Sepulang daripada kerja, aku dan adik ke Uptown, PJ nak makan malam di sana. Dah lama juga kami tak ke sana, terutamanyalah aku. Kali terakhir kalau tak salah, ketika aktiviti reuni dengan teman-teman sekolah malam tahun baru 2009.
Sedang aku ralit makan kerang bakar, terdengar dengar seperti panggilan orang tapi tak pasti pada siapa. Aku masih terus sahaja makan, mmmm tak puas hati aku toleh juga sekeliling. Laaaa.... :P rupanya teman sekelas aku di ITM dulu. Teen rupanya. Teen dan Fizah sekeluarga. :)
Selepas itu, kami terserempak dengan Ihsan pula, teman Adik. ;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan