Ahad, 21 Jun 2009

23 Januari 1991 Anjing dengan bayang-bayang

Godek punya godek.... Semalam, 20 Jun 2009 aku terjumpa buku karangan sekolah ku sewaktu aku di Tingkatan 1 Mawar. :) Heheheh... seronok baca karangan aku dahulu-dahulu, ya sudah 18 tahun berlalu!

Anjing dengan bayang-bayang adalah salah satu peribahasa Melayu yang membawa erti orang yang tamak akan mendapat kerugian. Peribahasa lain yang membawa erti yang sama ialah 'mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan'.

Pernah suatu masa dahulu, adik saya mengambil makanan yang banyak. Dia makan dengan gelojoh sekali. Saya menegur dan menasihatinya tetapi dia enggan. Selepas makan, dia berasa sakit perut dan ingin muntah. Selepas dia muntah, dia berasa perutnya kosong dan lapar. Dia menyesal dan meminta maaf daripada saya.

Oleh itu jadikanlah peribahasa ini sebagai peringatan kepada kita dalam melakukan sesuatu perkara. Hindarkan diri kita dari sifat tamak haloba dan hasad dengki yang perbuatan itu akan merugikan diri sendiri.

20 Jun 2009 Almari buku hadiah daripada Cik Minah dan Komik lama

Hari ini aku kemas almari bukuku... Almari yang CIk Minah buatkan, dengan menggunakan bekas-bekas kayu lama yang ada di rumahku. Memang dia buat khusus untukku sebelum pulang ke Banyuwangi.. Mmmm Cik Minah, rindunya Melor pada Cik Minah! Semoga kita akan berjumpa lagi ya!

Cik Minah the best, Cik Minah Rocks!

Selongkar punya selongkar terjumpalah komik-komik lama yang memang aku simpan. Memang kat rumah aku ni, punyalah banyak buku, sehingga tak terkemas dan ada yang dimakan anai-anai, sayang! Kalau sewaktu zaman sekolah ataupun di ITM dulu, waktu cuti sekolah atau cuti semester, kala itulah aku akan mengemas bilik bukuku. Itulah rutin kala cutiku! Atau mengekori Bonda pulang pergi UKM. Atau menaip juga... (mmmm sampai sekarang pun!)

Dulu teman-temanku hairan, apalah yang aku buat waktu cuti ya? Kau tak bosan duduk rumah? Kau tak keluar jalan-jalan, keluarga kau tak bawa pergi bercuti?

Mmmm.... banyak bendalah nak buat kat rumah. Macam-macam ada... Hehhehheheh....

Sewaktu zaman sekolah aku suka baca komik Gila-gila, Humor, Bambino, Ujang, dll.
Zaman di Segamat aku baca komik Ujang, Rileks, Harimau Laut, Juara-juara Kembar (dah ada drama yang ditayangkan pun! ;) dan yang paling aku suka ialah PUSTAKA LANGIT.

Bilis Wira
aaaahhh aku sangat suka baca Pustaka Langit!

Jangan risau buku-buku dari sekolah rendah pun masih ada lagi.... Buku teks, buku latihan ada lagi. walau ada sebahagian aku dah buang, ada yang kerana sudah di mamah anai-anai...
Aku masih ingat, aku pernah terkejut mendengar ada teman-teman sekolahku yang membakar buku-buku mereka. Aku benar-benar terkejut! Bagiku, aku sayang semuanya... Hhahaha itulah sebabnya menimbun khazanah di rumah ini!

Sally's Song -Evanescence/Fiona Apple


I sense there's something in the wind

It feels like tradgedy at hand

And though I'd like to stand by him

Can't shake this feeling that I have

The worst is just around the bend

And does he notice, my feelings for him

And will he see, how much he means to me

I think it's not to be


What will become of my dear friend?

When will his actions lead us then?

Although I'd like to join the crowd

In their enthusiastic cloud

Try as I may, it doesn't last


And will we ever end up together?

Oh....


And will we ever end up together?

No, I think not, it's never to become

For I am not the one

Rabu, 17 Jun 2009

16 Jun 2009 Malam ini menonton teater bersama maksu...

Semalam aku telefon Maksu, mengajaknya menonton Mana Setangginya? di Istana Budaya (IB). :) berjaya juga pujukanku.

Ya sememangnya bukan senang untukku menarik atau mengajak teman-temanku atau saudara-maraku untuk menonton teater berbanding dengan menonton wayang. Huh....ada yang akan memberi seribu alasan kepadaku jika kuutarakan ajakanku....tetapi semalam kuberjaya mengajak maksu, dan hari ini aku juga berjaya juga mengajak teman sekantor ku menonton Teater Muzikal Pak Pandir di Dewan Filharmonik Petronas.... :)

Aku tempah tiket secara online semalam, dan beberapa jam sebelum acara bermula aku menuju ke kaunter tiket untuk mengambil tiket sebenar. Ada sedikit kesulitan di sana, tetapi pegawai di kaunter terus membantu.

Fuuuuhhhhh.....Setelah selesai urusan, kami ke restoran dan mengalas perut.... Nampaklah beberapa kelibat orang yang sering keluar tv seperti pelakon iklan Astro, Kevin Zahri, Arin dan Erin Res2 dan Farhan AF.

Hampir waktu tayangan, aku dan Maksu menuju ke ruang legar dan ke gerai Institut Terjemahan Negara Malaysia... Aku masih lagi membelek buku Mana Setangginya? yang telah diterjemahkan ke Bahasa Inggeris. Mmmm sedih kerana gerai Dewan Bahasa dan Pustaka tidak dibuka, kerana menurut pekerja gerai ITNM sepatutnya gerai yang lagi satu tu DBP punya dan malam sebelumnya ada dijual buku Mana Setangginya? dalam bahasa ibundaku... Hhuhuhu hampa juga.

Mengapalah mereka tidak sudi menjual malam ini? Sedangkan kulihat orang makin ramai membanjiri ruang legar dan kian memenuhi gerai ITNM dan membeli apa sahaja yang dihidangkan di gerai tersebut. Bukankah ini waktu terbaik untuk memasar dan menjualkan buku tersebut? Inilah peluangnya - ini pendapat aku dan aku tidak pasti bagaimana pendapat mereka sebenarnya? Mungkin ada sebab musabab yang kukuh?

Aku dan Maksu menonton.... ;)
Komenku:Mmmmm kurang berpuas hati di peringkat awal persembahan. AKu tidak dapat menghayati babak awal, kerana aku tidak faham dan tidak dapat mendengar dengan jelas butir nyanyian pelakon/penyanyi itu. Benar, aku tidak puas, kerana tidak dapat memahami bait-bait lagu tersebut. Suara mereka tenggelam dengan suara alunan muzik! Sayang sekali...Alangkah baik sekiranya bait-bait lagu itu dirangkapkan di skrin yang ada di pentas itu!Di hadapan aku adalah pelajar-pelajar sekolah agama. Aku lihat mereka gelisah dan sok-sek-sok-sek melihat adegan aksi kekasih di pentas itu... Ya aksi berpelukan dan wajah yang sangat hampir amat menggelisahkan dan menimbulkan kurang senang buat mereka, mmmm aku juga sebenarnya. Sehingga Sang Guru mengeraskan suaranya kepada anak-anak muridnya agar memandang atas dan lihat pari-pari berterbangan! Hahhahhaha..... Mujur ada pari-pari penyelamat......

Sebenarnya aku risau juga jika Maksu Bulan rasa bosan. Maklumlah jalan ceritanya tidak selalunya babak lucu, tetapi mengajak berfikir dan serius juga. Takut juga nanti ada timbul rasa serik untuk menonton teater lain pula. Begitulah perasaan aku tiap kali mengajak dan membawa teman-teman lain menonton. Memang kadang-kala ada persembahan yang membosankan atau kurang menarik, itu yang bahayanya jika ingin membawa orang baru. Jika pertama kali menonton, mereka tertonton cerita yang membosankan (bagi mereka) maka akan dicoplah semua teater itu sangat berat dan membosankan! Aduhhh susah betul ya nak menjinakkan orang meminati dan menonton teater! Kerana itulah juga kadang-kala aku lebih senang menonton sendirian, agar tidak ada orang yang mengomel yang kurang enak untuk aku dengarin...

Tetapi alhamdulillah, Maksu tadi bilang, kalau ada teater lagi, beritahulah. Jika ada kelapangan dia mahu ikut lagi! Yeaaaaaa.... Gembira aku mendengarnya! :)

Ahad, 14 Jun 2009

02 Mei 2009 Ronda-ronda di Temasek


Dari Tg. Pagar, aku dan Ayeen menuju ke tempat penginapan.... Hahaha... Lucu sekali pakcik pemandu teksi bertanyakan mengapa kami memilih kawasan itu untuk menginap... JAngan tak percaya, aku dan Ayeen menginap di Kawasan Merah menurut penduduk tempatan! :P

Alasan kami adalah kerana inginkan harga yang murah! Lagi pun hotel tu, ada cawangan yang banyak dan aku percaya kepada servis mereka. Sebelum ini aku dah pernah duduk di cawangan yang di Jalan Bangkahulu (Bencooleen Street).

Walaubagaimanapun sepanjang 3 hari 2 malam itu tiada apa-apa..... Yang penting niat kita bersih dan jangan ragu-ragu dan takut, jika dah dari awal asyik cuak je, memanglah tak seronok nak mengembara.... Redah dan tawakal je!

Letak je barang, aku dan Ayeen pergilah meronda ke tempat-tempat berikut:
i. Muzium Peranakan
ii. Muzium Sejarah Singapura - tetapi tidak dapat masuk kerana sudah lewat kata mereka
iii. Jalan Bugis
iv. Makan malam di McDonald di Persimpangan Bugis - dah tak tertahan menanggung lapar dan Ayeen pula yang sudah sakit kaki....
v. Pusat Mustafa - putar-putar Ayeen cari cenderamata, Bulan cari air botol... :P

Selasa, 9 Jun 2009

Benchinta - Faizal Tahir

Benarkan ku ‘tuk berbicara…
Bicara terus ke hati mu..
Hati mu..Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi Tanpa mendengar ku
Mungkin mudahUntuk kau terus berlalu
Nanti duluBerikanlah waktuUntuk aku, untuk kamu

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku Mahu kau tahu

Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu Tentang mati kamu

Aku tahu Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tungguMahu aku buka pintu?

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Sakitnya akuMembenci kamu
Sakit lagi mencintai mu Dan aku pergi
Tapi kembali Benci aku mencintai diri mu
Ku benci… Kamu
Ku cinta… Kamu

Isnin, 8 Jun 2009

02 Mei 2009 Menuju Temasek

Setelah sampai waktu dan menunjukkan passport ke Bahagian Imigresen, kami menanti keretapi di bahagian lebih dalam.

Sudah naik keretapi, singgah di Woodland Checkpoint - cop passport ku...
Kemudian meneruskan perjalanan menuju Tanjong Pagar, sedih melihat stesyen keretapi ini.. Sayu! Aku teringat kala aku pertama kali menjengah stesyen ini pada 1993. Masa itu suasana sibuk sekali! Tapi kini...
Kepala keretapi ini pula hendak ambil alih, sedang bergerak menuju ke bahagian badan keretapi. Hendak pulang menuju ke utara semula...

Ahad, 31 Mei 2009

02 Mei 2009 Masih di Tanjong Puteri, Ujung Tanah

Aku dan Ayeen bersarapan di kedai Mamak di hadapan hotel kami di Jalan Meludrum. Aku memesan roti bakar dan teh tarik manakala Ayeen memesan roti telur dan teh tarik juga.

Ketika makanan kami barusan tiba, meja kami kemudiannya di sertai seorang wanita cina, ohhh persila saja duduk, bersama kami, memandangkan meja lain penuh. Dia memesan roti canai dan teh tarik.

Tidak lama kemudian ada seorang pakcik yang membawa bagasi kecil tidak kutahu dari mana atau ke mana tujuannya menyertai meja kami. Dia memesan roti canai dan teh tarik juga.

Aku dan Ayeen berbual-bual perlahan sambil melihat pemandangan sekitar sambil makan. Pakcik tu sudah bising-bising bertanyakan makanannya. Kemudian makanan wanita tu pun tiba di meja. Dia turut menjamah. Tapi keenakan sarapan pagi itu terbantut, kerana pakcik itu terus-terus mengomel, marah-marah pekerja kedai tu. Katanya dia sudah lama menunggu makanannya tidak tiba. Kukira pakcik tu memesan makanan tidak sampai 10minit pun! Aku dan Ayeen tadi lama juga menunggu tetapi tidaklah kami kisah. Mungkin kerana dia sebal melihat kami bertiga mengunyah makanan! Mmmm siapa pesan dulu, dialah makan!

Setelah makanan dihulurkan, dia makan dengan gopoh dan segera berlalu. Kemudian wanita itu pula. Aku dan Ayeen saling berpandangan. Memang kami agak geram, kerana keindahan pagi itu terganggu dengan kecerewetan pakcik itu. Apalah salahnya sabar sedikit. Bukannya lama menunggu pun. Mmmmm....

Kemudian Aku dan Ayeen menuju ke Stesyen Keretapi, nak beli tiket ke Temasek. Satu kaunter sahaja di buka. SAtu lagi kaunter pertanyaan. Tak mengapalah, masih belum ramai orang di situ. Tetapi walaupun tidak ramai yang beratur, servisnya agak lambat! Mungkin kerana orang yang di hadapan sekali banyak pertanyaan ?

Bila sampai ke giliran ku, petugas kaunter berkata tiket tidak boleh beli sekarang (waktu itu lebih kurang 10pagi). :P ceh. Kena beli jam 12.30tengahari nanti! Mmmmm... Sabar sahajalah....

Kemudian aku dan Ayeen meniti jambatan ke seberang --menuju City Square. Ayeen cari kasut yang lebih ringan untuk berjalan kaki, aku pula cari apa ya? Brosur Singapura, patung Cookie Monster....

Balik semula ke hotel, mengambil beg dan check out.

Jam 12.30tengahari kami tiba di stesyen semula dan beratur lagi....Beli tiket dan menanti keretapi ke Temasek! ;)

Jumaat, 29 Mei 2009

290509 Antara nota-nota ringkasku

Nota-nota ini dipetik daripada Mukabuku ku....

290509
Bulan Baiduri nak terbang ke kayangan! bulan nak bawa bintang bawa awan bawa suria bersama... juga kecapi yang beralun indah bergema di angkasa....

280509
21:16 : Malam makin pekat. Kabut makin melebarkan sayapnya. Sesak kian berpanjangan. Tapi langkah bulan takkan terhenti!

03:31 : banyaknya kabut.... sangat banyak.... terlalu banyak...

270509
16:07 : Can I breathe now? Mmmmmm.... Still thinking.... Mmmmm...

260509
21:03 : Bulan Baiduri Lega, dah d gombak... Ke mana hilangnya kedai kasut gombak?

20:25: Bulan Baiduri Baru tiba di pasar seni... Ngantuk! Mcm2 bahasa kedengaran di dalam bongkah elektronik yg bergerak meluncur sayup2...

250509
20:27: Bulan Baiduri Sgt mengantuk... Mmm di hadapanku keretapi sedang berlari kencang mengejar malam!

220509
15:36: Bulan Baiduri is listening to 'Selamat Tinggal' by Nikki Palikat while writing her minutes.... writing huh? typing actually...

ini antaranya..... tak larat pula nak petik nota-nota statusku yang lama-lama itu....

Rabu, 27 Mei 2009

30 April - 1 Mei 2009 Bersama Ayeen ke Johor Bahru

300409 Khamis

Dari pejabat, aku yang seperti biasanya orang terakhir meninggalkan ruang jabatanku malam itu, menuju ke Stesen Komuter ke KL Sentral. Alhamdulillah komuter cepat tiba, gundah juga kerana aku cuma ada masa 1 jam sahaja sebelum keretapi dari KL Sentral akan meninggalkan Kuala Lumpur. Fuuuhh lega.


Di pengurup wang CIMB di KL Sentral, Ayeen menemuiku di situ. Inilah pertama kali kami berjalan jauh cuma berdua, sememangnya inilah pertama kali juga Ayeen ke luar negara. :) Kerana aku jugalah Ayeen membuat passport. Selamat mengunjungi Persatuan Petualanganku! ;)

Keretapi ke Negeri Selatan, tiba agak lewat. Tetapi tidaklah sampai satu jam kelewatannya.
Di dalam keretapi sebelah kami adalah seorang warga emas yang membeli 2 kerusi untuk dia seorang. Ya, pastinya untuk dia melunjurkan kakinya. Mudah untuknya baring-baring. Mmm kenapa tidak ambil saja katil, kan mudah untuk dia tidur. Harga 2 kerusi lebih murah dari harga sebuah katilkah? Aku kurang pasti, malas hendak membuat pengiraan malam-malam buta begini...

Aku seperti biasa gemar menempah kerusi di hadapan sekali - berdekatan dengan pintu dan tv. Malam itu kami menonton King Kong, bercerita-ceriti sehinggalah Ayeen terlelap dan aku masih terkebil-kebil menonton tv sehingga habis filem tersebut...
Tidur....

Jam 5 pagi aku dan Ayeen ke kafe, minum nescafe panas. Bergoyang-goyang air kami di atas meja itu.... ;)



010509 Selamat hari buruh! Jumaat

Alhamdulillah kami selamat tiba di JB dan hotel kami hanya sekangkang kera sahaja dari stesyen keretapi tu... ;)
Barang wajib ada...


Check in - buat apa yang perlu - sambung tidur...

Jam 11pagi Lina sekeluarga menjemput kami dan menuju Restoran Singgah Selalu di kawasan Teluk Danga.
Jam 12 tengahari keluarga Huda pula tiba dan kami berbual...
Sudah lama aku tak ketemu mereka, berapa tahun ya? aaaahhh malas lagi aku nak mengira. Oh ya, mungkin pada tahun 2006. Kala itu anak Huda baru 4 tahun dan sekarang Afiq sudah 7 tahun!

Kemudian si suami-suami menghantar kami ke Danga City Mall yang pada mulanya kusangka di Teluk Danga, tetapi rupanya jauh nak ke Skudai sana.

Di sana kami melihat pameran IMCAS - memang itu tujuan utama aku ke JB, disamping bertemu teman-teman seITM ku. Banyaknya koleksi Farouk Khan suami isteri. Bilalah aku semampu itu, memiliki sejumlah karya-karya pelukis tanah airku? Ya, aku harus mulai dikit-dikit. Yang memang sudah kumulakan langkahku....

Anak-anak Lina dan Huda, sungguh gembira sekali berada di dalam ruang pameran. Berlari ke sana sini sambil bertanya itu dan ini. Seronok melihat telatah mereka. Pandangan mereka sungguh jujur sekali. Hikhihihkik aku tertawa pabila Haikal menyebut salah satu lukisan itu Hantu dan dia agak seru pabila melihat lukisan itu. ;P
Melihat arca-arca yang ada juga, membuat mereka tertanya-tanya. Afiq juga asyik melihat.

Petang itu kami ke Teluk Danga semula, melihat rumah-rumah limas yang ada. Cuma dapat melihat dari luar sahaja, kerana tidak dapat masuk. Memang ada 2-3 buah rumah yang dibuka, tetapi itu kafe-kafe sahaja. Kusangka ada juga ruang pameran di dalam rumah-rumah itu tetapi sangkaan ku meleset.....

Masuk ke ruang gerai di hadapan, Ayeen membeli beg sandang hitam yang cantik, kemudian kami singgah minum-makan petang.

Kerana kepenatan, mereka menghantar Aku dan Ayeen pulang ke hotel. Tetapi kami berdua singgah di 'kedai', mencari bahan makan malam kami.... Cekodok ikan jepun! hikhihkihkik.... kegemaran aku, dan juga Ayeen. Pekerja kedai tu pun dah tau Cekodok Ikan apa yang kami maksudkan.... hhehehehe....

Malam itu kami tidak keluar, hanya menyimpan tenaga untuk keesokannya pula...
Selamat malam-oopppsss aku tidur jam 3 pagi sebenarnya tanpa menutup tv. (mmmm ada kisah di sebalik tv itu!)