Semalam aku telefon Maksu, mengajaknya menonton Mana Setangginya? di Istana Budaya (IB). :) berjaya juga pujukanku.
Ya sememangnya bukan senang untukku menarik atau mengajak teman-temanku atau saudara-maraku untuk menonton teater berbanding dengan menonton wayang. Huh....ada yang akan memberi seribu alasan kepadaku jika kuutarakan ajakanku....tetapi semalam kuberjaya mengajak maksu, dan hari ini aku juga berjaya juga mengajak teman sekantor ku menonton Teater Muzikal Pak Pandir di Dewan Filharmonik Petronas.... :)
Aku tempah tiket secara online semalam, dan beberapa jam sebelum acara bermula aku menuju ke kaunter tiket untuk mengambil tiket sebenar. Ada sedikit kesulitan di sana, tetapi pegawai di kaunter terus membantu.
Fuuuuhhhhh.....Setelah selesai urusan, kami ke restoran dan mengalas perut.... Nampaklah beberapa kelibat orang yang sering keluar tv seperti pelakon iklan Astro, Kevin Zahri, Arin dan Erin Res2 dan Farhan AF.
Hampir waktu tayangan, aku dan Maksu menuju ke ruang legar dan ke gerai Institut Terjemahan Negara Malaysia... Aku masih lagi membelek buku Mana Setangginya? yang telah diterjemahkan ke Bahasa Inggeris. Mmmm sedih kerana gerai Dewan Bahasa dan Pustaka tidak dibuka, kerana menurut pekerja gerai ITNM sepatutnya gerai yang lagi satu tu DBP punya dan malam sebelumnya ada dijual buku Mana Setangginya? dalam bahasa ibundaku... Hhuhuhu hampa juga.
Mengapalah mereka tidak sudi menjual malam ini? Sedangkan kulihat orang makin ramai membanjiri ruang legar dan kian memenuhi gerai ITNM dan membeli apa sahaja yang dihidangkan di gerai tersebut. Bukankah ini waktu terbaik untuk memasar dan menjualkan buku tersebut? Inilah peluangnya - ini pendapat aku dan aku tidak pasti bagaimana pendapat mereka sebenarnya? Mungkin ada sebab musabab yang kukuh?
Aku dan Maksu menonton.... ;)
Komenku:Mmmmm kurang berpuas hati di peringkat awal persembahan. AKu tidak dapat menghayati babak awal, kerana aku tidak faham dan tidak dapat mendengar dengan jelas butir nyanyian pelakon/penyanyi itu. Benar, aku tidak puas, kerana tidak dapat memahami bait-bait lagu tersebut. Suara mereka tenggelam dengan suara alunan muzik! Sayang sekali...Alangkah baik sekiranya bait-bait lagu itu dirangkapkan di skrin yang ada di pentas itu!Di hadapan aku adalah pelajar-pelajar sekolah agama. Aku lihat mereka gelisah dan sok-sek-sok-sek melihat adegan aksi kekasih di pentas itu... Ya aksi berpelukan dan wajah yang sangat hampir amat menggelisahkan dan menimbulkan kurang senang buat mereka, mmmm aku juga sebenarnya. Sehingga Sang Guru mengeraskan suaranya kepada anak-anak muridnya agar memandang atas dan lihat pari-pari berterbangan! Hahhahhaha..... Mujur ada pari-pari penyelamat......
Sebenarnya aku risau juga jika Maksu Bulan rasa bosan. Maklumlah jalan ceritanya tidak selalunya babak lucu, tetapi mengajak berfikir dan serius juga. Takut juga nanti ada timbul rasa serik untuk menonton teater lain pula. Begitulah perasaan aku tiap kali mengajak dan membawa teman-teman lain menonton. Memang kadang-kala ada persembahan yang membosankan atau kurang menarik, itu yang bahayanya jika ingin membawa orang baru. Jika pertama kali menonton, mereka tertonton cerita yang membosankan (bagi mereka) maka akan dicoplah semua teater itu sangat berat dan membosankan! Aduhhh susah betul ya nak menjinakkan orang meminati dan menonton teater! Kerana itulah juga kadang-kala aku lebih senang menonton sendirian, agar tidak ada orang yang mengomel yang kurang enak untuk aku dengarin...
Tetapi alhamdulillah, Maksu tadi bilang, kalau ada teater lagi, beritahulah. Jika ada kelapangan dia mahu ikut lagi! Yeaaaaaa.... Gembira aku mendengarnya! :)