Isnin, 29 Disember 2008

29 Disember 2008 Pengkebumian Almarhum Tuanku Jaafar

Petang ini, Almarhum telah selamat dikebumikan. Cuaca amat redup sekali... Alfatihah.... Telah diwarwarkan Yang DiPertuan Negeri Sembilan yang baru adalah Tunku Mukhriz ibni Almarhum Tunku Munawir.

28 Disember 2008 Pertemuan teman-teman Sekolah....




Arniza, Farah, Alin, Nadhahtul, Mardiah, Melor dan Seni.
dan seorang teman baru kami : Ruzi

CS CS Mighty Mighty CS! Ooohh yeah!
Perancangan awal nak tengok Australia di GSC Pavilion - kononnyalah! Tetapi hampeh, akhirnya aku keluar rumah lewat. TAk kisahlah, lenkali boleh nonton.
Jam 4petang ada temujanji dengan teman-teman sekolah -SMCS. Yeayyyyyy! Gumbiranya nak jumpa diorang.

Ayeen dan radhiah tak dapat datang, maka aku buat keputusan naik teksi sahaja terus ke sana. Alamak, tetiba hujan lebat pula. Reda sikit, aku melangkah keluar menuju perhentian bas.... Jam 4.45petang barulah dapat teksi.Cheh! Redah sini sana, maklumlah aku ni bukannya hafal kedai-kedai dalam PAvilion tu, kalau KLCC tu bolehlah, barulah jumpa CArlos Restaurant. Aiks tukar tempat pula budak-budak ni. Kata semalam nak makan kat Madam Kwan. Mmmm tak kisahlah.
Seronok giler dapat jumpa diorang ni. Aidiladha jumpa sebahagian, ni tambah lagi cuma tanpa Ayeen dan Radhiah. aaaahhh kalaulah ada lagi ramai lagi happening!

Memula makan kat Carlos, lepas tu Seni minta diri kena pulang awal. Kami yang lelain ni merayap ke Parkson, pastu turun di LG sambung bual dan minum kopi ais... aaaahhh menyegarkan.... :)
Aku pulang menumpang kereta Alin - ada RUzi, Farah dan Arniza. :) Sangat senang sekali bertemu kalian!

27 Disember 2008 Kemangkatan Almarhum YDP Negeri Sembilan - Tuanku Jaafar

Pagi ini Tuanku Jaafar telah meninggal dunia dan baginda akan dikebumikan hari Isnin, 29 Disember 2008 bersamaan 1 Muharram 1430.

Alfatihah....

Isnin, 22 Disember 2008

22 Disember 2008 Oooooooooooooooohhhhhhhhhhh

Selamat tengahari!
Hari ini dimulai dengan hari yang sangat sibuk dan menyebalkan...
Pening kerana perlu membuat keputusan yang ala memandai. :P cheh! Salah keputusan nanti kena sembur...
Pening kerana aku berada dalam situasi di tengah-tengah.
Pening kerana semuanya nak 'segera'!
Pening kerana kononnya semua nak kena buat hari ini.
Aaaaarrrrggghhhh...
Rencana kerja yang telah aku rancangkan dari semalam, tergendala lagi.
Ingatkan dapat menyiapkan apa-apa kerja yang perlu kusegerakan, nampaknya tertangguh lagi...
Arrrggghhh....
Kadang-kadang aku rasa kalau aku ni ada klon, boleh juga minta dia tolong mana yang boleh...
'Tension' kerana tidak dapat nak buat kerja yang kurasakan ingin kulaksanakan! :(

Avalanche - David Cook

I feel alive beside you and all at once I am whole again.
We fall into each other
Your atmosphere is all I'm breathing in
and in this rush we are crushed.

Carry me down
roll it in your arms
'cause I can't remember ever falling this hard

Tell me tonight, all that we have been
Was it nothin' more than noise inside my head
crashing down, crashing down, in your avalanche
in your avalanche.

These scars we wear remind us
the more we change the more we're all the same
swept up in this emotion
we fumble through and make the same mistakes
'cause we are led to the edge

carry me down
roll it in your arms '
cause I can't remember ever falling this hard

Tell me tonight
all that we have been
was it nothin' more than noise inside my head
crashing down, crashing down, in your avalanche

crashing down, crashing down, carry me down
roll it in your arms
cause I can't remember
ever falling this hard
tell me tonight
all that we have been
was it nothin' more than noise inside my head

carry me down
roll it in your arms
cause I can't remember ever falling this hard
tell me tonight
all that we have been
was it nothin more than noise inside our heads
crashing down, crashing down...

was it nothing more than noise inside our heads
crashing down crashing down

I feel alive beside you than all at once I am whole again...

*David Cook...

Sabtu, 20 Disember 2008

20 Disember 2008 Awat facebook gue ni....

aaaahhhh geram plak.... napalah susah nak masuk facebook hari ni ni? ish ish ishhh,....

20 Disember 2008 Baca blog seorang surirumah

Ehehee tengah baca blog orang. Orang yang tak dikenali, seorang 'educated' surirumah yang menjaga 4 orang anak lelaki yang hampir-hampir usia mereka. Yang sulung 7 tahun, kedua 5tahun, 2 tahun dan bongsu 7 bulan dah kot. Comel-comelnya... Debab, terutamanya yang bongsu.... Suaminya aku tau, nak kata kenal tidak juga. Kerana pernah dengar nama dan kebetulan terjumpa dia kerana datang ke kantor dan mengiring seorang yang terkenal 'untuk dunia guelah'. Kalau cerita kat kawan sekolah atau kawan sekolej dulu, hampeh tentunya mereka tak kenal siapa 'orang terkenal tu'. :P. Kebetulan dia telah menyebut nama salah seorang sepupuku padaku. Oooh itulah orangnya. :P

Suka baca blog isteri dia (setelah terjumpa blog dia secara tak sengaja), :P menarik, lain sedikit daripada blog-blog lain yang aku baca. Kerana ia kehidupan seorang ibu muda yang berkerjaya dan 'berkorban' untuk menjadi suriramah tangga. Dia cantik! Membaca karenah anak-anaknya yang masih kecil tu sungguh 'comel'. Kahwin dalam usia yang muda, kalau tak salah semasa umur 24 tahun. Umur mereka sekarang sudah 34tahun. But still a loving couple and sweet happy family - daripada apa yang aku bacalah.... :) Memang tabik spring dengan dia!

Khamis, 18 Disember 2008

18 Disember 2008 Selamat hari jadi Bonda!

Hari ini hari jadi bonda yang ke 59 tahun.... Hmmm hanya ucapan ringkas yang Melor berikan tengah malam tadi dan kemudian aku telefon bonda pagi tadi.

Hari ini hari yang baik untuk akukah? Dari malam tadi setelah keluar dari pejabat sehinggalah hari ini, banyak perkara yang membengangkan berlaku.

Semalam:
1. Pulang lewat ingin menyiapkan sedikit kerja. :P
2. Lapar
3. Tunggu komuter selama setengah jam dengan perut yang lapar...
4. Di dalam komuter:
i. Ada sepasang kekasih yang bergurau-senda yang menjengkelkanku
ii. Seorang kakak yang kantul dengan konduktor yang memeriksa kerana tidak ada tiket komuter. Dia naik sama denganku dan sepasang kekasih tu dari Stesyen Bank Negara.
iii. Kakak tu tetiba tak ada duit dan dengan muka selama terus minta dengan sepasang kekasih tu - mereka terpinga-pinga. Tapi si awek tu bagi jugalah.
iv. Kakak tu minta no. telefon bimbit awek tu konon nak bayar duit yang dipinjam. -Ceh, konon!
v. Susah nak keluar daripada komuter di KL Sentral kerana orang-orang yang tidak berhati perut tidak memberiku laluan. Sungguh menyakitkan hati!
vi. Nak tambah nilai Touch n Go, tiba-tiba mesin ATM CIMB kat KL Sentral tu dah tak boleh nak buat pula, pejabat Touch n Go tu pula dah tutup. MAka beli tiket manual.
vii. Masa nak naik LRT Putra ada orang putih negara mana entah potong barisan! aaahhh...
viii. Mujur aku boleh berFacebook guna telefon bimbitku di dalam lrt.
ix. Teksi yang kutahan banyak songeh - jauh ke dekat, nak masuk dalam ke. Akhirnya aku bengang, kata takpelah duuummmmm terus tutup pintu, entahlah kuat atau tidak kerana aku pakai 'earphone' -lantaklah.
x. Teksi kedua tidak berhenti padaku, sedangkan aku jelas dan nyata pergi kat teksi tu. Tetapi dia terus ke orang belakangku. Mujurlah teksi di depanku tu OK, mungkin dia nampak ekspresi wajahku yang agak bengang dengan 2 teksi sebelumnya!


-ok sambung di rumah sajalah... nak balik-

Selasa, 16 Disember 2008

Laskar Pelangi - Nidji 'Laskar Pelangi OST'

mimpi adalah kunci untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya
laskar pelangi takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasawarna bintang di jiwa

reff:
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia selamanya
cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita
laskar pelangi takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

repeat reff [2x]

laskar pelangi takkan terikat waktu

Ahad, 14 Disember 2008

Tremble for my beloved - Collective Soul... Twilight OST

The hour has begun
Your eyes have now opened
To a world where madness craves
To a world where hope's enslaved
Oh, I'll tremble for my love always
Your windows, opened wide
Your innocence takes flight
To a world where madness craves
To a world where hope's enslaved
Oh, I'll tremble for my love always
It's a world where madness craves
It's a world where hope's enslaved
Oh, I tremble for my love always
It's a world where madness craves
It's a world where hope's enslaved
Yeah, I tremble for you, love, always

Jumaat, 12 Disember 2008

12 Disember 2008 Siaran Langsung Separuh Akhir

Dah lama aku tak tengok Muzik-muzik.
Rupanya dah separuh akhir dah hari ini... Ish ish ish...

Finalis kategori Pop Rock : Elyana, Meet Uncle Hussein, Estranged, Sofaz, Stacy
Meet Uncle Hussein tadi memang best!

Balada: Tambah lagu Ziana Zain

Selasa, 9 Disember 2008

08 Disember 2008 SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA & SELAMAT HARI LAHIR ADIK

Hari ini umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha.
Hari ini hari lahir Adik dan Ayah Cu.
Hari ini aku beraya di Rumah Opah.

Tengahari semalam aku dan bonda masak rendang daging. Simpan sedikit untuk Adik yang tidak pulang berhari raya- kena bekerja di atas bukit nun...

Malamnya Bonda hantar aku ke rumah Opah. Terima kasih Bonda, dan Bonda sendiri pulang ke Rumah Templer.
Ada Maksu sekeluarga dan Ayah.

Hari ini seusai solat Aidiladha dan makan bersama, Maksu sekeluarga bertolak ke PD - Ayah Cu, esok pulang.

Tinggallah aku, Ayah dan Aiman.

Petangnya aku bertemu Ayeen, Seni, Mardiah & Shasha puterinya, Radiah, seorang teman Seni dan anak buah Seni, Diana. Gembira sungguh kami, kerana sudah lama tidak ketemu... :)


Kemudian aku dan Ayeen meneruskan perjalanan ke KLCC- nonton wayang... Twilight. Yeah berbaloi, ceritanya sungguh menarik sekali apatah lagi watak Edward Cullen yang sungguh........ hahaha aku dan Ayeen tak habis-habis bercerita tentang Edward.... Menarik sungguh watak tu yang dipegang oleh Robbert Pattinson.... rupanya dia nilah Cedric Diggory dalam Harry Porter Goblet of Fire...

Robbert Pattinson in Twilight Robert Pattinson in Goblet of Fire

Sabtu, 6 Disember 2008

06 Disember 2008 Selamat Pengantin Baru Uncle Raja Azhar

Hampir jam 8malam aku dan Bonda ke Taman Tasik Titiwangsa. Letak kereta, dan kami menuju ke tapak Mata di atas Malaysia. Tersergam khemah pengantin di latari tasik yang bergemerlapan.

Ketemu Pn. Rasa dan suami, bertanyakan meja mana yang kami duduk kepada penyambut tamu..MMm di meja 39. Kami semeja dengan Uncle Z sekeluarga dan Patrick Lasak. Ketemu tetamu-tetamu lain...

Uncle Raja sendiri yang mereka bentuk hiasan khemah pengantin, cantik. Pelamin dihiasi arca-arca gelas 'teratai'. Cantiknya....

Di penghujung acara, Seniman Negara Dato' Syed Ahmad Jamal menyanyikan sebuah lagu untuk pengantin.

Selamat Pengantin Baru Uncle Raja Azhar dan Shareena...

06 Disember 2008 Shah Rukh Khan

Baru sebentar tadi aku lihat berita yang memaparkan Shah Rukh Khan terima anugerah dari T. S. Khalil Yaakob. Mmmm berbaju Melayu hitam bersampin songket hitam emas lengkap bersongkok... Heheh menarik pula tengok dia begitu... Hahhaa :P Dah kurus pula aku tengok dia. Namun kalau ikutkan aku sendiri sebenarnya kurang setuju anugerah yang diberi kepada dia tu... Mmmm....

Nak kata aku minat dia tu tidaklah. Cuma zaman2 ITM dulu suka jugalah tengok cerita Hindustan dan filem-filem yang dilakonkan tika itu aku suka jugalah. Teringat seorang teman aku ni dulu, sekitar lewat 90an, (masa tu aku dah tak tengok sangat cerita hindustan) suka sangat tengok cerita-cerita hindustan, sampai boleh faham apa yang diorang cakap dan jadi penterjemah pada aku dan kawan-kawan yang lain. Bak kata lain, dia tu memang fanatik Hindustan! Salah seorang teman sebilik aku tu pun memang suka tengok filem Hindustan juga, masa tu aku hairan, teman bilik aku ni pergi nonton wayang Hindustan dengan makciknya? Rasa hairan sungguh waktu tu...

Tak lama selepas tu Shah Rukh Khan menjadi sangat meletup! Kaboommm! Terutamanya setelah filem Kuch Kuch Hota Hai... Semua orang kat Segamat tu jadi demam HIndustan. Di seluruh Malaysia... dan memang waktu tu aku rasa cerita hindustan waktu itu menarik-menarik. Lagunya pun aku suka....

Tapi sampai satu waktu, aku pun dah bosan menonton melainkan cerita yang benar-benar menarik hati aku sampailah sekarang ni.

06 Disember 2008 Wonder Pets

Buka saja TV, Popeye menjelma... Heheh dah lama tak tengok kartun Popeye.

Aku dan Bonda kala ini sedang menonton Wonder Pets... Hehheeh Bonda pula yang asyik menonton! Misi mereka menyelamankan anak panda dan anak tikus.

Wonder pets wonder pets dah berjaya
membantu anak tikus
kami bekerjasama....

:P

Malam ini rancangan kami nak ke Taman Tasik Titiwangsa, ada majlis perkahwinan teman Bonda di tapak Mata di atas Malaysia. :) Semoga hari tidak hujan dan majlis tersebut berjalan lancar...


Sekarang ini Blue Clue pula...

Khamis, 4 Disember 2008

4 Disember 2008 Lega sudah buat pembentangan

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhh
geram
penat-penat aku tulis sepanjang mungkin, tetapi hilang! :(
huhu

Dewa-Sedang Ingin Bercinta di Kaca TV

Mmmm di TV9 -La Tido yang menemani aku kala ini sedang mendendangkan video klip 'Sedang Ingin Bercinta' nyanyian Dewa.
uuuuhhhh dah lama tak dengar lagu ni. mmmm :p
sewaktu 2006, aku suka sangat dengan lagu ni... kenapa ya? hhahaha flashed back to 2006... cepatnya masa berlalu, sekarang ini sudah tahun 2008.
teringat seorang teman, yang aku rasa sekarang ini persahabatan kami semakin renggang. masing-masing sibuk dengan tugasan masing-masing, dengan kehidupan masing-masing. kadang-kala aku rasa kami masing-masing pura-pura tidak menyedari kehadiran masing-masing walaupun seinci sahaja jarak kami.... hahhaha..... :P

04 Disember 2008 Fenin fenin fenin

Selamat pagi!
Mmmm aku masih membelek-belek slaid-slaid yang telah dicantumkan oleh temanku (hasil kerja 3 orang). Esok tengahari ada pembentangan, maaf kursusnya sudah lama, tapi esok baru nak bentang! Aaaaahhhh..... Ada ilmu yang kuperoleh sudah kulupa, risau juga ni, macam mana nak bentang esok ni. Tengok slaid yang telah dicantum ni pun aku pening juga. Iyalah 3 orang punya hasilkan...

Buntunya kepalaku. Buntu dengan kerja yang bertimbun dan sesak dengan pelbagai rasa. Uhh!

Macam-macamlah yang berlaku seminggu ni... Dengan tugasan baru(tambahan) ni lagi - yang kesemuanya 'urgent!' dan seolah-olah 'team' tu aku yang handle, eh ye ke?... Tiba-tiba terasa tambah sesak lagi.

Aaaaahhhhh..... Sekarang dah bulan Disember.
1. Awal Januari 2009 ada 1 kerja besar untuk acara sederhana besar
2. Awal Februari 2009 ada 2 kerja besar yang perlu aku bahagikan masa untuk 1 acara besar!

Semua berderet-deret...
Nak mengharung bulan Disember ni pun terlalu mencabar buat diri aku.

Dengan berita tambahan yang Maksu sampaikan padaku jam 10malam tadi... Menambahkan kekalutan-pengurusan hidup aku...

Aku perlu udara segar, aku perlu melihat awan yang biru, aku perlu melihat daunan menghijau, aku perlu melihat laut yang luas, aku perlu merasa aliran hujan yang lebat...

Isnin, 1 Disember 2008

01 Disember 2008 Hari yang menyesakkan

Ahhhhh... Rasa sungguh sesak dalam kepala dan juga sanubari. Nak saja aku berlaung di puncak bukit !

Permulaan hari yang sungguh tidak kuingini. Ishhhhh... :P

01 Disember 2008 Jurufoto menurut Red Kebaya

Malam ini aku dan bonda menonton Red Kebaya untuk kali kedua. yang pertama kali sewaktu hari raya aidilfitri yang lalu.

Ada adegan di awal filem tersebut, seorang wartawan menemubual pelakon utamanya yang merupakan seorang jurufoto (aku lupa nama wataknya)...

Wartawan: A photographer is a lonely person, is it true ? (sebenarnya aku lupa ayat sebenar :P)
Jurufoto: ...... (dia terdiam). ........ (ada ayat yang dia jawab tetapi aku lupa lagi...) kemudian dia berkata, everyone is a loner actually... setiap orang ada sifat itu.

Apa kata anda, wahai jurufoto-jurufoto yang lain?

01 Disember 2008 Ke HK atau tidak?

Mmmmmm... Bonda tidak membenarkan ku pergi HK kah? Kadang-kadang bagi, kadang-kadang tidak. Petang ini, macam tidak, apatah lagi sewaktu ku dengar perbualan dengan Mr. Dizzy... :P huhuhu.... maka ke mana destinasi alternatifku? Aaaahhh yang penting aku ingin mengeluarkan diri daripada 'ceruk' Kolumpor ni. Aku perlukan udara segar. Ingin mengeluarkan diri daripada dunia kantorku seketika. Untuk melegakan sedikit 'kepeningan' yang terkumpul dalam kotak mindaku. Ingin menapak dan melihat kawasan lain. Memandangkan HK seakan tidak diizinkan, mungkin kucuba cari yang lebih dekat sedikit - maka dapat dikurangkan perbelanjaanku nanti.... Mmmm melopehlah nak pergi Disneyland nampaknya- padahal Kak Inda pun dah beri lampu hijau untuk aku ke sana. :P huhuhuuhu....

Aku tenang kalender acara di Indonesia. Yang terdekat dan sesuai untuk ku pergi adalah Bandung.....

Tentang Bandung:
West Java
The enchanting land of Sunda stretches from the Sunda Strait in the West to the borders of Central Java in the east. The region is primarily mountainous, with rich green valleys hugging lofty volcanic peaks, many of which surround the capital of the province, Bandung. The history of West Java is a story of trade, spices, and the rise and fall of powerful kingdoms. In the late 1500’s the region was ruled from mighty Cirebon, which still survives as a sultanate today, although a shadow of its former glory. West Java was one of the first contact points in Indonesia for Indian traders and their cultural influences and it was here that the Dutch and British first set foot in the archipelago.

West Java Provincial Tourist Office Jl. R.E. Martadinata No.209, Bandung 40114 Phone. (022) 7271385, 7273209 Fax. (022) 7271385 Website: http://www.westjava-indonesia.com
Domestic airlines serve to Bandung everyday.
Buses from Central Java and Jakarta arrived in Leuwi Panjang.
Several trains operate from Jakarta and Yogya to Bandung.


Mmm... ada Festival Braga di Bandung, seperti berikut:
  1. Braga FestivalCultural and art performances, also various contests are held at this event along the street of Jalan Braga. Event Date : 28-12-2008 to 31-12-2008
  2. Kampung Tarung Bajidoran Time : , 31 December 2008 until 31 December 2008
    location : Teater Terbuka Taman Budaya
    organized by : Group Bangpak dan Kapitineung
  3. Bandung Fiesta Desember 2008 Kota Bandung
  4. Konser-Sine: Paris Annees 20; Konser Piano dan Sinema dengan Film: Paris qu dortDecember 2008 until December 2008 at Auditorium CCF
  5. Pameran Artwork and Futuristic Design Concept Cergam 24 December 2008 until 24 December 2008 at Toko Buku Alabene, Jln. Sukajadi 189, Bandung
    Memamerkan karya-karya sketsa konseptual dari desain komik bertema fiksi-ilmiah sebagai bentuk penyadaran akan pentingnya sebuah rencana yang holistik dari proses produksi komik.
    organized by : Komunitas Cergam Bandung Manyala
  6. Dago Festival27 December 2008 until 27 December 2008 at Jl. Ir. H. Juanda Bandung
    organized by : Are Republic Entertainment
  7. Gawe Jogedan 7 Wanoja27 December 2008 until 27 December 2008 at Teater Terbuka Taman Budaya
    organized by : Asosiasi Tari Bandung
  8. Kampung Tarung Bajidoran31 December 2008 until 31 December 2008 at Teater Terbuka Taman Budaya
    time : , 31 December 2008 until 31 December 2008
    location : Teater Terbuka Taman Budaya
    organized by : Group Bangpak dan Kapitineung

Aktiviti seni budaya:

  1. Jaipongan
    Jaipongan merupakan cabang dari seni tari yang termasuk dalam rumpun seni modern/kreasi baru.
  2. Udjo Ngalegana Saung Angklung
    Saung Angklung yang merupakan salah satu tempat pelestarian kesenian sunda yang menjadi kebanggaan masyarakat Kota Bandung.
  3. Wayang Golek
    Seni wayang golek adalah bentuk pertunjukan boneka kayu dengan ukiran berkarakter Sunda. Wayang Golek (Wooden Puppets Show) is performed every Saturday night from 1.00 pm to 5 am at Auditorium Jalan Diponegoro 61, Bandung.
  4. Museum Geologi
    Museum Geologi yang dibangun pada tahun 1928, yaitu pada jaman Pemerintahan Hindia Belanda, dirancang oleh arsitek Menalda Van Scholtwenburg dengan gaya arsitektur Art Deco dalam waktu 11 bulan yang fungsinya untuk Laboratorium dan Museum Geologi.
  5. Observatorium Bosscha
    Bangunan Observatorium Bosscha cukup unik seperti kubah yang merupakan hasil rancangan arsitek Belanda Schoemaker dengan salah satu ragam arsitektur jenis bangunannya Art Deco yang bercirikan, yaitu adanya garis-garis linier, polos dan streamlined.
  6. Kemilau Nusantara Festival is an annual event performed culture and crafts exhibition from all provinces in Indonesia.
  7. Museum of The Asian-African Conference
    The Asian-African Conference which was held on 18th to 24th April 1955 in Bandung. Open for public:
    Monday-Friday 08.00-15.00 WIB
    Contact:Museum of The Asian-African ConferenceJl. Asia Afrika No. 65, Bandung 40111Phone : (+62-22) 4233564/ 4238031Fax : (+62-22) 4238031E-mail :
    info@asianafrican-museum.orgWebsite : http://www.asianafrican-museum.org/
  8. Museum BarliJl. Prof. Ir. Sutami 91 40152P: +62 22 20118 E: -
    Museum GeologiJl. Dipenogoro No. 57 40122P: +62 22 7203205 E: -
    Museum Mandala Wangsit SiliwangiJl. Lembong No. 38 40111P: +62 22 4203393 E: -
    Museum Negeri Sri BadugaJl. BKR No. 185 Bandung 40243P: +62 22 5210976 E: -
    Museum Pos IndonesiaJl. Cilaki No. 73 40115P: +62 22 4206195 E: -

Kalau ikut dari Jakartalah.... Mmmm tiket terus ke Bandung lagi mahal pula hari ni...
Perlepasan
Kuala Lumpur LCCT(KUL) to Jakarta(CGK)
Khamis 25 Dis 2008
QZ 7605
Berlepas 2050
Tiba 2145

Jumlah 223.50 MYR

1 Tetamu @ 176.00 176.00 MYR Airport Tax 25.00 MYR Administration Fee 22.50 MYR


Pengembalian
Jakarta(CGK) to Kuala Lumpur LCCT(KUL)
Jumaat 02 Jan 2009
AK 957
Berlepas 2020
Tiba 2320

Jumlah 272.50 MYR
1 Tetamu @ 250.00 250.00 MYR
Administration Fee 22.50 MYR

Jumlah 496.00 MYR

Aktiviti alam:

  1. Air Panas Cimanggu
    Sumber air panas yang mengandung belerang cukup tinggi yang dimanfaatkan untuk terapi penyembuhan berbagai macam penyakit seperti kulit dan rheumatik.
  2. Kawah Putih
    Kawah indah dengan pesona alam yang luar biasa, membuat kita takjub dan terpana bahkan terkesima oleh guratan takdir yang telah digariskan oleh sang pencipta alam semesta.
  3. Situ Cileunca
    Situ Cileunca yang berada di Pangalengan merupakan daerah wisata sejuk, hijau dan sendu, terletak 40 km sebelah selatan kota Bandung.
  4. Situ Patengang
    Situ Patenggang merupakan salah satu obyek wisata alam yang dijadikan primadona tempat wisata yang terletak di daerah kabupaten Bandung.
  5. Gunung Tangkuban Parahu
    Gunung yang terlihat menyerupai bentuk perahu terbalik ini dipercaya memiliki kaitan yang sangat erat dengan legenda Sangkuriang.

Mmmm masih dalam proses pemikiran...

30 November 2008 Hikmah tidak mengeluarkan diri hari ini...

:) Gumbira gumbira gumbira... Alhamdulillah, terima kasih... Syukur...

Jumaat, 28 November 2008

27 November 2008 Makyong Extravaganza

Aku dan Kak Anis pergi ke MTC@Matic malam ni. Kami menonton Makyong, malam ini malam pembukaan. Orang lain yang kupelawa ramai tidak mahu pergi, ada yang teragak-agak. Mmmm tak kisahlah. Yang penting aku sendiri yang pergi tengok. :) Memang tidak rugi menonton pun.

Makyong Extravaganza:
  • dari 27 Nov-30 Nov 2008
  • dari 4 buah kumpulan- dari JKKN Kelantan, Istana Budaya, UPSI dan ASWARA

Malam ini malam perasmian. Ketemu Puan Kushee dan Dr. Zul dan juga Mala dan Lena Farida. mmm dapat kerusi di baris ke 4. UUhhh kurang selesa. Rasa sungguh dekat dan aku pendek. :P

Aku dan kak anis rasa sedikit bosan dan resah kerana VIP nya masuk ke ruang panggung agak lewat! aaaahhh buang masa! sungguh geram sehingga En. Khairil dan Mek Siti tidak tahu mahu celoteh apa lagi sementara menunggu KSU masuk. Jam 9.10 malam barulah bermula. Dan kami telah menunggu di dalam panggung lebih daripada 30minit! huhuhu....

Dewa Indera Indera Dewa

Alhamdulillah ceritanya menarik (aku pernah nonton cerita ni tapi pelakonnya berlainan-tak ingat persembahan siapa, lupa.). Perannya sungguh lucu! Kak Anis pula kulihat dan ketawa tak berhenti. :) Terima kasih Kak Anis kerana menghargai dan menghayati Makyong. Bukan senang aku nak menarik teman-temanku untuk acara-acara tradisional sebegini- lainlah kalau ajak menonton wayang, aku rasa cepat aja mereka kata ok! Kerana itulah kadang-kadang aku lebih senang pergi sendirian, tiada apa pun yang kurugi sebenarnya...

Pulangnya aku meminta si Aiman menjemput ku. Kak Anis naik monorel menuju KL Sentral. Hujan turun tidak henti daripada petang tadi.

Aku dan Aiman pulang ke rumah Opah... Mmmm hampir sebulan aku tidak pulang ke sana. Terima kasih Aiman kerana jemput Kak Long. Ayah sudah tidur, maksu sekeluarga pula sedang nonton Nasib Si LAbu Labi. Sedang aku bersiap-siap nak tidur Ayah menjenguk di balik tirai. Oooh sudah bangun Ayah, mungkin terkejut kerana melihat lampu bilik Opah menyala. Berbual seketika. Ayah memang semakin uzur kulihat. Sedih-kasihan juga. Tapi entahlah mungkin kerana kami jarang berbicara menjadikan aku pendengar setia kepadanya malah sebenarnya kepada sesiapa pun. Kalau dahulu Opah ada, sekarang ini... Mmmm... Kerana inilah kadang-kala aku mengharapkan adik pulang, dan jikalau boleh biarlah dia dapat bertukar ke KL. Tetapi aku tak nak menyusahkan dia pula sedangkan dia masih belum setahun pun bekerja. Hmmm...

Rabu, 26 November 2008

26 November 2008 Hari ini genap sebulan

Hari ini genaplah sebulan Opah meninggal. Cepatnya masa berlalu. Hari ini aku agak resah, masih banyak kerja yang perlu dibereskan. Uuuuhhhh.... petang ini juga ada mesyuarat, bersediakah aku? Aku selesaikan kerja yang paling 'urgent'. Lega 1 kerja beres. Untuk mesyuarat petang ini bagaimana ya? Mmm.... telefon Che'Kem berkenaan mesyuarat petang itu. Mesyuarat petang itu ok, alhamdulillah berjalan-lancar. Semoga sampai ke petanglah harinya ok. Tetapi telefon bimbit bergetar, no. tidak dikenali dan terputus. Siapa ya? Kemudian ada panggilan dari no. yang tidak terpapar, juga tak sempat diangkat. Tak lama lepas tu muncul Mr. V di balik pintu mesyuarat. Ooopsss... ok rupa-rupanya mereka mencariku, 'urgent'. Mmm mujurlah mesyuarat hampir tamat. Aku bergegas turun ke bawah. Masuk ke ruang kantor ku, ooppsss ada pelukis terkenal! huhuhu, sedikit tergamam tapi senyum saja melihat, dia juga bersama seseorang, oooh mungkin anaknya pemuda itu. Aku berlalu dan mencari apa yang diperlukan teman-teman seseksyenku sehingga aku dipanggil turun.

Sebelum pulang Kak Tini mengenalkan aku dan Fawzy kepada mereka. Pemuda yang kusangka anak pelukis tersebut menyapa dan bertanya kepadaku, "Kenal Hazlinda?" ... Mulanya aku berasa aneh, kemudian aku dapat menangkap. Laaaaaa ini tentunya kawan Kak Linda! hahahaah.... aku ketawa dalam hati. Inilah orangnya. :P Dia tidak beritahu pun siapa orangnya tetapi terus menghulur kartu nama kepadaku, terus mataku melorot, heheh memang sah itu dia.

Sebelum pulang aku membereskan apa yang perlu.... Lewat juga aku pulang.
Dalam perjalanan pulang aku terima 1 pesanan ringkas... Aaaaaahhhhhhhh... bisa meruntun lagi kegelapan malam ini... :(

Isnin, 24 November 2008

24 November 2008 Konvokesyen Adik

Mujur pagi ini Bonda kejut aku daripada tidur. Mandi - gosok baju-siap. Fuh lega... Mula-mula aku yang kelam-kabut. Lepas tu adik pula baru nak kelam-kabut, mana taknya dah hampir 6.45pagi baru bertolak! Hohohoho... Dia agak 'moody' mana taknya, macam-macam berlaku, tulah santai-santai mulanya lepas tu gelabah... hihkihkhiihik...

Jam 7.45pagi baru tiba di Padang Kawat UiTM. Naik bas yang kedua menuju DSB. Ketemu kembar si Kamal di dalam bas.

Sampai di Dewan DSB adik berkejaran ke tempat berkumpul dan beratur, aku dan Bonda pula terus beratur nak masuk ke dalam Dewan. Mmm tahun ini aku tak dapat ambil gambar adik beratur nampaknya. OKlah masuk dalam dewan.

Adik sidang yang ketujuh-sesi pagi.

Sewaktu perarakan pegawai-pegawai besar UiTM, ada pensyarah yang memakai topi Chef! Semua bersorak kerana teruja... :) Aku agak tentunya pensyarah adik yang selalu dia sebut-sebutkan tapi aku lupa namanya, oooh Dr. Hamdin rupanya bila kutanya adik, ya betul dia. Bangga melihat pensyarah yang mereka segani.

Kudengar suara dibelakangku, "Ah bunyi seperti Cina mati saja!"
Berdesing gegendang aku!
Aku rasa Bonda tidak dengar omelan lelaki dibelakangku itu.
Adakah bunyi nobat dan nafiri itu disamakan dengan bunyi CINA MATI?! Geramnya aku!
Sungguh dia tidak tahu apa itu budaya tinggi (walaupun aku ini tidaklah begitu arif sebenarnya). Tetapi apabila dia menyamakan irama muzik istana yang bermartabat tinggi dengan irama muzik upacara pengkebumian orang cina, sungguh aku tidak boleh terima. Mana boleh sama! Tidak pernah nonton upacara pertabalan Agong di televisyenkah orang ini? Agaknya pertama kali dia mendengar bunyi tu. Walau apa pun dia tidak wajar berkata demikian! Aaahhh geramnya aku...

Datuk Wira Arshad yang sampaikan anugerah.

Seusai acara kami minum. Bergambar. Kami bertemu ibu dan adik Bad.

Kami makan tengahari di Hotel ITM.

Dalam perjalanan pulang aku dan bonda mengantuk sangat. Adik menahan mata. Berhenti seketika di Shell.

Sampai saja di rumah, buuummmm tidur! Semua orang tidur.
Aku terjaga dari nyenyak tidur bila ada orang memanggil Bonda! aduhhhh.... sampai di pintu tengah dah tak boleh nak selindung juga, kerana pintu ternganga. Mmmm rupanya Cik Jojo. Waduh-waduh, suaranya memanggil kami ni macam nak menggegar pintu.
Setelah selesai apa yang perlu sampai nak pening kepala kerana terjekut daripada tidur, aku sambung tidur, bila masa adik keluar pun tak tahulah.

Bangun tidur, dan fikir Mmmm esok kerja!

23 November 2008 Tidak jadi ke Port Dickson tetapi ke Dengkil dan Bagan Lalang

Pagi ini sepatutnya aku menemani Bonda ke Port Dickson -ada acara Kongsi Ilmu dengan kanak-kanak tahap 1 yang 'berbakat menulis'. Tetapi aku digegarkan pintu bahawa tidak jadi pergi kerana Bonda menerima pesanan ringkas yang menyatakan Dr. Fauzi suami makcik Asmah sudah meninggal dunia 2.00pagi tadi. Inalillah...

Kami pergi ke Kg. Jenderam Hilir, Dengkil ikut jalan nak ke Salak Tinggi. Ramai juga di sana. Ketemu Aunty Ros dan Cik Misran, Saidatina dan teman-teman, Kak Ton, Dr. Aziah, Cik Lah, Cik Zubir dan yang lain-lain tidak kukenali. Arwah dikebumikan di Perkuburan Putrajaya.

Memandangkan kami belum makan sejak malamnya, aku dan Bonda ingin mencari kedai makan yang menuju ke arah pekan Salak Tinggi lagi. :) Jumpa warung Minang, hehehe makan di sana. Macam lucu, pergi ke Salak Tinggi tapi makan di warung Minang pula. :P

Bersetuju untuk melangkah lebih jauh, melihat tempat orang, maka kami pun menuju ke arah Bagan Lalang. Mmm sekian lama aku ingin ke Bagan Lalang, yang selalu didengar dan baca. Cik Rashid kata di sana restoran makanan lautnya sedap-sedap.
Hampir jam 1, kami sampai di sana. Angin sungguh kuat sekali-tidak terasa panas pun. Dah lama tak rasa angin laut. Kami berhenti di Sepang Goldcoast. ;) Duduk di tepi pantai, wah enak sekali... Aku jalan di pesisir pantai sambil menggambar. Aku terperasan bendera-bendera di tepi pantai tu. Laaaaaaaa itukan ......!?
Hahahha aku ketawa besar. Itulah Goldcoast yang Dr. Zul katakan! Punyalah bulat-bulat aku percaya, ishhh sabar jelah. Mati-mati aku percaya ingatkan dia ke Goldcoast Australia, patutlah dalam salah satu gambarnya dia kata 'inikah Goldcoast...' :P Patutlah. Sekarang aku mengerti. Aku pun setuju 'inikah Goldcoast?'

Aaaaahhh kurang puas hati, rasa rugi rasanya kerana 2 kamera kecil yang kubawa -1 yang kubelikan untuk bonda yang sudah berusia 2tahun dan 1 lagi yang kurasa sudah berusia 6tahun (kamera digital pertama yang keluarga kami miliki-cepatnya masa berlalu!) sudah rosak! Aku malas pula membawa Mizz Eos ku itu - nak meringinkan dan mengecilkan muatan begku kononnya. Inilah padahnya. Tetapi mujurlah aku telah membeli S300i aku tu, ada kamera dan ok juga hasilnya.
Bila restoran Sepang Goldcoast sudah dibuka, kami minum di situ dan makan wantan goreng.

Dalam perjalanan pulang kami singgah di gerai yang menjual Lokan -RM2.50 sekilo. Murahnya alahai. Tetapi rojak buahnya RM3, mahal sedikit. Dan bonda membeli pisang emas daripada Pakcik Jilan.

Kami pulang ke rumah Bangi dahulu. Tidurssssssssssssss... Fuuhh lega, malam tadi tak cukup tidur!

Pulang juga ke rumah Wan jam 8malam. Singgah makan di Sentul Boulevard dan sewaktu nak pulang terserempak dengan En. Badrolhisham dari UiTM.

Sampai di rumah Wan, adik masih belum pulang dari keluar-mungkin cuci Juaranya...
Esokkan Konvonya. Heheh nak jumpa Bad dan Emaknya jugalah tu ;) hahaha gambate kudasai Din!

Selasa, 18 November 2008

18 November 2008 Legaaaaaa.....

:) hmmm.. lega 1 kerja yang 'urgent' telah langsai... fuuuhhh. sekarang boleh tumpukan untuk kerja yang lain pula! sekarang? mmmm lagi 1/2jam lahhhh.... takpun lagi 10minit, nak rehatkan otak jap... huhuhu....

17 November 2008 Noodle Station

Hari ini adik pulang, dan kami makan malam di Noodle Station di Platinum Walk, Danau Kota.
Heheh malam ini adik belanja - sebab hari tu 'bersusah-payah' dan bersengkang-mata sampai sakit kepala nak menyiapkan kajian soal selidik konvo yang kementerian pengajian tinggi. Rasa sungguh tertekan buat kaji selidik tu! banyak sangat soalannya hampir 60 soalan! Dahlah mengantuk, sakit kepala nak buat. Apa lagi aku tuntut belanja makan daripada adiklah! Hehehhe... Aku pilih Chicken Chop yang coleslow nya teramatlah ciput! :P minum air Ais Krim Cappucino. yum yum...

Tengah-tengah makan ada orang batuk dan berhenti dekat meja kami. Tiba-tiba orang tu sebut ' Siti Melorinda!' terkejut aku!
hahahah ingatkan siapa, laaaa rupanya Abang Iz! mmm dah lama tak jumpa dia. Dia rupanya dah pindah dengan Abg Man kat kawasan situ juga... Aiks Abg Man tak cerita kat aku pun? Heheh buat apa pula dia nak cerita lak kan... :P :)

Sebelum pulang dia singgah ke meja kami, dia minta no. aku, dan aku kenalkan dengan Adik... hihkihkiki ada ka Abg Iz ingat Adik tu BF ku? :P ceh.... Adiklah... Memang aku rasa orang selalu salah sangka. kadang-kadang orang sangka dia BF, kadang-kala orang sangka dia Memang kalau Adik ada di rumah, dia akan jemput aku pulang. Dan kami akan makan bersama... Tempat biasa yang kami pergi kalau tak di Kedai Johor (sebenarnya nama kedainya Rambo :p) dan Noodle Station atau di Melati Setia... Aaah laparlah pula..

Ahad, 16 November 2008

16 November 2008 Mengeluarkan diri

Petang ini aku akan mengeluarkan diri dari rumah untuk seketika. Meluangkanmasa bersama Maksu sekeluarga.. Nak gi menonton James Bond.. :)

15 November 2008 Hari ini hari lahir Opah

Sepatutnya hari ini adalah hari lahir Opah yang ke 80 tahun. Tiada rezeki aku untuk meraikan bersamanya. Hanya iringan doa yang mampu keberikan untuknya. Al-Fatihah...

Sabtu, 15 November 2008

14 November 2008 Teh tinggi-ASWARA-Kg. Baru

Hari ni hari yang agak sibuk.... :P sibuk sangatkah? mmmm Ntahlah.... sepatutnya ada 3 mesyuarat yang menuntut kehadiranku... Tetapi berapakah yang kuhadir? 1, cuma 1... Isyisyisy....

Mesyuarat 1-10.30pagi- aku tak dapat nak hadir kerana mesyuarat 2 lebih penting dan aku sedang menyiapkan diri dan bahan-bahan untuk mesyuarat 2. tetapi merencana akan ke mesyuarat 1 setelah mesyuarat 2 selesai.

Mesyuarat 2-11.00 pagi-sepatutnya mesyuarat 2 bermula, tetapi oleh kerana seksyen sebelum seksyen ku bermula, maka aku dan rakan seseksyen terpaksa menunggu giliran. Jam 12 rakan ku tanya, jadi ke mesyuarat ni? hehehe tunggulah kejap... tunggu-tunggu-tunggu... mmmm jam 12.20 tengahari baru habis mesyuarat mereka... aduhhh maknanya tangguh lagi mesyuarat seksyen aku ni.... huhuhu... yelah waktu makan tengahari lagi 10minit... mmmm kemudian aku pun terima emel daripada setiausaha Mesyuarat 1... :P dah terima undangan Mesyuarat1 untuk minggu hadapan! aduhhh.... pastinya mereka pun baru habis bermesyuarat, dan sudah hantar undangan baru... :P

Makan tengahari..... Sehingga jam 1 aku dan Kak Tini menunggu si Yam... tak habis lagi mesyuarat dia? semasa di pintu lif, kami terserempak, yam kata dia nak makan di kafe sahaja. Oh ok... akhirnya aku makan berdua bersama Kak Tini.... Menarik makanan tengahari Kak Tini - Dim Sum.. sedap! ok lain kali aku nak cuba belilah... makanan tengahari aku pula ialah nasi ayam...

Selepas itu kami berpecah, aku terus menuju di bahagian pakaian dan tentunya Vincci... Mmmmm.... dah lain tingkat pakaian perempuan sekarang ni ya. Cuci mata je dulu. Adalah yang berkenan beberapa helai pakaian kerja... Cuba cari skirt, aaahhh susahnya nak cari skirt untuk kerja, takda yang cantik dan sesuai untukku. Yang cantik-cantik semuanya skirt pendek- ishhh takkanlah nak beli skirt pendek! Di Vincci ada sepasang sepatu merah jambu menyala yang cantik, ingat nak beli. Pekerja Vincci tu macam tak mau layan je- yelah orang memang ramai. Jam dah 2.15petang.... Tengok kaunter bayaran pun masih ramai orang... Aaahh letak balik... Balik pejabat sajalah.... Tak jadi beli... Heheh... elok juga....

Jam dah pukul 3 petang. Orang yang dinanti tidak tiba juga... Ishhhh mereka ni selalu lewat, tak pernahnya datang awal. Kakak dah geram, aku juga sebenarnya....

4petang.... aku masih di dalam bilik mesyuarat. :P kak inah dah intai-intai aku dari luar bilik mesyuarat.. :) hehehe ok ok dah nak habis dah ni... terima kasih Fawz... akhirnya habis juga.
apalagi kelam-kabutlah aku nak tutup PC - sampai tak sempat bawa bahan-bahan yang nak dibincang dengan Ce'kem, dan tak sempat nak telefon si Irman - maaf beb. Ingatkan dapatlah kau ikut aku gi jumpa Ce'kem, dan tengok Macbeth, maaf aku tak ada no. hp kau, tak sempat nak minta daripada Lin-kebetulan pula si Lin tak ada pula di majlis Teh Tinggi tu. Lain kali sahaja kau ikut aku....

5petang-majlis Teh Tinggi pun bermula... acaranya ok-ok sahaja... makan, yumyum. Mujurlah aku ni jenis tak kisah tak cerewet, makan je apa yang dihidangkan. Bukannya reti nak kata tak sedap, melainkan yang terlalu tidak sedap! Yang penting aku kenyang, buat apalah nak marah-marah itu tak sedap ini tak sedap... Bersyukur apa yang ada....

7.30 malam- Sampai di Aswara, tumpang Kak Inah. terima kasih kak inah! Masuk bilik kostum... Kak Kis sedang mengadap PC... hehehhe aaaahhhhhhhhhh rindunya aku dengan suasana di ASK ni. rindu-rindu-rindu.... bersua Ce'kem, Abg. Man, Kema dan Jah.... Berbincang dengan Ce'kem, apa yang terlintas... Aahhh aku gembira sangat dapat bertemu mereka ni-melihat aksi spontan Abg Man dan Ce'kem.... ohhhhh how I miss all that environment! semuanya aksi spontan yang menyegarkan menghambat kerinduan aku... walau gundah macam mana pun mereka, dengan cara inilah mereka menurunkan kadar ketegangan di dalam diri mereka dan aku terubat dengan mereka.... suasana yang tidak terdapat di dalam kehidupan aku yang baru ini, hanya bersama mereka aku merasakan semua ini... dan di tempat kerja pertama ku dahulu, cuma Abg. Din yang mampu buat aku pecah perut dan berkongsi cerita apa yang patut. Eh, apa khabar Abg Din sekarang ya, kali terakhir kami jumpa ialah bulan puasa tahun lalu...Ooohhh cepatnya waktu berlalu. Aku juga dah lama tak ketemu Lan... Maaf ye, nantilah jika ada waktu kelapangan kita akan jumpa ya sahabatku!

8.30malam kami masuk ruang Teater Eksperimen... Menonton Macbeth-teater klasik karya Sheakspere - betul ke ejaan aku ni? Mmmm bilalah agaknya aku akan menjejakkan kaki aku ke tanah Sheakspere ni dan melihat sendiri rumah sejarahnya? Suatu hari nanti pastinya, akan kupastikan itu! Bagaimana lakonan mereka -pelajar tahun 3.. Mmmmm bagi aku, tidak berapa memuaskan... Mata sakit melihat pencahayaan pentas. Tidak 'all out'.... Aku membandingkan dengan batch Sherry, boleh ke bandingkan? Tak kiralah.... Terus terang , aku sukakan dengan lakonan-lakonan batch Sherry- Manaechemy-alahh betulke ejaan aku ni lagi? Maaf ye... Penonton ketawa melihat watak 3 ahli sihir-suara mereka agak melucukan dan tidak 'creepy'. mmmm... Watak isteri Macbeth seperti watak si Ecah bila berlakon -sebijik! Si Ecah ni batch selepas Sherry. Aku rasa aku tidak terlalu terkesan dengan cerita ini. Tidak dapat menangkap nama watak-watak mereka. Tidak jelas lontaran suaranya. Aku ni bukannya arif sangat nak menjadi pengkritik, cuma sedikit 'down' dengan lakonan adik-adik ini.

10.30malam- Aku, Ce'kem, Cik Nan, Kak Ros, Kak Kis dan Kema ke Kg. Baru, makan lewat malam, kami pesan Bubur sahaja dan kak Kis tambah lagi Mee Goreng.... Aaaahhh kenyang... alhamdulillah. Kami berbual, mendengar cerita suka duka.... Aku seperti biasa menjadi pendengar setia.... Mmm... Sesungguhnya aku gembira meluangkan waktu malam ini bersama mereka.

Aku menumpang Cik Nan balik, yang kebetulan pernah ke rumah Cik Am aku - mereka saling kenal.

Terima kasih semua, terima kasih kerana kita bisa bertemu...

Khamis, 13 November 2008

13 November 2008 Waktu untuk pulang...

Uuuhhh.... sudah bising di tingkat bawah. maknanya sudah waktu pulang... ya kak ida pun dah nak bertemu kawannya dan pulang mungkin... bermakna aku juga harus pulang... mmmm nak naik komuter dan lrt putra dan teksi atau naik lrt star dan teksi atau bas??? yang mana satu menjadi pilihan....

Ok! Daaaa.....

13 November 2008 Masih di kantor

Petang tadi telefon Bonda...Mmmm sudah pulang ke Templer... Ingatkan masih ada di rumah Uwan... tak mengapalah... masih ada si Bucuk dan si Tamtam dan si Hitam yang tak mesra alam tu dengan anak-anaknya yang masih liar dan selalu menyorok kalau aku pulang... Cenge!

Bila nak balik ni? mmmm sebenarnya ada kerja lagi. Tapi cuma masih tak ada 'mood' untuk menyelesaikan apa yang masih tidak siap lagi... Ngantuk pun ada juga... Kalau adik ada, sudah pasti kupulang aja waktu ini... :P mmm entahlah...

Esok pagi ada 3 mesyuarat... Huhuhu... Yang pagi tu, akan kupilih salah satu... Nak ke tingkat atas atau di tingkat aku sahaja? Mana yang lebih penting? Aaahhh tentulah mesyuarat di tingkat aku ni... Kalau habis awal, akan kujengah yang di tingkat atas tu. Petang ada pembentangan daripada sebuah kumpulan... selepas tu, terkejar-kejar ke Lanai pula... mmmm ada sesi mengeteh! Haaaa jangan lupa bawa kamera ya Melor, itu perkara wajib... Di rumah nanti jangan lupa dicas baterinya ya. :P

Laparlah pulak... Nak makan apa malam ini ya? Tempat biasa- gerai Cik Ipah... Menu apa ya? dalam lrt nantilah aku fikir apa yang nak dimakan...

Aku rasa, Maksu pasti masih membuat bacaan Yaasin di Masjid Taman Setapak nun. Tapi tidak pasti pula Maksu sempat sampai ke masjid atau tidak, sebab kadang-kala dia akan sampai di rumah pun hampir-hampir jam 8. Mendengar cerita Maksu kelmarin, aku sedikit ter'fenin' huhuhu....

Mmmm... apa rencana aku hujung minggu ni ya? rasa-rasanya nak balik rumah Opahlah. Nak jenguk ayah...

13 November 2008 Kertas-kertas-kertas

Mmmm... penat pula berdiri... Petang-petang ni mengemas kertas-kertas yang bermaharajalela di atas meja aku... Arrghhh serabut tengok. Sekarang ni yang menjadi mangsa keadaan pula Si BV dan Sabri.. heheeh maaf beb! Jangan korang sampai sepet mata tengok kertas-kertas yang berlonggok di atas kabinet dekat dengan kubikel korang sudahlah ya....

Ok, nak sambung buat kerja... ;)

Isnin, 10 November 2008

10 November 2008 Selamat datang ke alam blogger Melor...

Ini blog aku yang kedua... Setelah puas di pujuk Bonda untuk menulis di sini.
Jam sudah 1.01pagi, sudah hari Isnin. :( aduh cepatnya masa berlalu...
sekarang ini lagi menunggu lagu daripada kumpulan Naff untuk habis di muat turun. baru 83%... mata dan kepala sudah menuntut untuk dilenakan...

Hari ini 10 Nov, Bonda masih di Miri, siang ini nanti akan menjejak Gua Niah, mengikuti program KePKKWa aaahhh susah benar nak sebut, aku lebih selesa menyebutnya sebagai KeKKWa, umpama sudah sebati gitu... lebih mesra alam rasanya...

Lagi 6 hari lagi hari jadi Opah yang sepatutnya mencecah 80tahun. Tetapi Opah tak sempat ke hari tersebut, bermakna aku tak sempat meraikannya bersama Opah kala itu... :( aku rindukan Opah, walaupun aku tak pernah memberitahunya sebelum ini. Maafkan Melor Opah kerana tidak bersama selama 2 minggu sebelum pemergianmu... Maafkan Melor kerana 9 bulan ini, Melor sudah jarang menjengah dan tidur di rumah Setapak, maafkan Melor. Bukannya tidak ingat, cuma entahlah... Yang kuterkilan adalah selama 2minggu itu aku tidak menghubungimu kerana macam-macam yang berlaku padaku selama 2minggu itu... dan sudah kunyatakan kepada Bonda pada hari Jumaat , 24hb Okt, yang kuingin pulang menemuimu seusai perasmian pameran pada Isninnya nanti 27Okt.

Jumaat itu jualah Maksu SMS ku menyatakan yang Nyang Kecik telah meninggal, dan kuluahkan pada Bonda yang setelah ini sudah tiada yang paling tua, yang bagiku sebagai rujukan salasilah keluarga sebelah ayah. Nyang Kecik akrab juga dengan Opah, dan kuluahkan rasa terkilan ku tidak pulang ke kampung tatkala Nyang (Ayah Opah) meninggal pada tahun 1991 - kerana kenaifan ku dengan alasan takut dimarahi senior sekolah kerana ada latihan perbarisan untuk sukan sekolah! Bila kufikir-fikirkan semula, apalah salahnya kuberterus-terang, takkanlah cikgu-cikgu atau seniorku nak marah pula!

Sekarang ini Opah sudah pergi... bermakna aku sudah tiada lagi nenda dan datuk kandung. Tarikh pemergian Opah sama dengan tarikh pemergian Wan. 26hb Oktober, cuma tahun yang berbeza.

Sesungguhnya tarikh ini amat bermakna untuk seumur hidupku. Salam rindu untuk Opah, Wan, Tuk Abbas, Tuk Mail, Nek Alang, Nyang dan seluruh ahli keluarga serta kucing-kucingku yang terlebih dahulu meninggalkan ku... Semoga dilimpahi Rahmat ke atas semuanya... Semuanya selalu di ingatanku, insyaallah...