Hari ini Bonda dan Melor akan ke rumah pengantin...
i. Majlis persandingan Adah -di Taman Pelangi, Sentul
ii. Majlis persandingan anak Pakcik Aleh - di Kuang.
pabila melor ingin menulis, akan kucatat pabila melor ingin berkata, akan kusuarakan pabila melor ingin diam, akan kupendam pabila melor ingin menggambar, akan kupotret pabila melor ingin mendengar, akan kusemat pabila melor ingin berjalan, akan kulangkah di sini di sana bila-bila...
Sabtu, 10 Oktober 2009
Jumaat, 9 Oktober 2009
08 Oktober 2009 Taufan Melor
Taufan Melor ?
Pagi tadi ada seorang teman memberitahu tentang kewujudan Taufan Melor. Huh?
Ini pertama kali aku mendengar nama taufan itu.
Taufan Melor telah melanda di Jepun.
Berikut adalah artikel daripada Utusan Malaysia:
Jepun dilanda Taufan Melor
TOKYO 7 Okt. - Hujan lebat dan angin kuat yang melanda barat daya Jepun dan muncul hari ini sebagai Taufan Melor yang sangat kuat telah memutuskan bekalan elektrik kepada lebih 10,000 buah rumah serta menerbangkan bumbung-bumbung, menurut pegawai agensi ramalan cuaca.
Ribut ganas itu merupakan taufan pertama yang muncul di Jepun sejak tahun 2007, agensi cuaca memberi amaran.
Taufan Melor dengan kelajuan sehingga 216 kilometer per jam bergerak ke timur Pulau Amami-Oshima di selatan Jepun awal hari ini dan dijangka menghala ke pulau utama Honshu esok.
"Hujan lebat dan angin kuat dijangka melanda kepulauan itu, malah ia turut dijangka akan mengganas," ujarnya.
Sejumlah 10,100 buah keluarga terputus bekalan elektrik awal hari ini di Amami-Oshima dan di pulau-pulau kecil di kawasan lain, menurut syarikat tenaga elektrik tempatan.
"Kami telah menasihatkan orang ramai yang merancang untuk berpindah supaya berbuat demikian ketika waktu siang sebelum angin menjadi lebih kuat," kata pegawai pengurusan bencana tempatan, Koki Ishino.
Para pegawai telah menasihatkan penduduk supaya meletakkan penghalang pada setiap tingkap, memenuhkan kolam mandi dengan air sekiranya terputus bekalan dan mengumpulkan barangan keperluan harian jika perlu berpindah.
Ribut dengan angin sekuat 162 kilometer per jam berhampiran pusatnya itu dikhuatiri akan menurunkan hujan lebat sebanyak 500 milimeter padu di barat daya Jepun dalam tempoh 24 jam menjelang esok, menurut agensi cuaca itu.
Melor mungkin akan muncul di barat Honshu esok dan mengganas di gugusan kepulauan itu menyamai taufan yang pernah melanda pada tahun 1959 yang mengorbankan beribu-ribu nyawa. - AFP
Mmmmm tapi bagaimana pula jika Melor memang benar-benar akan 'bertaufan'?

Khamis, 1 Oktober 2009
27 September 2009 Berhari raya di Kampung Batu & Taman Nirwana
Assalamualaikum!
Alamak, dah pukul berapa ni?
Arghhhhhh telat! Bonda buka pintu, Kak Yen sudah terpacul di muka pintu Rumah Uwan.
Hehhehhe aku tersengih terpisat-pisat menyalami Kak Yen.
Sementara menunggu aku bersiap, Kak Yen di jamu Bonda dengan kuih-muih raya dan album-album lama hitam putih. Melihat foto-foto lama nenek moyang kami.
Aku dan Kak Yen adalah 3 pupu dalam salasilah keluarga kami.
Moyang kami adik beradik : Siti Aishah (moyang Kak Yen) & Habibah (moyangku).
Moyang kami ini 7 beradik, 4 perempuan & 3 lelaki. Lelaki-lelaki kesemuanya meninggal atau hilang semasa muda, kerana zaman peperangan. Jadi tinggallah yang perempuan, mereka memang akrab : Siti Aishah (Moyang Batu), Siti Mukmin (Moyang Angah), Habibah (Moyang Alang -moyangku) dan Zaharah (Moyang Jara).
Ibu moyang-moyang kami ialah EMBUN@EMBONG berasal dari Negeri Sembilan. 3 adik-beradik : Tiah dan Ahmad. Tiah setelah berkahwin menetap di Kajang, Ibu Moyang ku menetap di Gombak tetapi Ahmad tetap tinggal di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Bonda teringin nak ke pusara Nenek Kak Yen : Kamisah Kasan. Setelah puas berkeliling mencari di pusara Kg. Batu, akhirnya ketemu jua. Al-Fatihah...
Kemudian kami ke rumah Pakcik Nasa (Pak Usu Kak Yen - 2pupu ibuku). Bertemu Makcik Jamilah dan anak-anak mereka.
Mendengar cerita-cerita lama memang mencelikkan mataku, memang tidak menjemukan. Kali ini aku bertandang, berhari raya dengan membawa carta salasilah keluarga yang telah kubuat. Menambah, membetulkan carta itu.
Langkah kami dipanjangkan lagi walau hujan lebat. Kami ke Ampang pula, ke Taman Nirwana, ke rumah Mak Lang Nim.
Alamak ada tetamulah. :) Kak Yen mendengar suara di dalam dari perkarangan rumah Mak Lang... Katanya macam kenal suara itu....
Mak Lang memfokuskan matanya melihat siapa yang datang... ;) hehehehh Melorlah Mak Lang, dengan Kak Yen ni... Puas menerangkan, dia baru teringat siapa Kak Yen.
Masuk ke dalam rumah, Kak Yen terkekeh ketawa... Mana tidaknya, makciknya ada di rumah Mak Lang juga. Dari Bentong. Waduh siapa sangka akan ketemu di rumah Mak Lang.... Aku apa lagi mengeluarkan carta hikmat dan mewawancara Tok Busu Kadir. Oh inilah dia 'Busu Kadir' yang selalu ahli keluargaku sebut-sebutkan! :P Aku cuma pernah lihat isterinya yang orang juga sebut 'Busu Kadir' heehhehe..... Anak mereka Makcik Zaimah pernahlah aku bertemu beberapa kali. Dan seperti biasa sesi bergambar! Acara wajib tiap kali pertemuan ahli keluarga.
Pak Lang Harun, tidak berapa sihat, dia yang daripada dahulu sehingga kini seorang pendiam. Aku memang tidak banyak bicara dengannya. Sedih juga melihat dia tidak seaktif dahulu.
Mak Lang Nim tidak henti-henti menyatakan kegembiraannya bertemu dengan Kak Yen. Tidak sangka-sangka katanya. Memang terpancar kegembiraan Mak Lang. Ya Kak Yen memang tidak pernah ke rumah Mak Lang, memang tidak berapa kenal. Cuma Ayah dan Ibu Kak Yen yang mengenali Mak Lang, tetapi jarang bertemu.
Selalunya di rumah Uwanlah saudara-maraku berkumpul. Di sinilah mereka saling bertemu.
Mungkin kerana mewarisi perangai Wan, aku juga dicop sebagai pengumpul teman-teman. Acapkali jika ingin mengumpulkan teman-teman lama, mereka akan mengusulkan aku sebagai 'pengerusi atau tuan rumah'..... :) Aku ini merupakan orang tengah yang menghimpunkan teman-teman.
OKlah selamat berhari raya!

Selasa, 29 September 2009
26 September 2009 Ke rumah Mama & teman-teman yang bertandang

Pagi itu puteri teman bonda datang, Ariani Rustam dan suaminya datang ingin menghulurkan kad undangan majlis persandingan mereka Jumaat depan. Beliau merupakan cucu kepada Ahmad Boestamam yang juga pernah menikahi nenek saudaraku (sepupu Wan), Shamsiah Fakeh.
Mmmm dunia ini memang bulat dan kecil, putar-putar kita sebenarnya dikelilingi oleh orang yang hampir dengan kita, sepertalian...
Rupa-rupanya Pn. Ariani ini sekantor denganku! Cuma jabatan kami sahaja berbeza, dia di tingkat 15 aku pula di tingkat 1. MasyaAllah, kecil betul dunia ini.

Kemudian aku dan adik ke rumah Mama, yang sudah terlalu tidak kujengah... Hampir setahun rasanya. Betapa gembiranya Mama melihat kedatangan kami, memang terpancar diwajahnya.
Addy sudah remaja, tinggi lampai orangnya, dengan suara garaunya... :) Sudah berusia 15tahun, betapa Mama bertungkus-lumus membesarkan si kecil ini.

Papa membelikan kami Nasi Beriani di Sri Gombak -enak sekali ayam madunya. Bertambah-tambah Adik makan, banyak betul! Memang enak!
Juga roti jala dari Sri Gombak.
Oopsss jam sudah hampir jam 3. Kami bergegas pulang berangkat menuju Ong Tai Kim. Aku dan adik harus memasak, teman-temanku akan tiba jam 4 nanti!
Akhirnya jam 5 teman-temanku tiba - Mardiah & Sasya dan Hidayah ;)

Aksi Sasya yang keletah menghiburkan kami... Kakak, nanti datang rumah Sasya tau! hehheh ungkapnya sebelum pulang.... ;)

Malamnya kami dikunjungi Kak Lela dan Suami, dan hampir lewat malam Yunus, Arif, Nana dan Ainal tiba... Gembira sungguh aku dikunjungi mereka, walaupun malam sudah larut. Sudah lama tidak ketemu dan berbual dengan mereka. Sebelum pulang Bonda juga sempat berbicara dengan mereka sehingga mereka seperti tidak mahu pulang!

Ok nanti datang lagi...
Whatever happens - Pussycat Dolls
If you're the air that I breathe,
Tell me why I'm suffocating
If you're the promise that I keep
Tell me why it's breaking
Don't let go of my hand
I need you to keep holding on (I need you to keep holding on)
You're the wings, let me fly
Now my altitude is fading
You had me up so high
It's too far, now to face it
This can't be the end

You been here from the start
And baby, now, you want my heart (heart)
If we let this fall apart
We lose everything
Whatever happens
When this world is closing in
We keep paying for our sins
I can feel the cost of this loving
Whatever happens
If our truth becomes a lie I don't know how
I'll survive
Can't you see me hanging on for life
Whatever happens is is
Whatever happens is is
Whatever happens is is
Don't let go of my hand
Whatever happens is is
Whatever happens is is
Whatever happens is is
Don't let go of my hand
See my knuckles, still and white
Now I feel my hands slipping
Every day and every night
Think I'm losing grip and
The way inside is becoming too much to hold (too much to hold)
You're my sun, you're my star
Uuh, you're my God given Let you inside my world
I still want you in it I need you in my life
And I just can't let you go (can't let you go)
You been here from the start (start)

If our truth becomes a lie
I don't know how I'll survive
Can't you see me hanging on for life
Whatever happens is is
Whatever happens is is
Whatever happens is is
Don't let go of my hand
Whatever happens is is
Whatever happens is is
Whatever happens is is
Don't let go of my hand
I'm holding on to a love scene
No matter more Wanna love this one
Last grip and don't
Lose the chance to find All that we were living for
I would hold on forever Paste our love back together
Just promise me
Whatever happens (Whatever happens)
When this world is closing in
We keep paying for our sins
I can feel the cost of this loving
Whatever happens
If our truth becomes a lie
I don't know how I'll survive
Can't you see me hanging on for life
Whatever happens is is
Whatever happens is is
Whatever happens is is
Don't let go of my hand (don't let go)
Whatever happens is is
Whatever happens is is
Whatever happens is ïs

Sabtu, 26 September 2009
25 September 2009 6 Syawal 1430H Selamat menjadi isteri Munirah Izzah
Yea aku cuti hari ini! ;)
tengahari aku dan bonda ke bandar baru bangi. menuju ke seksyen 2.
ke rumah aunty rosnah dan pakcik misran.
hari ini munirah akan menikah dengan adreen arief, teman seUiTMnya....
sewaktu kami tiba, munirah baru sahaja hendak bersolek....
berkenalan dengan mazidah, teman sekuliah Munirah yang baru sahaja pulang dari Pratt Institute, New York. yang menyelesaikan Master nya di sana.

sementara pengantin perempuannya bersiap, aku dan bonda berbual bersama aunty ros sekeluarga.... (sebenarnya aku lebih banyak mendengar.... seperti biasa).

petangnya, rombongan adreen tiba. munirah yang sudah anggun berbusana indah menanti di ruang atas... ruang tamu mereka dibanjiri tetamu...
kemudian munirah turun ke ruang tamu untuk mendengar sendiri lafaz akad dan kata nasihat daripada imam masjid. alhamdulillah dengan sekali lafaz oleh adreen dan dinikahkan sendiri oleh pakcik misran, mereka selamat dinikahkan.... :)

SELAMAT PENGANTIN BARU MUNIRAH IZZAH & ADREEN ARIEF!
Semoga kekal bahagia ke akhir hayat.... :)
Selepas itu aku dan bonda pulang ke rumah kami di sana jua, mengambil beberapa barang, melihat surat dan terus sahaja ke rumah Kak Yen.... aku menemui ibu dan ayah, along, kak long dan 3 anak along yang comel-comel belaka. menambahkan lagi ruang-ruang kosong di dalam salasilah keluarga kami... ;)

24 September 2009 5 Syawal 1430 Aduh, hari ini terlewat
Lor, lor, lor... Kerja ke tak hari ni ?
Kerja.... zzzz...
Dah dekat 9.30 dah ni!
Haaaa ? Aduhhhhh....
Telefon temanku yang rupanya telah meng'sms' bertanyakan aku ke pejabat atau tidak. Tentunya aku memberitahunya aku datang, tapi lewat tiba!
Apa lagi, macam lipas kudung, aku pagi itu..... zup zup zup zup zup.....
Sampai perhentian bas, tahan teksi.
Jalan raya masih lengang, lega!
Tiba di lobi pejabat, tekan butang lif dan tekan no. 1.
mmmmm...
Aku pun menulis waktu tiba di pejabat ku : 10.10pagi (mengikut jam di dalam pejabat yang sememangnya cepat 5minit).
:P huh aku lewat 1 jam!
Sampai di kubikel, jelingan dan sindiran dari pengarahku menjengah... Kami saling tersengih dan ketawa kerana keadaan aku yang kelam kabut pagi itu.
Mana tidaknya, aku termimpi pagi itu -maka jadi kelewatan. Mimpi apa, aku tidak ingat, agaknya aku mimpi memasak untuk mengundang makan tengahari untuk teman-teman pejabat kot! Itulah yang kubilang pada pengarahku.
Kerana semenjak sebelum raya, sehinggalah masuk kerja semula dari hari rabu acapkali dia mengingatkan aku agar menjamunya dan teman sepejabat makan tengahari di rumahku. Ingin makan masak tempoyak udang Bonda.
Hehhehe, tak buat nanti kempunan pula dia.... Dan ku katakan padanya, minggu depan sahajalah ya kita makan di rumahku...

Khamis, 24 September 2009
23 September 2009 Berhari raya di Taman Ampang sehingga nostalgiaku dengan PARIT
Hari ini Adik dan Ayah menjemputku pulang dari pejabat. Ingatkan Akif atau Fitri ada sama.
Mmmmm....
Kami terus ke Taman Ampang, ke rumah Ayah Ngah, adik Ayah.
Putar-putar akhirnya ketemu jua No. 35, Jalan ......... . Nampak kereta Ayah Ngah, sah itulah rumahnya.
Mak Ngah menyambut kami. Ketemu Nenek Puteh, mmmm nampaknya aku makin kurang jelas memahami tutur kata Nenek Puteh. Hari raya tahun lepas, aku masih boleh faham, tapi kali ini sukar sekali. Kasihan Nenek... Ya dia pun sudah tidak berapa ingat.
Ayah Ngah keluar ke ruang tamu... Mmmm dah lama juga aku tidak bertemu Ayah Ngah...
Mak Ngah menjamu kami dengan ketupat palas, ketupat biasa, serunding, kuah kacang dan kuih muihnya.... Yang menjadi sasaran utamaku malam itu ialah Ketupat palas dan serunding, maruku dan kek 2 lapis yang berintikan jem strawberi (kek ini kek wajib mak ngah)....
Aku dan Adik menjadi pendengar setia mereka berbual + luahan...
Ada beberapa perkara penting yang memang beberapa tahun ini aku fikirkan dan telah kongsikan dengan adik. Ya aku cucu sulung. Dan adik merupakan cucu lelaki yang mutlak...
Memang pening, tetapi itulah hakikat. Mahu tidak mahu, tanggungjawab kami besar sebenarnya... Memang sudah sampai waktunya kami ambil tahu. Memang ada sepupu-sepupu yang lain. Tetapi bisakah mereka menguruskan semua itu apabila Ayah dan Ayah Ngah sudah tiada ? Sekarang persoalan itu sudah timbul dan diluahkan oleh mereka kepada kami berdua...
Aku memang sudah lama tidak pulang ke kampung Opah... Adik sering juga pulang dahulu, tetapi semenjak dia bekerja, sudah lama dia tidak pulang - tapi aku yang lama tidak pulang.
Sasaran aku pada tahun ini ialah : PULANG KE KAMPUNG SEWAKTU RAYA HAJI....
Itu rencana aku. Aku terlalu rindukan pulang ke rumah arwah Nyang : NGAH ALI...
Rumah pusaka itu diwarisi oleh Tok Cu Shaarani, sudah diperindahkan. Tiada lagi dinding tepas. Warna rumah juga sudah lain. Tapi dapur Nyang masih lagi berwarna perak! Aku suka sekali, masih warna yang asal dapur Nyang itu. Perigi yang tidak digunakan lagi tu masih ada di baruh... Kalau semua orang pulang kampung atau ada tetamu yang datang, semunya akan masuk ke rumah Nyang menggunakan pintu di baruh. Aku rindu nak duduk di tangga pintu (hehehe kalau zaman dahulu, tentu sahaja anak dara dilarang duduk ditangga bukan!). Aku rindukan kemeriahan suasana di dalam rumah Nyang. Mendengar suara orang-orang Parit berbicara... rindunya!
Di kala kecil aku selalu akan bertanya Opah, kita nak balik rumah Nyang Kopak-kopak ke Opah?
heehhe Nyang kopak-kopak... nak tahu maknanya ?
Masa aku kecil, Nyang selalu mendukung aku atau mana-mana anak kecil dan akan menyebut :
'kopak-kopak e-eh, kopak-kopak e-eh, kopak-kopak e-eh!'...
hihkhikhihkhikk..... kenapa tiba-tiba aku teringat semua ini ? setelah bertahun-tahun tidak pernah mengingati ungkapan ini? mmmmmm... segala kenangan bersama Nyang kala ini mengalir saja...
Seberang baruh rumah Nyang, ada rumah Nyang Kecik. Aku paling suka dengan Nyang Kecik dan isteri. Nyang Kecik lucu, meriah dengan anak cucunya....
Tetapi kini Nyang Kecik juga telah meninggal dunia beberapa hari sebelum Opah meninggal dunia. Opah dan Nyang Kecik usia mereka tidak jauh beza, dan mereka akrab juga sehingga ke hari senja. Nyang Kecik merupakan adik bongsu Nyang perempuanku (ibu Opah).
Rindunya kat Parit! juga dengan pekan koboinya!
Adik, jom pulang kampung! Aku nak jelajah Parit puas-puas. Nak melalui Jambatan Gudugedang -ini lagi satu istilah yang kuberi kepada nama Jambatan Nordin yang menghubungkan Tanjung Belanja dengan Pekan Parit.
Jambatan Gudugedang -kerana masa aku kecil dulu, jambatan ini berlantaikan kayu merentasi Sungai Perak yang luas itu. Apabila ada kenderaan melalui jambatan ini, ia akan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat, gudugedang, gudugedang,gudugedang, gudugedang!
Kerana itulah aku menggelarkan jambatan itu sedemikian....
Jambatan itu juga hanya boleh membenarkan laluan sehala. Tidak boleh ada 2 laluan serentak, tidak muat!
Di Pekan Parit, ada sebuah kedai mamak yang digemari Opah dan Atuk. Tiap kali kami pulang, pasti singgah di situ. Atuk akan memesan Kopi Pekat. Memang pekat, kopi kampungkan.
mmm apa yang aku suka ya di kala kecil, tak ingatlah....
Atuk akan membawa kami meronda-ronda dengan kereta Daihatsu kecil (rasanyalah) kemudian dengan Fiatnya - WP78 (no. plat ini kalau tidak salahlah, dulu ini kereta ayah.)

Rabu, 23 September 2009
23 September 2009 4 Syawal 1430H Kerja kerja kerja
Alamakkkkk sudah masuk pejabat daaaaaa....
Hehehhe... Pejabat lengang... Adalah 10 orang di jabatan aku ni....
Cuba menyiapkan minit mesyuarat daaaaa. Sambil membaca emel yang berlambak-lambak, dan menyahhapuskan emel yang tidak berkenaan dan mencetak emel-emel penting!

220909 3 Syawal 1430H
Sudah hari raya ketiga.
rencana nak ke rumah mak lang nim tidak menjadi....
ish ish ish....
kerja aku hari itu ialah 'qada' tidur malam tadi kerana hampir sahaja tak tidur kerana cuba siapkan fotovideo untuk Kak Mah, tapi geram kerana dinihari tu tak boleh nak 'burn'.
tapi syukur tengaharinya berjaya juga! :)
Bonda pula yang 'excited' melihat hasil kerjaku... hooohohohoooo....
ok malam esok atau hari Jumaat boleh bagi DVD Majlis Cukur Jambul Syahmi Ziqri kepada Kak Mah....
Selepas tu ber BUKU MUKA.
Nonton Star Trek 2009....
Malamnya Adik pulang... yea adik dah balik... yea.... :)

Langgan:
Catatan (Atom)