Khamis, 1 Oktober 2009

27 September 2009 Berhari raya di Kampung Batu & Taman Nirwana

Assalamualaikum!

Alamak, dah pukul berapa ni?
Arghhhhhh telat! Bonda buka pintu, Kak Yen sudah terpacul di muka pintu Rumah Uwan.
Hehhehhe aku tersengih terpisat-pisat menyalami Kak Yen.

Sementara menunggu aku bersiap, Kak Yen di jamu Bonda dengan kuih-muih raya dan album-album lama hitam putih. Melihat foto-foto lama nenek moyang kami.
Aku dan Kak Yen adalah 3 pupu dalam salasilah keluarga kami.

Moyang kami adik beradik : Siti Aishah (moyang Kak Yen) & Habibah (moyangku).
Moyang kami ini 7 beradik, 4 perempuan & 3 lelaki. Lelaki-lelaki kesemuanya meninggal atau hilang semasa muda, kerana zaman peperangan. Jadi tinggallah yang perempuan, mereka memang akrab : Siti Aishah (Moyang Batu), Siti Mukmin (Moyang Angah), Habibah (Moyang Alang -moyangku) dan Zaharah (Moyang Jara).
Ibu moyang-moyang kami ialah EMBUN@EMBONG berasal dari Negeri Sembilan. 3 adik-beradik : Tiah dan Ahmad. Tiah setelah berkahwin menetap di Kajang, Ibu Moyang ku menetap di Gombak tetapi Ahmad tetap tinggal di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Bonda teringin nak ke pusara Nenek Kak Yen : Kamisah Kasan. Setelah puas berkeliling mencari di pusara Kg. Batu, akhirnya ketemu jua. Al-Fatihah...

Kemudian kami ke rumah Pakcik Nasa (Pak Usu Kak Yen - 2pupu ibuku). Bertemu Makcik Jamilah dan anak-anak mereka.
Mendengar cerita-cerita lama memang mencelikkan mataku, memang tidak menjemukan. Kali ini aku bertandang, berhari raya dengan membawa carta salasilah keluarga yang telah kubuat. Menambah, membetulkan carta itu.

Langkah kami dipanjangkan lagi walau hujan lebat. Kami ke Ampang pula, ke Taman Nirwana, ke rumah Mak Lang Nim.
Alamak ada tetamulah. :) Kak Yen mendengar suara di dalam dari perkarangan rumah Mak Lang... Katanya macam kenal suara itu....
Mak Lang memfokuskan matanya melihat siapa yang datang... ;) hehehehh Melorlah Mak Lang, dengan Kak Yen ni... Puas menerangkan, dia baru teringat siapa Kak Yen.

Masuk ke dalam rumah, Kak Yen terkekeh ketawa... Mana tidaknya, makciknya ada di rumah Mak Lang juga. Dari Bentong. Waduh siapa sangka akan ketemu di rumah Mak Lang.... Aku apa lagi mengeluarkan carta hikmat dan mewawancara Tok Busu Kadir. Oh inilah dia 'Busu Kadir' yang selalu ahli keluargaku sebut-sebutkan! :P Aku cuma pernah lihat isterinya yang orang juga sebut 'Busu Kadir' heehhehe..... Anak mereka Makcik Zaimah pernahlah aku bertemu beberapa kali. Dan seperti biasa sesi bergambar! Acara wajib tiap kali pertemuan ahli keluarga.

Pak Lang Harun, tidak berapa sihat, dia yang daripada dahulu sehingga kini seorang pendiam. Aku memang tidak banyak bicara dengannya. Sedih juga melihat dia tidak seaktif dahulu.
Mak Lang Nim tidak henti-henti menyatakan kegembiraannya bertemu dengan Kak Yen. Tidak sangka-sangka katanya. Memang terpancar kegembiraan Mak Lang. Ya Kak Yen memang tidak pernah ke rumah Mak Lang, memang tidak berapa kenal. Cuma Ayah dan Ibu Kak Yen yang mengenali Mak Lang, tetapi jarang bertemu.
Selalunya di rumah Uwanlah saudara-maraku berkumpul. Di sinilah mereka saling bertemu.

Mungkin kerana mewarisi perangai Wan, aku juga dicop sebagai pengumpul teman-teman. Acapkali jika ingin mengumpulkan teman-teman lama, mereka akan mengusulkan aku sebagai 'pengerusi atau tuan rumah'..... :) Aku ini merupakan orang tengah yang menghimpunkan teman-teman.

OKlah selamat berhari raya!

Tiada ulasan: