Khamis, 19 November 2009

19 November 2009 Orang yang berkira, berkira-kira, kura-kura, pura-pura

Aku paling tidak suka orang yang berkira.
Apa lagi soal kerja.
Kerana tidak mahu rasa sakit hati, selalunya aku akan melangsaikan kerjaku sendirian.
Tidak suka menyuruh itu ini. Tetapi adakala aku juga memerlukan bantuan, tetapi selagi mampu kulakukan, akan kuteruskan.

Semakin ramai kepala, semakin berkira - menjaga periuk nasi masing-masing.
Dahulu kata lain, kini kata lain.

Aku paling tidak suka orang yang bermulut manis.
Di depan kata lain, di belakang kata lain.

Mentang-mentang sudah 'bercerai', sudah tidak mahu 'bekerjasama'. Apa yang penting baginya, kerjanya sudah siap dan peduli apa sama orang lain. Yang penting kerjanya siap, yang lain-lain pandai-pandailah ya!

Antaranya yang ingin kukongsikan...
Situasi 1:
Pernah kulihat dan dengar sendiri yang Orang A berkata 'Saya hanya mewakili Orang B', padahal sudah terang dan nyata itu memang giliran Orang A. Tatkala itu Orang B tiada.
(aku sungguh terkejut mendengar pernyataan itu).

Situasi 2:
Orang A berkata, 'Oh, itu bukan kerja kami, itu kerja 'Bahagian Si Polan & Si Polan'.
Orang C pula berkata, 'Oh saya dengar 'Bahagian Si Polan & Si Polan' ingin bantuan? Tidak boleh, kerana itu kerja 'Bahagian Si Polan & Si Polan'. Kerja 'Bahagian Si Lala' sudah siap.

Sedangkan dahulu, Orang A lah yang membuat kerja tersebut. Dialah antara yang berpengalaman.
Tetapi sekarang tidak mahu buat lagi ?

Situasi 3:
Orang A juga pernah berkata kepada Orang D, oh itu bukan kerja kamu lagi, buat apa mahu menyusahkan diri. Itu kerja orang lainlah!
Aku berkata kepada Orang D, apakah kerja 'Bahagian Si Polan & Si Polan' ini tiada berkait rapat dengan kerja Orang A ? Tidak berfikirkah dia ? Jika Orang D tidak membuat kerja itu, apa lagi kerja yang dia boleh buat, mahukah kau wahai Orang A membuat kerja Orang D yang sememangnya ada kaitan dengan kerja 'Bahagian Si Polan & Si Polan' ?

Apakah 'Bahagian Si Lala' itu boleh bermandiri ? Mengapakah kalian bersikap sombong ?

Mmmmmm... boleh sahaja 'Bahagian Si Polan & Si Polan' menjadi 'semakin mementingkan diri' jika mahu di masa mendatang. Tetapi Bahagian Si Polan & Si Polan ini masih ada perikemanusiaan. Dan aku hanya bersabar dan menjauhkan amarahku. Aaaahhh sabar - sabar - sabar. Tentu ada hikmahnya...

Rabu, 18 November 2009

15 November 2009 Ulang tahun Opah

Mmm hari itu adalah hari lahir Opah, jika Opah masih ada, tentunya Opah akan berusia 81 tahun. Mmm... hanya ingatan dan ayat-ayat suci yang kuhadiahkan untuknya.
Mmm... dan tentunya untuk Wan juga...

Opah dan Wan, Lor sayang Opah dan Wan!

16 November - 26 November 2009 Hari-hari yang SESAK

Nasib baik aku tiada SEMPUT. Alhamdulillah kerana dikurnia kesihatan yang baik setakat ini (tetapi hari ni dah mula rasa sakit tekak -alamak, nak demam selesema kah? aduhai!)

Hari-hari yang menyesakkan sepanjang tarikh tersebut.... tak sabar nak sampai ke penghujung, 26hb Nov. 09. Cepatlah-cepat masa berlalu. Tetapi sebelum sampai ke tarikh tersebut, 'huru-hara' sedikitlah keadaan Mindaku.... Tidak mengapa, ini semua adalah pengalaman hidup. Akan sampai bila-bila kukenang...... ;) :( ;)

Khamis, 12 November 2009

12 November 2009 Selamat Ulang Tahun DZ

Ohhh hari ini sudah 12 November!
mmmm DZ aku ucapkan Selamat Hari Ulang Tahun ya.... sudah mencecah angka baru dipangkal nampaknya. 'welcome to the club!' ;p

Mmm kat manalah agaknya DZ sekarang ya... alah sebenarnya bukan susah sangat nak cari awak pun. Ada je kat situkan, cuma kekadang kerja putar-putar Malaysia ni...

Walau apa pun, semoga diberi kesihatan yang baik, dilimpahi rezeki dan diberi kebahagiaan dan kegembiraan serta dilindungiNya senantiasa.

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan DZ DZ
Allah selamatkan kamu...

*mmm tak lama lagi 30 Nov. pula.... Mmmm.... ingat lagi ke apa yang berlaku waktu tu?

Sabtu, 7 November 2009

26 Oktober 2009 Pemergian Wan & Opah

Tarikh ini sangat bermakna buat aku sekeluarga....

26 Oktober 2002 , 4.50pagi : Wan meninggal dunia... di rumah kami. Sedar tak sedar sudah 7 tahun Wan pergi....

26 Oktober 2008, 4.25petang: Opah pula menyusul, di dalam kereta Ayah Ngah.
(26 Syawal 1429)


Sekarang aku sudah tidak punya Nenek.... :(
RIndunya pada mereka berdua, tempat aku ketawa dan berkongsi cerita dan aku selalunya tempat mereka meluah rasa padaku... Kerana aku yang sabar mendengar cerita dan keluhan yang terbuku di hati. Maafkan Lor Opah kerana jarang menjengukmu dalam masa setahun terakhir hayatmu lalu....

Suka duka bersama Opah dan Wan akan tetap cuba Lor ingatkan dan ceritakan kepada yang sudi mendengar di masa mendatang, bahawa kupunya 2 orang nenek!

Sayang Wan & Opah!
Semoga Wan & Opah tenang dan aman di sana, Al-Fatihah...

Khamis, 29 Oktober 2009

19 Oktober 2009 Dari Temasek ke Ujung Tanah


  • Hanya menyisip air kopi Bonda di bilik hotel, aku terus ke Arts House, Old Parliament. Ingin melihat pameran lukisan di galeri di situ.

  • Menelusuri restoran Mr. Teh Tarik untuk menuju ke jalan raya. Tetapi langkah ku terhenti : Dik, dik. Aku menoleh. Ambiklah gambar. Aku senyum sahaja kepada si pembuat air di restoran itu. Ambillah gambar kami dik.

Mmm sambil melangkah, aku berkata : Nanti pulang, saya ambil gambarnya ya! Jumpa lagi!

Aku pun berlalu menuju perhentian bas. Tahan teksi menuju ke Arts
House.

Di Arts House, aku putar-putar di dalam bangunan. Melihat pameran
foto di sekeliling dinding -dinding ruang bawah. Sungguh terinspirasi aku! Naik ke tingkat 1. Mencari galeri. Alahai, galeri di buka jam 11 pagi!
;( Ada seorang pekerja Arts House lalu dihadapanku... Bertanya kepadanya :
Boleh saya ambil foto di dalam bangunan ini ? Boleh, ambillah. Bangunan lama
ni... :) ya ini Bangunan Parlimen Singapura yang asal.

Snap sana snap sini...

Turun ke ruang bawah semula. Mmmm kedai sudah dibuka ;) Beli cenderahati - sumber ilham sebenarnya...

Ke Kafe Buku.... ;) aaahhh kalau bonda ke sini, tentunya dia akan cemburu! Kerana ini adalah idaman Bonda... Mmmmm bilakah akan kutunaikan permintaan Bonda ini? ;(

Melihat jam tangan... Ahhh aku tak punya waktu. Jam 12 tengahari aku harus tiba di hotel semula!

Keluar dari bangunan, kebetulan ada teksi sedang menurunkan penumpang. Aku pula naik dan menuju ke Singapore Art Museum (SAM).

Pemandu teksi berkata : Wahhhh from museum to museum !

Aku didendangkan dengan keluh kesah warga Temasek, keluhan seorang rakyat...

Tiba di SAM. Sebelum menurunkan aku dia berkata : Ohhhh what is that ? Aku tersenyum, 'That's sculpture. I think it was a new one, I mean they have a new exhibition. Last May I came here, there was a different scupture. ;) '

Wahhhh memang. Pameran baru tentunya. Di hadapan ku ada sebuah arca hitam dan di seberang jalan, ada beberapa arca hitam dan merah. Aaaahhhh aku cuma sempat mengambil sekeping dua gambar sahaja. :( Sedih kerana tidak dapat menikmati karya baru yang kulihat itu.

Aku berharap di Malaysia akan ada lebih banyak Arca Awam! Itu doaku... Biar orang kata tidak faham, biar orang kata apa itu apa ini. Jika tidak dipertontonkan, sampai bila mahu belajar untuk menghargai Seni ? Walau tidak faham sekalipun, sekurang-kurangnya menghargai... Jika di negara orang, boleh pula kita rasa kagum dengan karya seni orang, tetapi di negara sendiri, kenapa pandang sebelah mata ?! Ada pula yang di luar negara, mahu berpotret di jalanan, tetapi di negara sendiri rasa malu pula! Ahhhh sungguh aku tidak faham!

Betul-betul aku mengejar waktu. Tidak masuk pun ke dalam SAM dan 8Q, aaahhhh rugi dan terkilan!

Terus ke Museum Shop, mencari buku Latif Mohiddin. ;) Alhamdulillah. Masih ada. Sewaktu Mei lalu (kedatanganku bersama Ayeen), ketika pameran Latif berlangsung, buku ini masih belum dijual. Akhirnya dapat juga kubeli... :) Petugas MUseum Shop hari itu ialah Kak Yati... Hehheheh dia ingat-ingat lupa padaku... Tetapi akhirnya dia ingat juga... :) Ok kak, nanti kita jumpa lagi ya. Kedatangan ku kali ini hanya mengejar waktu...

Pulang semula ke hotel... Bonda tiada... 12.55petang turun ke lobi sambil menyeret, menggendong beg-beg yang ada... Selesaikan urusan 'check out' sambil menunggu Bonda. Berbual dengan delegasi dari Labuan... Ohhhh rupanya dia mengikuti program pelancongan di ....... (lupa pula di mana acaranya). Patutlah ada ramai orang Malaysia di situ. Maaf pasti semalam mereka berkata kami sombong. Padahal kami sebenarnya sedang mengejar waktu dan kelaparan! :P

Setelah peroleh teksi terus ke TAnjong Pagar.... Naik keretapi menuju Ujung Tanah. Selamat tinggal Temasek, tahun hadapan kami akan datang lagi!

Tiba di Woodland, cop pasport sambil menggendong beg-beg.... ok lain kali tak payah bawa beg ya. TInggalkan sahaja di dalam kereta api. Tetapi jika sewaktu datang, mesti bawa ya tuan-tuan puan-puan... Kalau tidak anjing pengesan yang sunggu besar itu akan menghidu-hidu beg anda yang tertinggal di dalam kereta api.

Petang itu tiba di stesen dan kami terus ke Restoran Singgah Selalu, makan tengahari/petang. Lapar! Adik pertama kali ke sana. Akulah yang menjadi penunjuk arah seperti biasa...

Pulang ke Kuala Lumpur....
Jingga, Bucuk, Tam-tam, Adik, Kechak dan Bebe, Kak long akan pulang malam ini... tunggu ya!

29 Oktober 2009 Itulah... itulah... itulah...

Sedang mengInsafi diri seketika kala ini... mmm... sabar.sabar.sabar.

Selepas ini jangan lagi memperkatakan orang lagi, terutamanya Si Penanya itu. Walau apa pun dia buat, sabar sahaja. Jangan buat terlalu banyak andaian, walau semarah mana pun kita. Walau tidak semestinya betul apa yang dia buat, walau tak semestinya benar apa yang ingin kami lakukan.

Aku dapat rasakan kala ini, dia berdekah-dekah di dalam hati kerana kesilapan yang telah aku lakukan. Tunggu sahajalah di hari esok, tentu ada perlian daripadanya. Sabar-sabar-sabar.

Kenapalah aku buat silap, kenapalah aku tidak periksa berulang kali. Kenapalah aku pulang awal hari ini, sedangkan selalunya aku yang orang terakhir pulang ?

Kerana aku, mungkin saja Dia dimarahi/diperli. Aaaaahhhh Melor. Apa yang telah kau buat! Kalaulah kutahu... Maafkan aku...

Aduh, aduh, aduh... apa yang telah kulakukan hari ini ? Dari pagi tadi sebenarnya... Hmmm... rasa bersalah menyelubungi diri... :(

18 Oktober 2009 Ke Temasik

  • 6.30 pagi - Selamat Pagi! - aduhaiiii tak puasnya tidur ...
  • 7.00 pagi - Sarapan
  • 7.40 pagi - Ke Stesen Keretapi Johor Bahru - Beli tiket keretapi untuk jam 8.30pagi, tetapi petugas kaunter memberitahu bahawa kereta api akan tiba lewat - 9.30pagi! Aduhai, jika lah ku tahu...

Asalnya perancanganku begini : Kami sekeluarga bersarapan, aku turun dahulu ke stesen kereta api dan membeli tiket, kemudian naik semula ke kafe hotel. Kemudian baharulah turun semula beramai-ramai dan 'check out'. Mmmmm begini pula jadinya...

Di stesen kereta api ada ramai orang. Ada yang ke utara, ke pantai timur jua... Berbual seketika dengan beberapa orang penunggu kereta api jua... Mereka terkejut kerana ada perkhidmatak kereta api langsung ke Temasik. Hmmm ramai juga yang tidak tahu rupanya. April lalu aku telah memasuki laman web KTMB dan membaca maklumat tentang perjalanan ini. Ya seperti biasa, aku akan menyemak laluan pengangkutan awam ke tempat yang kutuju sebelum aku memulakan petualanganku. Cuma persediaan kembara kali ini tidak cukup...

  • 10 pagi baharu kereta api tiba. Sebelum itu sesi bergambar bersama petugas stesen kereta api, pegawai polis bantuan dan pegawai imigresen. Mmmm pegawai imigresen bertanya kepadaku setelah memeriksa Passport ku :

Itu kakak kah?

Hehhehhe.... Bukan, itu Mak saya.

Ooohh maaf.

;) aku senyum sahaja. Mmm tentu sahaja binti kami berbeza...

  • Di ruang menunggu aku berkesempatan merakamkan suasana di sebelah dalam stesen kereta api itu. Terima kasih kepada petugas-petugas yang ada.
  • 10.30 pagi keretapi bergerak menuju Stesen Checkpoint Woodland, Temasik.
  • Kami mengecop passport di situ.... ;)
  • Hampir jam 11.30pagi tiba di Tanjong Pagar, Temasik...
  • Ke stesen bas Kallang-Lavender, Kak Lela beli tiket pulang ke Kuala Lumpur
  • Cari hotel untuk menginap malam nanti....-Pancaroba bersambung lagi... Huhuhhu...
  • Akhirnya menginap di Hotel Tristar, Jalan Onan.
  • Mundar-mandir cari makan.... akhirnya patah balik makan di Mr. Teh Tarik di sebelah hotel.... Air-air yang dijual menarik betul!
  • Terus ke Kg. Gelam..... Menanti CIk Minah!
  • Putar-putar di persekitaran... Masjid Sultan, Muzium Istana Gelam...
  • Menjengah kedai buku Wardah .
  • Ida Kamari tiba, kami terus ke restoran Kak Esah -ada satay Kajang. Kami minum dulu dan berbual sementara menanti CIk Minah tiba.
  • Jam 4.30petang, Kak Lela meminta diri ingin ke stesen bas LAvender, ingin pulang ke Kuala Lumpur. Jumpa lagi Kak Lela!
  • Kak Hidayah Amin pula tiba. ;) kami berbual panjang mendengar cerita Gedung Kuning. Aku sangat 'terinspirasi' dengan perkongsian ceritanya. Teringat aku kepada Rumah Uwan!
  • Cik Minah dan LAni tiba.... Gembiranya kami dapat berkumpul bersama! ;)
  • Ada kisah yang ingin dikongsikan tentang Cik Minah.... tunggggguuu....
  • Cik Minah dan Lani harus beredar dahulu - nanti kita jumpa lagi ya!
  • Tinggal hanya aku, bonda, ida dan kak ida.... Kami beralih arah ke restoran lain pula... untuk makan malam....
  • RESTORAN ZAM ZAM -kami makan murtabak daging - untuk 3 orang makan. Besar dan enak sekali! harus datang lagi ni! ;)
  • Pulangnya kami ke Jalan Kandahar! Betapa bonda gembira kerana jalan inilah yang dicari bonda! Bersesi foto dahulu sebelum di hantar pulang oleh Kak Ida ke Jalan Onan.

Terima kasih Kak Ida dan Ida! Jumpa lagi Januari 2010 nanti, Insyaallah! Cik Minah tunggu Melor dan Bonda datang lagi ya!

Ahad, 25 Oktober 2009

17 Oktober 2009 Menuju Ujung Tanah

Kak Lela tiba di RUmah Uwan jam 8 pagi...

Hampir Jam 9.30 pagi kami pun bertolak keluar dari rumah...

Tujuan utama kami ke Ujung Tanah ialah Adik ingin berhari raya ke rumah Bard. Dia memang mengharapkan aku berpergian dengannya ke sana. Jikalau boleh Bonda juga turut serta. Ya Alhamdulillah rencana itu menjadi.

2 minggu sebelum kami ke sana, kami sekeluarga dikejutkan dengan panggilan telefon dari Temasek. Ya ampun, rupanya panggilan daripada Cik Minah! Ya Allah Maha Mengetahui. Kembara kami ini rupanya akan menemukan kami sekeluarga dengan CIk Minah, yang hampir 7 tahun lalu merupakan pembantu rumah kami selama 3 tahun. Tidak sabar rasanya akan bertemu Cik MInah!

RUpanya perjalanan kami ke Ujung Tanah, tidak semudah yang dirancang...


  • Penghawa dingin kereta tidak berfungsi dari _________ hingga ke Ujung Tanah. Jadi kami membuka tingkap di sepanjang jalan. Menghirup udara sebenar dan didendangkan dengung angin kerana deruan kereta kami yang memecut merentas angin...

  • Menyimpang ke Pagoh - teringat bahawa Aku dan Adik pernah ke sini menghadiri majlis persandingan Borneo pada tahun 2005 jika tidak salah.




  • Masih mencari-cari bengkel pembaik penghawa dingin di Ujung Tanah, kerana tidak membaikinya di PAgoh. PUtar-putar sehingga kami hampir saja menongkah arus jalan raya!





  • Kesuntukan masa - kereta hanya boleh disiapkan pada jam 5 atau 5.30petang. Sedangkan kami sudah melengas dan harus 'check in' di hotel terlebih dahulu. Kemudian harus bergegas ke rumah Bard pula, kerana ibunya tidak dapat menemui kami pada malam hari kerana ada janji temu acara lain.

  • Aku 'kepeningan' kerana sukar memahami maksud petugas hotel tentang pembayaran hotel. Menahan sabar juga, kulihat petugas di kaunter tersebut juga sedang menahan amarahnya, namun lantas saja dia menerangkan kepadaku dia hari ini bekerja seorang diri, kerana semua orang bercuti.

  • Segera bersiap, dan kami bertiga (aku, kak lela dan bonda) berpatah balik ke bengkel kerana adik dan kereta kami masih di sana.

  • Jam 6 petang akhirnya kami tiba di rumah Bard. Alhamdulillah.... Leganya. Kami dijamu Soto dan Mihun goreng. Enak sekali. Bertambah-tambah kami sekeluarga makan. ;) tentunya kerana kami juga lapar sebenarnya. Adik hampir saja hampir terlepas pinggannya. Hehhehehe....



  • Ke rumah teman baikku sekelas di ITM Segamat dan sekolej Baiduri : Lina dan Decky. Dihidangkan Ayam goreng, Mee Goreng bersama sambal ikan bilis kegemaranku. Ya Lina memasak sambal ikan bilis goreng keranaku. Permintaan daripada ku! TErima kasih Lina!



  • Pulang semula ke hotel dan cuba menempah hotel di Singapura. Mmmm masih tidak dapat pengesahan dari pihak sana. Waduh....

  • Jam 11 malam keluar minum bersama di restoran mamak di bawah hotel. Di situ aku dan adik berbual panjang.
  • PUlang semula ke hotel hampir jam 12.30 pagi. Memeriksa emel, mmmm masih belum terima emel daripada pihak hotel dari Temasek. Aduhai....

  • Jam 1pagi adik datang mengetuk bilik, lapar katanya. Kala itu Bonda dan Kak Lela sedang nyenyak tidur.... Dibukanya balutan sampul Roti Canai yang kubeli untuk Bonda dan Kak Lela. Diambil sekeping dan mencicah dengan kuah kari bersama sambal ikan bilis kiriman daripada Lina. Setelah makan, adik pun beredar ke biliknya.

  • Aku masih lagi belum tidur keran perlu mengatur beg ku ke Temasek. Membahagi barang-barang yang perlu kubawa ke Temasek dan akan kutinggalkan bersama adik di Ujung Tanah.
  • 3.30pagi baharulah aku tidur.....

Selamat pagi! Cik Minah, nanti kami di sana ya...

Khamis, 22 Oktober 2009

11 Oktober 2009 Berkelah di FRIM

Hari ini aku, Bonda dan Kak Lela bersantai di FRIM.
;) melihat alam sekeliling, bunyi deruan sungai juga kicauan burung dan desit-desit cengkerik bersuara di persekitaran. Dah lama aku tak ke sini - kali terakhir rasanya pada tahun 1994! 15 tahun lalu lalu!

Bonda melakari alam dan beramah mesra dengan pelajar praktikal Kementerian Kesihatan.
Kak Lela merakami alam yang damai itu juga sambil berbual dengan Bonda dan pelajar-pelajar yang mengelilingi kami.
Aku - ??? :P
Makan, tidur, makan, merakam, berbual seketika, main air, makan.....
:P
Petang kami bertiga pulang ke Gombak semula...