Memaparkan catatan dengan label Adik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Adik. Papar semua catatan

Ahad, 30 Oktober 2011

07 Ogos 2011 Ke Kuala Lumpur di hujung minggu Ramadhan

Petang itu aku dan Adik naik LRT ke KL. Eh bukankah aku memang tinggal di KL ? :P
Dari Stesen LRT Sentul Timur, kami terus turun menuju Stesen Bandar Raya yang kat depan Sogo nun. Tujuan kami ialah nak cari sedikit barang untuk Adik dan juga aku yang nak mencari tudung, kiriman Nani yang berada di Kuching. Mmmm tudung nak pakai raya nanti. (ooppsss cerita dah basi ;p )

Selepas tu kami berbuka puasa di Medan Selera Sogo dan pulangnya kami ke rumah Ayah Ngah pula di Ampang...



Khamis, 19 Mei 2011

17 Mei 2011 Aktiviti di hari Wesak

Rencana asal nak pergi BookXcess di Amcorp Mall (sebab buku-buku di situ adalah sangat murah!) lepas tu ke Midvalley (sebab nak tengok wayang -Red Riding Hood).

foto daripada laman sesawang Bookxcess

Tapi tak jadi, sebab dah hampir tengah hari, jadi aku mengekori Adik ke Midvalley, almaklumlah dia bekerja di sana... :P

Sesampai di Midvalley, aku dan adik berpecah mengikut hala tuju masing-masing. Adik pergi kerja.
Aku pula ?

1. Brunch di Spaghetti Farm - Spaghetti Pomodoro + Teh Panas
- Hheheheeh macam tak ngam kombinasi makanan aku kan ? Disebabkan nak air panas juga, jadi kupilih air teh.

foto daripada website Midvalley

2. MPH -putar-putar pilih buku. Selalunya aku tidak berpeluang bersenang-lenang santai di dalam MPH. Tapi kali ini aku akhirnya dapat buat sedemikian, seronok betul!
Beli buku lagi.... ;p Bonda jangan marah ok, (pssst sebab buku-buku yang sedia ada di rumah pun belum habis di baca dan tak terkemas).

3. Ke Gardens menuju Panggung Signature - beli tiket wayang filem Red Riding Hood
-Sungguhlah mahal ok tiketnya.... :P RM 24. Gilos. Tapi disebabkan nak nonton RRH tu juga dan kat panggung lain kat KL ni dah tak tayang lagi, jadi bayar jelahkan...

4. Borders
- Sementara tunggu waktu masuk dalam panggung, aku singgah kedai buku ni dulu. Hhehehe cari buku lagi :p
Aku cari buku Pretty Little Liars. Putar sana-sini akhirnya jumpa juga akhirnya -di MPH tak jumpa pula buku tu. :P Sebelum tu sempat lagi aku mengambil buku kisah dongeng klasik karangan Grimm dua-beradik. Tahun lalu aku ada membeli DVD tentang mereka dan masih belum ditonton, alamak di mana ya DVD tu ? :P

5. Tonton Red Riding Hood
- Mmmm biasalah bila dah baca buku sebelum tonton, tentu akan ada sedikit ketidakpuasan. Sebab jalan cerita dan bayangan yang terbayang daripada buku tu tidak ada di dalam filem tersebut. Huhuhuhu.....Terutamnya di bahagian awal cerita. Errrghhh.... Mmmm orang yang belum baca buku tu, mungkin berpuas hati (atau mungkin sebaliknya juga) tapi bagi aku tidak. Sayang.
Walau bagaimanapun, 'signature' Catherine si pengarah filem ini boleh di kenal pasti melalui 'lokasi dan sudut-sudut penggambaran' seperti dalam filem 'Twilight'. Tapi bila menonton filem ini, janganlah terlalu berharap ia seperti Twilight, tentulah harapan itu akan meleset dan anda akan hampa.
- Tonton sambil makan Chocolate Chips Famous Amos.

6. Patah balik ke Midvalley -masuk Farmasi Guardian
- Putar-putar, pilih-pilih. Bayar di kaunter, turun tingkat bawah pula, kononnya hendak ke tempat kerja Adik.  Keluar kedai, turun tingkat bawah, tiba-tiba tersedar bingkai jam tangan Swatch kuhilang.... waaaaa panik seketika, nak tersedih, sambil terfikir : aaahh tulah, gembira sangat dapat beli jam tu. kan dah tercicir. riakkah aku ?
-Fikir-fikir, patah baliklah ikut jalan-jalan yang kulalui sebelum itu. Akhirnya tiba di Guardian. Tanya pada pekerja di situ, mereka tidak tahu. Aku putar-putar di dalam farmasi itu. Hampa tidak ada, sebelum keluar aku melalui ruang bayar, setentangnya, di bahagian bawah, tergeletak bingkai jam tangan ku di lantai! Terima kasih Allah  ;) huhuuhhhu syukur-syukur ketemu semula... ;)

7. Speedy Video
- Putar keliling ambil 2 CD. Kemudian adik telefon, tanya aku di mana. Sewaktu beratur, adik pun tiba, dia sudah habis waktu bekerja. Aku pun bayar CD yang kubeli..... Lenka dan Hikayat Cinta.

8. Makan malam
- di Tony Roma's

9. KK Sentul
- Beli biskut Kucing.... ;)

10. Tiba di rumah.

11. Zzzzzzzz.... tidur!

Rabu, 9 Mac 2011

09 Mac 2011 Menonton bersama Adik

Aktiviti aku dan Adik :
1. Makan tengahari di Marche - dalam suasana yang ala mengantuk, badan sakit sebab tak cukup tidur... :p tapi disebabkan lapar, haruslah menjengah mencari makanan....pertama kali kami makan di sana. Konsepnya sangatlah menarik, sangat berkenanlah aku kan... :P harus pergi lagi, bersama  Bonda dan juga teman-teman yang lain. Cuma aku rasa kalau makan tengahari ni, 'portion'nya ala-ala tak cukup atau sangat memadailahkan. Tapi masih alhamdulillah, kenyang juga.

http://www.prajishsankar.com/blog/food/marche-restaurant-at-the-curve-damansara/

2. Kedai majalah - beli TIME OUT KL & TIME OUT PARIS FOR VISITORS 2010/11
- Ada cita-cita ke sana ke cik adik ? :p mmm berangan....

3.  Nonton I AM NUMBER 4
-Setelah bercongak-congak dengan Adik, nak nonton mana satu. IANo.4 atau 127... Akhirnya kami memilih IANo. 4... ;) Uuuuii


They caught Number One in Malaysia.
Number Two in England.
And Number Three in Kenya.
I am Number Four.
I know that I am next.

http://www.iamnumberfour.co.uk/the-lorien-legacies/the-books/i-am-number-four/



terbaca blog seorang teman -dia menonton Beastly.... laaa rupanya pelakon utamanya adalah sama! uuii tayang kat sini serentaklah pula.. aku memang teringin juga nak nonton Beastly ni... ;)

 

4. Ikea

5. Makan petang di Ikano - makan nasi ayam

6. Balik rumah... buat apa yang patut.. lepas tu buuummm zzzzzzzz.....

Selasa, 3 Ogos 2010

15 Julai 2010 Apa yang ada di Bandar Maklumat ?

Lampu lip-lap, lip-lap.... :)
Akhirnya sampai jua aku ke sana. Hohohho setelah beberapa kali mengajak adik ke sana...
Pusing-pusing bersama Adik dan Bad...
Cantik warna-warni di malam hari... Kala siang bagaimana ya ? Mmmmm itu rencana lain kali pula...


Isnin, 5 Januari 2009

30-31 Disember 2008 Mencari Adik di Puncak Genting sehingga ke 1 Jan 2009

30 Disember 2008
Telefon adik dan mengesahkan kedatanganku. Sehari sebelum tu aku ada juga ajak teman-teman yang mahu mengikutiku ke sana. Tak ada kerana ada yang bekerja, ada yang ada rencana lain. Aku cuba SMS Ayeen tapi tiada jawaban. Hmmm tak mengapalah.

Aku naik bas di Terminal Putra tiket jam 1petang, sedikit geram kerana:
i. Ada pakcik teksi nak paksa2 naik teksi dia dan cadangkan aku kongsi dengan orang yang tak kukenali yang juga sedang beratur nak beli tiket bas
ii. Di kaunter tiket juga ada seorang pakcik nak paksa2 aku beli tiket daripada dia dan dia nak bagi kurang 10sen je! hahaha. tak maulah. biarlah aku beli tiket kat kaunter je walaupun sedikit mahal.
iii. Sewaktu nak naik bas, adalah beberapa orang nyonya dan apek yang tidak sabar nak naik bas, malah ada yang nak potong barisan aku. Teringat cerita Adik yang sedikit bengang dengan diorang ni yang kebanyakannya nak pergi berjudi kat atas nun! Tak menyempat-nyempat, bukannya tak dapat tempat duduk pun, kat tiket tu kan dah ada nombor.

Lebih kurang 1.30 petang aku sampai di perhentian bas di Genting Skyway. Membontoti orang ramai, naik lif dan beratur panjang menuju ke Skyway... Di hadapanku adalah sepasang pasangan muda, comel sungguh anak mereka. Hehhehe... Siap pakai topi yang tutup telinga tu, macam nak gi main salji aja... Comel! Selebihnya kulihat ramai pelancong Cina dari Indonesia, kerana kulihat beg mereka lebih kurang, ada label 'Dewi Wisata'... Kumpulan pelanconglah tu. Ada orang Arab dan India juga...

Aku naik Skyway bersama keluarga muda itu dan 3 orang lagi. Aku dapat rasakan anak kecil tu gayat, kerana pada mulanya dia diam dan keletah. Tetapi apabila Skyway tu bergerak tinggi memuncak dia mula meragam, merengek. Puaslah si Ayah cuba mengagah 'Adam, Adam'.... Ambil gambar si Adam yang kecil. Diam sebentar... kemudian merengek lagi. Dan Uncle sebelah aku pun siap mengagah si Adam, yang lagi 2 orang mamat pula asyik mengambil gambar pemandangan. Aku pula malas pula nak amik gambar, cuma duduk diam, mendengar lagu-lagu dari telefonku sambil menikmati pemandangan....

Tiba saja di hentian Skyway, aku hubungi Adik dan aku menunggu Adik di KFC nak mengalas perut. Lapar beb, belum makan apa-apa pun lagi. Seperti biasa, berjanggut menunggu Adik, aku dah mula makan barulah dia sampai. Bual-bual-bual dengan Adik. ;)

Adik temankan aku ke lobi First World, aku check in, wah canggih kat kiosk je, masukkan Mykad terus dapat kad. Kesian Adik kerana kena teman tunggu aku... :P

Lepas check in, letak barang, kami pun beli tiket Indoor Theme Park. Mmm kerana kedatangan aku, Adik minta ditukarkan ke Shift Malam. Terima kasih Din! Tapi kami sempat main beberapa game aja, disebabkan barisan setiap permainan adalah panjang. Lucu juga bagi Adik, inilah pertama kali dia bermain di situ, padahal dia dah beberapa bulan bekerja di sana. Kalau tak kerana aku yang mengajak dan belanja, tak delah kot! Hehehe... Semasa dia datang dengan teman-temannya pun katanya mereka tak main pun game yang ada tu. :P

Jam 7 malam Adik mengundur diri, dia harus pulang. Jam 8 malam dia harus mula kerja. Oklah, jumpa esok sahajalah ya!

Aku pusing-pusing sebentar dan naik ke atas.... Tengok TV, dan buuummm tidur... Nyaman, tapi sejuk!

31 Disember 2008
Selamat Pagi! :)

Kemas barang-barang, cuba hubungi Adik berulangkali... PAsti dia masih tidur lagi.....
Aku keluar dan turun ke lobi dan naik ke First World... Di kedai Mamak, aku cuba telefon Adik lagi. Dia tak larat, mmm tak mengapalah. Kujamah Nasi Goreng Cina dan Teh Tarik.

