Rabu, 9 September 2009

09 September 2009 Laaa... Dah masak, hidang cantik-cantik dah ni....

Melor telefon Bonda dan memberitahunya ingin pulang lewat. Yalah memandangkan sudah jam 6.30, maknanya sudah terlepas bas 6.30petang. Hajat ku ingin mencuba menyiapkan sedikit lagi minit mesyuarat yang perlu kuserahkan esok pada pengurusku untuk dibincangkan Jumaat nanti...
hmmm...

Tetapi bonda kata, 'Alaaa aku dah masak, dah siap hidang cantik-cantik!'
Heheheh oklah, akhirnya aku akur juga, pulanglah juga. Semoga dapat mengejar bas 7 malam. Eh sekarang sudah jam 6.50, sempatkah? aku harus naik lrt dulu dalam 10minit.... mmm nampaknya jika terlepas bas, naik teksi sahajalah labu..... :P

Ok Melor mahu pulang, esok sahajalah akan kuselesaikan minit mesyuarat ini, sebenarnya tinggal sedikit sahaja untuk ditambah dan disunting sahaja....

Tetapi hari esok, ya esok hari mendung ke masih akan cerah? huhuhuhu.... doa sahajalah...

Tiada ulasan: