Khamis, 16 April 2009

26 Mac 2009 Hari Nyepi - 6 Dara Menyepikan Diri... Iyakah menyepikan diri?

Selepas makan, santai-santai di hadapan kaca televisyen. Aku mula berendam kaki di kolam 'milik' kami. :) Tiba-tiba Kak Iza dan Kak Imah mencadangkan kami ke kolam di hadapan.. mmm cadangan yang baik! Kami semua ke hadapan, tetapi aku dan Kak Linda ingin mencari ruang berinternet, tetapi malangnya tidak ada. Villa Seminyak cuma boleh mengaktifkan Wifi. Mmmm tidak mengapalah, esok saja kami cari Warnet. Apalagi, berendamlah kami menyusuli teman-teman yang lain....

Pelbagai cerita dan seperti biasa aku ini pendengar setia kepada segala dongengan yang disampaikan. Cerita indahkah, cerita burukkah, cerita seramkah, apa sahajalah... :) aku akan tetap setia mendengar omelan orang lain.... Itulah aku. Cuma memang kadang-kala aku tidak dapat mengekalkan apa yang kudengar di dalam fikiranku... Hehhee itu yang membuat adikku geram... Hahhahha maaf Din!

Pulang ke villa semula. Bersiap-siap ke S.P.A.... hahahhaha terjebak juga aku dengan acara ini. :P ish ish ish.... ya akukan mahu melepaskan lelah di kota lumpur! rehat sajalah! :)





Sepulangnya apalagi kami makan petang. Juadah kegemaran kami sepanjang di Bali itu tidak lain dan tidak bukan adalah Maggie Mee dari Kuala Lumpur dan juga Indo Mee dari Indonesia, roti dan serunding serta buah-buahan... Mmmm kalau lama lagi, bisa kurus aku! Hehhehe....


Dari petang hingga ke malam itu, kerja kami hanya berkongsi cerita sambil menonton tv. Cerita Sangkuriang yang tidak habis kami nonton. Tetapi jika cerita itu mengikut versi asal, mungkin juga kami nonton hingga habis. Kemudian filem Inggeris yang kulupa judulnya, kemudian filem I Am Legend. Menarik juga, tetapi sekiranya aku berada di tempat Will Smith, aduhhhhh bosan yang amat jadinya aku! Kemudian sebuah lagi filem sehinggalah kami semua berundur merebahkan diri, TIDUR!

Sabtu, 11 April 2009

26 Mac 2009 Hari Nyepi



Selamat Pagi!

Nyaman sekali... :) Kulihat Kak Iza diperbaringan di atas sofa yang empuk. Televisyen terpasang, mungkin sesudah subuh dia mengadap tv sehingga terlelap. Aku menonton tv sambil menanti seseorang. Ting tong ting tong.... Yea orang yang dinanti sudah tiba...



Hehhehe :)

Pekerja villa datang untuk memasak sarapan untuk kami. Ceh, pemalas betul kami ek! Malas nak berjalan kaki ke kafe di hadapan sana....

Seorang demi seorang keluar dari kamar beradu... Mmmm sesudah siap, kami terpukau melihat meja makan. Fuuuhhhh penuhnya! Ada roti, telur dan buah...





Yana menunggu Budhi.... Tapi Budhinya tak kunjung tiba deh... :)


Selasa, 7 April 2009

25 Mac 2009 Menjelang Hari Nyepi

Jam 6.30petang kami bertujuh menapak keluar... ingin bepergian ke pekan... ingin melihat perayaan menjelang hari nyepi. sedang kami berjalan, tetiba muncul buggy yang dipandui oleh Budi setelah kami bertanyakan namanya... Budi ngantarin kami ke pekan mengikut jalan belakang, lebih hampir. Hhahahha Budi itu manis orangnya, membuatkan mbak-mbak ini suka menyakat dia, hahaha termasuk aku ker? :P Cheh!
Di pekan Seminyak itu, kami lihat ada 2 Ogoh-ogoh yang besar. Ogoh-ogoh ini adalah patung simbol kejahatan yang akan dibakar malam nanti di pantai. Dengan membakar ogoh-ogoh ini membawa maksud akan membuang segala kejahatan dan keburukan yang ada dalam diri dan sekeliling untuk sempena tahun baharu, lusanya nanti. Ya perayaan Hari Nyepi ini adalah sempena tahun baharu keesokan harinya. Tahun baharu dengan azam yang baru dengan kejernihan dan kebersihan diri dan dunia yang baru. Semoga sirna hilang dan sinar menjelma!
Kami menanti dan menanti dengan penuh setia....


Semakin senja barulah para penduduk yang diketuai orang kuat pura (sami) akan berarak ke pura berhampiran memohon restu untuk memulakan acara.

Tunggu punya tunggu, dah hampir jam 9 malam barulah ogoh-ogoh berarak di sekitar pekan... Tapi kami hanya menunggu sehala sahajalah, tidak larat hendak menunggu, takkan nak mengekor pulakan, walaupun sebenarnya hati aku ingin menyaksikan pembakaran ogoh-ogoh di pantai dan mengetik gambar! Mmmm tapi teman-teman menasihatkan agar membatalkan sahaja niatku itu kerana mana tahu upacara itu habis lewat dan bagaimana mahu pulang kerana jam 12 tengah malam mesti sudah sampai di villa. Kerana semua orang tidak dibenarkan berkeliaran tepat jam 12! Jika tidak akan ditangkap!!!

Ok kami pun pulang dan menonton televisyen.... Aku tidak tunggu lama kerana mata mengantuk sangat, berundur diri dalam senyap dan terlelap. Manakala yang lain-lain masih lagi berbual hangat! :)

Sabtu, 4 April 2009

25 Mac 2009 Villa Seminyak

Kulihat teman-teman ada yang mulai gelisah pabila tiba di daerah Seminyak, kerana kami melalui ceruk-ceruk.. :) aku senyum sendirian, aku yakin pastinya villa yang akan kami duduki ini menarik. Walaupun pemandangan di luar agak biasa. Aku tak kisah sangat, asalkan selamat dan boleh tidur sudahlah...


Pabila masuk sahaja di perkarangan, wahhhhhhhhh. Aku dan teman-teman terpana. Mana tidaknya, melihat kolam renang yang panjang dan indah! Hehhehe memang teman-temanku semuanya kaki renang... Pantang ada kolam, itulah yang mereka idami. Aku ni setakat berendam sahaja bolehlah! Hehheheh.... ;) Memang cantik!
Di pintu masuk villa kami, President Suite 1... Kongsi bersama, murah jelah bayarannya...













Siapa tiada dalam ini gambar? Ms. Linda....

Jumaat, 3 April 2009

25 Mac 2009 Ngurah Rai

Akhirnya tengahari itu, kami bertujuh tiba di Bandar Udara (Bandara) Ngurah Rai, Denpasar. Woho! Sungguh teruja kami bertujuh, tidak sabar ingin ketemu Pak Yasa... Nungguin bagasi yang asik berputar-putar.... Dapat juga kucapai bagasi merahku... Kulihat ramainya bule yang mengendong beg papan 'surfing' mereka... Ya, tanah dewata ini tempat ngumpulin bule-bule yang ingin surf. Kalaulah aku juga boleh surf! Hahaha nak terapung dan berenang pun tak pandai, ini berangan nak surf! Cheh!

Sekitar jam 2 baru kami keluar dari bandara.... Dalam kesibukan warga Bali di hadapan pintu masuk bandara, ku sadari mata yang melihat. Hahahhah itu dia Pak Yasa! Sengih-sengih melihat aku dan kak linda melangkah. 5 orang gadis sudah laju saja melulu. Kulihat isyarat pak yasa agar diam-diam. Laaa rupa-rupanya mbak 5 orang tu tak perasan kehadiran pak yasa. hihkihkhihik.... Di suatu sudut 5 orang mbak sedang berkumpul, dan Miss Iza sedang cuba menelefon Pak yasa. hihkihkhik.... Tiba-tiba Pak Yasa menyergah! :p Lucu sekali....

Kami bertujuh membontoti pak yasa ke arah van. Berhampiran 3 gadis kecil mungil sedang menunggu dengan rantaian bunga kemboja kuburan dan dikalungkan ke leher kami... Ish Pak yasa ni, sampai gituan nyambut kami! Kegirangan di wajah Pak yasa melihat kami, begitu juga wajah Kak Iza dan Kak Zal.

Pak Yasa nanyain kami, mau makan dulu atau check in dulu? Tentunya makan! hehehee maklumlah semuanya sudah kelaparan, walaupun baru 2 jam sebelum itu kami sudah brunch!












Singgah di restoran sunda milik Virgorita, kami memenuhi ruang kosong di dalam perut kami....
Aku memesan Nasi Komplit... hihkihik Complete Rice actually.....







Menu Nasi Komplit:

Nasi di dalam daun pisang yang dibalut dengan cantik sekali seperti di dalam buluh
Ayam goreng
Tempe goreng -yang ku tak makan
Kobis rebus
Kacang panjang
Daun ____ ?
Sambal

Minum air teh lemon ais....
---> enak bangat!

Jumlahnya Rp 31,000. Puas hati, sangat kenyang....
Selepas makan, kami terus menuju Seminyak dan melalui jalan Kuta... wahhh ramainya orang! lalu tepi Hotel Kafe Batu Keras.... aku dan kak linda sengih berdua, kami teringat telatah aku tahun lalu! ahahahhahha..... :) Villa Seminyak, tungguin kami! Sebentar lagi kami tiba!

Khamis, 2 April 2009

25 Mac 2009 KLIA

Tiba saja di KLIA aku dan kak linda meluru cari atm harimau... hah lega, kak inda boleh mengeluarkan 'kertas 4segi' di situ..... kak inda tukar duit, aku pula meluru ke kantor pos. okiessss settle! legaaaaa.....

pecut secepat mungkin kerana sudah jam 8.10pagi... nasib baik juga tak perlu naik tren ke terminal yang lain tu... jalan kaki n naik eskalator yang mendatar dengan kelajuan yang maksimum kami sampai juga... tiba-tiba dapat panggilan daripada kak iza, laaa rupanya mereka baru je nak masuk ruang terminal. cheh! ingatkan dah sampai... :P kami berdua dulu yang sampai.... telefon bonda sekejap. dan kemudian ternampak kelibat mereka berlima bersama kak linda.... ok hari itu aku dapat 4 orang teman baru! :)

kami bertujuh akan menjejaki tanah dewata. ini kali ketiga aku ke sana.

i. disember 1986
- bersama uwan, mak lang nim, adik, ibu yasmin, nizam, azmi dan pak ayob. bonda tika itu memang sudah ada di sana.

ii. januari 2008 - bersama kak linda, kak iza dan kak zal

iii. februari 2009 - bersama kak linda, kak iza, kak zal, kak imah, kak ezz dan yana....

masuk ruang berlepas, tak sempat duduk, terus masuk ke dalam kapal terbang..... yahoooo semoga semuanya berjalan lancar!

dihadapan aku dan kak inda duduklah Tengku Azura dan Suaminya yang sebelum itu berdiri di hadapanku di KL Sentral sewaktu nak check-in. Rupanya kami pergi tempat yang sama.


brunch ku tengahari itu.... :) yum yum... kenyang makan sate daging dan nasi goreng...

kak imah dan yana duduk di biz class, katanya 3orang sahaja ada di sana. dia cuba nak membawa kami ke sana, heheh tapi tak bolehlah. of course cannot! hihkhikhikik...
teman-teman yang lain duduk di belakang. sebelah aku ialah pasangan Perancis. Kulihat wanita di sebelah ku sedang membaca novel perancis, lupa pula nak tengok judulnya....
Jam 9.40pagi kapal terbang berlepas dan jam 1 petang kami pun tiba di tanah dewata! alhamdulillah selamat! :)

Rabu, 1 April 2009

250309 Dari Gombak ke KL Sentral

Jam 5.30pagi Cik Kam dah kejutkan aku dan Kak Linda. Hehhe Cikkam pula yang tak lena tidur nak pastikan kami berlepas dengan selamat... Hehhehe.... Siap gorengkan karipap dan 1 lagi jenis kuih, lupa pula namanya. :P Arwah uwan suka sangat makan kuih tu dulu.

6.30pagi kami keluar rumah dan menunggu teksi di depan Sekolah Menengah Chong Hwa. Setelah hampir setengah jam tidak mendapat teksi dan meragui sempatkah kami tiba awal di KL Sentral kerana jalan di hadapan sesak, akhirnya kami melintas dan menunggu teksi di hadapan Petronas. :( Entah apa kesukaran pagi itu.... Teksi yang kami tahan semuanya nak kenakan kami. Mereka nak duit lebih, ada ke nak pergi KL Sentral nak RM20! Gila! Ada 1 teksi tu, nak hantar sampai KLIA, katanya nak hantar ke KL Sentral jalan sesak. Apa ingat kami ni bodoh ke? Padahal aku hari-hari pergi kerja ikut Jalan Mahameru ke pejabat. Habis tu jalan nak ke KLIA tu tak sesak ke, Jalan Ipoh tu pun sesak juga! Aku tahulah macam mana perjalanan ke arah KL Sentral tu. Pemandu teksi tu berlalu, tetapi tiba-tiba patah balik. Kali ini dia kata boleh hantar ke KL Sentral tetapi tak mahu ikut meter, nak kenakan bayaran RM20 juga! Aaaaahhh dum! Aku terus tutup pintu dia, aku rasa kuat juga. :P Geram!

7.15pagi barulah kami dapat teksi yang sudi hantar kami ke KL Sentral dan aku awal-awal lagi tanya pemandu teksi tu, ikut meter ke? Ok. Alhamdulillah. Dalam masa 30minit, kami dah sampai di KL Sentral! Dengan harga meternya cuma RM10 sahaja.

Check-in di situ sementara Kak Linda ke Bank Harimau.... Adus gajiku belum masuk lagi... Hohoho.... Tukar sedikit RM kepada matawang USD. Mmmmm ciputnya! Tukaran matawang asing hari itu RM1=USD3.72... Duit Rupiah aku tak dapat nak tukarkan, kerana CIMB dah kehabisan wang Rupiah. Kak Linda pula sedikit risau dan hampa kerana kad harimaunya ada sedikit masalah. Ok, dengan fikiran yang positif, kami berharap di KLIA akan bereskan segalanya dengan selamat! Chaiyo!

Selasa, 31 Mac 2009

240309 Tak sabar menunggu esok

Ishhhh hari itu aku cuba siapkan kerja sampai malam juga, ingatkan dapat pulang awal.... Mmmmm... akhirnya jam 8.30malam baru sampai rumah... Aaarggghh lega. Malam itu tumpang si Yana dan ayahnya Pak Mail pulang ke rumah, maka cepat sikitlah tiba rumah. Kalau malam itu aku pulang naik Komuter-LRT-Teksi, alamatnya kul 10.00malam lah agaknya sampai rumah....

Sampai rumah aktiviti utamaku adalah mengemas bagasi merahku. Apa nak bawa ni? Beberapa kali tapis akhirnya siap dan sambil bersiap tu kak linda pun sampai ke rumahku dari Shah Alam. Kasihan dia kepenatan. Sepatutnya Mr. Iwan hantarnya ke rumahku, tetapi tiba-tiba dia ada rencana lain.

Jam 10malam kami keluar dari rumah Uwan dan ke rumah kak linda pula... Cik kam dan Neneng sedang menunggu kepulangan kami.... Makan malam di rumah Kak Linda, kemudian aku temani Kak Linda mengemas bagasi perangnya pula.... Sambil berbual menahan mata, kononnya tidak mahu tidur.... Tapi jam 2.30pagi aku mengalah juga, mataku mengantuk dan Cik Kam mengejut kami jam 5.30pagi...

