adik Adah)
Seperti biasa aku meluru masuk ingin melihat temanku yang menjadi Raja Sehari!
Cantik Adah!


Suaminya telah pernah kulihat, secara tidak sengaja 2 tahun lalu kami terserempak di salah sebuah restoran steamboat di Wangsa Maju. Aku sekeluarga sudah ingin pulang, tetapi mereka barusan tiba. Aku dan Adah tidak berbicara, tetapi kami berbahasa isyarat dan Adah mengangguk mengiakannya. Fahamlah aku itulah dia kekasih hati Adah... ;)

Raja Sehari ke meja makan ingin makan beradab.
Kami berlima -termasuk puteri sulung Mardiah, Sasya ke ruang makan pula. Oh ya, kami juga ketemu Radhiah yang merupakan teman baik Adah dan juga kawan sekelasku daripada darjah 3 sehinggalah tingkatan 5. Juga bertemu Azreena sekeluarga.
Pertemuan kami itu diselangi gelak ketawa dan bertambah ceria pabila bertemu guru-guru sekolah menengah kami : Mrs. Herbert (rasanya tak perlulah letak 'title'nya ya, kerana lebih mesra dipanggil begini), Mrs. Kanes, Cik Hamidah, Pn. Chew dan seorang lagi guru yang tidak kuketahui namanya. Maaf cikgu!
mmmm Mrs. Kanes nampak benar berusia, dia sudah pencen. Aku masih ingat sewaktu di tingkatan 5 dia pernah menegurku :
Melor, you should put coconut oil to your hair. It will make it more softer dear.:) hehehe aku cuma tersengih-sengih kala itu. Ya rambutku lebat dan kasar kala itu. Jika rambutku pendek dan kering ia akan mengembang - aku rasa ini adalah kesan kerana 'praktikal aktiviti' di Pusat Sains sewaktu di darjah 6. Kesan cas elektrik, aku yang sukarela untuk menjadi bahan eksperimen ketika itu....
Setelah guru-guru kami pulang, kami juga beredar pulang...
Selamat pengantin baru Adah dan suami! Selamat membawa pulang ijazah kedoktoran juga ya!
Selasa, 20 Oktober 2009
20 Oktober 2009 Banyak yang nak diceritakan
Semenjak pagi tadi, aku tidak tenteram kerana keinginanku untuk menulis membuak-buak, tetapi terpaksa menahan rasa kerana berada di pejabat-di ruang kotakku yang dipenuhi dengan segala macam kertas yang sangat penting buatku.
Sekarang ini sedikit keletihan pula... Ya memang, penat 3 hari ini masih belum reda, dan dikala pagi ilham menulis mencerah, cuma tidak berkesempatan. :(
Sabtu, 10 Oktober 2009
09 Oktober 2009 Panggilan Misteri dari Temasik
Putar-putar lihat CD mana tahu ada yang berkenan, akhirnya membeli CD Mariah Carey, Memoirs of an imperfect angel dan Paramore, Brand new eyes. Yang Mariah Carey tu beli yang versi Malaysia. Lepas tu macam menyesal pula, sebab inlay dalam 2 helai je (padahal dah tahu).... hehehe konon nak jimat. Minggu lepas beli CD Beyonce dan DVD Wanita berkalung sorban, karya Kak Abidah. MAsih belum nonton lagi. Mmmmmm agak-agaknyalahkan, adakah penerbit yang sudi bikin filem karya Siti Zainon Ismail ? Atau mana-mana karya agung Sasterawan Negara yang lain? Setakat ini cuma ada dipentaskan melalui teater. Semoga ada perkembangan nanti, itu doa saya.
Kopi ais
Eh cerita lain pula.
Naik lrt, turun di stesyen Putra. Ketemu Ayeen dan kami makan malam di Old Town White Coffee di Platinum Walk. Mmm tetiba teringat OTWC di Jalan Yap Kwan Seng. Aku kepingin ke situ lagi. Kenapa ya? Hanya aku dan Ayeen yang tahu kerana apa...
Di suatu sudut, kami melihat 3 orang berbicara dengan kuat sekali. 2 orang 'dewasa' dengan seorang wanita muda yang kecil molek. Hehehehe soalan Ayeen, Melayu ke tu? Kalau wanita itu Melayulah tu, dengan yakinnya aku berkata.
Lelaki A agak berusia, gelap, berkaca mata yang paling banyak bicara dan dengan kuat sekali -bangga mungkin dapat ketemu gadis manis itu!
Lelaki B juga berusia - matang, tidak banyak bicara. Aku rasa dia hanya peneman lelaki B untuk bertemu wanita muda itu.
Kedua lelaki A dan wanita muda itu menghisap rokok dan asapnya berkepul-kepul mengelilingi ruang meja mereka, mungkin untuk menghilangkan rasa gementar masing-masing!
Maklumlah aku khusyuk makan, Ayeen terpaksa mengulangi kepadaku apa yang didengari dari mulut lelaki A berkata kepada wanita itu : Yeah, that's why I said let's get married !
Aku yang mendengar hampir tersedak. Aku rasa mereka pertama kali bersua, tapi mungkin juga sebelum ini berbual di telefon atau mana-mana alat perhubungan yang ada di dunia ini.
Kami hanya tersengih. Hehhehhe...
Mihun tomyam
Kemudian aku menerima panggilan telefon, tertera no. luar negara. Bilaku angkat telefon sudah diletakkan. Lewat sangat aku angkat.
Mmmm panggilan dari mana ni? Uk ke ? Atau Indonesia? Periksa no. teman-teman ku yang berada di luar negara. Ohhhh ini no. dari Temasik ni. Siapa pula ya? Ahhh biarlah.
Sebelum pulang, aku dan Ayeen putar-putar ke gerai-gerai di Danau Kota - Uptown (bandar atas, kedengaran lucukan?). Singgah pula ke Siti Zubaidah, minum teh o sambil menanti sup sayur untuk Bonda.
Pulang.
Di perkarangan terlihat sepasang anak muda sedang berbicara. Aku cam budak perempuan itu. Kukatakan pada Ayeen, budak tu pernah minta duit pada awal Syawal lalu. Mmmm aku dapat rasakan budak itu penipu. Budak lelaki itu berlalu, perempuan itu masih di situ. Aku tahu sewaktu aku keluar dari kereta Ayeen, dia melihat aku. Tapi aku berlalu sahaja, walau dalam hati ingin juga berhadapan dengannya dan bertanya keadaan Ibunya yang konon di masukkan ke Hospital Ipoh tu sudah sihat ke? Konon tiada duit dan terdesak nak ke Ipoh, kereta tak de minyak. Tapi aku bersabar dan menahan diri. Dari kejauhan aku melihat entah dengan siapa dia bicara yang mengarah ke rumah datuk saudaraku itu....
Tiba di dalam rumah, Bonda berkata : Nah ambil telefon ni, cuba telefon no. ni.
Aku kata taknaklah, siapa Nda? Cakaplah.
Bonda: Telefon jelah dulu, perempuan.
Aku : Alaaa cakaplah siapa ?
Bonda menghulurkan telefon genggamnya...
Aku lihat di kaca dan terpapar nama si pemanggil : MINAH
Aaaahhhhhh punyalah kuat aku menjerit dan ketawa! Bonda juga ketawa!
MasyaAllah, Cik Minah! Kami dua beranak ketawa gembira!
:) tak tergambarkan kegembiraan kami.
Rupa-rupanya panggilan dari Temasik itu daripada Cik Minah!
Terus sahaja aku telefon Cik Minah, gembira sekali dengar suaranya.
Kami berbual panjang, dia gelak-gelak menangis. Ala Cik Minah janganlah nangis kataku...
Minggu depan kita jumpa ya, Melor dan Bonda akan ke Singapura ketemu Cik Minah di sana ya.
Ok dia akan meminta cuti daripada majikannya.
Katanya dia sekarang sudah pandai memasak. Sudah 6 tahun dia di Singapura. Laaa jika aku tahu, akan kutemui dia setiap kali aku ke Temasik tu. Padahal semenjak 2006 tu sudah beberapa kali aku ke sana. Kalaulah ku tahu.
Kutanyakan padanya, CIk Minah sudah terima ke Kad Raya daripada Melor ?
Kad raya ? Tak ?
Mmmm yelah macam mana pula dia nak terima, aku hantar ke alamat di Banyuwangi sana nun. :P padahal dia Temasik tu.
Kebetulan pula aku dan Adik hendak ke Johor Bahru. Adik ingin berhari raya ke rumah bakal mertuanya di Johor Jaya. Aku juga boleh singgah ke rumah Lina di taman yang sama. Bonda yang pada mulanya masih berfikir-fikir hendak pergi ke tidak ke JB akhirnya sudah ada alasan kukuh ke sana. Semuanya kerana Cik Minah!
Cik Minah, kami sayang Cik Minah!
Cik Minah, kami rindu CIk Minah!
Insyaallah tahun hadapan Cik Minah akan bekerja di sini, bersama kami semula. Kami tidak pernah menganggap Cik Minah ini orang luar, orang lain. Cik Minah sudah sebahagian daripada keluarga kami.
Setelah hampir 7 tahun terpisah, kami akan bertemu semula. Gembiranya!