Sabtu, 2 November 2013

14 November 2013 Makassar, kami tiba

Akhirnya kami tiba di Makassar pagi itu. Ke hotel yang kami tinggalkan beg, tetapi sayang, mereka tidak 'reserve' kan bilik yang kami ingin menginap. Mmmm kami angkut bagasi kami dan bertanya ke hostel di seberang jalan yang sekangkang kera tu.
Huh! Wujur ada kosong.

Ok kami nginap saja di situ, rehat-rehat dahulu setelah semalaman di dalam bas.

Jam 10.30 pagi kami ke Bank Indonesia ;) Bonda mahu tukar duit di situ. Alhamdulillah, duit lama bonda masih laku untuk ditukar.

Selepas itu kami ke pusat membeli-belah baru, naik beca. Kesian pula tengok pak beca tu mengayuh. Huhuhuhh...
Makan tengahari di situ, selepas itu ke Gramedia. Apa lagi cari bukulah, sempat lagi aku mendaftar ahli Gramedia. Yelah kan tiap-tiap tahun ke Indonesia, aku pasti cari Gramedia.

Lepas tu kami pulang ke hostel, rehat dulu....

Petangnya kami naik beca lagi, jalan-jalan tepi laut. Makan pisang epe, sambil melihat matahari terbenam.
Kemudian kami menyusuri tebing laut sehingga ke mercu tanda Losari. Berfoto-fotoan dahulu, selepas itu kami makan ikan bakar.

Pulang lagi naik beca dan zzzzz......




Tiada ulasan: