Sudah bertahun aku tidak pulang ke Kg. Melaka, Jalan Bagan Tengkorak, Tanjung Karang. Beberapa kali perancangan ingin pulang mengekori ibuku tidak kesampaian... Pernah sekali, sudah siap berangkat, tapi macam-macam perkara berlaku yang memaksa kami berpatah balik- kunci tertinggal, kereta meragam, tayar pancit... Jadi kami pulang ke rumah semula. Mungkin hari itu tidak diizinkan kami pulang ke kampung. Kampung halaman Bonda.
Di situlah Atuk, Ismail Talib dan adik-b
Setelah siap di bina, kami acapkali pulang ke kampung... Mmm seronok juga!
Dikelilingi pohon kelapa. Di belakang rumah ada buah limau bali yang besar-besar! Aku suka sekali terlompat-lompat memetik buah... Kadang-kadang mengait mana yang boleh. :P Nak panjat pokok tak pandai, hohoohoo..... Mmmmm pernah ke seumur hidup aku ni, memanjat pokok ? mmmm tak pastilah!
Pinggan mangkuk Wan yang lama-lama kami bawa pulang dan digunakan di sana. Dapur kecil-mongel untuk memasak ala kadar tapi amat menyelerakan kami. Ulam-ulaman, sayur di rebus, ikan panggang, sambal belacan. Belimbing buluh yang banyak sering menjadi perhatianku, pasti akan menjadi lauk utamaku. Pucuk betik di tepi kali.
Kami akan makan tengahari dengan desir angin yang menyelak daunan kelapa!
Kalau malam, akan ditemani rembulan dan nyalaan lilin di ruang belakang rumah...
Enak betul! Sejuk nyaman.
Sesekali sanak saudara datang menjengah kami, berlaung !
Tetapi sayang rumah itu sudah tiada lagi.
Bonda sudah membina rumah batu tetapi tidak seperti rumah batu biasa, masih berwarna kelabu - warna simen, tidak bercat -memang sengaja tidak dicat. Berlantaikan simen berwarna merah, seperti warna lantai rumah Wan di Kg. Bandar Dalam sebelum kami rombak rumah itu.
Rumah baru ini lebih hampir dengan jalan. Terkelihatan di bahu jalan tidak seperti dahulu, yang lebih jauh ke dalam dan agak mencabar perjalanan dengan kereta nak masuk ke rumah lama dahulu.
Rumah baru ini dikelilingi pokok kelapa sawit pula... Sewaktu tiba di rumah, ada orang sedang mengumpulkan kelapa sawit memasukkan ke dalam lori... Oooppsss lupa pula ambil foto mereka! Issshhh apalah Melor ni. Yelah, aku ni tidak pernah melihat setandan kelapa sawit pun, inikan pula bertandan-tandan, ceh rugi betul!
Kali ini bukan aku dan Bonda sahaja pulang, tetapi ada Kak Lela, teman Muka Buku Bonda dan juga Cik Tini,
Ohh ye Jingga juga kami bawa bersama! Ini kali kedua Jingga mengikuti Bonda ke sini...
Setiba di rumah, kemas-mengemas, masak-memasak (kak lela yang masak -sedap tul!), internet-berinternet sampai pening macam nak demam (kerana sangatlah lembab dan asyik terputus, jadi bingung dan berat sekali kepala). Akhirnya aku terkapar juga... Hahhaha :p tiduran dahulu....









