Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan

Khamis, 6 Disember 2012

13 November 2012 Di Sa'adan, Toraja dan ke Rantepao

Akhirnya kami semua tiba jua di Sa'adan.

Di bawa ke perkarangan rumah adat menuju ke sebuah pondok. Ada banyak pondok-pondok yang dibina termasuklah rumah padi. Ramai juga mereka yang hadir ke majlis kematian itu. Ramai yang pulang kampung, dari jauh mereka datang, termasuklah keluarga dari Singapura.

Di tengah-tengah perkarangan rumah adat dan pondok-pondok, terdapat banyak korban-korban yang akan disembelih.... tidak halal ye. Itulah pertama kali aku lalu di celah-celahan kerbau yang bertanduk tajam! Jika tidak mengikut syarat-syarat Islam untuk menyembelih-tentunya haram dimakan, kan.
Tetapi bukan sahaja kerbau yang akan disembelih, tetapi termasuk juga cik babs juga ye. Banyak sekali! Pertama kali aku melihat bagaimana mereka mengerang, mungkin kerana tahu mereka akan dikorbankan! Bagaimana mereka menyondol tanah, makan, dll.

Hampir kesemua yang hadir berpakaian hitam, menghormati majlis.
Sanak saudara si mati akan berjalan keliling pondok-pondok dan rumah adat kemudian berkumpul di sebuah pondok besar. oooppss teringat insiden yang berlaku kepada kami bertiga.

Tengahari itu kami bertiga makan serunding dan roti yang dibekalkan Bonda, manakala yang lain-lain warga Toraja, makanlah apa yang dihidangkan oleh orang kampung.

Dihujung upacara tengahari itu, kami pun beranjak pulang bersama Peter dan kawan-kawan menaiki Kijang. Sewaktu jalan keluar dari kampung Sa'adan 2 orang anak remaja berpaut di belakang Kijang kami. Wah anak-anak ini, berani sungguh! Hanya berdiri dan berpaut di Kijang, ish dahlah laluan di situ cerun-cerun dan gaung-gaung. Beraniii , alah bisa tegal biasa bukan!

Petang itu, setibanya di pekan Rantepao kami pun membeli tiket bas pulang ke Makassar malam nanti. Bonda pada mulanya ingin bermalam di Rantepao, tetapi setelah bincang, kami pun pulang juga malam itu. Kemudian kami diturunkan di Masjid Rantepao.

Rehat, solat di situ. Kemudian cari kedai makan! heheheh terjumpa juga kedai makan jawa berdekatan masjid di situ. Aku makan apa ye ? Mmmm kena cari gambar (dah hampir sebulan lalu ya, kala aku menaip blog ni).

Sementara tunggu malam, aku dan Kak Inda, meronda-ronda pekan. Pekan ini pekan kecil, jadi wajah kami nampak sahaja seperti orang luar - adakala mereka meneka kami orang Jakarta atau pun Malaysia.
Sedang kami berjalan-jalan, tiba-tiba di hon.  Hohohoho rupanya orang kampung Sa'adan, yang memandu Kijang yang lagi satu (pemandu yang bawa Kijang ku orang lain). :P

Ya sememangnya ku rasa, walau di mana pun,  keramahan/kemesraan orang kampung sangat berbeza dengan orang yang telah menetap di bandar. Lain-lain-lain.
Entahlah...
Siapa yang lebih cepat curiga ? Siapa yang lebih cepat terasa ? Siapa yang lebih cepat berkira ? Siapa yang lebih mementingkan diri sendiri ? Aku tidak berkata atau menuding kepada sesiapa, aku sendiri juga punya kelemahan.

8.30 malam kami pun masuk ke perut bas, 8.50malam kami berangkat pulang ke Makassar!
Selamat tinggal Toraja! Jika ada kesempatan kami datang lagi...
Makassar, sambut kami pulang ya!



Selasa, 13 Disember 2011

13 Disember 2011 Makan bersama teman-teman

Aku dan teman-teman terperangkap dalam kesesakan jalan raya... Dari Jalan Sultan Ismail -Jalan Ampang - Jalan pinang. Huiihhhh padahal dekat sahaja dengan pejabat, jadi berejam di dalam kereta! Perut kami kreok-kerok menahan lapar. Kak Lin tiba sejam awal daripada kami, kesian terpaksa setia menunggu.... Kami semua nak meraikan hari lahir Juju dan Noreen yang dah lepas. :)

Ahad, 20 November 2011

12 September 2011 Hari Saya

Terima kasih sahabat-sahabat ku!


Kami lahir pada tarikh yang sama!


Kami semua pulang lewat, makan malam di pejabat sahaja


Aku dan karya Ahmad Shukri Elias
 

26 September 2011 Jamuan Aidilfitri


Try our slideshow maker at Animoto.
">

 


Kami lahir bulan September



22 September 2011 Kursus bersama teman-teman




Kumpulan siapa yang boleh bina serupa dengan yang demo ?

Sabtu, 19 November 2011

19 November 2011 Bola ?

Petang ini aku mengekor Adik Dan kawan-kawannya menonton bola : m'sia lwn Myanmar.
Aku ni bukanlah kaki nonton pun sebenarnya. Mereka menonton, aku membaca majalah, sunting kerja, tonton bola sesekali, Dan ambil foto mereka. :)

Alhamdulillah m'sia menang.


Di awal permainan
Masih di awal permainan

Kasut salah seorang penonton bola..... Adik punya
Wajah kegembiraan apabila Malaysia menang!
Kami tonton bola di sini... Marakesh, Kg Baru

Isnin, 7 November 2011

29 Ogos 2011 Malam Aidilfitri 1432



24 Ogos 2011 Di rumah Kak Lin

Malam itu kami berbuka puasa di rumah Kak Lin. Gelak tawa bersama teman-teman sepejabat. Ada yang membeli makanan awal di pejabat, ada yang membuat salad dan kak lin memasak pasta istimewa untuk kami.



Manisan kami- Ais Krim


Azhar nak menjamah spaghetti meat balls kak lin... sedap tul!

Jumaat, 4 November 2011

13 Ogos 2011 Hujung minggu kami II

Petang itu aku keluar awal dari pejabat, menuju ke PWTC. Aku dah berjanji untuk bertemu Kak Linda untuk menghadiri Matta Fair di sana.

Dari SK aku menapak ke Stesen LRT Bandaraya. :)

Di MAtta FAir, kami ambil brosur apa yang patut sahaja. heheheh tahun ini beg aku ringan je, kalau tak.....





Khamis, 3 November 2011

03 November 2011 Apa yang berlaku dahulu

Pada tarikh sama, agaknya apa yang telah berlaku dahulu ya ?

3 Nov 2009 - Pelancaran pameran arca Raja Shahriman di Galeri Petronas

Bicara bersama sang figura

Ahad, 5 Jun 2011

05 Jun 2011 Code Blue- Doctor Heli

Di petang Ahad jika aku teringat aku akan menonton Doctor Heli di TV9. Dah lama aku tak menonton drama-drama Jepun. Seperti biasa tentulah kisah-kisah menyelamatkan pesakit, dan hubungan dingin.persaingan, persahabatan di antara doktor-doktor dan jururawat. Bagaimana seorang jururawat , Seijima Haruka yang berusaha gigih untuk menunjukkan kepada ayahnya yang merupakan seorang doktor pakar bahawa dia mampu buat yang terbaik walaupun ahli keluarganya merendahkannya kerana tidak berjaya menjadi seorang doktor (keluarga doktorlah ni).

Apa yang menarik, hospital mereka ada kemudahan helikopter dan jika ada kecemasan di mana-mana tempat, mereka akan diterbangkan di sana.

Kōdo Burū: Dokutā Heri Kinkyū Kyūmei (Code Blue: Doctor Helicopter Emergency)





Tajuk lagu : Hanabi oleh Mr. Children


Photobucket Photobucket




Isnin, 23 Mei 2011

20 Mei 2011 Dari Matang ke Kuala Sepetang

Dari rumah Tuk Osman, kami bergerak ke Kuala Sepetang. Mencari jeti untuk bergambar. Aku dan Bonda membayangkan bagaimana jeti nelayan Jepun agaknya.... Lebih cantik dan bersih atau sama saja seperti di Malaysia ni? huhhuhu.....

Dari situ, kami ke Papan Tanda PORT WELD. Stesen keretapi pertama di Tanah Melayu. Huhhuhu cuma ada papan tanda besar dan info yang kecil molek dan rendah untuk di baca. Di mana rel keretapi yang lama ? Mengapa tiada sebarang foto atau tempat peringatan di situ ? :(
SEDIH....

Setelah bergambar beramai-ramai, kami pun pulang ke Taman Palong Maju semula.... berehat.
Malam itu kami menjamah nasi lemak beramai-ramai dan berbual bersama.

Zzzzzzz.... awal betul kami bertiga tidur, 10.30 malam!

20 Mei 2011 Dari Taiping ke Matang

Setelah sesi perbincangan kumpulan LAKAR SENI KUALA SEPETANG kami keluar untuk makan tengahari... Di sekitar Simpang : Nasi Ayam Hainan. Pertama kali aku tahu ada tempat nama Simpang. Yang ku tahu Simpang Ampat di Melaka, rumah Lina di sana. ;)

Sampai di sana kami bertanyak sama ada gulai tempoyak masih ada. Jawapannya : tinggal kuah tempoyak, ikannya sudah habis. Yalahkan, waktu itu sudah pukul 3.30 petang, manalah nak ada gulai tempoyak lagi. Jadi kami semua memesan nasi ayam hainan dan kuah tempoyak juga kari daging yang bersisa. Aku dan Bonda tentunyalah menyental kuah tempoyak dan bukan kuah kari :)
ENAK ENAK ENAK!


Kita makan dulu!


Selepas makan kita ke mana?


Ok kita ke Matang!

Setelah itu kami menuju Kompleks Sejarah Matang atau pun dahulu lebih dikenali sebagai Kota Ngah Ibrahim.

Inilah dia Kompleks Sejarah Matang
Masuk percuma
Di situ, muzium sudah tutup. Yelahkan sudah pukul 5 petang. Mmm aku pun snap sana-sini dapatlah 4 keping gambar. Tapi mulai gambar yang ke-5, lensa kamera ku mula menghadapi masalah, bunyinya lain. DI ruang celah dinding pintu pagar yang nak ku ambil. Ambil satu gambar -ada imej terselit, hingga imej ke-7. Lepas tu terus kamera aku tak boleh guna. Arrrghhhhh :( alahai kamera baru tu... belum setahun pun. :(

Pintu pagar tutup
Nak kata panik tak juga, terkejut adalah. Tergamam. Mmmm apakah aku 'tak dibenarkan' mengambil foto di situ kah? Aduhai.... Apa kaitan aku dengan tempat itu ? Tak tau nak cakap apa. Mungkin ada hikmahnya ? Aku tidak tahu, tidak pasti.


Ok lagi tembok ni



OK jeng jeng jeng mula dah meragam


Foto akhir, selepas tu... zup dah wasalamun! waaaaa... kamera rosak! :(


Kemudian kami semua menuju rumah Pak Haji Osman Hussain. Tidak jauh dari situ.
Di sambut oleh En. Sallehudin dan membawa kami ke rumahnya. Hj. Osman pun keluar dan menyambut kami dihalamannya dengan kasut but. Mana taknya, halamannya lecah. Jika musim hujan, air akan bergenang dan membanjiri kawasan laman. Usia Hj Osman ini ialah 89 tahun! Pangkat datuk lah ni.... Dia tinggal seorang diri di rumahnya. Luas laman, seronoknya kalau aku ada halaman seluas demikian.

Di rumahnya ada beberapa ekor kucing. Salah seekor bernama SEPULUH SETENGAH. Unikkan! Ia dinamakan sedemikian kerana telah dibuang pada waktu itu.

Kagum. Mengkagumkan. Tuk Osman ni daya ingatannya sangat kuat. Bersekolah di King Edward, Taiping. Dia antara orang lama di kampung itu yang masih tinggal. Jika ditanya tentang apa yang berlaku sejak zaman Jepun dia masih ingat. Malah yang lebih menarik, dia juga turun naik Gombak!
Berasal dari Batu Bara, dan tentunyalah boleh berbahasa Minang! Apa lagi, bonda pun berbahasa Minanglah dengan beliau. Malah kenal beberapa orang Gombak, dan mungkin juga moyang saudaraku - Nyang Siti Aishah! Wah wah wah....

Beliau juga telah membenarkan kami membawa pulang buku-buku simpanan beliau. mmmmm aku cuma mengambil sebuah buku Hamka.