Rabu, 21 Oktober 2009

06 Oktober 2009 Pelancaran Pameran Syed Ahmad Jamal : PELUKIS

Aduhai...... notaku ni sudah melompat-lompat, tarikhnya bolak-balik! Sudah tidak tersusun mengikut tarikh (ini yang aku kurang gemar -tulisanku bolak-balik, sama seperti menyusun foto di dalam album tidak mengikut tarikh kejadian merupakan suatu kepantangan bagiku)....

Pada tarikh ini, aku dan beberapa orang teman sepejabat kami ke Balai Seni Lukis Negara.
Hari ini pelancaran pameran karya seni Datuk Syed Ahmad Jamal (SAJ), Seniman Negara Malaysia. :)

Sewaktu aku tiba dan hendak ke pintu masuk utama, sudah berderet orang kenamaan termasuk SAJ di situ. ooohhh mereka sedang menunggu Agong. mmmm akhirnya kami berputar dan masuk ke ruang galeri melalui pintu belakang-pejabat.


Di ruang atas, sudah ramai yang tiba. Ramai juga pelukis yang senior dan baru hadir untuk meraikan SAJ. Kami berdiri di suatu sudut melihat orang-orang disekeliling kami.

Agong tiba, masuk ke Bilik Kenamaan sebentar, kemudian ke ruang pentas bersama Permaisurinya dan juga Menteri Kebudayaan (aku lebih senang sebut begitu-lebih mesra bibir).
Setelah perasmian, Agong dan Permaisuri di hadiahkan sebuah lukisan dan sehelai kain songket rekaan SAJ yang disungkit oleh Habibah Songket.

Kemudian aku mengekori tetamu-tetamu yang hadir ke ruang galeri.... Kagum-kagum-kagum melihat karya SAJ. Hasil karya semenjak tahun 1950an..... Aku sungguh bersyukur kerana berpeluang melihat karya beliau. Sebenarnya aku belum puas menikmati kerana tempohari waktu terbatas dan tidak dapat berlama-lamaan di situ! :(

ok itu maknanya aku akan ke sana lagi ya, itu sudah pasti, lagi pun pamerannya berlangsung sehingga Januari 2010.


ohhh sudah pasti!

Tiada ulasan: