Pada 16.09.1963 Malaysia telah ditubuhkan... Kini sudah tahun tahun 2009, 46 tahun telah berlalu...
Selama 46 tahun itu, pelbagai peristiwa bersejarah telah berlaku...
pabila melor ingin menulis, akan kucatat pabila melor ingin berkata, akan kusuarakan pabila melor ingin diam, akan kupendam pabila melor ingin menggambar, akan kupotret pabila melor ingin mendengar, akan kusemat pabila melor ingin berjalan, akan kulangkah di sini di sana bila-bila...
Khamis, 17 September 2009
Sabtu, 12 September 2009
12 September 2009 Tawaf wangsa maju-sri rampai
Membantu mengemas...oohhhh tak selesai lagi...ish ish ish..
keluar bersama adik kononnya nak servis kereta, cheh, putar-putar aku rasa dah tawaf wangsa maju sri rampai mau 4 kali kot!
kedai servis tutup, akhirnya ke danau kota juga... apa daaaaaa....
disebabkan berderet kami lihat kereta di situ, kami bersetuju nak datang esok pagi. moga-moga.
patah balik ke carrefour wangsa maju. fuhhhhhh berderet-deret kereta nak mencari tempat letak kereta...
cari barang - yang tidak patut untuk raya.. ahahhah :p apa daaaaaa
beratur seketika untuk membayar. keluar dari bangunan dan menuju ke kafe pulau merah, menempah meja makan dan makanan untuk berbuka.

pulang ke rumah menjemput ibunda dan ke kafe itu semula.....
berbuka ala kadar -ahahahha lauk makanan ala-ala makanan kat rumah je... hehhehe
Ayoooo... air bandung Bonda sudah tumpah...
pulang ke rumah....
12 September 2009 Selamat menambah usia pada 10.40malam ini
:P selamat selamat selamat....
semoga hari mendatang lebih baik....
tetapi hari ini aku dan keluarga telah kehilangan 'sepet'... uhuhu...

Jumaat, 11 September 2009
Ku percaya ada cinta -Siti nurhaliza
Setelah hampir seminggu aku mencari album terbaru siti 'tahajjud cinta'. rupanya keluar di pasaran pada 090909.
dan akhirnya hari ini 110909 berjaya juga aku membelinya di kompleks pertama, ini pun yang terakhir - laris sangat!
Mereka meragui wujudnya cinta yang sejati
tidak hati ini
semenjak dari mulaku yakin ada cinta
cintalah yang memungkin
segalaku rela... biar betapapun perit tertusuk duri
jalan berliku tiada bertepiku percaya... tidak sia-sia aku diuji
demi cinta
tersembunyi hikmahnya pasti
pandang-pandang alam ini
sambil pandang difikiri
mana bumbung langit tinggi
mana lantai bumi
tiap satu yang terjadi
tidak mungkin tersendiri
cuba cari jawapannya andai meraguiku rela... biar betapa pun perit tertusuk duri

ada hikmahnya pasti
sejak mula kupercaya ada cinta
cinta itu memungkinkan segalanya
cinta suci dan abadi
lirik: habsah hassanl
agu : audi mok (mmm patutlah lagunya ada macam lagu nikki-pencipta lagunya sama)

10 September 2009 ... Sabar...
.........................................................................................................................................................
Khamis, 10 September 2009
10 September 2009 Mujurlah rasa hatiku sudah bersedia
mmmm... kan betul telahan ku semalam...
memang pagi tadi aku terkena bilahan laser!
dengar sahajalah. memang ada yang betul, ada yang hati dan fikiranku tidak mengiakan juga.
tapi hendak buat bagaimana, aku semut kecil.
semut besar didengarin, aku yang semut kecil didengarin sipi-sipi sahaja.

Rabu, 9 September 2009
09 September 2009 Laaa... Dah masak, hidang cantik-cantik dah ni....
Melor telefon Bonda dan memberitahunya ingin pulang lewat. Yalah memandangkan sudah jam 6.30, maknanya sudah terlepas bas 6.30petang. Hajat ku ingin mencuba menyiapkan sedikit lagi minit mesyuarat yang perlu kuserahkan esok pada pengurusku untuk dibincangkan Jumaat nanti...
hmmm...
Tetapi bonda kata, 'Alaaa aku dah masak, dah siap hidang cantik-cantik!'
Heheheh oklah, akhirnya aku akur juga, pulanglah juga. Semoga dapat mengejar bas 7 malam. Eh sekarang sudah jam 6.50, sempatkah? aku harus naik lrt dulu dalam 10minit.... mmm nampaknya jika terlepas bas, naik teksi sahajalah labu..... :P
Ok Melor mahu pulang, esok sahajalah akan kuselesaikan minit mesyuarat ini, sebenarnya tinggal sedikit sahaja untuk ditambah dan disunting sahaja....
Tetapi hari esok, ya esok hari mendung ke masih akan cerah? huhuhuhu.... doa sahajalah...

09 September 2009 Kenapa ya?
Pagi ini:
- Membaca emel yang tidak enak - aduh!
- Berbincang dan tentunya pagi esok akan dimulai dengan keadaan yang sangatlah tidak menarik - bersedia sahajalah ya!
- Seorang teman bertanya - Tak cukup tidurkah ? Mmmm aku jawab ya. Mmmm ye ke? Mmmm....
- Seorang lagi teman bertanya kenapa sekarang ni aku dah lain. ooopsss lain ke ? Apa yang lain ? Dia kata aku lebih senyap. Aiksss ye ke ? Pelik pulak. Padahal kalau dalam kelas yang kuhadiri setiap Isnin -Selasa aku rasa, aku bising juga... mmmm. Ntahlah. Aku sendiri pun tidak pasti!
Isnin, 7 September 2009
07 September 2009 Selamat ulangtahun Mama
Hari ini hari lahir Mama yang ke 52 tahun. Seusia dengan kemerdekaan tanah airku... Aku ada cuba menghubunginya tetapi tidak berjaya. Mmm... nanti kucuba lagi, sebelum berakhirnya malam ini.
Mama, Merdewati. Ya nama itu di ambil sempena kemerdekaan. Aku teringat arwah Wan pernah cerita, dahulu sewaktu Wan sarat mengandung, pada malam kemerdekaan Wan dibawa menaiki kenderaan (aku tidak pasti kenderaan apa -mungkin trak?) berarak mengelilingi bandar (lupa juga bandar mana). Dengan harapan, Wan dapat bersalin pada hari kemerdekaan tersebut. Supaya Mama akan terlahir pada tarikh keramat itu.... Tetapi tentu saja tidak terjadi bukan! Yalah manalah bisa, bayi yang dikandung di paksa-paksa lahir, lainlah di zaman moden ini.
Seminggu kemudian terlahirlah Mama : Merdewati....
Merdekawati (hehehe ini aku yang tambah sendiri)...
Tetapi menurut Bonda, Tok Pakwan (ayah Mama) pernah bilang padanya bahawa nama itu juga sempena nama kampung halaman Tok Wan di Aceh. Merudu.... ohhh mungkin juga....
Selamat hari lahir Mama!

06 September 2009 Pulang ke rumah Opah
Petang tadi ke....
1. Medan Idaman
a. Naik teksi RM 3.50
b. Bertemu si pandai kasut - 6 pasang kasut yang tumitnya perlu dibaiki!
c. Menuju Focus Point - menempah lensa mata
d. Ke kedai 'hardware'
- menduakan kunci rumah (heheheh 'menduakan' ? :P)
- membuat pendua kunci sebenarnya! entahlah beberapa kali kunci rumah ku patah atau hilang. kenapa ya! dulu masa Wan masih ada, tidaklah terjadi begini? mmmm... aneh.
e. Ke pandai kasut - mmmmm kasut-kasutku masih belum siap diperbaiki. ok tidak mengapa
f. Memesan burger daging istimewa daripada gerai burger di hadapan kedai buku Medan Idaman yang hanya sekangkang kera daripada Si Pandai Kasut. - RM 3
g. Setelah burger kusiap dan sudah dibayar, Si Pandai Kasut memanggilku. Dengan cermat kusimpan kasut-kasut ku.... Berapa jumlahnya Pakcik ? RM 24. Rm4 sepasang. mmm kalau di Sogo, sepasang RM8. Fuh! Kalau tidak pastinya aku kena bayar RM48.... Tak sangguplah!
Pakcik Si Pandai Kasut bertanya, semua ini kamu punya ke? hehehe ye Pakcik. Banyaknya, boleh tukar-tukar kan! Aku hanya tersengih, mmmm sebenarnya aku masih kalah, ada lagi seorang teman yang sangat gilakan kasut! Hampir setiap minggu dia akan membeli kasut! Fuuuhhh mujur aku tidak sebegitu...
h. Ke seberang jalan, naik teksi menuju Taman Setapak -RM 4.90
i. Tiba di halaman rumah Opah.... Ayah sedang menyapu di halaman... jeng jeng jeng!
j. Maksu sedang melipat kain langsir di dalam bilik makcik. Barang-barang Opah. Kulihat, hidungnya merah... Mmm ya aku tahu tentunya Maksu mengalirkan air mata tadi... Aku diam.
Ya aku rindu juga pada Opah. Dan tentunya kalau pulang ke sini, aku akan tidur di bilik Opah. Ya memang kalau pulang ke sini, aku lebih suka tidur bersama Opah...
Opah, Melor pulang!
Tahun ini Syawal 1430, tahun pertama beraidilfitri tanpamu Opah!

Langgan:
Catatan (Atom)