pabila melor ingin menulis, akan kucatat pabila melor ingin berkata, akan kusuarakan pabila melor ingin diam, akan kupendam pabila melor ingin menggambar, akan kupotret pabila melor ingin mendengar, akan kusemat pabila melor ingin berjalan, akan kulangkah di sini di sana bila-bila...
Isnin, 31 Disember 2012
Khamis, 6 Disember 2012
13 November 2012 Di Sa'adan, Toraja dan ke Rantepao
Akhirnya kami semua tiba jua di Sa'adan.
Di bawa ke perkarangan rumah adat menuju ke sebuah pondok. Ada banyak pondok-pondok yang dibina termasuklah rumah padi. Ramai juga mereka yang hadir ke majlis kematian itu. Ramai yang pulang kampung, dari jauh mereka datang, termasuklah keluarga dari Singapura.
Di tengah-tengah perkarangan rumah adat dan pondok-pondok, terdapat banyak korban-korban yang akan disembelih.... tidak halal ye. Itulah pertama kali aku lalu di celah-celahan kerbau yang bertanduk tajam! Jika tidak mengikut syarat-syarat Islam untuk menyembelih-tentunya haram dimakan, kan.
Tetapi bukan sahaja kerbau yang akan disembelih, tetapi termasuk juga cik babs juga ye. Banyak sekali! Pertama kali aku melihat bagaimana mereka mengerang, mungkin kerana tahu mereka akan dikorbankan! Bagaimana mereka menyondol tanah, makan, dll.
Hampir kesemua yang hadir berpakaian hitam, menghormati majlis.
Sanak saudara si mati akan berjalan keliling pondok-pondok dan rumah adat kemudian berkumpul di sebuah pondok besar. oooppss teringat insiden yang berlaku kepada kami bertiga.
Tengahari itu kami bertiga makan serunding dan roti yang dibekalkan Bonda, manakala yang lain-lain warga Toraja, makanlah apa yang dihidangkan oleh orang kampung.
Dihujung upacara tengahari itu, kami pun beranjak pulang bersama Peter dan kawan-kawan menaiki Kijang. Sewaktu jalan keluar dari kampung Sa'adan 2 orang anak remaja berpaut di belakang Kijang kami. Wah anak-anak ini, berani sungguh! Hanya berdiri dan berpaut di Kijang, ish dahlah laluan di situ cerun-cerun dan gaung-gaung. Beraniii , alah bisa tegal biasa bukan!
Petang itu, setibanya di pekan Rantepao kami pun membeli tiket bas pulang ke Makassar malam nanti. Bonda pada mulanya ingin bermalam di Rantepao, tetapi setelah bincang, kami pun pulang juga malam itu. Kemudian kami diturunkan di Masjid Rantepao.
Rehat, solat di situ. Kemudian cari kedai makan! heheheh terjumpa juga kedai makan jawa berdekatan masjid di situ. Aku makan apa ye ? Mmmm kena cari gambar (dah hampir sebulan lalu ya, kala aku menaip blog ni).
Sementara tunggu malam, aku dan Kak Inda, meronda-ronda pekan. Pekan ini pekan kecil, jadi wajah kami nampak sahaja seperti orang luar - adakala mereka meneka kami orang Jakarta atau pun Malaysia.
Sedang kami berjalan-jalan, tiba-tiba di hon. Hohohoho rupanya orang kampung Sa'adan, yang memandu Kijang yang lagi satu (pemandu yang bawa Kijang ku orang lain). :P
Ya sememangnya ku rasa, walau di mana pun, keramahan/kemesraan orang kampung sangat berbeza dengan orang yang telah menetap di bandar. Lain-lain-lain.
Entahlah...
Siapa yang lebih cepat curiga ? Siapa yang lebih cepat terasa ? Siapa yang lebih cepat berkira ? Siapa yang lebih mementingkan diri sendiri ? Aku tidak berkata atau menuding kepada sesiapa, aku sendiri juga punya kelemahan.
8.30 malam kami pun masuk ke perut bas, 8.50malam kami berangkat pulang ke Makassar!
Selamat tinggal Toraja! Jika ada kesempatan kami datang lagi...
Makassar, sambut kami pulang ya!

Langgan:
Catatan (Atom)