Jumaat petang lalu, hujan lebat.
Sewaktu aku pulang, hujan dah reda, cuma renyai-renyai, tapi seperti biasa selepas hujan pasti akan sesak jalan raya.
Hampir 8.30malam tiba di rumah. Kemas-mengemas apa yang nak di bawa, sehingga telefon bimbit terjatuh buat pertama kalinya. Alamak! Terkial-kial aku menggodek-godek telefon, mana nak cepat, mana nengok telefonnya yang tetiba kata 'masukkan kad sim'. Alahai, meragamlah pula! ;( Godek-godek sehingga berjaya. Alhamdulillah masih boleh diselamatkan.
Sebelum meninggalkan rumah bagi kucing-kucing makan dulu (walaupun aku sendiri pun belum makan malam lagi.....).
9.45 malam baru keluar rumah...
Naik teksi menuju ke Stesen komuter Sentul yang telah berwajah baru. Ini kali kedua aku masuk stesen yang telah diubah suai ni. Apabila Komuter ke Rawang tiba, aku masuk komuter koc wanita buat kali kedua. Perekat koc wanita yang aku naik tu cuma ada yang berbahasa inggeris 'ladies coach' berwarna merah jambu. Mana yang berbahasa Melayu ?
Tak lama lepas tu adalah seorang lelaki masuk dan duduk di koc wanita di hujung sana. Aiks, mmmm... aku rasa dia tidak faham. Beberapa orang wanita menoleh... Aku rasa dia pun tak selesa dan aneh kerana orang sekeliling melihatnya. Kemudian aku rasa wanita yang hampir dengannya menerangkan bahawa koc ini adalah untuk wanita sahaja. Dia pun berlalu.
Di Stesen Bank Negara, aku pun turun dan menunggu komuter ke Seremban. 10.30 malam baru dapat masuk ke perut koc wanita lagi... ;) Orang masih tak ramai, oklah aku duduk dengan selesa.
Tiba saja di Stesen Midvalley, umangaaaaiiiii ramainya umat berpusu-pusu masuk. Telinga kubersumbat Ipod, tangan memegang buku. Tapi tumpuan bacaanku terganggu. Arggghhhh fenin! Mana tidaknya, tadi suasana tenang saja dalam komuter tu, tapi telah berubah menjadi seperti pasar lambak!
BISING HINGAR-BINGAR! Orang-orang bercakap punyalah kuat. Tahulah semua dalam koc tu perempuan, tapi tolonglah hormat orang lain. Mmm agaknya mereka semua sedang gembira dapat membeli-belah -hari gajilah katakan. Dan untuk pelajar-pelajar agaknya kerana esok hari cuti.
Tahan telinga sahajalah sehingga sampai ke Stesen UKM. Huhuuhu lama tu 30minit menahan telinga. Waaaaa.... dengan perut laparnya lagi...
Sampai di stesen aku pun naik tangga yang tinggi tanpa bantuan lif atau eskalator. Aku terfikir bagaimanalah jika warga emas nak mendaki tangga tu. 2 minggu lalu aku ke sini juga, membawa beg yang sarat, penat betul. Alahai kesian pada warga emas dan mereka yang ada masalah kaki jika mereka perlu mendaki tangga tu. Harap-harap suatu hari nanti jika ada pengubahsuaian, lif akan disediakan juga.
Keluar dari stesen, aku dah nampak kelibat kereta yang kukenal :) Aku pun melompat masuk dan aku bersama Bonda, kami mencari restoran untuk makan malam. Hohho atau 'supper' ?