Isnin, 9 Ogos 2010

09 Ogos 2010 Kerja dan Perangai Saling Berkait

Kerja ?
Perangai ?

Kerja dan perangai seseorang memang saling berkait. Kerana faktor kerja - susah senang , akan mempengaruhi perangai seseorang.
Orang yang pendiam boleh jadi pembentak, pemberontak. Orang yang asalnya lembut, sopan boleh jadi keras-kasar dek kerana tegang - tertekan dengan kerjanya (antaranya kerana kerja itu sendiri, teman sekerja dan penilai kerja tersebut...) apatah lagi dengan permasalahan lain.

Kadang-kala orang lain yang tidak bersalah menjadi mangsa kepada yang berada dalam keadaan tertekan. (Hehehehe kadang-kadang aku juga jadi mangsa :P).

Jika aku berada di dalam situasi tegang dan sekiranya memang aku yang salah, aku akan diam tegak berdiri mendengar ungkap bebelan orang yang memarahiku...
Hhahahha boleh jadi patung arca gitu! (Betul tak Nda ?)

Tapi kadang-kadang kerana aku diam pun kena marah juga - kerana tidak memberi tindak-balas apa-apa.... Camana tu? Aduh... Adakala aku ingin minta maaf, tapi oleh kerana telah disambut dengan bebelan - lempias kemarahan, aku jadi kaku dan terbantut untuk memohon maaf. Rasa ingin minta maaf telah terpadam walaupun sebenarnya aku tahu aku yang salah. Aku mematung - mendengar tempias -lempias... Kerana jika aku bicara banyak pun, tidak berguna, malas nak mengeruhkan suasana. Nanti salah cakap pun kena marah juga, lebih baik diam. Tetapi kena marah juga!

Faktor lapar juga memainkan peranan. Huh! Perut-perut, kerana lapar ada saja orang naik angin.
Mujurlah aku tidak terpengaruh dengan faktor lapar ;) Orang lain lapar - cepat naik angin - aku pun pernah jadi mangsa. Haih, ceh!

Biasanya aku akan peka 'suasana tegang'. Aku diam, dan hanya bicara bila perlu.
Tetapi adakalanya orang-orang tidak peka dengan suasana itu. Haiii... Jangan dinyala bara api, jika tidak ia akan memakan diri. Tak pasal-pasal kena marah. Hmmm...

Tiada ulasan: