Ya lama sungguh... Arrghhh lamanya aku tidak memblog... :(
Kenapa ? Sedikit 'fed-up' kerana tidak boleh memasukkan foto-foto ke dalam KJMM... Arrgghh silap juga, kerana kebergantunganku kepada foto-foto, menyebabkan 'terbengkalai' tulisanku...
Gara-gara kerana MukaBuku juga membantutkan tulisanku...
Kerana berpergianku juga sedikit-sebanyak membuatku leka menyunting foto-fotoku... Sunting foto ? Bunga sunting ? :P
Ke mana kaki ku telah melangkah untuk tahun ini ?
1. Hujung Disember 2009-Awal Januari 2010 : Hong Kong
2. 9-10 Januari 2010 : Singapura
3. 7-11 April 2010 : Kota Kinabalu
4. 22-27 April 2010: Kuching
5. 15-22 Mei 2010 : Kota Kinabalu
6. 5-7 Jun 2010 : Johor Bahru - Batam - Singapura
Hmm...
Apakah tempat persamaan antara ke semua tempat yang kupergi ? Cuba teka!
......
.....
.....
....
......
Ya, tempat yang pasti akan kujengah dalam setiap perjalanan ialah: MUZIUM!
Mmmm muzium adalah tempat wajib yang mesti kujengah setiap kali berpergian... sukar untuk tidak pergi.
Walau ada teman yang kata, kalau dah bukan waktu kerja buat apa pergi ke muzium, tapi aku tidak boleh. Mesti pergi juga... Tidak sah jika tidak pergi... Gilakah ? :P
Perkara yang wajib aku bawa pulang ialah pamplet dan plastik beg. Adoi, memang beg-beg ku sentiasa penuh dengan kertas-kertas pamplet! Apa lagi pamplet dan katalog pameran di Muzium. Berat dengan kertas dan buku! Gila juga.....
Ke kedai buku juga acara yang wajib! Membeli-belah buku itu wajib. Susah hati betul jika tidak ke kedai buku. Memang tidak kesemua buku telah habis kubaca, tetapi aku tidak boleh berhenti membeli buku -nanti menyesal tak sudah!
Jika ke Indonesia kedai buku yang kucari pastinya Gramedia - sebab malas nak fikir-fikir teka-teka di mana kedai buku lain yang lebih murah. Jika di Gramedia aku dah tahu buku apa yang ingin di cari, senang, kadang-kala terus sahaja tanya si penjual.
Di Gramedia Bali lah aku terjumpa buku 'Naked Traveler' tulisan Trinity ~ ahhh aku kadangkala tersenyum sendirian dan kagum dengan pengalaman petualangannya. Ada kebenaran juga dalam tulisannya. Hahahhaha... Pengalamannya kadang-kala memberi inspirasi padaku, juga pengalaman ibuku tentunya.... Tetapi aku masih tidak bisa untuk menjadi 'backpacker' tegar! Arhhhh susah betul.
Sebabnya ialah aku suka membeli buku & barang-barang titik-bengik, macam mana nak muat kalau aku hanya bawa beg sandang! Adoi, susah betul. Buku dan pamplet saja dah berat. Belum lagi dengan kameraku, buku nota. :p Sesiapa yang pernah berjalan denganku tentu tahu perangai ku... hohooohoh.....
Pemergianku yang terkini, Johor Bahru hanya seketika. Transit saja. Dari pejabat Jumaat malam, naik komuter turun di KL Sentral. Makan ala kadar-alas perut sahaja di KFC ~ Cheesy Wedges+Coleslow+Mash potato. 10.30malam barulah dapat masuk ke dalam perut keretapi, itu pun setelah berdiri selama 1/2 jam sebelum dibenarkan masuk - sewaktu berdiri tu aku sudah sedikit angin kerana memikul beg yang berat! Adoiiii kenapalah kata dah nak sampai keretapinya, padahal belum lagi...
Malam itu aku 'tidur' di ruang atas. Di bawahku sekeluarga keluarga dari Singapura yang ingin pulang melancong ke KL mungkin. Oh rupanya suami makcik itu orang Ipoh dan dia sendiri adalah dari Singapura. Lenakah aku tidur ? Tidak juga. Mana mungkin - karang lena betul terlajak sampai Woodland pula! Dahlah bising dengan pintu buka-tutup (katilku di hujung sekali dekat dengan pintu-jadi orang lalu-lalang). Lain kali aku kena pilih katil bawah dan minta yang tengah... :P Tulah beli 'last minute', selalunya aku beli secara 'online' jadi aku bisa memilih tempat duduk. HOhhohho.....
Sampai di JB jam 6.30pagi. Mmmm pelik sedikit. Bulan Mei tahun lalu kenapa aku dan Ayeen sampai JB kala itu masih awal pagi, lagi gelap ? mmmm agaknya masa tu perjalanan kami bermula jam 9.30malam. Yelah kot.
Sarapan di kedai mamak di seberang stesyen keretapi sambil menelefon Maksu kerana mendapat sms yang tidak enak. Arrhhhh resah lagi. :( Setelah bercakap baru kelegaan muncul sedikit, dan Adik juga sudah meringankan sedikit resah itu....
7.30pagi aku naik teksi dan menuju ke Terminal Feri di Stulang Laut.
9.30 pagi yahuuuu naik bot ke BATAM! Wachaaaa..... Pintas Samudra 9.
1 ulasan:
Oooiii, udah menarik jalan ceritanya. ada intro, inti cerita , klimak - tambah imaginasi pasti ahaaiiii !!! teruskan maju terus, kembara terus hei backpacker....ah si heret beg heeee
Catat Ulasan