Sabtu, 6 November 2010

06 November Nothing Else Matters oleh Apocalyptica

Dari zaman kolej aku tak pernah jemu dengar lagu-lagu yang dimainkan oleh mereka...

">

Jumaat, 5 November 2010

05 November 2010 Menonton.... sambungan lagi dan lagi.... Harry Potter

7. Harry Potter

Siri buku lengkap Harry Potter (hmmmm tak baca lagi, walaupun ku punya buku 1 dan 2)
  1. Harry Potter and the Philosopher's Stone (26 June 1997)
  2. Harry Potter and the Chamber of Secrets (2 July 1998)
  3. Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (8 July 1999)
  4. Harry Potter and the Goblet of Fire (8 July 2000)
  5. Harry Potter and the Order of the Phoenix (21 June 2003)
  6. Harry Potter and the Half-Blood Prince (16 July 2005)
  7. Harry Potter and the Deathly Hallows (21 July 2007)


Dah beberapa bulan aku tergerak nak nonton semula filem-filem HP ni.... akhirnya minggu lalu aku membeli DVD dan apa lagi maraton filem lah.... tapi baru HP 1- 4 je... tak sabar nak tunggu filem ke 7 ni... wah ada 2 siri lak tu.... wohooo! november 2010 bahagian 1, julai 2011 bahagian 2 pulak ;)

1. Harry Porter and the Sorcerer's Stone - oh rupanya ini judul untuk di Amerika. Tetapi di Britain, judul asalnya ialah Harry Porter and the Philosopher's Stone.


Filem ini kutonton pada 2001.. 9 tahun lalu.
Harry pun masih kecil lagi..12 tahun waktu itu.



2. Harry Potter and the Chamber of Secrets

Kereta keluarga Weasley



3. Harry Potter and Prisoner of Azkaban






Foto kredit : wikipedia dan lain-lain website

05 November 2010 Menonton.... sambungan lagi

6. The Last Song
- Karya Nicholas Sparks. ;) Aku gemar karya-karya dia yang dah dijadikan filem. Buku ceritanya ada beberapa buah yang telah dibeli tapi masih belum jua dibaca... ;p  Kisah seorang ayah yang cuba membaiki perhubungan dengan anak-anaknya setelah 3 tahun bercerai dengan ibu mereka. Ronnie yang keras kepala masih tidak dapat menerima perpisahan kedua ibu bapanya. Adiknya Josh yang selalu positif dan menjadi orang tengah diantara Ronnie dan Ayah.  Sedih dipenghujung ceritanya. Rupanya ayahnya menghidapi sakit kanser. Dipersalahkan kerana membakar gereja yang sebenarnya bukan dia yang lakukannya. Mencipta sebuah lagu terakhir untuk Ronnie.... The Last Song.





">



    05 November 2010 Menonton.... sambungan

    3. Monalisa Smile 
    -Aku beli VCD filem ni lama dah, keluaran 2003. Teringin pula nak tengok semula. Kali ini aku tonton - aku lebih mengerti. Apatah lagi ia sedikit sebanyak menyentuh tentang pekerjaan ku. Betapa memang aku harus banyak membaca untuk menambah lagi pengetahun tentang bidang kerjaku. Ia juga mengajarku bagaimana hendak mengendali para pelajar yang bijak!


    Nyanyian Seal

    Mona Lisa, Mona Lisa
    Men have named you
    You're so like the lady with the mystic smile
    Is it only cause you're lonely
    They have blamed you
    For that Mona Lisa strangeness in your smile

    Do you smile to tempt a lover, Mona Lisa
    Or is this your way to hide a broken heart
    Many dreams have been brought to your doorstep
    They just lie there, and they die there
    Are you warm, are you real, Mona Lisa?
    Or just a cold and lonely, lovely work of art?

    (Repeat)

    Mona Lisa, Mona Lisa

    Nyanyian Nat King Cole



    4. 30 Hari Mencari Cinta
    -Di mana ya aku beli VCD ni ? Oh di Jogja mungkin, sekitar tahun 2004. Lucu sekali bagaimana 3 sahabat baik bertaruh dalam masa sebulan mereka harus mempunyai pacar. Siapa yang kalah perlu menguruskan rumah sewa mereka. Bono yang polos. Mmmm Luna Maya pun ada dalam filem ini.
    -Setiap kali aku pegang kotak VCD ini, aku teringatkan VCD Eiffel I'm In Love- hilang entah ke mana VCD ni. Huhuhuhu antara VCD kegemaran ku.... Bonda pun terkekek menonton cerita ini.

    ">

    • Maria Agnes sebagai Olin, Vino G. Bastian sebagai Erik, Luna Maya sebagai Barbara, Dinna Olivia sebagai Keke, Revaldo sebagai Bono, Rionaldo Stockhorst sebagai Axel dan Nirina Zubir sebagai Gwen
    tenanglah-tenang, dia kan datang....


    5. Notting Hill
    -Aku suka babak Anna Scott dalam kedai buku William Thacker


    "The fame thing isn't really real, you know. And don't forget, I'm also just a girl, standing in front of a boy, asking him to love her."



    5. Breakfast at Tiffany's

    -Filem adaptasi daripada novel karya Truman Capote. Kisah persahabatan di antara Holiday Golightly dan Paul Varjak @ Fred sang penulis.

    ">




      05 November 2010 Menonton

      Dua minggu ini pelbagai filem yang aku tonton.... Bukan di panggung, tetapi di rumah. Melihat filem di kaca televisyen. Kadang-kala bersama Bonda, kadang-kala bersama Adik, ataupun sendirian. Buat stok gelak-gelak menggembirakan hati dan sedikit 'adventure'...

      Oh beberapa minggu sebelum tu.. Nonton cerita Eat Pray Love bersama teman-teman sepejabat selepas waktu kerja...

      1. The Devil's Wear Prada
      2. Monalisa Smile
      3. 30 hari mencari cinta 
      4. Notting Hill
      5. Breakfast at Tiffany's
      6. The Last Song
      7. Harry Porter 1
      8. Harry Porter 2
      9. Harry Porter 3
      10. Harry Porter 4

      Dan semalam 4 November 2010, aku, Zetty dan Mira menonton 'Life as we know it' di Pavilion KL.


      Ulasan, kenanganku :
      1. Eat, Pray, Love
      - buku cerita ini beberapa kali aku pegang, letak balik, pegang, letak balik setiap kali aku ke kedai-kedai buku. tangguh-tangguh beli. tapi 2 minggu sebelum filem ni ditayangkan, akhirnya aku beli juga buku ni.
      memang aku gemar membaca kisah yang benar - non-fiksyen. yang membuat aku terfikir-terfikir tentang kehidupan seseorang dan adakala membuat perbandingan dengan hidup dan persekitaran aku.

      - tapi sampai sekarang, tak habis lagi baca buku tu. ceh! padahal aku suka baca buku tu ---> pokoknya tengah asyik baca buku lain pula....


      i. Itali   - Semoga suatu hari nanti akan tiba juga ke sana. 
      ii. India - Teringin juga ke sana, mmmmm terutamanya ingin melihat Taj Mahal di hadapan mata
      iii. Bali

      -nonton cerita tu, buat aku makin kangen sama Bali! huhuhuuh.... Tahun 1986, pertama kali aku ke Bali bersama Bonda, Adik, arwah Wan dan Mak Lang Nim. Bonda jarang ada bersama tika tu -ada kerja. Jadi kami yang lain-lain berjalan bersama keluarga ibu Imin yang sama-sama bertolak dari KL. Aku, Adik, Azmi dan Nizam menjadi kawan baik, gaduh, merajuk sewaktu di Bali.

      2008 tiba-tiba cadangan ke Bali diusul oleh Kak Inda. Wohoo! Setelah hampir 22 tahun, akhirnya aku ke Bali lagi! Kawan-kawan sepetualangan ke Bali - Kak Inda, Kak Iza dan Kak Zal....kemudian perjalanan ke Bali pada tahun berikutnya ditambah lagi : Kak Imah, Kak Ezz dan Yana. Tambah meriah! Apa lagi dengan adanya Pak Yasa, 'guide' kami... Hheheehehe... Pandai, dia pilih pemandu van yang pendiam, supaya dia dapat berceloteh dengan kami! hohoho....

      ">




      ">

      arghhh bila aku nonton trailer di atas, aku terasa ingin nonton filem ini semula!
      dan juga sambung baca bukunya. ;)
      Elizabeth Gilbert

      Ohhh rupanya Elizabeth Gilbert telah menulis artikel di atas yang
      akhirnya mencetuskan ilham untuk filem 'Coyote Ugly'.
      Dia pernah bekerja di Coyote Ugly Saloon

      Petikan dari website Elizabeth http://www.elizabethgilbert.com :

