Sepanjang malam aku tidak tidur hingga ke sahur pagi tadi.
Berbual sambil mengemas bagasi merahku.
Pagi-pagi buta aku harus berangkat ke LCCT.
Setelah bersahur aku dan adik berangkat ke Sepang. Kasihan adik kerana terpaksa menghantar aku ke sana pagi-pagi buta. Kebetulan pula dia bekerja jam 9 pagi, kalau dia bekerja petang tak pelah juga. Maaf Din!
Di dalam Kereta Kotak Kuning kami, aku tersengguk-sengguk :P adakala berbicara dengan Adik, adakala aku terlentok. Hohohhoho... mujur adik bersabar saja. Walaupun pada malam sebelumnya dan diawal perjalanan
bicaranya diselangi bebelan.... Hohohohoho tebalkan saja telinga....
Sampai di LCCT aku tercangak-cangak sebentar kerana, lapangan terbangnya di bahagian sudah diperbesarkan. Jadi tercari-cari tempat nak imbas bagasi - sedangkan kaunter check-in jauh lagi. Bila ditanya kepada pegawainya, katanya tidak perlu, cara imbasan bagasi untuk yang ke Padang, berbeza. mmm entahlah labu, yang penting aku dah imbas bagasi aku siap-siap.
Di kaunter S21, aku beratur lama lagi dengan barisan orang-orang yang nak ke Medan pula.? Ohhh rupanya banyak temapat tujuan untuk beberapa kaunter di situ.... Mmmm... Orang-orang yang dihadapanku lama betul dia berurusan. Sabar sahaja. Kulihat beg-beg mereka... Ohhh mereka ini tentunya kaki Golf. Ada beg panjang seperti membawa golf.
Setelah check-in, aku harus 2 kali beratur panjang lagi nak ke boarding area. Sabar saja lagi... Di hadapan ku orang Itali yang rajin menyapa. Datang bercuti bersama-sama temannya- tetapi temannya dibelakangku tidak begitu peramah. Ah aku tidak ambil pusing. Biarlah, aku pun nak cepat. Zassss turun naik akhirnya sampai ke boarding area. Sesampai, orang dah beratur nak masuk pesawat. Ok masuk di pintu T12.
Di belakangku orang Cina berbahasa Minang. ;) Mmmm aku yang berketurunan Minang sahaja tidak tahu berbahasa Minang, ini mereka lebih fasih. Aduhai.... Tetapi sedikit-sedikit tu aku masih boleh faham...
Duduk sahaja di dalam kapal terbang, pasang tali pinggang, ambil gambar serba sedikit, aku terus tutup mata..... Zuuuuuuuummmmmm lena! Lagi setengah jam nak sampai baru aku tersedar, masa bila pramugari atau orang sebelahku meletakkan borang masuk ke Indonesia di ruang hadapan ku tidaklah aku sedari... Lena betul. Yalah kan malam semalam aku tak tidur ! Hohohooh....
Kali kedua aku duduk di belakang sekali di dalam pesawat. Kali ini memang aku sendiri yang memilihnya. Tidak kecoh-kecoh... Mmmm semoga pulang ke KL nanti juga aman...
Jam 9 pagi waktu KL aku tiba di Bandara Minangkabau. Wah, bangunannya beratap Gonjong!
Turun dari pesawat dan menuju ke kaunter imigresen. Ohhh jam di situ baru pukul 8.10 pagi, 1 jam lewat waktu di Padang.
Arrrfggggggghh beratur panjang! Lamanya beratur! Aduhai! ;(
Aduhaiiiiii Minah Saleh di belakang tu beberapa merungut. Asyik berkata 'it's very irritating'..... mmmm aku diam saja mendengarnya. Aku pula dah ala-ala berjoget-senaman dah sewaktu menunggu giliran. hohohho kalau ikutkan hati mahu saja aku bersila!
Di barisan sebelah ku pula ada 4 orang perwakilan dari Selangor. Mereka ada mesyuarat dengan Gabenor Padang.
9 pagi WIB baru selesai! Rupanya kelewatan ini kerana sistem baru.
Keluar dari situ, di pintu depan telah menunggu orang-orang yang menawarkan teksi. Sabar-sabar saja. Kukatakan aku menunggu teman yang datang. Bercerita serba sedikit dengan salah seorang pemandu teksi. Di hantarnya aku ke kerusi tempat menunggu. Di situlah aku menanti kak sil sambil mataku melihat-lihat pemandangan orang-orang di Bandara itu... Pelbagai ragam...
9.30pagi WIB Kak Sil pun tiba dengan 'trapel' nya... hehhehe laaa rupanya dia maksudkan 'driver'- kereta sewa.... oooohhh...
Kemudian kami ke Universitas Negeri PAdang (Yu-En-Pe) menunggu Delfi dan Luki si pengantin baru -sebulan baru.
Kami putar-putar sekitar Padang. Ke Taman Budaya -ketemu Pegawainya, ke galeri, ke sekitar Kg, Cina, pesisir pantai Padang dan ke Museum Adityawarman -tetapi tidak habis keliling muzium kerana 'trapel'nya sudah tiba dan nak berangkat ke Batu Sangkar.
Jumpa lagi Del dan Luki!
Kami bertolak ke Batu Sangkar tetapi singgah di beberapa tempat mengambil penumpang-penumpang lain....
Putar-putar sambil kepala aku dah tersengguk-sengguk, arrrghhh biarlah, dah tak boleh tahan mata dah. NGANTUK! ;P
Melalui Lembah Anai, wau air terjunnya deras sekali di tepian jalan! Padang Panjang dan lain-lain dan akhirnya tiba di Batu Sangkar dan ke rumah Kak Sil.
Lega!
Di sambut mesra oleh Mak Kak Sil dan Adiknya O-ong.
Ok waktu untuk berbuka, wau! ;) masak Minang tentunya :)
Kemudian berTerawih di Masjid kampung ini....
Pulangnya apa lagi, zas tidur lah!