Hari ini hari Khamis, aku di rumah sahaja. Tetapi tiba-tiba petang itu hatiku terdetik. Apa kata malam ini aku ke Negara Selatan... :P Dengan tergesa aku ke KL Sentral dan membeli tiket keretapi ke Negara Selatan untuk jam 9.15malam.
Pulang ke rumah semula, kemas beg, selepas Maghrib aku keluar semula kerana 8.30malam sudah perlu ada di KL Sentral. 7.50malam aku keluar rumah, sukar juga mendapat teksi, tetapi tidak terlalu lama. Mujurlah dapat, dan tiba di KL Sentral jam 8.30malam. Aku terus ke tingkat bawah. Tetapi tiada orang, cuma ada pegawai-pegawai KTMB.... setibanya aku ke arah mereka, salah seorang pegawai bertanya kepadaku :
Pegawai KTMB: Nak ke mana Dik?
Mel: Nak ke Negara Selatan
Pegawai KTMB : Ohhh belum di buat pengumuman lagi- Keterapi belum sampai. Naik atas dulu, sini ramai lelaki.
Mel : Oh ok.
Aku pun memanjat tangga di hadapanku.... :P Ooopsss keluar betul-betul di ruang penumpang nak beratur masuk...... seorang pegawai KTMB tanya lagi kepadaku.... akhirnya rasa agak lama lagi, aku pun keluar dari ruang situ dan cari tempat duduk sambil membaca Time Out KL.
-oklah bersambung lagi-
2 ulasan:
Salam,
Kelana spontan adalah pengembaraan yang sebenar dan mengujakan!
Saya juga selalu membuat keputusan spontan untuk berkelana.
Dengan spontannya saya pernah ke Laos dengan keretapi mengikuti jejak-jejak Tiziano Terzani,memandu solo ke Batu Kikir mencari Za'ba dan menaiki bas 2 tingkat ke Haworth dari Bradford (ponteng kuliah!).
Tidak ramai yang faham betapa nikmatnya kelana sebegini.
Ya, memang dikalangan kita ramai yang tidak memahami nikmat berkelana sendirian. Malah teman-teman saya juga begitu. ooopsss jangan marah teman2ku... Pakkal saya ini tidak mahir memandu, kalau tidak mungkin makin jauh lagi saya berkelana, melihat tempat orang. Mmm bas 2 tingkat? Saya belum pernah menaiki bas 2 tingkat, walaupun dulu ada Bas Srijaya yang sediakan perkhidmatan bas 2tingkat -kerana tidak melalui kawasan perumahan saya. Teringin juga ingin merasai duduk di bahagian atas.
Catat Ulasan