      Readers of EAT PRAY LOVE sometimes ask if I am still in touch with the people I met along the way during that journey, and I am delighted to report that I am in close contact with all of them. In fact, I even married one of them (that nice Brazilian fellow, of course, who now lives with me in New Jersey, bless his heart.) I also make it a point to visit LUCA SPAGHETTI in Italy whenever possible - and we spent Christmas together on my parents' farm a few years back. My language-partner twin Giovanni is thriving in Rome in his career as a journalist, and he came to New Jersey not long ago to visit me during a Bruce Springsteen pilgrimage. My dear friend Iva Nasr -- who, in EPL, encouraged me to write a petition to God about my divorce -- is, luckily enough, available to guide others these days in a similar fashion. Check out her website. Sofie from Sweden is happily dividing her time between London and an evolving love story in America, and she and I try to meet up somewhere in the world, whenever we can. Yude is still living in Indonesia, working as a tour guide and making music. Best of all, both Ketut Liyer and my friend Wayan the healer are absolutely thriving. Please do go visit them if you are ever in the town of Ubud, Bali. They would be most happy to receive you, and anyone in town can point you in their direction. If you need a guide in Bali, contact my sweet friend Mario at the Ubud Inn, at mariourip@yahoo.com.

      Bacaan yang dibeli di Gramedia Bali

      Makan-makan di Times Square bersama Kak Inda sepulangnya dari Bali. 



      2. The Devil's Wear Prada
      - Dari novel juga. Belum beli apa lagi baca.
      - Watak Andy, Miranda, Nigel, Emily sangat berkesan, mengingatkan aku pada ...................... ;)
      Lauren Weisberger (lahir 1977) - Penulis TDWP.
      Sumber foto :http://www.laurenweisberger.com/bio.php  


      Kulit Buku

      Emily Blunt sebagai Emily
      -Aku suka fesyen ni, cantik! Mmmm aku boleh pakai 'inner'
      Poster filem
      Meryl Streep sebagai Miranda, Anne Hathaway sebagai Anrea
      - Aku suka susun atur bingkai foto di pejabat Miranda....
      hhhhheheh sekarang ni di pejabat ku punya teman baru bernama Miranda.... ;)
       ">



      Beberapa Sumber foto : Wikipedia



        05 November 2010 Pulas

        Dari malam tadi memulas-mulas. Aduh... Mmm tulah semalam makan-minum tak menentu, macam-macam. Ish ish ish...

        Semalam :
        9.00 pagi              
        Roti telur + baked beans + Salad dressing + Timun + Nescafe

        12.45 tengahari      
        Nasi putih + Ikan kembung dan belimbing buluh masak lemak + Rebung masak lemak + Sambal belacan + Secuit kambing masak ..... + Secuit kari ayam + Air masak

        4.30 petang
        Donut + Kentang goreng + Kepak ayam goreng + Strawberry Milkshake

        8.00 malam
        Bertih jangung + Coke

        10.00 malam
        (Caramel coffee ice blended+ Whipped cream + Marshmallow ) + Setengah pai ayam

        Arrghhhh.... aduh, semua makanan dan minuman berlemak, berkolesterol tinggi. Menjadi pula komen En. Nizam sewaktu terserempak di kafe tengahari semalam semasa melihan pinggan makan ku, "Hari ini menu makanan berlemak ya ?" hohohohoho masin pula mulut En. Nizam. :P

        Hasilnya ....

        Isnin, 11 Oktober 2010

        11 Oktober 2010 Keluar mulut harimau masuk mulut buaya ?

        Apa yang kufikirkan ?
        Banyak.... berbelit-belit.... putar sana putar sini... masih pulang ke tempat asal... huh.
        Masih mencari jalan keluar - pening. 3 minggu berlalu memberi kesan yang sangat tertusuk...

        Rasa yang sangat 'demotivated' tapi masih juga terus bertahan. 

        Ku bawa pulang kertas berhelai-helai selama 2 minggu. Tapi tidak ada satu pun ku kerjakan. Buntu. Aku akan hanya kerjakannya di ruang kecilku yang sarat dengan kertas-kertas yang menggunung - tapi ia akan tergendala bila di tambah lagi dengan gangguan-gangguan kecil yang menuntut kesegeraan.

        Aku makin buntu. Rasa sangat sarat. 

        Jika mencari ruang baru, adakah aku akan hadapi perkara yang sama - berulang lagi ? Di mana-mana ada sikap berkepentingan sendiri ? 

        Adakah jika keluar mulut harimau akan masuk mulut buaya ?

        Jumaat, 17 September 2010

        28 Ogos 2010 Jejaki Keluarga di Galogandang dan Turawan III Kota

        Dari malam tadi kami berbincang-bincang rencana hari esoknya...
        Akhirnya pagi itu kami berdua menaiki motor Ayah Kak Sil menuju ke Galogandang...
        Wah dari Batusangkar kami menuju ke sana.
        Merentasi desa-desa... Melalui Rao-rao melihat rumah keluarga Pak Firdaus Abdullah (menurut kak Sil lah), rumah berwarna hijau itu. Menyelusuri sawah bendang, wow, kiri kanan gunung-ganang. Ada Gunung Singgalang dan Gunung Merapi... :) INdah sekali, hijau-hijau-hijau, langit pula biru-biru-biru. SEGAR YANG AMAT!

        Putar sana-sini, akhirnya kami tiba di tugu masuk ke Galogandang. Ada belanga di atas tugu itu.... Alhamdulillah tiba jua aku ke kampung halamanku.... ;)

        Di sebuah balai raya (POSKO) kami bertanya kepada seorang pakcik yang duduk di hadapan Posko itu. Kenalkah seseorang bernama Baiyah, Rasyad ? Aku tunjukkan foto-foto yang dibekalkan Bonda. Ada beberapa keping yang kubawa bersama....
        Kata Pakcik tu, dia tidak kenal orang bernama Baiyah -orang di dalam gambar tu pun dia tidak kenal. Tetapi pernah dengar ada keluarga yang di kampung itu ke Kolang (yang bermaksud Kuala Lumpur- Sungai Kelang) dan dia akan membawa kami ke rumah orang yang membuat tembikar - kerana aku menyebut-nyebut tempat orang membuat tembikar (pesanan bonda juga). 

        Bermula dengan Pakcik itu seorang, seorang demi seorang mampir ke arah kami dan melihat  foto-foto yang kubawa, tertanya-tanya siapa kami dan mengapa kami ke sana... Berbahasa Minang pakek (pekat)- ada yang kufaham ada yang ku tak faham. Kemudian salah seorang penduduk kampung tu membawa Pakcik itu dan menunjuk arah ke rumah pembuat tembikar...

        Di sana kami diperkenalkan dengan isteri tuan rumah tersebut. Seorang demi seorang jiran-jiran mendekati kami -ya tentunya wajah ku wajah orang luar.... Ku keluarkan foto-foto termasuklah sekeping lagi foto yang dari tadi kusimpan dan tidak ditunjukkan... Setelah melihat foto yang sekeping itu, Pakcik tu terperanjat. Kemudian Pak Eddy yang mungkin saudaraku itu pun keluar dari rumahnya.... Pakcik itu berkata kenapalah aku tidak keluarkan foto itu dari tadi (sewaktu di Posko). Rumah nenek yang ada dalam foto yang baru kutunjukkan itu dekat saja dengan Posko tu.... 
        Hohohho... Maaf Pakcik... :P

        Pak Eddy melihat foto-foto itu. Dia tidak kenal Nenek Baiyah & Tok Rasyad. Ibunya ialah Bainiyar, tetapi dia memang pernah dengar memang ada saudaranya yang ke Kolang. Dan gambar yang baru kutunjukkan itu adalah makcik saudaranya - Zulbaidah, saudaranya Kak Essy juga....

        Kemudian kami pun dibawa ke rumah ibunya- ibu Bainiyar. Bicara-bicara, ketemu Ibu Bainiyar, adik bongsu Pak Eddy, ibu El, kemudian Pak Dasrel, Pak Cumano. Mereka tunjukkan majalah Galo Berger yang ada berita tentang keluarga kak Essy. Kemudian Pak Cumano menunjukkan sekeping foto yang menyatakan itu Pak Ramli, dan bertanya padaku kenalkah? Mmmm Ramli - yang terbayang ialah Ayah Kak Yen. Tapi itu bukan wajah Ayah Ramly. Lantas ku SMS Bonda. Ooohhh rupanya itu Ramli Fakeh, adiknya Shamsiah Fakeh. Laaa baru aku teringat. 




        Jumaat, 10 September 2010

        10 September 2010 1 Syawal 1431

        Alhamdulillah.
        Hari ini sudah masuk 1 Syawal 1431.
        Selamat Hari Raya Aidilfitri ! ;)

        Sekarang ini sudah jam 12.58 pagi.
        Tadi jam 11.30 malam 9 September 2010, orang-orang kampung dari Madrasah Tarbiyah telah datang berziarah dan bertakbir Hari Raya.... ;) itulah rutin saban tahun. Cuma ada sekali yang orang tidak datang berziarah, rasanya 3 tahun lepas. Dan bonda sangat sedih kerana mereka tidak berkunjung. Yelah daripada aku kecil hingga dewasa setiap tahun mereka datang, tapi pada tahun itu mereka tidak datang. Esoknya bila ditanyakan kepada pakcik ku yang salah seorang antara mereka yang berziarah kata mereka rumah kami gelap.. heheheh memang pun... :P

        Tadi Makcik juga datang... Selamat hari raya!