Halaman

Label

Adik (5) Aktiviti (24) Ayah (4) Baby (1) Bangi (1) Beli-belah (2) Berita (1) Buku (7) Cabaran (1) Cuti (14) DFP (1) Drama (2) Fesyen (5) filem (28) Haiwan (4) Hati (50) Kampung (4) Kartika (2) Kartun (3) Keluarga (50) Kembara (43) Kerja (6) Kesihatan (2) Kucing (5) lagu (121) Makan (9) Muzium (1) Opah (1) OSTLaskarPelangi (1) Ramadhan (3) Rumah Wan (2) sastera (1) Schoolmate (4) sejarah (8) Sekolah (2) Seni (16) Songs (18) Status FB (1) Syawal (4) tari (1) Tekstil (2) Teman (14) Travel (1) Tumbuhan (1) TwilightOST (1)

Akulah Si Melor

Foto Saya
Kuala Lumpur, Malaysia
lahir, membesar, semuanya di kuala lumpur... kampong bandar dalam, taman setapak, taman melawati, bandar baru bangi dan kembali semula ke kbd...

Sabtu, 10 Oktober 2009

09 Oktober 2009 Panggilan Misteri dari Temasik

Sepulang kerja terus ke Rock Corner, KLCC. :) Membeli 7 tiket - rencana hendak menonton konsert Beyonce bersama teman-teman sekantor. Aku ditugaskan membeli tiket, kerana hanya aku yang punya talian Maxis -ada harga diskaun untuk talian tersebut.

Putar-putar lihat CD mana tahu ada yang berkenan, akhirnya membeli CD Mariah Carey, Memoirs of an imperfect angel dan Paramore, Brand new eyes. Yang Mariah Carey tu beli yang versi Malaysia. Lepas tu macam menyesal pula, sebab inlay dalam 2 helai je (padahal dah tahu).... hehehe konon nak jimat. Minggu lepas beli CD Beyonce dan DVD Wanita berkalung sorban, karya Kak Abidah. MAsih belum nonton lagi. Mmmmmm agak-agaknyalahkan, adakah penerbit yang sudi bikin filem karya Siti Zainon Ismail ? Atau mana-mana karya agung Sasterawan Negara yang lain? Setakat ini cuma ada dipentaskan melalui teater. Semoga ada perkembangan nanti, itu doa saya.


Kopi ais


Eh cerita lain pula.

Naik lrt, turun di stesyen Putra. Ketemu Ayeen dan kami makan malam di Old Town White Coffee di Platinum Walk. Mmm tetiba teringat OTWC di Jalan Yap Kwan Seng. Aku kepingin ke situ lagi. Kenapa ya? Hanya aku dan Ayeen yang tahu kerana apa...

Di suatu sudut, kami melihat 3 orang berbicara dengan kuat sekali. 2 orang 'dewasa' dengan seorang wanita muda yang kecil molek. Hehehehe soalan Ayeen, Melayu ke tu? Kalau wanita itu Melayulah tu, dengan yakinnya aku berkata.

Lelaki A agak berusia, gelap, berkaca mata yang paling banyak bicara dan dengan kuat sekali -bangga mungkin dapat ketemu gadis manis itu!
Lelaki B juga berusia - matang, tidak banyak bicara. Aku rasa dia hanya peneman lelaki B untuk bertemu wanita muda itu.
Kedua lelaki A dan wanita muda itu menghisap rokok dan asapnya berkepul-kepul mengelilingi ruang meja mereka, mungkin untuk menghilangkan rasa gementar masing-masing!

Maklumlah aku khusyuk makan, Ayeen terpaksa mengulangi kepadaku apa yang didengari dari mulut lelaki A berkata kepada wanita itu : Yeah, that's why I said let's get married !
Aku yang mendengar hampir tersedak. Aku rasa mereka pertama kali bersua, tapi mungkin juga sebelum ini berbual di telefon atau mana-mana alat perhubungan yang ada di dunia ini.
Kami hanya tersengih. Hehhehhe...



Mihun tomyam


Kemudian aku menerima panggilan telefon, tertera no. luar negara. Bilaku angkat telefon sudah diletakkan. Lewat sangat aku angkat.
Mmmm panggilan dari mana ni? Uk ke ? Atau Indonesia? Periksa no. teman-teman ku yang berada di luar negara. Ohhhh ini no. dari Temasik ni. Siapa pula ya? Ahhh biarlah.

Sebelum pulang, aku dan Ayeen putar-putar ke gerai-gerai di Danau Kota - Uptown (bandar atas, kedengaran lucukan?). Singgah pula ke Siti Zubaidah, minum teh o sambil menanti sup sayur untuk Bonda.

Pulang.

Di perkarangan terlihat sepasang anak muda sedang berbicara. Aku cam budak perempuan itu. Kukatakan pada Ayeen, budak tu pernah minta duit pada awal Syawal lalu. Mmmm aku dapat rasakan budak itu penipu. Budak lelaki itu berlalu, perempuan itu masih di situ. Aku tahu sewaktu aku keluar dari kereta Ayeen, dia melihat aku. Tapi aku berlalu sahaja, walau dalam hati ingin juga berhadapan dengannya dan bertanya keadaan Ibunya yang konon di masukkan ke Hospital Ipoh tu sudah sihat ke? Konon tiada duit dan terdesak nak ke Ipoh, kereta tak de minyak. Tapi aku bersabar dan menahan diri. Dari kejauhan aku melihat entah dengan siapa dia bicara yang mengarah ke rumah datuk saudaraku itu....

Tiba di dalam rumah, Bonda berkata : Nah ambil telefon ni, cuba telefon no. ni.
Aku kata taknaklah, siapa Nda? Cakaplah.
Bonda: Telefon jelah dulu, perempuan.
Aku : Alaaa cakaplah siapa ?
Bonda menghulurkan telefon genggamnya...
Aku lihat di kaca dan terpapar nama si pemanggil : MINAH

Aaaahhhhhh punyalah kuat aku menjerit dan ketawa! Bonda juga ketawa!
MasyaAllah, Cik Minah! Kami dua beranak ketawa gembira!
:) tak tergambarkan kegembiraan kami.

Rupa-rupanya panggilan dari Temasik itu daripada Cik Minah!

Terus sahaja aku telefon Cik Minah, gembira sekali dengar suaranya.
Kami berbual panjang, dia gelak-gelak menangis. Ala Cik Minah janganlah nangis kataku...
Minggu depan kita jumpa ya, Melor dan Bonda akan ke Singapura ketemu Cik Minah di sana ya.
Ok dia akan meminta cuti daripada majikannya.
Katanya dia sekarang sudah pandai memasak. Sudah 6 tahun dia di Singapura. Laaa jika aku tahu, akan kutemui dia setiap kali aku ke Temasik tu. Padahal semenjak 2006 tu sudah beberapa kali aku ke sana. Kalaulah ku tahu.

Kutanyakan padanya, CIk Minah sudah terima ke Kad Raya daripada Melor ?
Kad raya ? Tak ?
Mmmm yelah macam mana pula dia nak terima, aku hantar ke alamat di Banyuwangi sana nun. :P padahal dia Temasik tu.
Kebetulan pula aku dan Adik hendak ke Johor Bahru. Adik ingin berhari raya ke rumah bakal mertuanya di Johor Jaya. Aku juga boleh singgah ke rumah Lina di taman yang sama. Bonda yang pada mulanya masih berfikir-fikir hendak pergi ke tidak ke JB akhirnya sudah ada alasan kukuh ke sana. Semuanya kerana Cik Minah!

Cik Minah, kami sayang Cik Minah!
Cik Minah, kami rindu CIk Minah!
Insyaallah tahun hadapan Cik Minah akan bekerja di sini, bersama kami semula. Kami tidak pernah menganggap Cik Minah ini orang luar, orang lain. Cik Minah sudah sebahagian daripada keluarga kami.
Setelah hampir 7 tahun terpisah, kami akan bertemu semula. Gembiranya!

2 comments:

SITI ZAINON ISMAIL berkata...

ohhhhh, sedihnya dalam hati, ketawa llhlllllaaa, minah jaga aku ya... nanti? kita keliling satu Malaya....Ya, Allah beri kami kesihatan...dan Si Minah perawat ibu, akan kembali dengan kami? Hei BENDERA, kamu lihat, pembantu kami, adalah saudara kami..... kami bahagia....kamu mahu buat bangsamu menangis......hiiiiiiih....geramnya!!

melor oh melor...melor oh melor... berkata...

tidak sabar ketemu cik minah hari minggu nanti!