Rabu, 20 Januari 2010

19 Disember 2009 Masih lagi bersiap sedia... Syukur 60 SZI

Daun kAduk yang Bonda petik dari rumah Uwan...



kemas -mengemas...
tapi sebenarnya.....

Petang itu aku, Birul dan Bonda ke Jeumpa D' ramo..
apalagi kerja kami mengemaslah... untuk acara esok pagi. tina dah ada menunggu kami tiba.
petangnya cik salmah dan adik muncul... malamnya pula kak lela bersama kakaknya...
terima kasih juga pada kamal yang ok sahaja atas apa permintaan kami....




mmm pokoknya, adik dan aku bersengkang mata... kemudian aku 'surrender' dahulu, sudah tidak tertahan mata nak meneman adik... kasihan dia... apa-apapun din, lazat..... ;)

Selasa, 19 Januari 2010

18 Disember 2009 Rawana



Dari Bangsar kami ke Dewan Filharmonik.
Ingin menonton Dramatari Rawana.
Diarahkan oleh Roslee Mansor.

Kali ini watak utama ialah tentang Rawana. Selalunya kita bercerita tentang Rama dan Sita. Tetapi pengarahnya cuba memberi sentuhan kepada watak utamanya Rawana pula.

Tertembung dengan Kak Zah dan suami, Yunus, Mira, Zila dan beberapa orang teman yang kukenali dari tempat kerja lamaku...
sudah lebih 3 tahun aku meninggalkan tempat itu... rindu sekali dengan teman-teman... di sana di penuhi gelak tawa walau adakala kami dalam keadaan kekalutan...

oopps lari topik...

abang iz menjadi rawana. mmmm seram juga lihat wajah rawananya... kalau lalu sebelah berderau juga... hmmmm teringat juga sewaktu menonton rama sita di jogja. rasaksa-rasaksa rawana betul-betul lalu di sebelahku... aduhai!

menarik bila mana 7 orang membawakan watak rawana (6 sampingan yang melambangkan kekuatan dan keperkasaannya) namun setiap yang perkasa ada kelemahan masing-masing. baru ku tahu bahawa rawana mempunyai kelemahan di hidung! kerana aku hanya membaca 1 buku ramayana dan tidak terjumpa petikan itu... alaahhh sekadar membaca yang diringkas, mana nak jumpa. (ni yang membuatkan ingin mencari buku yang lebih lengkap).

baru ku tahu juga asal usul sita. rawana yang menyangka sita adalah anaknya telah mengarahkan 'bidan' untuk membunuh sita bagi mengelakkan dirinya terpesona akan kecantikan sita bila dewasa nanti. tetapi... sita tidak dibunuh, tetapi dihanyutkan...

setelah meningkat dewasa sita menjadi isteri rama (:P sudah lupa bagaimana sita bertemu dan berkahwin dengan rama --> kena baca semula buku...uhhuhuh)

di dalam pembuangan, rama, laksamana dan sita tinggal di dalam hutan.
kerana kedegilannya yang mahukan merak (tetapi dalam buku dan kebanyakan cerita yang kudengar dan kulihat teater wataknya ialah kijang) membuatkan rama memburu merak itu, dan dengan helah rawana dan bujukan sita, laksamana yang ditugaskan rama untuk menjaga sita telah mengingkari janjinya pergi mencari rama yang disangka tercedera....

sita tertawan akhirnya...
hanuman datang menyelamatkan sita dengan membawa cincin rama sebagai bukti.
berperang dengan raksaksa-raksaksa rawana... sudah tentulah hanuman yang perkasa itu berjaya membolos diri dengan helah-helahnya...

akhirnya sita kembali kepada rama...
kesudahan yang ceria... seperti biasa...

selepas itu persembahan tarian dari sabah dan sarawak.

sedikit 'tergugah' kerana pada pandanganku, tidak sesuai dramatari rawana di kesinambungkan dengan persembahan tarian. seperti anti klimaks. adalah lebih baik jika dramatari diperpanjangkan dan persembahan tarian berada di dalam ruang programnya tersendiri.
kerana dramatari itu ada kekuatannya sendiri, dan persembahan tarian itu juga ada daya tarikan tersendiri.
walau bagaimanapun, aku tetap suka menonton... cuma tidak puas, terutamanya dramatari itu...

ada beberapa tarian yang tidak pernah kulihat... dan banyak yang pernah ditonton sewaktu aku bekerja di ASK. (maaf, aku masih gemar menyebut sedemikian, lebih nostalgia...)...
sangat menarik terutama tarian-tarian yang tidak pernah kulihat. ada lagu yang nadanya pantas tetapi gerakan wanita-wanitanya tetap anggun, ayu bersopan. aku kagum!
kerana walaupun nada lagunya deras, pergerakan mereka tidak sepantas nada-nada lagu!
kelas betul!
kalau pada zaman sekarang pendapatku, jika lagunya pantas, biasanya tarian juga pantas dan terkinja-kinja.... tetapi ini jauh berbeza!




Sabtu, 16 Januari 2010

18 Disember 2009 Persediaan SYUKUR 60 SZI

Selamat hari lahir Bondaku!
hari itu genap usia Bonda 60 pada petang hari...







Di permulaan hari menyiapkan segala barang-barang yang ingin dibawa ke Jeumpa De'ramo.
berangkat ke JDR, Jalan Maarof, Bangsar.
bertemu yang terlibat, berbincang serba sedikit.

Kemudian Kak Lela, Bonda dan aku ke Restoran Rebung di Bangsar.




Enaknyaaaaa....... Kenyang sekali, alhamdulillah... Terima kasih Kak Lela kerana belanja kami petang itu...

Selamat hari lahir Bonda!

01 Disember 2009 Sogo

Pulang kerja putar-putar ke mmm... Sogolah. Itu yang terdekat...
Tujuan : mencari hadiah untuk si kecil... ;)

Mmmm lebih berpuas hati berbanding di Bandar Tengah Kuala Lumpur...
Lebih banyak pilihan, lebih berpatutan.... Lebih gembira dengan pilihan yang ada... ;)
Membeli untuk Si Ibu dan Si Anak....

30 November 2009 Persendirian...

Hari itu 30 November 2009.
Penghujung hari untuk November. Ada tinggal 1 bulan untuk menamatkan tahun 2009.

30 November 2009...
mmm 30 November 2009...

Pagi-pagi lagi aku telah tiba di Bandar Tengah Kuala Lumpur.
Beli tiket wayang :
i. New Moon
ii. 2012
Aku terus ke tingkat atas, ke Dewan Makan Rasa. Aku memilih meja berdekatan dengan eskalator, kedai mamak dan kedai kuih-muih.
Pagi itu aku bersarapan teh tarik, nasi lemak dan 2 kuih.
Mmm ramai juga orang bersarapan pagi itu ya.
Setelah makan aku mencatat juadah di kedai itu. Menarik! Kerana 98% adalah kuih tradisional.
Orang - orang di meja sekelilingku menoleh sesekali.
Mmm anehkah?
Melihat aku seorang, melihat aku sedang mencatat, melihat aku yang asyik tertoleh-toleh ke kedai itu memandang kuih-muih di dalam rak kaca....
Heheheh...
Seusai makan aku ke Kampong Tanjong Keemasan...
Yea... aku akan menonton New Moon! Seronoknya nak bertemu Edward dan Jacob...
Tak sabar rasanya. Setelah penantian selama setahun lebih.

Di dalam ruang panggung, wahhh penuh sekali!
huhuhu terharu, sedih, geram,lega, ketidak puasan hati, gembira.... semuanya ada di dalam cerita New Moon.
Tak sabar nak lihat buku yang ketiga Stephanie Meyer.

Keluar dari panggung, menerima panggilan misscalled bertalu-talu. Akhirnya ku hubungi no.itu.
Menurutnya sepupuku telah selamat melahirkan bayi perempuan. Alhamdulillah, gembiranya aku!
Ok sambung dulu cerita kedua: 2012
Waaahhhhh!? nak nonton filem kedua pula ya... ;P

Keluar dari panggung, pesanan ringkas menjelma berderet-deret....
Kuhubungi Ayah Ngah dan Maksu.... Ohhh...
:) aku sudah ada anak buah. Cicit Opah yang pertama dalam keluarga kami...
Nor sudah selamat melahirkan bayi perempuan. Makcik sudah jadi Opah! Hhehehhe Opah Rock gitu....

Mmmm putar-putar lagi di sekitar, tetapi tidak jumpa yang kuinginkan untuk dihadiahkan kepada sepupuku dan puteri sulungnya.... Aduhai cerewetnya aku... Apa yang susah sangat nak jumpa. Ahhhh esok sahajalah, beli di Sogo sahaja sepulang dari kerja... Sana lebih banyak pilihan berbanding di Bandar Tengah Kuala Lumpur.

Pulang marilah pulang marilah pulang seorang-seorang... :)

04 Disember 2009 Teman-teman CS




Malam itu aku dan Ayeen bertemu teman-teman sekelas sewaktu di SMCS.
Putar-putar akhirnya jumpa juga Paparich Sri Rampai.
Seni dan Arniza telah lama tiba.
Aku, Ayeen dan Mardiah datang serentak.
Mardiah membawa Sasha... heheehhe pendengar setia cerita makcik-makcik... hikhihkihk.
alah dia bukan dengar sangat pun apa yang kami bualkan, apa yang kami ketawakan.... Sasha dengan dunia dia sendiri.

Kami seronok jika tiap kali pertemuan itu ada Seni dan Sasha. Mereka memang penyeri majlis.
Seni dengan cerita-cerita yang melucukan. Cerita serius pun jadi lucu. mmm macamana ya?
Sasha pula dengan keletahnya... ihkhhkk...

Malam itu Sasha membuat teh tarik dan memasak katanya. Habis air-air ibunya di adukkan...
Sasha tetap comel! Di depan lensa dialah yang keletah.....
Bersaing dengan Cikgu Seni dan Ibunya... hahhahhaa... Aku, Arniza dan Ayeen menjadi tukang ketawa... mmmm jika ada Rozie juga lebih menarik malam itu....

Jumaat, 15 Januari 2010

28 November 2009 Malam penutup hari

Kami tiba di Kuala Lumpur malam itu... bertemu Maksu sekeluarga dahulu, menyerahkan buah-buahan dari kampung, aku dan adik kemudiannya ke Carrefour Wangsa Maju. Adik ingin mencari barang-barang kerjanya. Kemudian bincang-bincang ingin makan malam di mana.

1. Carrefour Wangsa Maju -tidak
2. Kedai Johor Wangsa Maju - tidak
3. Sate Samuri Wangsa Melati - tidak
4. Old Town White Coffee Platinum Walk- Tidak
5. Boraque Platinum Walk - tidak
6. Pak Li Danau Kota - tidak
7. Noodle Station Platinum Walk - akhirnya adik setuju dengan cadanganku yang ini.

Tibalah kami ke Noodle Station.
Bual-makan-bual... tibalah waktu bayar...
giliranku...
bangun namun terkaku sebentar...
mata meliar....
bual...
bayar...
din marilah pulang terus...

sekian.
begitu penutupnya malam itu...

281109
301108.....

Isnin, 4 Januari 2010

28 November 2009 Harus pulang ke KL semula...

Pintu yang memisahkan ruang tamu hadapan ke ruang tengah dan dapur...
Malam tadi kami bermalam di rumah Nyang. Ya memang permintaanku. Aku tahu Ayah terkejut. Memang aku berhajat sangat, kerana sudah terlalu lama aku tidak menjejak masuk ke rumah Nyang, aku rasa semenjak Nyang meninggal dunia pada tahun 1991. Aku masih ingat betapa 'lurus bendul'nya aku kala itu.... TOngkat Nyang

Dahulu aku selalu tidur dalam bilik ini...

Kerana takutkan senior sekolah - kakak tingkatan 5, aku gagahkan juga ke sekolah untuk latihan perbarisan untuk rumah sukan sedangkan aku tahu yang Nyang meninggal dunia pagi itu. Semua orang pulang kampung tetapi aku tetap ke sekolah!

Arrrghhh sangat lurus bendul. Padahal aku boleh sahaja bilang pada mereka di sekolah bahawa aku ada urusan keluarga, apa lagi moyangku yang meninggal... Mmmm Melor Melor.... Memang adakala hingga kini aku agak lurus bendul... Selalu terlalu mempercayai orang, dan berprasangka baik pada setiap orang. Itulah aku....

27 November 2009 10 Zulhijjah 1430 Aidiladha di Parit-Foto



Rumah moyangku sebelah Ayah. Rumah NGAH ALI... Setelah hampir 7tahun aku tidak pulang. kini ia telah diperbaiki serba sedikit oleh Tok Cu.

Juadah pagi raya oleh keluarga Tok Cu... ;) Pagi-pagi makan durian! Mmmmm pengumuman: inilah pertama kali buat tahun 2009 aku makan durian. Akhirnya dapat merasa durian Parit. Entah kenapa selalunya aku dapat merasa lebih awal durian-durian ni, tetapi tahun ini aku agak ketinggalan.... rupanya nak tunggu balik kampung baru dapat merasa durian...


Tok Cu dengan kasut but Phua Chu Kang nya, sepulang dari menyembelih lembu korban di masjid.

Mmmm teringat waktu kecil dahulu, Nyang yang akan menyembilah lembu. Ada beberapa ekor lembu disembelih di belakang rumah kami... Aku tidak berapa pasti usia ku, mungkin seawal 6 atau 7 tahun kala itu. Kami pulang berkonvoi. Seronok sangat.

Pah Nah@Mak Nah memeluk Nyang Kecik Perempuan. Pah Nah merupakan anak sulung Nyang Kecik (Hj. Talib) dengan isteri pertama. Nyang Kecik ada 9 anak. Nyang Kecik Perempuan di atas merupakan isteri kedua (mungkin, aku lupa sama ada Nyang Kecik ada isteri 2 atau 3 -Lupa!)...

Juadah makan tengahari kami. AKu makan tengahari di rumah Nyang Kecik. Ada Tom Yam campur, Gulai Ikan (ikan ada 2 jenis), Ikan Masin Goreng dan Sambal Belacan. Enak belaka! Nak tambah nasi banyak kali segan pula....
Lelaki-lelaki makan dulu... Kemudian baru orang perempuan... Meriahnya, dah lama aku tak merasa dan melihat sebegini di dalam keluarga ku... Mmmmmm seronok betul bila balik kampung.... Nyang gembira melihat ramai yang pulang termasuk aku...
Cik Eli, Tok Mamat, Adik dan Tok Yang.... (Tok Yang dan Tok Mamat adik-beradik - si alang dan si bongsu, Cik Eli anak Tok Yang)
Basikal tua siapalah ni? Mmmm mungkin arwah Nyang Kecik (Hj. Talib) yang punya...


Bersama Cik Eli, 2 pupu Ayah...

Setelah berhari raya di rumah Opah Som, adik Opahku dan kakak Tok Cu...