Ronda sebentar, dan aku beli tiket Outdoor Theme Park... Yeay!

Yang paling 'suspend' dan seronok ialah aku naik Space Shot dan Flying Space (eh betulke, lupa plak!). Tinggi giler! I've made it. Cuma roller coaster je aku tak naik. Lain kali aku akan cuba naik tu pula....

Jam 5 petang aku masuk semula ke dalam First World Mall, dan menuju Burger King menunggu Adik. Lewat pula dia. Bila dia sampai, aku makan dahulu dan berbual sebentar dan aku pun pulang. Nak balik pun orang berebut-rebut di Skyway. Ish ish ish macamlah bendalah tu nak lari! Tak sabar-sabar.

Sampai di perhentian bas di bawah, ku terus ke kaunter tiket. Alamak, tiket ke Terminal Putra dah habis untuk hari ini! Waduh waduh.... Kemudian mujur ku nampak ada tulis tiket ke KL Sentral, terus kutanya masih ada lagi ke? Mujurlah ada lagi 1 seat untuk 6.30petang. Aku terus beli.. ;) sempat-sempat-sempat. Aku sebenarnya nak mengejar waktu.
Kerana selepas Maghrib Alin akan datang menjemputku! Arrrhhhh....

Jam 7 malam, kulihat bas ni menuju ke Karak Highway.... Mmmm bas ni nak lalu Gombak ke Sentul... Masih teragak-agak aku ni. Di lampu isyarat, aku terus mendapatkan pemandu bas dan menyatakan yang aku nak turun di Masjid Sentul. Mmm mujur dia mahu turunkan aku di situ. :) Terima kasih... Aku naik jambatan dan melintas ke seberang, sebelum itu di atas jambatan aku sempat mengambil gambar sekolah rendahku, Sekolah Kebangsaan Sentul 1. :) Gembira dapat mengambil gambar dari atas.

Tahan teksi dan pulang ke rumah... Peramah pula pemandu teksi malam itu. Yeay sempat sampai rumah...

Jam 9malam barulah Alin, Arniza, Ruzi dan Farah sampai di halaman rumahku-betul-betul di depan pagar! Sampai nak terlelap aku....

Kami ke The Curve dan park di Ikea... Jalan-jalan cari makan, semua penuh! Akhirnya dengan berkat kesabaran kami makan di Kluang Station di Ikano... Yum yum yum. Kali ini tanpa Seni, dia sudah pulang ke Sabah...

Kami memang menjadi tumpuan orang ramai di kedai makan tu... ehhehe mana taknya, kecoh. lepas tu sibuk nak bergambar. Malah ada budak kecil ni suka sangat dengan Arniza. hehehe.... Kids love you dear!

Selepas makan kami turun ke perkarangan di antara Ikano dan The Curve. Orang ramai dah memenuhi ruang... Sibuk dengan spray sana sini sampai pening kepala!

Lepas tu kami beranjak ke lebih hadapan, kemudian apabila kedengaran ada Faizal Tahir apalagi si Alin over excited! Hahhha sekali lagi kami jadi tumpuan. hhikhihhkihkik. lucu sekali!
Tetapi ada sedikit kecacatan pada malam/pagi itu. Ada pula pasangan berhampiran kami ni membuat aksi yang memualkan! Cheh macamlah tak boleh nak bercium tempat lain, tak sesuai sungguh... Ishhhh tak suka!

1 Jan 2009
Selepas tepat jam 12 pagi, 1 Jan 2009 bunga api dilepaskan! Cantik! Alhamdulillah sudah tahun baru 2009, dan juga sudah 4 Muharram 1430Hijrah!

Kemudian kami ke Uptown sambung berbual, makan rojak buah, dan minum air 2 gelas! Cerita zaman dolu-dolu.....

Kemudian kami pun beralah pada masa. Mereka semua menghantar aku pulang...
Jumpa lagi ya teman-temanku!