Jangan lupa bawa ongkos ya...

Aku sentiasa suka melihat dan menggambar bangunan-bangunan lama.... sangat nostalgia, penuh cerita suka duka di dalam sesebuah rumah. Kadang-kala penuh misteri dan tragedi... Sejarah tersendiri rumah itu bergantung kepada penghuni yang menginapi rumah itu... Setiap suasana memiliki 'bau-bauan' tersendiri...
Tangga Midlevels yang sungguh panjang - eskalator yang terpanjang di dunia juga.... kalau setiap hari aku jalan kaki begini, tentunya kaki makin 'slim'... alangkah seronoknya.... berjalan pantas saban hari... kak linda, lor akan ke sana lagi, tunggu ya!
Sangat teruja aku dan anak-anak Along.... haahhaha mengalahkan budak-budak. :P
Sampai juga aku ke dunia fantasi itu... Yeah MICKEY MOUSE...
Dari zaman ku berusia satu angka sahaja sehingga dah berangka puluhan, dunia Disney tidak pernah kekang dan membosankan. Akan kujejaki lagi Dunia Disney ini... Mmmm betapa amat berfantasinya Walt Disney dengan dunia haiwan, sehingga seekor tikus juga diangkat menjadi watak yang menjadi kegilaan semua kanak-kanak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan