pabila melor ingin menulis, akan kucatat pabila melor ingin berkata, akan kusuarakan pabila melor ingin diam, akan kupendam pabila melor ingin menggambar, akan kupotret pabila melor ingin mendengar, akan kusemat pabila melor ingin berjalan, akan kulangkah di sini di sana bila-bila...
Selasa, 28 April 2009
28 Mac 2009 Di Ubud
Kemudian kak zal dan kak linda menyertaiku.... Kak Imah kemudian berputar-putar melihat kami.
Tak lama kemudian, kedengaran alunan lagu (mmm mungkin bacaan doa) yang datang dari Pura berdekatan. Aku betul-betul ingin mengeluarkan diri melihat penduduk-penduduk kampung ke pura itu... Ambil kamera, bergegas ke jalanan, diekori oleh Kak Linda dan Kak Zal. Gembira melihat penduduk setempat yang melintasi di hadapan. Berbaju kebaya semuanya - moden dan tradisional sambil membawa sesajen. Tapi sayang, sudah ramai yang menggunakan bakul plastik, tidak lagi bakul anyaman yang lebih estetik dan indah. Dan anak-anak lelaki mengenakan ikat kepalanya - mmm tidak ingat pula nama ikat kepala tu, Bonda, boleh beritahu semula apa namanya? ;)
Pak Wayan yang sedang menyapu, malu-malu... ;) Ohhh masih bujang, bertambah malu bila kami menyakatnya, kerana ada ramai anak gadis di situ. Memang lembut Pak Wayan ni... Dia kata lagu yang kami dengar tu, dari rakaman kaset/cd saja. Laaaa mati-mati ingat betul mereka berdendang secara nyata. :P
Tahun ini kami tidak pergi mendekati pura tersebut, untuk melihat upacara itu kerana ingin mengejar masa.
Masuk semula ke rumah, bersiap dan bersarapan... :)
Pak yasa tiba, kami terus menuju ke Muzium Neka. Alhamdulillah tahun ini aku dapat ke muzium. Hanya aku, Pak Yasa dan Kak Linda yang masuk ke dalam. Teman-teman yang lain putar-putar di luar.
Beruntung kali ini, kami dapat bertemu dengan pemilik muzium tersebut - Pak Neka.
Banyaknya koleksi beliau. Ada juga lukisan teman-teman ASRI bonda. :) Ada lukisan Made Wianta, Wayan Sika. Juga dosennya Nyoman Gunarsa.
Di satu ruang lain, ada patung besar Affandi dan Neka. Di dalam galeri itu ada 10 buah lukisan Affandi, wow! Dan aku ketemu salah satu kenyataan bergambar.... Ooooohhhh rupanya pemuda di dalam salah satu lukisan Affandi itu adalah Pak Neka! Dia rupanya. Awal tahun ini, aku cuma mendengar kenyataan Kartika bahawa itu seorang pemuda Bali. Dia tidak menyatakan siapa orangnya. Mmmm sekarang aku sudah temui jawapannya...
Teman-teman yang lain rupanya sudah ke pasar Ubud. Kerana menunggu kami yang tidak keluar-keluar dari muzium membuat mereka capek! Hehehe maaf ya.... Bagiku masa 45 minit di dalam muzium sememangnya tidak cukup bagi aku! Sekurang-kurangnya 1jam setengah! Itu pun cukup membuatkan ku sesak kerana terpaksa cepat-cepat....
Melangkah keluar dari muzium, Pak Martin sudah menunggu, dan kami terus menuju ke pasar ingin menjemput mereka pula. Kami menyusuri Galeri Blanco, tahun hadapan sahajalah aku dan kaklinda ke sana. Insyaallah. Masih banyak perkara yang perlu kulakukan di Ubud. Belum puas 'explore'.
Pulang ke villa, ambil bagasi.
Berfoto dulu dengan isteri Pak Gede, maaf mbak, aku lupa namamu... :) Pagi itu dia yang memasak untuk kami. Salam sama Pak Gede ya Mbak!
Selamat tinggal Pak Wayan, Villa Jineng, terima kasih atas layanan baik. Tahun hadapan jumpa lagi.
Dan Pak Martin memandu laju membawa kami keluar dari Ubud, di daerah Gianyar....
Isnin, 27 April 2009
27 April 2009 Hari ini, tarikh ini.....
'Dinanti sengaja tak datang
usah diharap dakap sayang. '
'If waited for there is no trace
in vain will be love's sweet embrace.'
Nukilan Sasterawan Negara : A. Samad Said, dari buku terkini beliau 'Bisikan Warna' terbitan Wira Bukit Sdn. Bhd. dan Institut Terjemahan Negara, 2009.
buku ini aku beli semalam di pesta buku, pusat dagangan dunia putra.
Sabtu, 25 April 2009
27 Mac 2009 Dari Seminyak menuju Pulau Penyu dan Villa Jineng
Setengah jam kemudian Pak Yasa tiba dan kami beraksi di halaman Villa Seminyak - apalagi sesi fotolah! :) buat kenang-kenangan kami bersama kerana entah akan ke situ lagi atau tidak. Mungkin kami akan mencuba tempat lain pula lain kali....
Setelah itu kami menuju ke Nusa Dua, ke tepian pantai. Kami akan Teluk Penyu pagi itu....
Di tepian pantai, di situ kami dapat lihat ada pelbagai aktiviti yang boleh kami lakukan.... Tapi satu-satu dulu ya, jangan gopoh. Masih punya masa untuk memikirkan aktiviti apa yang ingin kami lakukan.
Pertama, kami menaiki bot menuju ke Pulau Penyu, tetapi untuk seketika bot berhenti dan kami berpeluang memberi 1 spesis ikan makan roti! Cantik ikan-ikan itu, cuma sayang aku cuma dapat lihat satu jenis ikan sahaja. Mana pergi spesis ikan lain?
Tiba di Pulau Penyu....
Peramah pula pekerja di situ... tetapi suka sangat menyakat Yana. Kasihan Yana. Dia yang geli memegang haiwan-haiwan di situ asyik menjadi mangsa pekerja di situ.....
Di situ ada penyu, enggang, iguana, ular, helang, kelawar. Tetapi aku sangat kasihan dengan Si Penyu Gergasi (memang besar!). Mereka ditolak-tolak seperti dipaksa untuk menjadi tontonan para pengunjung. Kasihan....
Setelah itu aku minum teh botol sementara yang lain menghirup air kelapa muda.... Enak menyegarkan.... Aku yang sebenarnya kurang gemar, tetapi turut merasa.
Tiba di pantai.....
Ok, aktiviti selanjutnya....
Kami semua bersetuju melakukan aktiviti 'Flying Fish'.... Eleh konon ikan terbang. Mana ada ikan terbang di sana... Tapi memang kami berterbangan di awan.... Seronok rasanya berada di atas.... Aku naik bersama Kak Imah.... Fuuuuhhhh kalau ada peluang nak naik lagi! Belum pasti di Malaysia dah ada ke tidak.... Mereka kata tidak ada, entahlah aku kurang pasti....
Yana seorang tidak naik. Dia bersama Pak Yasa mengambil foto kami... Alah aku masih tidak dapat foto itu daripada Yana dan Kak Ezz.. Mmmmm aku nak juga lihat foto di awan...
Sebelum dirawat...
Selepas....Ooopsss daguku sudah berlapis?! ish ish ish....
Dari Taman Sari kami makan petang (tengahari sebenarnya).... Aku gundah.... Malam nanti agaknya dah kekenyangan tentu tak makan di Jimbaran.... Hehhehe tetapi mereka kata aku pasti makan.... Sela masa makan petang itu adalah 3 jam, itu yang kufikirkan....
Kemudian kami ke Uluwatu. Terus ke arena... Mahu nonton Kecak - kisah Rama Sita.....
Sesi foto sebelum teater bermula
Pak Yasa Asmaraputra
Tetapi aku lebih terkesan Kecak di Ubud..... Aku masih samar-samar lagi kala pertama kali kumelihat Kecak pada tahun 1986 - tika itu aku berusia 8 tahun. Tetapi kerana itu keingin
Rama, Laksmana dan Sita
Seusai nonton, Pak Yasa membawa kami ke rumahnya! :) kami bertujuh senyum-senyum di dalam van. Benar dia memperkenalkan kami kepada keluarganya - Mbak Puri, Yoga - Yasa Jr. dan Maheswari..... Comel Mbak Puri, adik Pak Gede.
Setelah itu kami ke Jimbaran, makan malam di sana... Kan betul, akhirnya aku makan juga... Masih berselera rupanya! Hahahha.....
Malam itu kami tidak jadi ke Gramedia, ya esok sahajalah. Kami akhirnya terus menuju ke Ubud -Villa Jening. Aaaaahhh aku rindu sama villa itu. Suasana di situ.
Tanpa kuduga kami bertemu lagi dengan Pak Wayan. Wayan apa ya? Aku lupa tanya nama penuh dia. Dan seperti biasa aku akan minta centong! Hahahha :P Kali ini minta ember juga.... Hahhahah.... Lucu pula bila diingat-ingatkan... Hahhah kasihan Pak Yasa yang tercari-cari.... tapi memang diusahakan juga...
Kali ini kata Pak Yasa, anak pemilik villa itu (orang Jerman) ada. Namun malam itu kami tidak ketemunya.
Aku sekamar dengan Kak Iza, Kak Zal dan Kak Linda. Yang lain di kamar sebelah... Ahhhh aku senang betul di sini! ;)
Khamis, 16 April 2009
26 Mac 2009 Hari Nyepi - 6 Dara Menyepikan Diri... Iyakah menyepikan diri?
Pelbagai cerita dan seperti biasa aku ini pendengar setia kepada segala dongengan yang disampaikan. Cerita indahkah, cerita burukkah, cerita seramkah, apa sahajalah... :) aku akan tetap setia mendengar omelan orang lain.... Itulah aku. Cuma memang kadang-kala aku tidak dapat mengekalkan apa yang kudengar di dalam fikiranku... Hehhee itu yang membuat adikku geram... Hahhahha maaf Din!
Pulang ke villa semula. Bersiap-siap ke S.P.A.... hahahhaha terjebak juga aku dengan acara ini. :P ish ish ish.... ya akukan mahu melepaskan lelah di kota lumpur! rehat sajalah! :)
Sepulangnya apalagi kami makan petang. Juadah kegemaran kami sepanjang di Bali itu tidak lain dan tidak bukan adalah Maggie Mee dari Kuala Lumpur dan juga Indo Mee dari Indonesia, roti dan serunding serta buah-buahan... Mmmm kalau lama lagi, bisa kurus aku! Hehhehe....
Dari petang hingga ke malam itu, kerja kami hanya berkongsi cerita sambil menonton tv. Cerita Sangkuriang yang tidak habis kami nonton. Tetapi jika cerita itu mengikut versi asal, mungkin juga kami nonton hingga habis. Kemudian filem Inggeris yang kulupa judulnya, kemudian filem I Am Legend. Menarik juga, tetapi sekiranya aku berada di tempat Will Smith, aduhhhhh bosan yang amat jadinya aku! Kemudian sebuah lagi filem sehinggalah kami semua berundur merebahkan diri, TIDUR!
Sabtu, 11 April 2009
26 Mac 2009 Hari Nyepi

Selasa, 7 April 2009
25 Mac 2009 Menjelang Hari Nyepi
Di pekan Seminyak itu, kami lihat ada 2 Ogoh-ogoh yang besar. Ogoh-ogoh ini adalah patung simbol kejahatan yang akan dibakar malam nanti di pantai. Dengan membakar ogoh-ogoh ini membawa maksud akan membuang segala kejahatan dan keburukan yang ada dalam diri dan sekeliling untuk sempena tahun baharu, lusanya nanti. Ya perayaan Hari Nyepi ini adalah sempena tahun baharu keesokan harinya. Tahun baharu dengan azam yang baru dengan kejernihan dan kebersihan diri dan dunia yang baru. Semoga sirna hilang dan sinar menjelma!
Kami menanti dan menanti dengan penuh setia....Semakin senja barulah para penduduk yang diketuai orang kuat pura (sami) akan berarak ke pura berhampiran memohon restu untuk memulakan acara.

Tunggu punya tunggu, dah hampir jam 9 malam barulah ogoh-ogoh berarak di sekitar pekan... Tapi kami hanya menunggu sehala sahajalah, tidak larat hendak menunggu, takkan nak mengekor pulakan, walaupun sebenarnya hati aku ingin menyaksikan pembakaran ogoh-ogoh di pantai dan mengetik gambar! Mmmm tapi teman-teman menasihatkan agar membatalkan sahaja niatku itu kerana mana tahu upacara itu habis lewat dan bagaimana mahu pulang kerana jam 12 tengah malam mesti sudah sampai di villa. Kerana semua orang tidak dibenarkan berkeliaran tepat jam 12! Jika tidak akan ditangkap!!!
Ok kami pun pulang dan menonton televisyen.... Aku tidak tunggu lama kerana mata mengantuk sangat, berundur diri dalam senyap dan terlelap. Manakala yang lain-lain masih lagi berbual hangat! :)
Sabtu, 4 April 2009
25 Mac 2009 Villa Seminyak
Jumaat, 3 April 2009
25 Mac 2009 Ngurah Rai
Khamis, 2 April 2009
25 Mac 2009 KLIA
kak imah dan yana duduk di biz class, katanya 3orang sahaja ada di sana. dia cuba nak membawa kami ke sana, heheh tapi tak bolehlah. of course cannot! hihkhikhikik...
Rabu, 1 April 2009
250309 Dari Gombak ke KL Sentral
6.30pagi kami keluar rumah dan menunggu teksi di depan Sekolah Menengah Chong Hwa. Setelah hampir setengah jam tidak mendapat teksi dan meragui sempatkah kami tiba awal di KL Sentral kerana jalan di hadapan sesak, akhirnya kami melintas dan menunggu teksi di hadapan Petronas. :( Entah apa kesukaran pagi itu.... Teksi yang kami tahan semuanya nak kenakan kami. Mereka nak duit lebih, ada ke nak pergi KL Sentral nak RM20! Gila! Ada 1 teksi tu, nak hantar sampai KLIA, katanya nak hantar ke KL Sentral jalan sesak. Apa ingat kami ni bodoh ke? Padahal aku hari-hari pergi kerja ikut Jalan Mahameru ke pejabat. Habis tu jalan nak ke KLIA tu tak sesak ke, Jalan Ipoh tu pun sesak juga! Aku tahulah macam mana perjalanan ke arah KL Sentral tu. Pemandu teksi tu berlalu, tetapi tiba-tiba patah balik. Kali ini dia kata boleh hantar ke KL Sentral tetapi tak mahu ikut meter, nak kenakan bayaran RM20 juga! Aaaaahhh dum! Aku terus tutup pintu dia, aku rasa kuat juga. :P Geram!
7.15pagi barulah kami dapat teksi yang sudi hantar kami ke KL Sentral dan aku awal-awal lagi tanya pemandu teksi tu, ikut meter ke? Ok. Alhamdulillah. Dalam masa 30minit, kami dah sampai di KL Sentral! Dengan harga meternya cuma RM10 sahaja.
Check-in di situ sementara Kak Linda ke Bank Harimau.... Adus gajiku belum masuk lagi... Hohoho.... Tukar sedikit RM kepada matawang USD. Mmmmm ciputnya! Tukaran matawang asing hari itu RM1=USD3.72... Duit Rupiah aku tak dapat nak tukarkan, kerana CIMB dah kehabisan wang Rupiah. Kak Linda pula sedikit risau dan hampa kerana kad harimaunya ada sedikit masalah. Ok, dengan fikiran yang positif, kami berharap di KLIA akan bereskan segalanya dengan selamat! Chaiyo!