Pergi sudah Datuk Razif pada 8 Ramadhan....
Semoga arwah diletakkan di tempat orang yang beriman..
Kali terakhir aku melihat beliau, dia kurus betul, masih mengukir senyuman pada yang lalu dan memandangnya....
Teringat cerita Yam, yang Datuk Razif mengomel pada setiausahanya yang selalu terkeliru apabila menyebut aku dan Yam.
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=8&pg=14&ac=2308
Embargo: For immediate release
Passing of Bank Negara Malaysia Deputy Governor, Dato' Mohd Razif bin Abd. Kadir
It is with great sadness that we announce the passing of Bank Negara Malaysia Deputy Governor, Dato' Mohd Razif bin Abd. Kadir. Allahyarham Dato' Razif passed away peacefully today surrounded by family members and friends.
Allahyarham Dato' Razif joined Bank Negara Malaysia in 1976 and held several senior positions in the Central Bank throughout his career. Among Allahyarham's many responsibilities were the Chief Representative of the Bank Negara Malaysia's London Representative Office and the Director of Bank Negara Malaysia's Bank Regulation Department, the Director General of the Labuan Offshore Financial Services Authority (LOFSA) from 1999. Allahyarham also served as the first Chairman of the Technical Committee of the Islamic Financial Services Board (IFSB). Allahyarham Dato' Razif was also on Board of the International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF) and the Board of Bank Negara Malaysia.
Allahyarham Dato' Razif's contribution to central banking, and Malaysia has been immeasurable, and we would like to express our heartfelt gratitude for Allahyarham's service to the Bank and nation. Our thoughts and prayers will be with Allahyarham's family.
Bank Negara Malaysia
8 August 2011
8 August 2011
Berita Harian Online | Timbalan Gabenor Bank Negara meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Mohd Razif Abd Kadir kembali ke Rahmatullah hari ini, menurut satu kenyataan BNM.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keluarga dan sahabat handai.
Allahyarham Razif menyertai BNM pada 1976 dan memegang beberapa jawatan kanan di bank pusat sepanjang kerjayanya.
Antaranya ialah sebagai Ketua Perwakilan di Pejabat Perwakilan BNM di London, Pengarah Jabatan Pengawalan Bank BNM dan Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (LOFSA) sejak 1999.
Allahyarham pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi pertama Jawatankuasa Teknikal Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB).
Selain itu, Allahyarham juga adalah ahli lembaga Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) dan Lembaga Pengarah BNM.
"Sumbangan Allahyarham Datuk Razif kepada perbankan pusat, dan Malaysia amat besar dan kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas khidmat Allahyarham kepada bank dan juga negara.
"Bank Negara ingin mengucapkan sedalam-dalam takziah kepada ahli keluarga Allahyarham dan berdoa semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya," katanya. - BERNAMA