Yea sudah masanya! Tak sabarnya! Gumbiranya!

Ahad, 22 Mac 2009

210309 Petualangan Melor dan Ayeen :P


Pagi ini aku dan Ayeen berancangan ke Putrajaya, yahuuuuu nak tengok Belon Panas di sana!
Tapi kami bersarapan dahulu di restoran sekitar Setapak (mmmm lupa pula nama jalan tu). Kami memesan Roti Canai Telur, di berinya Roti Canai Kosong.. Ish ish ish.. Tapi mereka buat semulalah. Minum air teh tarik juga. Bual-bual dan berkongsi cerita antara aku dan Ayeen.

Jam 11 kami menuju Putrajaya dan aku menghantar pesanan ringkas kepada Intan-memberitahunya kami akan ke sana, dengan harapan kami bisa ketemu. Lama juga aku tidak bertemu dengan Intan. Ya, dia juga sudah acapkali mengomel bahawa aku ini tidak ketemunya. Maaf Tan.

Aku dan Ayeen mencari Presint 2. Di situlah tapak Belon-belon tu! :P
Letak kereta, keluar dari kereta aku terbau seperti bau pasar! Kala melangkah longkang, laaaaaa patutlah ada bau pasar, ada 2 ekor ikan di dalam longkang tu! Aikssss peliknya, tapak letak kereta tu tempat pasar ke? Takkanlah! Kerana di sebelah ini adalah pelbagai kementerian ada! Termasuklah bangunan yang terpampang tulis 'Bahagian Pinjaman Perumahan'. Uuuuuiii besarnya!

Mmm panasnya cuaca. Lihat sekitar tiada kelibat belon-belon panas tu. Hmmmm... sedikit hampa. :( Apa ya yang ada tika itu? Mmm cuma gerai-gerai. Kanak-kanak bermain kapal terbang kertas- ada pertandingan siapa yang empunya kapal terbang bisa terbang jauh akan menang. Oklah, aku dan Ayeen berkeputusan untuk ke Alamanda sementara petang tiba.

Ke mana kami pergi di Alamanda? Makan, keluar masuk kedai. :P

Kemudian kami ke Presint 2 lagi. Belon-belonnya masih tiada di awan. :( Tika itu acara paramotor adalah dan juga layang-layang yang tidak putus talinya....

Disebabkan tahap kebosanan yang melampau, kami melangkah pulang, jam 7 barulah kelihatan belon-belon terbang! Ceh! Geram sungguh. Sepatutnya jam 5 lagi belon tu mula terbang, tetapi tiada kelibatnya. :( Kami lihat dari jauh sahajalah.... Dan kemudian telefon bimbitku berdering, Intan telefon! Hehheheh maaf Tan, ko tak telefon atau sms aku awal-awal, kami sudah dalam perjalanan pulang. Hmmmm lain kali kita jumpa ya!

Kami pun menuju ke Pelabuhan Klang, kononnya nak makan kerang bakar! Kononnyalah!
Hahhahhaha tetapi tidak kesampaian kerana kami tersesat! Kami pergi ke Pelabuhan Barat dan Pelabuhan Utara! Aduh.... akhirnya kami rasa, mungkin perjalanan kami ke sana seolah tidak direstui, ok kami makan malam di Shah Alam sahajalah!
Makan bubur di Ani Sup seksyen 9, kemudian pulang ke rumah, dan Bonda sudah menantiku di rumah bersama Jingga, Tam Tam, Bel. Bucuk pula lagi setia menungguku di perkarangan halaman! Sesudah makan Bucuk pun pergi membawa diri kerana merajuk dengan si Jingga-anak kucing baruku!

Jinggaku!

Jumaat, 20 Mac 2009

200309 Sudah hari Jumaat

Sudah seminggu...Mmm... Ada tapi pura-pura tidak melihat dan tidak sedar. Aku dan dia diam.