Setelah sesi perbincangan kumpulan LAKAR SENI KUALA SEPETANG kami keluar untuk makan tengahari... Di sekitar Simpang : Nasi Ayam Hainan. Pertama kali aku tahu ada tempat nama Simpang. Yang ku tahu Simpang Ampat di Melaka, rumah Lina di sana. ;)
Sampai di sana kami bertanyak sama ada gulai tempoyak masih ada. Jawapannya : tinggal kuah tempoyak, ikannya sudah habis. Yalahkan, waktu itu sudah pukul 3.30 petang, manalah nak ada gulai tempoyak lagi. Jadi kami semua memesan nasi ayam hainan dan kuah tempoyak juga kari daging yang bersisa. Aku dan Bonda tentunyalah menyental kuah tempoyak dan bukan kuah kari :)
ENAK ENAK ENAK!
 |
| Kita makan dulu! |
 |
| Selepas makan kita ke mana? |
 |
| Ok kita ke Matang! |
Setelah itu kami menuju Kompleks Sejarah Matang atau pun dahulu lebih dikenali sebagai Kota Ngah Ibrahim.
 |
| Inilah dia Kompleks Sejarah Matang |
 |
| Masuk percuma |
Di situ, muzium sudah tutup. Yelahkan sudah pukul 5 petang. Mmm aku pun snap sana-sini dapatlah 4 keping gambar. Tapi mulai gambar yang ke-5, lensa kamera ku mula menghadapi masalah, bunyinya lain. DI ruang celah dinding pintu pagar yang nak ku ambil. Ambil satu gambar -ada imej terselit, hingga imej ke-7. Lepas tu terus kamera aku tak boleh guna. Arrrghhhhh :( alahai kamera baru tu... belum setahun pun. :(
 |
| Pintu pagar tutup |
Nak kata panik tak juga, terkejut adalah. Tergamam. Mmmm apakah aku 'tak dibenarkan' mengambil foto di situ kah? Aduhai.... Apa kaitan aku dengan tempat itu ? Tak tau nak cakap apa. Mungkin ada hikmahnya ? Aku tidak tahu, tidak pasti.
 |
| Ok lagi tembok ni |
 |
| OK jeng jeng jeng mula dah meragam |
 |
| Foto akhir, selepas tu... zup dah wasalamun! waaaaa... kamera rosak! :( |
Kemudian kami semua menuju rumah Pak Haji Osman Hussain. Tidak jauh dari situ.
Di sambut oleh En. Sallehudin dan membawa kami ke rumahnya. Hj. Osman pun keluar dan menyambut kami dihalamannya dengan kasut but. Mana taknya, halamannya lecah. Jika musim hujan, air akan bergenang dan membanjiri kawasan laman. Usia Hj Osman ini ialah 89 tahun! Pangkat datuk lah ni.... Dia tinggal seorang diri di rumahnya. Luas laman, seronoknya kalau aku ada halaman seluas demikian.
Di rumahnya ada beberapa ekor kucing. Salah seekor bernama SEPULUH SETENGAH. Unikkan! Ia dinamakan sedemikian kerana telah dibuang pada waktu itu.
Kagum. Mengkagumkan. Tuk Osman ni daya ingatannya sangat kuat. Bersekolah di King Edward, Taiping. Dia antara orang lama di kampung itu yang masih tinggal. Jika ditanya tentang apa yang berlaku sejak zaman Jepun dia masih ingat. Malah yang lebih menarik, dia juga turun naik Gombak!
Berasal dari Batu Bara, dan tentunyalah boleh berbahasa Minang! Apa lagi, bonda pun berbahasa Minanglah dengan beliau. Malah kenal beberapa orang Gombak, dan mungkin juga moyang saudaraku - Nyang Siti Aishah! Wah wah wah....
Beliau juga telah membenarkan kami membawa pulang buku-buku simpanan beliau. mmmmm aku cuma mengambil sebuah buku Hamka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan