Hari ini aku dan Bonda pulang ke Kampung Melaka, Bagan Tengkorak, Tanjong Karang, Selangor. :)
Dah lama aku tak pulang ke sini. Sudah setahun mungkin...
Kali ini kami membawa Omot bersama-sama. Kalau dahulu, kami sering membawa Jingga. Kini Jingga dah besar, sudah pandai menjaga diri. Omot ni macam sayang pula nak ditinggalkan.
Adik tidak ikut kami pulang ke kampung. Dia ke Johor Bahru...
Bertolak seawal 12 tengahari dan kami tiba lebih kurang jam 4 petang.
Aku SMS Adik bertanyakan dia sudah tiba atau belum...
Eh kenapa lambat sangat awak sampai kampung ? katanya.... Dia pun lagi sejam akan sampai JB.
Hehehhe mana taknya lewat sampai...
Kami banyak berhenti dan langsaikan urusan perbankan, makan, ke pasar. Belum lagi dikira perjalanan yang dipilih Bonda -mengikut jalan jauh -tidak mahu ikut jalan pintas.
Untuk melihat pemandangan kampung agar tidak bosan/lelah pandangan mata ketika memandu...
Omot pertama kali naik kereta. Bising juga dia pada mulanya. Teringat Adik dan Jingga. Sepatutnya aku bawa Adik atau Jingga agar dapat menemankan Omot.
MMm di rumah ni dia merayap mengekori aku, takut sesat ditempat baru agaknya.
Sekarang ni ia sedang tidur lena di atas bantal empuk...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan