Dari Tg. Pagar, aku dan Ayeen menuju ke tempat penginapan.... Hahaha... Lucu sekali pakcik pemandu teksi bertanyakan mengapa kami memilih kawasan itu untuk menginap... JAngan tak percaya, aku dan Ayeen menginap di Kawasan Merah menurut penduduk tempatan! :P
Alasan kami adalah kerana inginkan harga yang murah! Lagi pun hotel tu, ada cawangan yang banyak dan aku percaya kepada servis mereka. Sebelum ini aku dah pernah duduk di cawangan yang di Jalan Bangkahulu (Bencooleen Street).
Walaubagaimanapun sepanjang 3 hari 2 malam itu tiada apa-apa..... Yang penting niat kita bersih dan jangan ragu-ragu dan takut, jika dah dari awal asyik cuak je, memanglah tak seronok nak mengembara.... Redah dan tawakal je!
Letak je barang, aku dan Ayeen pergilah meronda ke tempat-tempat berikut:
i. Muzium Peranakan
ii. Muzium Sejarah Singapura - tetapi tidak dapat masuk kerana sudah lewat kata mereka
iii. Jalan Bugis
iv. Makan malam di McDonald di Persimpangan Bugis - dah tak tertahan menanggung lapar dan Ayeen pula yang sudah sakit kaki....
v. Pusat Mustafa - putar-putar Ayeen cari cenderamata, Bulan cari air botol... :P
2 ulasan:
hei tak ke Teluk Belanga ke, ke istana lama Sultan Hussin (dah jadi rumah Melayu?) ahai Singa Pura-pura ku.....
Mmmm tidak sempat membawa Ayeen ke Kg. Glam.... :( Semoga ada kesempatan lain untuk membawa Ayeen atau teman-teman lain yang sudi juga mengembara bersama Melor...
Ya sedih juga, sudah tiada istana lagi di situ. Hanya tinggalan sejarah dan tinggal hanya muzium... Sedih...
Catat Ulasan